Anda di halaman 1dari 61

Alor Setar : Sejarah, Grafik & Politik Bandaraya

Bendera Malaysia

Bendera Kedah

Sejarah Asal Usul

Alor Setar adalah cantuman dari kata Alor dan Setar. Setar adalah nama pokok Setar,
buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya
besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan
nama saintifiknya Bouea macrophylla. Alor Setar ditubuhkan pada tahun 1735 oleh Sultan
Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah dan merupakan pusat pentadbiran kelapan negeri
sejak Kesultanan Kedah pada 1136. Pusat-pusat pentadbiran sebelum ini berlokasi di Kota Bukit
Meriam, Kota Siputeh, Kota Sungai Emas, Kota Naga, Kota Sena, Kota Indera Kayangan dan
Kota Bukit Pinang. Bandar ini telah diruntuh dua kali ketika Kedah diserang oleh Bugis pada
tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821.

Alor Setar telah rasmi diberikan status sebagai Bandaraya yang ke-9 di Malaysia, pada 21
Disember 2003[4] di mana ejaan nama Alor Setar telah berubah secara rasminya ke Alor Star.
Upacara pengisytiharan untuk Ibu Negeri Kedah diadakan di Dataran Tunku, Jalan Tunku
Ibrahim, Alor Setar. Di antara mereka yang hadir pada upacara bersejarah adalah Tuanku Sultan
Kedah Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultanah Kedah Tuanku Haminah Hamidun. Upacara
juga disaksikan oleh orang awam dan pelancong.Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada
Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah
ditukar semula kepada Alor Setar pada 14 Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada
nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.[5]
Sejarah Awal Pembukaan
Alor Setar mula-mula dijumpai dan diasaskan oleh salah seorang Sultan Kedah iaitu Sultan
Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II dalam tahun (1710-1778).[6] Baginda
merupakan Raja Negeri Kedah dari tahun hijrah 1122 1174. Pada awalnya, Alor Setar cuma
sebuah kampung dengan beberapa buah rumah yang terletak di muara dua batang sungai.

Apabila Sultan Mohamad Jiwa menjumpai kampung itu, baginda begitu tertarik dengannya
kerana tempat itu dikelilingi oleh pohon-pohon pokok yang tebal lagi menghijau dan merupakan
pusat di mana dua batang sungai bertemu. Maka, Adapun Duli Yang Dipertuan bermuafakat
dengan segala menteri-menteri membuat sebuah kota batu, bernama Kota Setar Secara tidak
langsung kampung itu digelar Kota Setar.

Baginda menamakannya Setar sempena dengan jenis pokok-pokok yang disekitar kota iaitu
dikenali sebagai pokok Setar jadi pada masa itu nama Alor Setar belum muncul lagi ia
dikenali sebagai Kota Setar.

Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II bersemayan di Istana Kota Setar dan
banginda menjadikannya sebagai Bandar DiRaja Negeri Kedah. Kota Setar mula berkembang
setelah dijumpai oleh seorang berbangsa Inggeris kira-kira lebih 150 tahun selepas kampung itu
diasaskan. Dalam bulan Oktober, 1883, James F. Agustin tiba di Kuala Sungai Kedah (sekarang
dipanggil Kuala Kedah) kira-kira 10 km dari Kota Setar. Beliau dengan beberapa orang Inggeris
lain telah mejelajah kawasan itu hingga ke pendalaman. Disamping, dua batang sungai tersebut
kelihatan kelompok petempatan kecil orang-orang Melayu.

Akhirnya Augustin dan orang-orangnya pun tiba di Kampung Kota Setar. Beliau telah berkawan
dengan orang-orang Melayu disitu dan mereka telah membawa ke istana batu Sultan Muhammad
Jiwa. Augustin begitu tertarik hati dengan keadaan persekitaran istana yang dikelilingi dengan
pokok-pokok Stak dan beliau lebih terpesona dengan keindahan kota mahligai Sultan. Sultan
Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II menerima Augustin dengan baik dan kedua-
dua pihak itu telah bertukar-tukar barang.

Dari sinilah bermulanya perniagaan bertukar barangan dan perdagangan diantara orang-orang
tempatan dengan pedagang-pedagang asing. Pada awal kurun ke-19, ramai pedagang asing
seperti pedagang Inggeris, India, China dan Sumatera telah datang ke Kota Setar untuk
berdagang. Kota Setar telah berkembang dari sebuah kampung kepada pekan yang sibuk dan
akhirnya menjadi sebuah Bandar yang merupakan pusat penempatan, perdagangan dan
pentadbiran. Orang-orang Inggeris khususnya, amat berminat kepada Bandar Kota Setar (masa
itu Alor Setar dikenali dengan Kota Setar).

Dengan itu, segala perniagaan, pengangkutan dan perhubungan di Kedah berpusat di Kota Setar.
Lama-kelamaan nama Kota Setar ditukar kepada Alor Setar. Ini disebabkan Bandar itu terletak
dekat muara sungai dan selalu terdapat ramai pedagang Melayu dari lain-lain Negeri Melayu
bersinggah disitu. Sebaliknya, Kota Setar telah menjadi nama kepada kawasan atau daerah yang
sekitar Alor Setar.
Kota Setar dijadikan sebagai sebuah daerah di Kedah yang dipenuhi dengan sawah padi dan
mula berkembang pesat terutama sekali dengan adanya pusat perdagangannya iaitu Alor Setar.
Demikianlah sejarah awal mengenai pembukaan Alor Setar yang bermula dalam tahun 1720-an.
Mengikut En. Ismail Bin Hj. Salleh (Setiausah Kehormat Persatuan Sejarah cawangan Kedah),
Alor Setar merupakan satu Bandar yang istimewa dalam erti kata bahawa ia cepat mengalami
pembangunan yang pesat walaupun ia merupakan Bandar kecil, disamping masih dapat
mengekalkan ciri-ciri warisan budaya asing dalam pembangunannya khususnya bangunan-
bangunan yang moden binaannya tetapi mempunyai ukiran yang cukup berseni dan bercorak
asli.

Alor Setar adalah sebuah ibu negeri yang tertua sekali di Malaysia. mengikut rekod sejarah,
Bandar ini telah menjadi Ibu Negeri selama lebih kurang 250 tahun. Dari zaman ia diasaskan
hingga zaman kini, Alor Setar masih tetap menjadi Ibu Negeri Kedah.

Sejarah Revolusi

Sultanah Kedah DYMM Sultanah Haminah Hamidun


Maklumat terperinci: Sejarah Revolusi Alor Setar

Geografi
Kedah dalam Malaysia

Negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia

Alor Setar terletak di barat Semenanjung Malaysia merupakan bandaraya utara di Malaysia.
Daerah Kota Setar ataupun Bandaraya Alor Setar dengan mempunyai penduduk melebihi
daripada 366,787 (2010)[7] orang di Kedah. Ia juga bersempadan dengan daerah Kubang Pasu,
Pokok Sena dan Pendang. Terletak di Koordinat: 67U 10022T, bandaraya Alor Setar
bertempat di pinggir Selat Melaka yang memisahkan Malaysia dari Indonesia.

Keluasan bandar sebanyak 666 km dan kini menyusut kepada 424km disebabkan Pokok Sena
dijadikan daerah baru. Alor Setar dikelilingi sistem sungai yang penting seperti Sungai Kedah,
Sungai Langgar, Sungai Tajar, Sungai Anak Bukit, Alor Malai dan Alor Merah.

Demografi

Demografi bagi Alor Setar


Kumpulan etnik Peratus
Melayu & Bumiputera 75%
Cina 20.5%
India 9.1%
Lain-lain 5.4%

Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ialah bahasa utama Alor Setar. Bahasa-bahasa lain
yang dituturkan di bandar ini termasuk loghat-loghat Kantonis, Mandarin dan Tamil. Bahasa
Inggeris juga berperanan besar sebagai perantara perniagaan dan mata pelajaran wajib di
sekolah.

Populasi bagi Alor Setar pada tahun 2010 ialah 366,787 orang. Jumlah penduduk bagi kaum
Melayu di Alor Setar ialah 75.0% (262,637), jumlah penduduk bagi kaum Cina ialah 20.5%
(78,542), jumlah penduduk kaum India ialah 9.1% (8,298) dan jumlah penduduk bagi lain-lain
seperti kaum Bangla ataupun dari luar negeri ialah 5.4% (1,253).[8]

Agama Islam diamalkan terutamanya oleh kaum Melayu dan komuniti India Muslim. Agama-
agama lain yang diamalkan di Alor Setar ialah agama Hindu (terutamanya di kalangan kaum
India), Buddha, Konfusianisme dan Taoisme (terutamanya di kalangan kaum Cina) dan Kristian.
Justeru, nyata sekali di Alor Setar terdapat banyak tempat beribadah untuk orang Islam kerana
penduduknya didominasi oleh orang Melayu.

Statistik

Jumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Alor Setar pada tahun 2000 dianggarkan
berjumlah 354,433 ribu, dan meningkat menjadi 366,787 ribu pada 2010. Ketumpatan
penduduknya adalah 696 inhabitants per square kilometre (10,340 /sq mi), menjadikannya
kawasan pentadbiran paling tumpat penduduknya di Negeri Kedah.

Dengan anggaran jumlah penduduk metropolitan sebanyak 800,000 ribu pada tahun 2010
(termasuk bandar-bandar berhampiran di sempadan daerah Kota Setar), Alor Setar boleh
dianggap sebagai bandar raya selamat. Penurunan kadar kelahiran yang berterusan di Alor Setar
telah menyebabkan peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun menjunam beberapa peratus
pada tahun 2000. Sebaliknya, golongan usia bekerja 1559 tahun pula meningkat dari tahun ke
tahun.

Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di Alor Setar sahaja
adalah 75% pada banci tahun 2010 manakala penduduk Cina dan India masing-masing
merangkumi 20.5% dan 9.1%. Juga kelihatan adalah fenomena peningkatan kehadiran penduduk
warga asing di Alor Setar, yang kini meliputi 5.4% penduduk bandar.

Jenayah Alor Setar menjadi kebimbangan para penduduk baru-baru ini. Antara kegiatan jenayah
yang semakin meningkat kadarnya termasuk meragut, ketagihan dadah, perjudian dan maksiat.
Alor Setar : Kaca Mata Malaysia
Slogan Jom Pi Alor Setar

JOM PI ALOR SETAR Negeri Kedah Darul Aman semakin berkembang dari semasa ke
semasa termasuklah bandaraya Alor Setar. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai
perkembangan sejarahnya yang tersendiri, Kedah telah berjaya membina identitinya sama ada
dari aspek politik, sosial dan ekonomi. Mercu Tanda di Kedah Darul Aman khususnya Alor Setar
mempamerkan kepada masyarakat luar khususnya dan generasi muda mengenai bangunan,
binaan, monumen yang terdapat di Negeri Kedah yang dapat menggambarkan identiti Negeri
Kedah itu sendiri. Bangunan yang terdapat di sekitar bandar Alor Setar seperti Muzium DiRaja,
Balai Besar, Balai Nobat, Balai Seni dan Masjid Zahir, kebanyakannya diasaskan semasa
pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Shah II pada tahun 1735.[9]

Alor Setar Bandar Selamat

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan
projek Program Bandar Selamat di bandaraya ini. Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh
Ahmad berkata, projek itu antaranya membina besi penghadang jalan, memasang lampu jalan di
kawasan gelap dan pemasangan cermin.

Kawasan yang terlibat dalam projek ini pula merupakan kawasan-kawasan yang dikenal pasti
kerap berlakunya kejadian jenayah seperti ragut dan sebagainya. Terdapat 12 lokasi yang terpilih
iaitu di Jalan Sultan Badlishah, Jalan Tunku Ibrahim, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Simpang
Kuala, Persiaran Sultan Abdul Hamid dan Jalan Kota, katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mat Noh berkata, pihaknya membelanjakan RM3.3 juta yang diperuntukkan
kerajaan persekutuan bagi melaksanakan 42 projek menaik taraf jalan dan sistem perparitan.
Menurutnya, antara projek itu ialah menaik taraf jalan dan parit di jalan sekitar Sekolah
Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Jalan Langgar dan sistem perparitan di Taman Bayu
Baru. Projek lain adalah Lebuhraya Sultanah Bahiyah; jalan dan parit di Kampung Pantai Johor
serta jalan dan sistem perparitan di Dataran Kampung Berjaya.[10]

Bandaraya Masa Depan Asia

Alor Setar dipilih sebagai Bandar Raya Masa Depan Asia dalam kategori bandar raya kecil di
rantau berkenaan, baru-baru ini oleh majalah terkemuka antarabangsa, itu bagi tahun 2007 dan
2008.

Pengiktirafan ke atas ibu negeri Kedah itu mengambil kira beberapa kategori termasuk potensi
ekonomi, pelaburan dan perniagaan di bandar raya berkenaan. Menurut majalah tersebut, Alor
Star berada di tangga pertama bagi kelompok enam bandar raya kecil terbaik di Asia diikuti
Newcastle (Australia) di tangga kedua, Jeju (Korea Selatan), Taoyuan (Taiwan), Gifu (Jepun)
dan Ipswich (Australia).
Sementara itu, bagi anugerah Bandar Raya Masa Depan kategori bandar raya Asia, ia diraih oleh
Hong Kong diikuti Singapura, Taipei (Taiwan), Melbourne (Australia), Dalian (China),
Shijiazhuang (China), Bandar Quezon (Filipina), Bandaraya Cebu (Filipina), Guangzhou (China)
dan Bandaraya Davao (Filipina).Bagi lima kelompok terbaik kategori potensi ekonomi, Hong
Kong berada di depan diikuti Singapura, Dalian (China), Guangzhou (China) dan Bandar
Quezon (Filipina).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika ditanya mengenai kedudukan tersebut,
berkata, ia adalah satu penghargaan kepada negeri Kedah yang terbukti berjaya dalam menarik
ramai pelabur.Ia perkembangan yang baik untuk Kedah dan kita mengharapkan anugerah
tersebut akan memastikan negeri ini terus menjadi daya tarikan kepada pelabur untuk melabur
diKedah. [11] [12]

Bandaraya Metropolitan Alor Setar

Perkembangan Bandaraya Alor Setar akan menjadi Bandar Metropolitan Alor Setar-Kubang
Pasu-Pokok Sena-Pendang.

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan metropolitan ini akan diduduki oleh seramai
1,000,000 lebih penduduk di kawasan sekitar di Alor Setar - Jitra (Kubang Pasu) - Pokok Sena -
Pendang.

Zon metropolitan Alor Setar atau Greater Alor Setar merangkumi bandar-bandar utama disekitar
Bandaraya Alor Setar yang mempunyai penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar ini
membentuk sebuah kawasan metropolis dengan jumlah 731,995 orang (2010)[perlu rujukan],
menjadikan kawasan metropolis kelima terbesar di Malaysia selepas Metropolitan Lembah
Klang, Metropolitan Iskandar Malaysia, Metropolitan Lembah Kinta, dan Metropolitan Penang-
Kedah.

Bandar di Alor Setar

Bandar Anak Bukit


Bandar Muadzam Shah

Bandar Baru Mergong

Bandar Stargate

Bandar Suka Menanti

Bandar Seri Ampang

Tandop Baru

Alor Mengkudu

Bandaraya Utama Negeri Kedah

Alor Setar merupakan bandar utama di Kedah selain Sungai Petani dan Kulim. Alor Setar
merupakan sebuah ibu negeri yang juga merupakan bandar diraja. Pentadbiran Negeri Kedah
juga terletak di sini.

Fungsi-fungsi bandaraya Alor Setar:

Bandar Utama Negeri Kedah

Bandar Pentadbiran Negeri Kedah

Bandar Diraja Negeri Kedah

Bandar Ibu Negeri Kedah

Bandar Pertanian Padi

Bandar Perindustrian

Bandar Pelancongan

Bandar Bersejarah

Bandar Pelabuhan

Bangunan Tertinggi di Alor Setar

Rencana utama: Senarai Bangunan Tertinggi di Alor Setar


Menara Alor Setar

Paling Tinggi :

Menara Alor Setar : 40 tingkat (165.5 meter)

City Plaza + Holiday Villa : 20 tingkat

Grand Alora Hotel Starcity(Bandar Baru Mergong) - 18 tingkat.

Menara PKNK : 15 tingkat

Bangunan Sultan Abdul Halim - 13 tingkat

Menara Zakat : 13 tingkat

Menara Peladang : 13 tingkat

Menara IPK Negeri : 12 tingkat

Bangunan Hospital Sultanah Bahiyah I: 12 tingkat

The Regency Hotel - 12 tingkat

Sederhana Tinggi :
Menara KWSP - 11 tingkat

Menara Sentosa : 10 tingkat

Menara Bina Darulaman Berhad - 10 tingkat

Hotel Starcity - 10 tingkat

Menara UMNO - 10 tingkat

Bangunan TNB - 10 tingkat

Kedah Medical Center - 10 tingkat

Putra Medical Center - 10 tingkat

Wisma Persekutuan - 9 tingkat

Pangsapuri Polis Jalan Kolam Air I - 9 tingkat

Pangsapuri Polis Jalan Kolam Air II - 9 tingkat

Bangunan Hospital Sultanah Bahiyah II - 9 tingkat

Bangunan BSN - 9 tingkat

Bangunan RISDA - 9 tingkat

Sentosa Regency Hotel - 8 tingkat

Arkib Negara - 8 tingkat

Wisma Darulaman - 8 tingkat

Plaza MARA (Plaza Alor Setar) - 8 tingkat

Sentosa Regency - 8 tingkat

Wisma Persekutuan - 8 tingkat

Kompleks Haji - 8 tingkat

Menara Perkeso - 7 tingkat


Kurnia Insurance - 7 tingkat

Wisma DPMK - 7 tingkat

Dalam Pembinaan :

Tertinggi :

Blok Amansuri Residence I - 24 tingkat

Blok Amansuri Residence II- 22 tingkat.

Amanpuri Hotel - 19 tingkat

HR Group Mergong Barrage - 18 tingkat

Menara SADA - 15 tingkat

Sederhana Tinggi :

Royale Signature Hotel - 7 tingkat

Alor Setar & Pengurusan Perbandaran


Gambar dibawah menunjukkan perkembangan Bandaraya Alor Setar yang semakin berkembang
sejak 2008.
Bangunan baru Mahkamah Syariah terletak di sebelah Barat

Bangunan Pentadbiran baru Negeri Kedah lengkap di Timur

Ukir Mall atau lebih dikenali sebagai Dataran Usahawan Alor Setar

Populasi = 405,789 (2009) (termasuk daerah Pokok Sena)

Kawasan Pentadbiran

Kawasan-kawasan ini juga dibawah pentadbiran dan kelolaan Majlis Bandaraya Alor Setar
(MBAS) manakala Daerah Pokok Sena masih lagi ditadbir oleh MBAS walaupun sudah menjadi
daerah baru.

