Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM DAN PT3 DAN

PELANCARAN MURID SMART A

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERAS PERDANA

2017

TARIKH : 07 FEBRUARI 2017

HARI : SELASA

MASA : 7.20 9.50 PAGI

TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA LIM KOK YEONG,

SMK CHERAS PERDANA

DISEDIAKAN OLEH:

NUR SHAKIRA BT SHAIKH AZMEE

JURUACARA
BIL PERKARA

Shakira Para guru dan pelajar diminta bersedia untuk menerima ketibaan tetamu
kehormat. Semua hadirin diminta berdiri.

Diumumkan ketibaan Encik Musa bin Ismail, Penolong Pegawai Pendidikan


Daerah Hulu Langat, Dato Lim Teong Hui, YDP PIBG, diiringi oleh Encik
Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd, Pengetua Cemerlang serta barisan
pentadbir ke Dewan Serbaguna Lim Kok Yeong.

{Lagu Negaraku dimainkan}

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berbahagia Encik Musa bin Ismail ,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat,

Yang Berusaha Encik Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd,


Pengetua Cemerlang, SMK Cheras Perdana,

Yang Dihormati Encik Chin Choong Fuan


Yang Dipertua PIBG SMK Cheras Perdana,

Yang Berbahagia Dato Lim Teong Hui,


AJK PIBG SMK Cheras Perdana,

Puan Siti Salmah binti Sulaiman,


Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik, SMK Cheras Perdana

Puan Paridah bt Hashim,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Chi Ra A/P Din Klom,


Penolong Kanan KoKurikulum,

Guru Guru Kanan Mata Pelajaran,


Guru guru,
Ibu bapa, serta Murid murid yang dikasihi sekalian.
Syazriha Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kehadrat Illahi, dengan limpah kurniaNYA dapat kita


bersama- sama berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Program
Penetapan Target SPM dan PT3 serta Pelancaran Murid Smart A SMK
Cheras Perdana bagi tahun 2017.

Program ini dianjurkan oleh pihak sekolah bagi membantu murid murid
Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 untuk menetapkan target atau sasaran yang
ingin dicapai oleh mereka dalam peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini.

Sesungguhnya kehadiran ibu bapa bersama sama pada majlis ini


diharapkan dapat memberi dorongan kepada anak anak pelajar, serta
merapatkan jurang antara ibu bapa dengan pihak sekolah terutamanya
tentang hal yang berkaitan dengan pencapaian akademik murid di sekolah
ini.

Shakira Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput saudara Wan Mohd
Hazieq bin Adnan untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Syazriha Bagi meneruskan majlis ini, dijemput dan dipersilakan, Encik Abdul Gaffar
bin Kunchi Mohd, Pengetua Cemerlang SMK Cheras Perdana bagi
menyampaikan ucapan aluan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas


ucapan itu tadi.

Shakira Seterusnya, majlis menjemput Encik Musa bin Ismail ,Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Hulu Langat untuk menyampaikan ucapan, seterusnya
merasmikan Program Penetapan Target SPM dan PT3 serta Pelancaran
Murid Smart A . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Musa bin Ismail atas
ucapan serta perasmian majlis sebentar tadi.

Syazriha Majlis diteruskan lagi dengan lafaz ikrar murid tingkatan 3 dan tingkatan
5. Lafaz ikrar ini akan dipimpin oleh saudari Pooja Anbalagan selaku wakil
pelajar SMK Cheras Perdana. Semua murid diminta berdiri.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari Pooja Anbalagan atas


pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.

Shakira Seterusnya, bagi menyempurnakan acara penyerahan watikah ikrar murid,


dijemput Tuan Pengetua, Encik Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd untuk
menerima watikah ikrar daripada saudari Pooja Anbalagan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua dan


Saudari Pooja.

Para pelajar diminta untuk terus berdiri.

Penyerahan watikah yang baharu sahaja selesai sebentar tadi adalah


suatu simbolik bahawa murid murid ini telah berjanji dan beriltizam akan
belajar bersungguh sungguh untuk mencapai target yang diimpikan.

Syazriha Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan acara melafaz ikrar oleh
guru-guru.

Majlis dengan ini menjemput Encik Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd,
Pengetua Cemerlang SMK Cheras Perdana untuk memimpin lafaz ikrar
guru.

Para pentadbir dan semua guru dijemput berdiri.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan kepada Tuan Pengetua atas


pimpinan lafaz ikrar guru sebentar tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.

Shakira Hadirin sekalian,

Sekarang tibalah masanya untuk majlis penyerahan watikah pelantikan


kepada fasilitator guru serta penyerahan sijil kepada murid-murid Smart
A.

Murid- murid ini ialah murid yang memperoleh keputusan 6A dan ke atas
dalam peperiksaan akhir tahun 2016 dan akan dibimbing dengan penuh
dedikasi oleh mentor guru yang berkaliber dalam bidang masing- masing.
Dengan ini, majlis sekali lagi menjemput Tuan Pengetua, untuk mengiringi
Encik Musa bin Ismail ,Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat
bagi menyampaikan watikah pelantikan.

Sha 1-4
Syaz 5-8 Dimulai dengan Kumpulan 1, dibimbing oleh.. (dan seterusnya
Kump 8)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Musa bin Ismail atas kesudian beliau
menyempurnakan majlis ini.

Syazriha Seterusnya, majlis memohon kerjasama murid Smart A untuk bersedia


bagi lafaz Aku Janji.

Lafaz AkuJanji ini akan diketuai oleh saudara Kesaven A/L Sivarajah.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta Smart A di atas lafaz ikrar
AkuJanji sebentar tadi.

Majlis menjemput para pentadbir dan Tetamu Jemputan untuk sesi


bergambar bersama murid Smart A dan fasilitator guru.

Diminta murid Smart A kembali mengambil tempat duduk masing-


masing.

Shakira Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya sesi bergambar itu tadi, maka berakhirlah Program


Penetapan Target SPM dan PT3 serta Pelancaran Murid Smart A SMK
Cheras Perdana bagi tahun 2017.

Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada tetamu jemputan, para
pentadbir dan semua yang hadir pada majlis pada majlis pada hari ini.

Dijemput, Encik Musa bin Ismail ,Penolong Pegawai Pendidikan Daerah


Hulu Langat, Tuan Pengetua serta para mentadbir untuk menikmati
jamuan ringan yang disediakan di bilik gerakan.

Saya akhiri majlis ini dengan mempersilakan ibu bapa atau penjaga yang
hadir, untuk berjumpa dengan guru tingkatan di Dewan Sri Rohani
bersama dengan anak masing masing untuk melengkapkan borang
penetapan target.
Murid- murid tingkatan 3 yang tidak diwakili oleh ibu bapa atau penjaga,
diminta untuk tunggu sebentar di Dewan Serbaguna Lim Kok Yeong
sehingga diberitahu.

Murid tingkatan 5 boleh kembali ke kelas masing-masing dalam keadaan


tenang.

Sekian, salam sejahtera dan terima kasih.