Pusat Bandaraya Alor Setar

Bandar Muadzam Shah

Bandar Anak Bukit

Bandar Baru Mergong

Bandar Tandop Baru


Bandar Stargate

Bandar Seri Ampang

Bandar Suka Menanti

Alor Janggus

Alor Malai

Alor Mengkudu

Alor Merah

Alor Tajar

Bukit Pinang

Derga

Gunung Keriang

Hutan Kampong

Kota Sarang Semut

Kepala Batas

Kuala Kangkong

Kuala Kedah

Kuala Sungai

Kubang Rotan

Langgar

Lepai

Padang Hang

Padang Lalang
Pengkalan Kundor

Pumpong

Sala

Simpang Empat

Simpang Kuala

Sungai Baru

Tebengau

Telok Bagan

Telok Chengai

Telok Kechai

Titi Gajah

Keluasan dan Kependudukan

Daerah di Kedah

Berikut merupakan keluasan dan populasi penduduk bagi mukim-mukim di Alor Setar. [13]

Bil Senarai Mukim Keluasan (km) Populasi Penduduk


1 Kota Setar 6.523 22,364
2 Kuala Kedah 10.772 20,924
Bil Senarai Mukim Keluasan (km) Populasi Penduduk
3 Tajar 44.988 16,244
4 Derga 29.473 32,227
5 Alor Merah 5.774 9,655
6 Pengkalan Kundor 41.027 61,357
7 Anak Bukit 8.753 10,700
8 Titi Gajah 13.026 4,999
9 Kubang Rotan 21.626 6,716
10 Kangkong 22.662 8,640
11 Langgar 10.594 8,262
12 Limbong 7.899 1,620
13 Mergong 12.844 27,616
14 Sungai Baharu 5.932 2,024
3 Sala Kechil 16.033 6,927
16 Lengkuas 7.846 1,939
17 Bukit Pinang 10.695 8,616
18 Alor Malai 7.252 30,747
19 Telok Kechai 7.899 9,894
20 Telok Chengai 6.062 6,964
21 Tebengau 17.377 4,714
22 Gunong 19.631 7,475
23 Padang Lalang 23.981 9,263
24 Telaga Mas 13.128 3,538
25 Lepai 7.199 3,313
26 Hutan Kampong 10.072 7,962
27 Padang Hang 22.144 4,405
28 Pumpong 11.084 18,071

Perkembangan Bandar

Menjelang tahun 2015, negeri Kedah akan menjadi negeri yang mempunyai dua bandaraya di
Malaysia selain Selangor dan Sarawak.

Sektor perumahan berkembang pesat di Alor Setar. Semenjak tahun 1990-an, bandar Alor Setar
menerima pelaburan sederhana oleh syarikat-syarikat pemaju perumahan. Taman Setia, Taman
Seri Kota, Taman PKNK, Taman Nuri, Taman Dahlia merupakan perumahan terancang yang
terawal di Alor Setar. Menjelang tahun 2008 sehingga 2012, beberapa bandar baru dimajukan
antaranya ialah Bandar Baru Mergong, Bandar Desa Seraya, Bandar Stargate, Villa Anak Bukit
dan Laman Kuda. Sebuah kondominium mewah sedang dibina pada tahun 2012 oleh Belleview
Group di kawasan Pusat Bandaraya Alor Setar. Kondominium itu diberi nama Amansuri
Residences. Kini Bandar Alor Setar sedang mengalami perubahan yang drastik sejak 2008
seperti di kawasan Kuala Kedah, Langgar, Mergong, Anak Bukit, Alor Mengkudu dan Datuk
Kumbar. Akan tetapi, Bandar Sungai Petani telah mengambil alih sebagai bandar terbesar di
Negeri Kedah sejak tahun 2010.[14]

Bandar-bandar Baharu

Bandar baru atau bandar terancang dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah
dan bandar yang pesat membangun. Bandar baru dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk
dan juga dibina di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar asal. Tambahan itu, sebuah
bandar baru dibina di Bandar Satelit Pokok Sena yang dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya
Alor Setar. Bandar ini dapat mengurangkan masalah kesesakan jalanraya dan populasi yang kian
meningkat sekali gus dijadikan bandar satelit.

Bandar Baru di Alor Setar

o Bandar Muadzam Shah (Bandar Pentadbiran)

o Bandar Anak Bukit (Bandar Diraja)

o Bandar Baru Mergong

o Bandar Stargate

Bandar Baru di Pokok Sena

o Bandar Baru Dua (Bandar Satelit)

o Bandar Tunku Puteri (Bandar Satelit)

o Bandar Sejahtera (Bandar Satelit)

o Bandar Baru Pokok Sena

Populasi Penduduk

Populasi = 405,789 (2009) (termasuk daerah Pokok Sena)

Penduduk Alor Setar adalah terdiri daripada majoriti Melayu dan Cina. Kebanyakan penduduk di
Alor Setar tertumpu di Mergong, Anak Bukit, Langgar dan Kuala Kedah serta di Jalan Pegawai,
Jalan Tanjung Bendahara, Jalan Putra dan Jalan Datuk Kumbar menjadikan keluasan bandaraya
ini menjadi semakin besar dengan pertambahan penduduk yang begitu drastik sejak tahun 2006
dimana bandar ini pernah mengalami kemerosotan populasi penduduk pada tahun 2000. Dengan
pembukaan penempatan baru di Alor Mengkudu dan Tandop Baru menyebabkan populasi bandar
ini semakin meningkat.
Akan tetapi, Bandar Sungai Petani telah mengambil alih sebagai bandar terbesar di Kedah [15]. Ini
kerana Bandar Sungai Petani mempunyai ramai penduduk disebabkan berdekatan dengan bandar
perindustrian terbesar di utara iaitu di Seberang Perai. Bandar Sungai Petani juga mengalami
penjualan rumah yang lebih murah berbanding Bandaraya Alor Setar, faktornya adalah Alor
Setar merupakan sebuah bandaraya yang mempunyai tanah bendang dan perlu ditambak tanah
dan kos-kos lain yang mahal berbanding di Sungai Petani kerana tanahnya lebih murah. Faktor
ini menyebabkan ramai pemaju hartanah tidak berani melabur di Alor Setar.

Walaubagaimanapun, Alor Setar tersenarai sebagai salah satu bandaraya terbesar di Malaysia.
Sekarang, Pokok Sena, Kedah telah dijadikan daerah baru yang sebelum ini daerah sekali dengan
Alor Setar [16] Statistik populasi adalah seperti berikut:

Bandar / Daerah Populasi 1980 Populasi 1990 Populasi 2000 Populasi 2010
Alor Setar / Kota Setar 279,567 322,354 354,433 366,787

Kawasan Perindustrian

Alor Setar juga merupakan pusat perindustrian di Kedah walaupun dimonopoli oleh Sungai
Petani dan Kulim:

Kawasan Perindustrian Mergong 1

Kawasan Perindustrian Mergong 2

Kawasan Perindustrian Mergong Barrage

Taman Perindustrian Ringan

Taman Perindustrian Kristal

Taman Perindustrian 2010

Taman Perindustrian Tandop Utama

Kawasan Perusahaan Tandop Baru

Naik Taraf Perbandaran

Majlis Perbandaran Kota Setar secara rasmi dinaikkan taraf sebagai bandar raya ke sembilan di
negara ini dan bergelar Majlis Bandaraya Alor Setar.

Surat Perisytiharan Taraf Bandaraya kepada Majlis Perbandaran Kota Setar yang ditandatangani
oleh Yang di-Pertuan Agong dipersembahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Seri Ong Ka Ting kepada Sultan Kedah pada Istiadat Penyerahan Watikah Bandaraya Alor
Setar, di Istana Anak Bukit.
Sultan Kedah kemudian berkenan menyerahkan watikah tersebut kepada Menteri Besar waktu
itu, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain. Berangkat sama menyaksikan majlis penuh bermakna itu
ialah Che Puan Haminah Hamidun, Raja Muda dan Raja Puan Muda Kedah, kerabat-kerabat
diraja, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lokman
Hakim Md Jassah, anggota-anggota Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pegawai-pegawai
kanan kerajaan negeri.

Surat perisytiharan itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin
Putra Jamalullail di Istana Negara pada 19 November 2003. Istiadat dimulakan dengan
pengkisahan Bandar Alor Star tulisan tokoh sejarah negeri Kedah, Datuk Wan Shamsudin Wan
Mohd Yusof yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Baling, Zahari Ismail.

Alor Setar yang diasaskan kira-kira 268 tahun lalu (1735) oleh Almarhum Sultan Muhammad
Jiwa Zainal Adilin Muadzam Shah II, iaitu Sutan Kedah yang ke-19 (1710-1778).[17]

Baik Pulih Bandaraya

Sejak tahun 2008, pelbagai infrastruktur dibandar ini telah dibaik pulih oleh kerajaan negeri,
iaitu menghidupkan semula bandar ini yang pernah dianggap bandar mati kerana tiada kemajuan
ekonomi dan infrastruktur yang baik. Begitu banyak perubahan dengan banyak kawasan
perumahan yang muncul di Langgar, Tandop, Alor Mengkudu, Kuala Kedah, Kuala Sungai dan
Mergong sekaligus mengubah lanskap bandaraya Alor Setar. Perumahan dibangunkan oleh pihak
swasta dan GLC melalui perancangan teliti serta kelulusan oleh kerajaan negeri. Apabila
wujudnya perumahan, sekaligus mewujudkan premis-premis perniagaan yang akan menjana
ekonomi negeri.

Pusat Bandaraya Alor Setar kini berubah wajah. Bangunan serbanika yang usang di Stesyen Bas
Baru dirobohkan dan dibangunkan UKIR Mall yang tersergam gagah. Ia projek Perbadanan
Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Di belakangnya dibina medan selera yang baru dan cantik. Di
sisi UKIR Mall yang dahulunya menjadi bangunan usang tinggalan sebuah syarikat bas, kini
dibangunkan sebagai gerai-gerai makanan ala one stop center. Berpuluh peniaga Melayu boleh
mencari rezeki. Kini bandaraya lebih ceria dengan wujudnya bazaar larut malam di perkarangan
stadium dan bazaar sinar malam di perkarangan Pekan Rabu. Hampir semua yang terbabit
dengan perniagaan adalah golongan Bumiputera.

Di sepanjang jalan utama pusat bandar, Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membina
tembok penghadang. Di samping mencantikkan pemandangan ia mengurangkan ancaman
keselamatan terhadap pejalan kaki. Bulatan Jalan Kota dibangunkan semula. Jika anda melalui
Jalan Stadium atau Jalan Tun Razak, terdapat bulatan yang dibina mempunyai kalimah Allah dan
juga Al-Quran yang sangat cantik.

Pelan Pembangunan

Kerajaan negeri kini sedang merancang suatu perancangan iaitu apabila ada pelancong datang ke
Alor Setar, mereka akan dibawa ke Gunung Keriang iaitu ke Muzium Padi dan menyediakan
restoran masakan Kedah seperti masakan yang berasaskan ikan keli, haruan, sepat dan lain-lain
lagi.

Selesai lawatan di muzium tersebut, mereka terus dibawa ke sungai berhampiran muzium dan
menaiki bot untuk ke Ampang Jajar dan masa yang diambil adalah kira-kira satu jam. Ianya
dipanggil Cruise Sungai Kedah. Pakej ini boleh menjadi sumber pendapatan rakyat.

Kerajaan Negeri mencadangkan agar diperbaiki apa yang ada supaya orang ramai dapat
menikmati alam semula jadi dan kera-kera di Pulau Pinang dibawa ke kawasan laluan bot
tersebut agar orang yang menaiki bot tersebut dapat melihat kera-kera tersebut di tepi sungai.

Dari sana barulah datang ke Pekan Rabu. Di sini pelancong boleh membeli apa yang diperlukan
seperti dodol, bahulu, karas dan akhirnya semua orang mai ke sini. Inilah perancangan kerajaan
negeri dan kini UPEN sedang membuat kertas kerja.

Sebelum ini masa untuk membeli-belah di Pekan Rabu adalah terhad, tetapi kini pengunjung
yang datang ke Alor Setar tidak perlu lagi bimbang kerana pada waktu malam mereka boleh
membeli-belah di bazar ini.

Selepas itu, mereka boleh tidur di hotel yang ada di sekitanya. Inilah diantara kemudahan-
kemudahan yang akan sediakan kepada rakyat.

Menteri Besar, Azizan berharap agar usahawan-usahawan kecil yang berniaga di Pekan Rabu
mengambil kesempatan ada ini dan menjaga kebersihan serta amanah. Peniaga-peniaga mestilah
menunjukkan adab yang sopan seperti senyum kepada pembeli kerana senyum itu adalah
sedekah dan ianya dapat menarik ramai pelanggan.

Usahawan-usahawan yang berniaga di dalam kompleks Pekan Rabu juga perlu ambil
kesempatan untuk melanjutkan operasi perniagaan mereka sehingga ke sebelah malam bagi
merancakkan lagi aktiviti Bazar Sinar Sejahtera ini.

Dalam tahun akan datang, Jalan Tunku Ibrahim ini akan di buat seperti di Kuala Lumpur, iaitu
akan tutup jalan pada waktu malam, maka orang ramai tidak lagi perlu bersusah payah untuk
mencari parkir kerana jalan ini sudah ditutup.

Alor Setar & Pengurusan Awam


Penguatkuasaan CCTV

CCTV dikuatkuasakan di Alor Setar pada pertengahan tahun 2010.

Simpang Hospital Lama

Simpang ke Tesco Mergong


Simpang ke Perniagaan Sultan Abdul Hamid

Simpang ke Pekan Rabu dan Star Walk

Simpang ke Pekan Simpang Kuala

Simpang ke Hospital Sultanah Bahiyah

Simpang ke Jalan Gangsa

Simpang keluar Tol Utara

Simpang keluar Tol Selatan

Simpang I-City-Jalan Putra-Lebuhraya Darul Aman

Simpang Jalan Stadium

Simpang Taman Rakyat, Mergong

Laluan masuk ke Alor Setar Mall

Penambahan Parking Kereta

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kini dalam proses menaik taraf tempat meletak kenderaan
terutama di kawasan bandar dan tumpuan ramai berikutan masalah orang ramai yang mengalami
kesulitan setiap kali mahu parkir kenderaan di kawasan pusat bandar.

Ketua Bahagian Pengurusan Harta MBAS, Zamzama Mohd berkata, masalah itu akan dapat
diatasi setelah bangunan parkir bertingkat siap sepenuhnya kelak. Kita sedang merancang untuk
menambah bilangan petak meletak kenderaan dengan menaik taraf parkir bertingkat di kompleks
MBAS, ujarnya.

Zamzama memberitahu, buat masa ini, hanya paras bawah hingga tingkat enam yang boleh
digunakan bagi menempatkan lebih 100 kenderaan. Setelah proses penyelenggaraan dan menaik
taraf selesai kelak, ia dijangka dapat menyediakan 300 petak tempat meletak kenderaan.

Saya berpendapat setelah beroperasi kelak, ia mampu menampung jumlah kenderaan dan
masalah tidak cukup parkir akan selesai, katanya. Beliau menjelaskan, kerja-kerja untuk
memulakan projek berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh tiga bulan akan datang selepas
tawaran tender dibuka kepada kontraktor yang layak.

Ini alternatif terbaik dalam jangka pendek untuk mengatasi masalah parkir kerana pusat bandar
ketiadaan kawasan lapang untuk dibangunkan kawasan parkir, tambahnya. Bagi perancangan
jangka panjang, katanya, MBAS kini dalam proses memohon kelulusan tanah kuarters lama polis
di Jalan Kolam Air bagi dibangunkan sebagai kawasan meletak kenderaan.

Kita baru sahaja buat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan dan sehingga kini masih
menunggu jawapan sama ada diluluskan atau sebaliknya, jelasnya. Menurutnya, MBAS kini
turut memperluaskan penggunaan parkir berkupon dan antara kawasan yang telah dikenal pasti
ialah Simpang Kuala, Jalan Pegawai, Kompleks Taman Perindustrian Kristal, Kompleks
Perniagaan Shahab Perdana dan Kompleks Perniagaan Utama Jalan Sultanah Sambungan.[18]

Tempat-tempat Menarik

Balai Besar Negeri Kedah

Balai Nobat negeri Kedah

Balai Seni Negeri Kedah

Muzium Negeri Kedah

Muzium Di Raja Kedah

Galeri Sultan Abdul Halim

Mini I-City

Kota Kuala Kedah

Pusat Sains Negara Wilayah Utara

Muzium Padi (Kedah)

Menara Alor Setar

Balai Seni Negeri Kedah

Pekan Rabu

Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohammad

Rumah Merdeka (Memorial Tunku Abdul Rahman)

Permandangan jelapang padi


Alor Setar & Pengurusan Ekonomi
Sebagai salah satu daripada lima buah bandar yang utama di Kedah (selain daripada Sungai
Petani, Kulim, Jitra dan Langkawi), Alor Setar juga adalah pusat perindustrian yang penting di
negeri Kedah. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang elektronik, kilang-kilang
membina kapal, dan kilang-kilang penapis bahan sumber semulajadi.

Pusat beli-belah yang banyak di Alor Setar memenuhi keperluan pelancong asing mahupun
tempatan yang melawat bandar raya ini untuk membeli-belah atau berhibur. Hasilnya,
pemandangan aktiviti beli-belah di Alor Setar adalah sangat pesat bagi sebuah bandar raya yang
mempunyai saiz sedemikian. Kawasan beli-belah utama terletak di pusat bandar raya, manakala
sebilangan pusat beli-belah besar terletak di pinggir bandar raya.

Kawasan perindustrian berat dan ringan ialah Mergong Barrage, Mergong 1 & 2, Tandop dan
Perindustrian Ringan Kristal, serta Taman Perindustrian 2010 yang terletaknya di kawasan
pinggir bandar.

Alor Setar menikmati hubungan ekonomi yang rapat dengan Pulau Pinang. Ramai penduduk di
Alor Setar bekerja ulang-alik di Pulau Pinang berikutan kadar gaji disana yang lebih tinggi
daripada di Kedah dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Kedah.

Kemudahan Perbankan

Alor Setar mempunyai banyak cawangan bank-bank utama bagi penduduk tempatan mahupun
luar.

AgroBank

Maybank

Bank Rakyat

Tabung Haji

Ambank

EON Bank Bhd

Hong Leong Bank

AmIslamic
Public Bank Bhd

Affin Bank Bhd

CIMB Bank Bhd

RHB Bank Bhd

Bank Simpanan Nasional

Alliance Bank

Standard Chartered

Bank Islam Malaysia Bhd

Bank Kerjasama Rakyat

HSBC Bank Malaysia

Peruncitan Besaran

Di sekitar kawasan Bandaraya Alor Setar, terdapat banyak pusat membeli-belah utama seperti
Billion Supermarket, City Plaza, Plaza Sentosa, Mydin Mall, Plaza MBAS, Mydin Mart,
Alor Setar Mall, Star Parade dan Ukir Mall. Di kawasan Bandaraya Alor Setar juga terdapat 2
buah pusat membeli-belah Tesco seperti Tesco Mergong, Tesco Star Gate, dan sebuah Giant
iaitu Giant Albukhary, Alor Setar serta pusat beli-belah Aeon Big Alor Setar yang terletak di
Jalan Gangsa yang baru dibuka.

Star Parade

Merupakan pusat beli-belah yang terbesar pertama di Alor Setar pada masa dahulu. Pusat
beli-belah ini terletak di antara Jalan Sultan Badlishah dengan Jalan Teluk Wanjah yang
dikelilingi oleh Menara Peladang, Wisma PKNK, Pejabat Risda Negeri Kedah dan
Perkeso Kedah di pusat bandaraya. Pusat membeli-belah ini mempunyai 5 tingkat ini
turut menempatkan Kedai Buku Popular yang terbesar di bandaraya ini. Ia dibuka dari
10.00 pagi hingga 10.00 malam. Selain itu, terdapat rangkaian beli belah Pacific disini.

Alor Setar Mall

Merupakan pusat membeli-belah kedua terbesar di bandaraya ini. Alor Setar Mall
terdapat jaringan Pacific serta menawarkan pelbagai kedai fesyen antarabangsa dan kedai
makanan antarabangsa seperti Georgetown White Coffee, Uno Cafe, KFC dan
sebagainya. Terdapat juga sebuah panggung wayang yang terbesar di Alor Setar iaitu
MBO Cinemas. Untuk ke sana mesti melalui Lebuhraya Sultanah Bahiyah yang dulu atau
lebih dikenali sebagai Jalan Lencongan Barat dan memasuki ke Persimpangan Desa
Seraya. Ia dibuka dari 10.30 pagi hingga 11.00 malam.

City Plaza

City Plaza pada umumnya adalah pusat beli-belah pertama di Alor Setar. Disebabkan
terletak di tengah-tengah pusat bandar, ketiadaan ruang meletak kereta menjadi punca
orang ramai jarang mengunjungi pusat ini. Walaubagaimanapun terdapat banyak kedai-
kedai baju berjenama di dalam pusat ini serta sebuah restoran McDonald's dan kni
mendapat sambutan semua sejak City Point dibangunkan menjadi UTC KEDAH yang
menempatkan ejen kerajaan dan swasta.

Pekan Rabu

Terletak di pusat bandar Alor Setar, Pekan Rabu menampilkan suatu yang berbeza kerana
pusat ini menyediakan kedai-kedai yang menjual barangan umum seperti dodol, kerepek,
barang perhiasan dan juga lain-lain lagi.

Mydin Mall Alor Mengkudu

Baru sahaja siap dibina pada tahun 2012 yang terletak di Jalan Alor Mengkudu ini
menarik ramai pengunjung kerana satu-satunya pusat beli-belah di kelilingi oleh
kampung dan taman perumahan. Ramai orang tidak percaya apabila terdapat sebuah
pusat beli-belah di situ terutamanya penduduk sekeliling. Alor Mengkudu
menghubungkan Alor Tajar, Simpang Kuala dan Jalan Tanjung Bendahara serta Derga di
Jalan Datuk Kumbar dan jika anda datang ke sana. Anda akan melihat pemandangan
sawah padi terbentang luas.

Ukir Mall

Terletak di Jalan Sultan Badlishah berhampiran dengan Star Parade dan Kompleks
Peruda. Bangunan ini baru siap dibina pada tahun 2012. Mempunyai sebuah restoran
kopitiam yang diniagakan oleh peniaga melayu dan terdapat sebuah dewan berhawa
dingin untuk apa jua majlis keramaian dan lain-lain lagi.

Sentosa Mall

Terletak di Jalan Putra menghubungkan pusat bandar dan Mergong ini, Plaza Sentosa
menawarkan anda pusat yang penuh dengan jualan teknologi intelek seperti penjualan
komputer dan telefon bimbit terbesar di Negeri Kedah.

Tesco Mergong

Terletak di Bandar Baru Mergong yang dibina pada tahun 2008 adalah salah sebuah pusat
beli-belah di Alor Setar.
Tesco Stargate

Baru siap dibina pada tahun 2010, Stargate adalah sebuah bandar baru di sini
menampilkan sebuah superstor terkemuka iaitu Tesco, namun pusat ini jarang dihadiri
pelanggan kerana menghadap ke selatan tetapi senang untuk membeli-belah kerana
jarang pengunjung ke sini. Slah satu faktor lain ialah berdekatan dengan pusat beli-belah
terbesar kedua di Alor Setar iaitu Alor Setar Mall.

Souq Al-Bukhary

Juga dikenali sebagai Giant Albukhary ini terletak di Jalan Langgar off Jalan Tun Razak.

Aman Central Mall

Akan menjadi tanda mercu baru (dijangka siap dibina tahun 2015) bagi Bandaraya Alor
Setar kerana ia akan menjadi pusat beli-belah terbesar di bandaraya ini mengalahkan
pusat beli-belah yang dahulu merupakan mercu tanda baru di Alor Setar dan bakal
menjadi pusat beli-belah terbesar di Negeri Kedah. Dengan 6 tingkat pusat membeli
belah, 2 basement dan 2 tingkat tempat letak kereta di tingkat 9 dan 10 dapat memberi
keselesaan kepada pelanggan di Alor Setar sendiri dan kawasan sekitar. Aman Central
Mall juga dikelilingi oleh Amansuri Residence dan terdapat jalan pejalan kaki iaitu Aman
Walk menjadikan Aman Central sebagai destinasi utama beli belah.[19] [20]

Aeon Big Hypermarket

Terletak di pusat komersial baru Star Avenue, iaitu persimpangan Jalan Tambang Badak
dan Jalan Gangsa, pasar raya besar ini akan memberi banyak pilihan membeli-belah
kepada penduduk Alor Setar dan sekitar. Pusat beli-belah ini akan dibuka pada 5
Disember 2014.

Alor Setar & Pengurusan Pelancongan


Rencana utama: Pelancongan di Alor Setar

Mercu Tanda Moden dan Bersejarah

Masjid Zahir

Banguan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali
sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan
Istana Pelamin dan terletak di antara Jalan Sultan Muhammad Jiwa dengan
Lebuhraya Darulaman.

Masjid AL-Bukhary
Ia terletak di persimpangan Jalan Langgar dengan Jalan Tun Abdul Razak. Masjid ini
mempunyai ciri-ciri masjid moden salah satu di Malaysia.

Masjid Al-Gufron

Ia terletak di persimpangan Jalan Teratai - Persiaran Sultan Abdul Hamid.

Masjid India

Ia terletak di Jalan Penjara Lama.

Dataran Merdeka

Ia terletak tengah-tengah pusat bandaraya ini.

Dataran Tunku Ibrahim

Dataran ini terletak dihadapan Pekan Rabu, yang merupakan kawasan sesak diwaktu
puncak.

Bangunan Sultan Abdul Halim

Ia terletak di pusat bandaraya. Bangunan ini digunakan sebagai Jabatan Kerja Raya
Negeri Kedah.

Galeri Seni Negeri Kedah

Ia terletak di Jalan Sultan Muhammad Jiwa (kira-kira 700m timur utara dari Hotel
Royale). Bangunan yang berwarna putih mempunyai setingkat yang dibina sebelum
merdeka mempamerkan kebanyakkannya lukisan Malaysia yang moden.

Taman Rekreasi Hutan Rimba

Ia terletak di Jalan Tunku Bendahara dan juga terletak kira-kira 5km dari pusat bandaraya
ini). Disitu terdapat taman permainan bagi kanak-kanak dan dikelilingi oleh pokok-pokok
besar.

Taman Jubli Emas

Ia dibina pada tahun 2008 bersempena 50 pemerintahan Sultan Abdul Halim. Pelbagai
kemudahan sukan dan infrastuktur dibina untuk menampung penduduk Alor Setar yang
semakin bertambah dan dibuka setiap hari pada pukul 7 pagi. Disini juga terdapat
pancutan air berirama pada waktu malam pada hari-hari tertentu sahaja.

Taman Persisiran Juragan


Taman Persisiran Juragan merupakan taman rekreasi yang kedua terbesar di bandaraya ini
yang menghadap Sungai Kedah. Ia terletak berhampiran dengan MADA Kedah-Perlis.
Kawasan ini juga terletak kira-kira 7km dari pusat bandaraya.

Tempat yang Menarik

Masjid Zahir

Kota Marina

Muzium Negeri Alor Setar

Kota Marina

Muzium Kuala Kedah

Muzium Padi

Stadium Alor Setar

Stadium Mini Sultan Abdul Halim

Menara Alor Setar

Taman Jubli Emas Suka Menanti

Taman Jubli Perak ( Taman Rimba )


Dataran I-City

River Cruise Kedah (Menyusuri Sugai Kedah dan Sungai Anak Bukit) [Akan dibuka pada
pertengahan 2015]

Gunung Keriang

Gua Gunung Keriang

Rumah Merdeka

Rumah Kelahiran Tun Mahadhir Mohammad

Alor Setar & Pengurusan Pengangkutan


Perhubungan Jalan Luar

Lingkaran Lebuhraya di Malaysia

Lebuhraya

o Lebuhraya Utara Selatan Alor Setar Utara

o Lebuhraya Utara Selatan Alor Setar Selatan

Terminal Bas

o Terminal Bas Shahab Perdana

Stesen Kereta Api

o Stesen Kereta Api Elektrik Alor Setar


o Stesen Kereta Api Elektrik Anak Bukit

Lapangan Terbang

o Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Terminal Feri

o Terminal Feri Kuala Kedah

Lebuh Raya Utama

Sistem lebuhraya yang sistematik adalah satu anugerah kepada orang awam khususnya pengguna
lebuhraya yang mahukan perjalanan ke destinasi pilihan dengan selesa.

Lebuhraya Utara Selatan (menghubungkan Alor Setar dengan Thailand di utara dan
bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia.)

Lebuhraya Sultan Abdul Halim (menghubungkan Bandar Alor Setar dengan Bandar
Sungai Petani dan Bandar Butterworth)

Lebuhraya Sultanah Bahiyah (menghubungkan susur keluar tol utara sehingga ke susur
keluar tol selatan)

Lebuhraya Darulaman (menghubungkan utara bandar di lapangan terbang sehingga ke


pusat bandar).

Jalanraya Alor Setar - Pokok Sena - Kuala Nerang (menghubungkan pusat bandar dengan
Bandar Pokok Sena sehingga ke Bandar Kuala Nerang

Jalanraya Alor Setar - Kangar (menghubungkan pusat bandar sehingga ke Bandar


Kangar)

Jalanraya Alor Setar - Yan (menghubungkan barat bandar sehingga ke Daerah Yan).

Jalan Raya Alternatif

Alor Setar mempunyai rangkaian jalan raya dan persiaran yang agak luas dan selesa.

Persiaran Sultan Abdul Hamid

Persiaran Bandar Baru Mergong

Persiaran Bandar Stargate


Jalan Kuala Kedah

Jalan Suka Menanti

Jalan Tun Razak

Jalan Alor Mengkudu

Jalan Teluk Wanjah

Jalan Tambang Badak

Jalan Tanjung Bendahara

Jalan Sultan Badlishah

Jalan Jelai Alor Tajar

Jalan Titi Haji Idris

Jalan Datuk Kumbar

Jalan Hutan Kampong

Jalan Kuala Kangkong

Jalan Tok Keling

Jalan Stadium

Jalan Sultanah

Jalan Langgar

Jalan Putra

Jalan Gangsa

Jalan Istana Kuning

Jalan Sultan Muhammad Jiwa

Jalan Seberang Perak


Jalan Putih (Jalan Utama Taman Rakyat)

Jalan Kilang Tebu

Terminal Bas Shahab Perdana

Rencana utama: Terminal Bas Shahab Perdana

Alor Setar mempunyai hab pengangkutan awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu di
Lebuhraya Sultanah Sambungan (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas ditukar
daripada Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan dalam bandar
dan antarabandar. Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau Pinang untuk kemudahan
orang yang bekerja.

Stesen Kereta Api Elektrik Anak Bukit

Keretapi Berkembar Eletrik (Ipoh-Padang Besar) sedang dalam pembinaan di bandaraya Alor
Setar dan bandar Anak Bukit. Kini sudah siap digunakan. Tetapi masih menunggu landasan
kereta api eletrik siap spenuhnya pada 2016.

Stesen Kereta Api Elektrik Alor Setar

Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai stesen perhentian di tengah-tengah Pusat Bandaraya
Alor Setar. Stesen ini terletak di Jalan Stesen. Stesen ini akan bertukar wajah apabila akan dibina
semula menjadi moden (serta ditukar nama stesen menjadi Setar Sentral, tidak lagi dibangunkan
buat masa sekarang) bagi menggantikan stesen yang telah sedia ada.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

Alor Setar mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang
lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.
Ia terletak di Lebuhraya Darul Aman (dulu Jalan Anak Bukit),Kepala Batas, Alor Setar, 8 km
dari bandaraya. Pada masa ini, hanya Penerbangan Malaysia, AirAsia dan Firefly, masing-
masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur. Dahulu, lapangan terbang
ini juga merupakan terminal bagi Ked-Air, sebuah rangkaian penerbangan Kedah-Kuala Lumpur,
tetapi sudah memberhentikan operasinya pada 2006.

Terminal Feri Kuala Kedah

Alor Setar juga mempunyai perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi untuk pergi dan balik. Harga
tiket semasa tahun 2012 ialah RM23 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak atau pelajar
sekolah. Jarak terminal feri dengan pusat bandar lebih kurang 12km sahaja.

Kesesakan Lalu Lintas


Pertambahan penduduk di Alor Setar telah menyebabkan kesesakan lalu lintas beberapa jalan di
Alor Setar pada waktu puncak:

Jalan Langgar

Jalan Lencongan Barat

Jalan Alor Mengkudu

Lebuhraya Sultanah Bahiyah

Jalan Kuala Kedah

Lebuhraya Sultan Abdul Halim

Lebuhraya Darulaman

Menurut Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang tahun 2010, Bandar Muadzam Shah Alor
Setar akan menjadi Pusat Pentadbiran baru selepas bandaraya Alor Setar. Kini, Bandar Muadzam
Shah Alor Setar akan melalui pembangunan infrastruktur utama. Ini termasuk balai polis baru
Anak Bukit, Jabatan Pendaftaran Negara baru negeri Kedah dan juga bangunan baru kerajaan
negeri. Stesen keretapi (Stesen Keretapi Antarabangsa Anak Bukit) juga akan dibina di sini
apabila projek kereta api elektrik berkembar selesai disiapkan.

Alor Setar & Pengurusan Pembangunan


Infrastuktur Masjid

Masjid Zahir-Masjid Negeri (Jalan Sultan Muhammad Jiwa)

Masjid Aman (Lebuhraya Sultanah Bahiyah)

Masjid Darul Salam (Tambak Bunga) (Jalan Kuala Kedah)

Masjid El-Ghufran (Persiaran Sultan Abdul Hamid lebih dikenali sebagai Jalan Pegawai)

Masjid Al-Aziz Tanjung Bendahara (Jalan Tanjung Bendahara)

Masjid Telok Chengai (Jalan Kuala Kedah)

Masjid Ehsan (Jalan Bunga Raya)

Masjid Kampung Berjaya (Jalan Kampung Berjaya)


Masjid Al-Irfan (Jalan Langgar)

Masjid Al-Bukhary (Jalan Langgar)

Masjid Sultanah Bahiyah (Jalan Sultanah)

Masjid Alor Merah (Jalan Alor Merah)

Masjid Pantai Johor (Jalan Pantai Johor)

Masjid Al-Rahmah (Lebuhraya Sultanah Bahiyah)

Masjid Tandop (Jalan Tandop)

Masjid Tunku Abdul Rahman Putra (Jalan Kuala Kedah)

Masjid Tunku Abdul Malik (Alor Tajar)

Masjid Taman Rakyat (Jalan Utama Taman Rakyat lebih dikenali Jalan Putih atau Jalan
Taman Rakyat)

Medan Selera & Taman Rekreasi

Medan Selera Mergong

Medan Selera Merdeka

Medan Selera Peremba

Medan Selera Alor Merah

Medan Selera Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar

Medan Selera Tanjung Bendahara

Taman Persisiran Tanjung Chali

Taman Jubli Perak

Taman Jubli Emas

Rekreasi Medan Peremba


Rekreasi Medan Merdeka

Rekreasi Gunung Keriang

Pasar

Alor Setar mempunyai sebuah pasar besar di Alor Setar di Lebuhraya Sultanah Bahiyah iaitu
Pasar Besar Alor Setar, dan pasar-pasar lain :

Pasar Seberang Jalan Putra

Pasar Kuala Kedah

Pasar Simpang Kuala

Pasar Tuanku Abdul Halim (Pasar Koboi)

Pasar Taman Berjaya

Pasar Kampung Berjaya

Belia dan Sukan

Alor Setar merupakan sebuah bandaraya yang lengkap dengan kemudahan sukan. Antara
kemudahan sukan di Alor Setar ialah:

Stadium Darul Aman (Lebuhraya Darul Aman)

Stadium Sultan Abdul Halim (Jalan Suka Menanti)

Dewan Badminton Alor Setar

Kompleks Belia Dan Sukan(Jalan Stadium)

Kompleks Akuatik Alor Setar (Jalan Gunung Keriang)

Kompleks Muadzam Shah ( Kompleks Hijau Kuning )

Mini Stadium Peremba (Jalan Kilang Tebu)

Kolam Renang MBAS (Jalan Stadium)

Pusat Pengajian Tinggi


Kolej Universiti Insaniah (KUIN, lebih di kenali sebagai Kolej Insaniah atau
INSANIAH), Lebuhraya Sultanah Bahiyah

Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar

Kolej Tentera Udara Kepala Batas (Royal Air Force College), Jalan Hutan Kampung

Universiti Antarabangsa Albukhary (Albukhary International University (AIU), Jalan Tun


Razak

Kolej Pertanian Malaysia, Jalan Langgar, Alor Setar, Jalan Langgar [21]

Universiti Tun Abdul Razak (Kini sebagai UmTech Alor Setar), Jalan Langgar

Open University Malaysia (Universiti Terbuka Malaysia), Jalan Langgar

Institut Islam Negeri Kedah

Institut Kemahiran MARA

Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, Jalan Sultanah Bahiyah

Kolej Jururawat Alor Setar , Jalan Langgar

Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) (Akan Datang)

Senarai Sekolah

Kolej Sultan Abdul Hamid

Maktab Mahmud Alor Setar

Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium

Sekolah Menengah Teknik Alor Setar

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abd. Aziz


Sekolah Menengah Kebangsaan St.Michael

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohamed Al-Bukhary

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laksamana

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sofiah

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan

Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong

Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas

Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus

Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Perak

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Kuala

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang

Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah

Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman

Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar

Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar


Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

Hospital dan Klinik

Hospital Sultanah Bahiyah, hospital yang terbesar di Alor Setar dan Kedah amnya.

Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar (dahulunya Hospital Alor Setar.

Pusat Darah Wilayah Utara, Hospital Alor Setar.

Klinik 1 Malaysia Mergong Barrage

Klinik 1 Malaysia Kuala Kedah

Klinik 1 Malaysia UTC Kedah

Klinik Kesihatan Jalan Putra

Klinik Kesihatan Simpang Kuala

Klinik Kesihatan Kuala Kedah

Klinik Kesihatan Jalan Langgar

Kedah Medical Centre

Putra Medical Centre

Kemudahan Awam

Pihak Berkuasa Tempatan

Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar, Jalan Kolam Air

Daerah dan Tanah

Majlis Daerah dan Tanah Kota Setar, Jalan Suka Menanti

Pengangkutan

Jabatan Pengangkutan Jalan Alor Setar, Jalan Perak

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah, Jalan Suka Menanti


Pejabat Rangkaian Televisyen

Pejabat TV3,NTV7,TV9,TV8

Pos Malaysia

Ibu Pejabat Pos Malaysia Kedah, Jalan Stadium

Pejabat Pos Malaysia Alor Setar, Jalan Raja

Pos Malaysia Alor Setar, Jalan Tunku Ibrahim

Pos Malaysia Alot Setar dalam Tesco Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahiyah

Pejabat Kesihatan

Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, Lebuhraya Darul Aman

Pejabat Kesihatan Negeri Kedah, Lebuhraya Darul Aman

Pejabat Kesihatan Negeri Kedah 2, Jalan Kuala Kedah

Pejabat Pelajaran

Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah

Pejabat Pelajaran Negeri Kedah,Jalan Stadium

Jabatan Agama Islam

Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Jabatan Agama Islam Kedah, Jalan Tunku Ibrahim

Yayasan Islam Negeri Kedah, Jalan Teluk Wanjah

Pejabat Agama Islam Alor Setar, Jalan Tunku Ibrahim

Polis DiRaja Malaysia

Ibu Pejabat Polis Negeri Kedah,Jalan Stadium

Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Jalan Raja


Ibu Pejabat Polis Trafik Alor Setar, Jalan Raja

Balai Polis Kuala Kedah, Jalan Kuala Kedah

Balai Polis Anak Bukit, Bandar Muadzam Shah

Balai Polis Kepala Batas, Lebuhraya Darulaman

Kementerian Pelancongan

Jabatan Kementerian Pelancongan Malaysia, Jalan Raja

Jabatan Penerangan Pelancongan Negeri Kedah, Jalan Raja

Jabatan Kementerian Dalam Negeri

Majlis Belia Dan Sukan, Jalan Stadium

Taman Budaya (Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Malaysia), Lebuhraya


Darulaman

Pejabat RISDA Negeri Kedah, Jalan Teluk Wanjah

Perkeso Negeri Kedah, Jalan Teluk Wanjah

Menara Zakat, Jalan Teluk Wanjah

Telekom Malaysia Negeri Kedah, Jalan Kolam Air

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Jalan Tunku Ibrahim

Perbadanan Perpustakaan Awan Negeri Kedah, Jalan Kolam Air

Jabatan Imegresen Malaysia, Anak Bukit, Lebuhraya Darulaman

Wisma Darul Aman, Lebuhraya Darulaman

Arkib Negara Malaysia Kedah/Perlis, Lebuhraya Darulaman

Lembaga Hasil Dalam Negeri, Wisma Persekutuan, Lebuhraya Darulaman

Jabatan Pendaftaran Negara, Wisma Kementerian Dalam Negeri, Lebuhraya Darulaman


Kompleks SPRM Kedah, Jalan Suka Menanti

Menara Telekom Nasional Berhad, Jalan Sultan Badlishah

Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, Jalan Suka Menanti

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jalan Suka Menanti

Jabatan Kimia, Jalan Suka Menanti

Pejabat Koridor Utara, Lebuhraya Darulaman

Jabatan Kerja Raya, Bakar Bata, Lebuhraya Darulaman

Jabatan Kerja Raya, Jalan Seberang Perak

Pusat Pertahanan Awam Negeri Kedah, Lebuhraya Darulaman

Pejabat Pertahanan Awan Negeri Kedah, Lebuhraya Darulaman

Kompleks Pentadbiran Bandar Muadzam Shah, Lebuhraya Darulaman

Stesen Meteorlogi Alor Setar, Lebuhraya Darulaman

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Peladang, Jalan Sultan Badlishah

Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Jalan Sultan Badlishah

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah,Jalan Sultan Badlishah

Jabatan Kerja Raya Kota Setar, Jalan Sultan Badlishah

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jalan Sultan Badlishah

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jalan Sultan Badlishah

Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Jalan Kuala Kedah

Jabatan Mufti Negeri Kedah, Jalan Sultan Badlishah

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah, Jalan Stadium

Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Jalan Teluk Wanjah


Bangunan Alor Setar, Jalan Sultan Badlishah

Stesen Bas Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah

Telekom Malaysia, Jalan Kolam Air

Tenaga Nasional Berhad, Jalan Telok Wanjah

Kompleks Mahkamah Alor Setar,Jalan Suka Menanti

Mahkamah Syariah Alor Setar, Bandar Muadzam Shah

Kastam Diraja Malaysia, Persiaran Sultan Abdul Hamid

Ibu Pejabat Syarikat Air Darul Aman (SADA) , Jalan Sultan Badlishah

Kompleks Beli-belah Dan Pasaraya

Star Parade (Pacific Hypermarket)

Alor Setar Mall (Pacific Hypermarket)

Souq Al-Bukhary (Giant Hypermarket)

Mydin Mall Alor Mengkudu

Tesco Mergong

Tesco Stargate

City Plaza

Pekan Rabu (under rebuild)

Sentosa Plaza

Ukir Mall

Billion Supermarket

Aman Central (Parkson) [22] (dalam pembinaan, akan dibuka pada bulan September tahun
2015)
Aeon Big Alor Setar

C-Mart Alor Setar

Sam Groceria Aman Central (Hypermarket dalam pembangunan Aman Central)

Mydin Mall Mergong (Dalam Pembinaan)

Hotel dan Resort

Hotel Seri Malaysia

Star City Hotel

Hotel Grand Crystal

Hotel Regency

Hotel Royale

Hotel Samila

Holiday Villa

Sentosa Regency Hotel

Miramar Hotel

Seberang Perak Hotel

Hotel Tandop

New Regency Hotel

Hotel T

Hotel Lencong Barat

JP Hotel

Hotel Anggerik

Hotel T++
Fuller Hotel Alor Setar

Hotel Royale Signature ( Dalam Pembinaan )

Leverage Business Hotel Bandar Baru Mergong

Leverage Business Hotel Kuala Kedah

Grand Alora Hotel (Baru Dibuka)

Tabung Haji Hotel & Convention Centre (Baru Dibuka)

Keriang Hill Resort (Baru Dibuka)

Tune Hotel Alor Setar ( Akan Datang )

Restoran Makanan Segera & Francais

Marrybrown - Giant Al-Bukhary dan Stesen Bas Shahab Perdana.

Kentucky Fried Chicken - Jalan Stadium, Jalan Putra, Alor Setar Mall, Pekan Simpang
Kuala, Jalan Limbong Kapal, Caltex Alor Mengkudu dan Tesco Mergong.

Tutti Frutti - Pusat Bandar

Pizza Hut - Limbong Kapal, Jalan Putra dan Tesco Mergong, PHD Persiaran Sultan
Abdul Hamid dan PHD Kompleks Sultanah Sambungan

Secret Recipe - Bandar Baru Mergong dan City Plaza.

McDonald's - City Plaza, Star Parade dan McDonald's Drive Thru Alor Mengkudu

Sushi King - Alor Setar Mall dan Aeon Big Alor Setar

Domino Pizza - Persiaran Sultan Abdul Hamid & Jalan Putra

Cool Blog - Alor Setar Mall & Urban Transformation Center ( UTC )Kedah

Cool Station - Aeon Big Alor Setar

Chatime - Alor Setar Mall dan Tesco Mergong

Burble Gurt - Bandar Baru Mergong


Each A Cup - Star Parade

Seoul Garden - Alor Setar Mall dan Aman Central (Akan Datang)

Subway - Alor Setar Mall, Aeon BiG Alor Setar (Akan Datang) dan CMART Alor Setar
(Akan Datang)

Kenny Rogers Roasters - Hotel Royale, Jalan Putra dan Alor Setar Mall

Hot & Roll - Alor Setar Mall dan Aeon Big Alor Setar

Starbucks Coffee - Aman Central (Akan Datang) dan Drive Thru Alor Mengkudu (Akan
Datang)

The Chicken Rice Shop - Aeon Big Alor Setar & Aman Central ( Akan Datang )

Alor Setar & Pengurusan Kemajuan


Projek Dalam Pembinaan

Amansuri Kondominium (23 tingkat & 22 Tingkat *)

Aman Central (10 tingkat Termasuk Basement 2 tingkat )

SK Mall ( Pekan Simpang Kuala )

Menara SADA ( 15 Tingkat )

Dewan Koperasi Guru ( 6 Tingkat )

Hotel Royal Signture ( 7 Tingkat )

BMW Showroom Alor Setar

Tune Hotel Alor Setar

Pembangunan Bercampur di Pusat Dakwah Alor Setar (20++ tingkat)

IPD Kota Setar

Jalan baharu dari Jalan Datuk Kumbar ke Jalan Alor Mengkudu

Jalan baharu dari Lebuhraya Darulaman ke Jalan Suka Menanti


Pembangunan Akan Datang

Pekan Rabu (Pembangunan Fasa 3 bakal siap 2016)[23]

Aman Walk sama dengan Orchid Walk di Singapura (Bermula di hadapan Aman Central
hingga Amansuri Kondonminium)

Pembangunan semula Dewan Guru Kedah (Dalam pembinaan)

River Cruise Kedah (akan dibuka kepada umum pada tahun 2015)

Projek Perumahan Rakyat PPR Kampung Kilat

Hotel 5 Bintang ( Bersebelahan Aman Central )


Alor Setar Sentral
Pusat Konvensen Alor Setar
Pejabat Pentadbiran baharu MBAS

Maklumat Am Daerah Kota Setar, Negeri Kedah Darul Aman

daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Sejarah Daerah Kota Setar
jitra daerah kubang pasu negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Sewaktu bersemayam di Kota Bukit Pinang, Sultan Muhammad Jiwa mengarahkan para
pembesarnya meneroka pusat pemerintahan baru untuk menggantikan Kota Bukit Pinang.
Tempat baru itu dinamakan Kota Setar mengambil sempena nama pohon setar yang banyak
tumbuh di situ.

Sebuah istana baru telah dibina lengkap dengan balai besar (balairong-seri/balai
penghadapan), balai nobat dan masjid. Sebelum itu rakyat dikerah untuk menggali
beberapa batang terusan antaranya dari Alor Semadom ke Sungai besar di Pumpong, dari
Kanchut tembus ke sungai besar di Pengkalan Badak, dan sebatang lagi menghala ke
Gerbang (Gedebang) melalui Geduk hingga ke sungai Pengkalan Kundor

Di samping untuk kegunaan pengairan sawah padi, mengelakkan banjir dan kemudahan
perhubungan, tanah-tanah yang digali itu ditambak untuk projek pembinaan kompleks
istana Kota Setar.

Pada 15 Syaaban 1418 Hijrah bersamaan 31 Disember 1735, Sultan Muhammad Jiwa
dengan rasminya berangkat bersemayam di Istana Kota Setar. Bermulalah era kedua dalam
sejarah pemerintahan baginda di Kota Setar sebagai pusat pemerintahan baru bagi negeri
Kedah.

Pada tahun 1726, Sultan Kedah telah meminta untuk mendirikan sebuah kota batu yang
kukuh dan lengkap berhadapan dengan istana baginda di Kota Setar. Di dalam kota itu telah
dibangunkan istana, taman bunga, kolam dan rumah kediaman menteri-menteri serta para
pegawai negeri. Manakala di luar kota baginda, telah dibina sebuah masjid, jambatan dan
kota pertahanan.

Bangunan yang dikenali sebagai Balai Besar atau Balairong Seri atau Balai Penghadapan
yang dilengkapkan dengan sebuah astaka dan singgahsana sultan telah dibina. Baginda
Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin yang sebelum ini bersemayam di Istana Bukit Pinang
lalu berangkat pindah ke istana baru di Kota Setar.

Selepas itu, bermula pada 15 Disember 1735, terciptalah sejarah kelahiran Bandar Diraja
Kota Setar. Kewujudan bandar ini telah kekal hingga ke hari ini dan Alor Setar kini telah
membangun dengan pesatnya
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Kota Star Masakini

Pembangunan awal di pusat bandar Alor Setar telah menjadikan bandar Alor Setar kini
penuh sesak dengan pelbagai jenis bentuk bangunan dan kemudahan frasarana yang lain
seperti jalan raya yang sistematik.

Alor Setar mengalami pembangunan yang pesat selepas Perang Dunia II. Kebanyakan
bangunan-bangunan yang terdapat di sekitar bandar ini telah dibina selepas negara
mencapai kemerdekaan. Pada amnya, bangunan-bangunan lama yang wujud adalah
tertumpu di kawasan pembangunan awal Alor Setar iaitu di sekitar kawasan Pekan Melayu,
Pekan Cina, Jalan Langgar dan juga di Jalan Raja.

Ciri-ciri bahan binaan bangunan-bangunan di pusat bandar dapat menggambarkan masa


dan zaman ianya telah dibina. Bangunan-bangunan lama di kawasan pembangunan awal
kebanyakannya terdiri daripada bangunan kayu, campuran kayu dan batu, yang boleh
dianggap sebagai bangunan separuh kekal. Langkah pihak-pihak yang bertanggungjawab
melakukan pemuliharaan dan pemeliharaan terhadap bangunan-bangunan ini menjadikan ia
kekal menarik sehingga ke hari ini.
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Asal-Usul Nama Alor Setar

Alor Setar adalah cantuman dari kata 'Alor' dan 'Setar'. Setar adalah nama pokok Setar,
buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan
saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang
dengan nama saintifiknya 'Bouea macrophylla'.

Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya
Alor Star pada 21 Disember 2003. Ejaan ini telah ditukar semula kepada Alor Setar pada 14
Januari 2009 kerana nama Alor Setar berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil
Pokok Setar.
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Pengangkutan di Daerah Kota Setar

Jalan Raya
Alor Star mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Utara Selatan
menghubungkan Alor Star dengan Negara Thai di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat
di Semenanjung Malaysia. Terdapat dua susur keluar ke Alor Star : Alor Star Selatan dan
Alor Star Utara.

Bas
Alor Star mempunyai hab pengangkutan awam bas dan teksi yang agak selesa, iaitu Shahab
Perdana di Lebuhraya Sultanah Bahiyah (sebelum ini dikenali sabagai Jalan Sultanah selepas
ditukar daripada Jalan Day). Shahab Perdana mempunyai dua terminal bas bagi perjalanan
dalam bandar dan antarabandar. Terdapat juga perjalanan harian pergi balik ke Pulau
Pinang untuk kemudahan orang yang bekerja.

Kereta Api Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai stesen perhentian di tengah-tengah
Bandaraya Alor Star.

Lapangan Terbang
Alor Star mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang
yang lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan
Abdul Halim. Ia terletak di Kepala Batas, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini (Tahun 2010),
hanya Penerbangan Malaysia dan AirAsia, masing-masing, menyediakan perkhidmatan
pergi-balik dari Kuala Lumpur.
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Kemudahan Awam di Daerah Kota Setar

Hospital Kerajaan
Hospital Sultanah Bahiyah
Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar
( dahulunya Hospital Alor Setar).

Hospital Swasta
Kedah Medical Centre
Putra Medical Centre

Kompleks Membeli- Belah


Alor Star Mall (Pacific Hypermarket)
Star Parade (Pacific Hypermarket)
City Plaza
Kompleks MBAS (Billion Supermarket)
Tesco Mergong
Souq Al-Bukhary (Giant Hypermarket)
Kedah Shopping Centre
Billion Supermarket (Pasar Besar Alor Star)
Kamdar
Mydin

Pasaraya Dalam Perancangan (2010)


Star Gate (Tesco)
Souq Aman - Plaza Tunku Yaakob redevelopment
Plaza AEON Star City

Hotel dan Resorts


Hotel Seri Malaysia
Star City Hotel
Hotel Grand Crystal
Holiday Villa
Sentosa Regency Hotel
Star City Hotel
Seberang Perak Hotel

Kemudahan Sukan
Stadium Darul Aman
Stadium Sultan Abdul Halim
Dewan Badminton Alor Setar
Kompleks Belia Dan Sukan (Jalan Stadium)
Kompleks Akuatik Alor Setar
6Kompleks Muadzam Shah ( Kompleks Hijau Kuning )
Stadium Mini
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Sektor Pelancongan di Daerah Kota Setar

Tempat tempat Menarik


Balai Besar
Balai Nobat
Muzium Negeri
Muzium Di Raja Kedah
Galeri Sultan Abdul Halim
Mini I-City
Pusat Sains Negara Wilayah Utara
Muzium Padi
Menara Alor Setar
Balai Seni Negeri
Pekan Rabu
Rumah Kelahiran Mahathir
Rumah Merdeka(Memorial Tunku Abdul Rahman
Gunung Keriang
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
daerah kota star alor setar negeri kedah darul aman, kedah lanie, kedah online, kedahonline
Kawasan-Kawasan Kajian

Bangunan Mahkamah Rendah Lama Alor Setar


Bangunan Mahkamah Rendah Lama ini terletak di Jalan Raja, Alor Setar. Tapak Mahkamah
Rendah Lama ini pada asalnya adalah tapak sebuah surau kepunyaan ulama Tuan Guru Haji
Saleh yang berasal dari Penaga, Seberang Perai.

Tuan Guru Haji Saleh pernah membuka perkampungan pondoknya di kawasan itu. Beliau
juga pernah berkhidmat selaku penasihat kepada Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin
Mukarram Shah (1854-1879) dan dilantik sebagai Guru Agama di istana. Surau ini juga
dijadikan tempat perbicaraan kes-kes berkaitan Hukum Agama Islam seperti nikah-kahwin,
cerai dan sebagainya.

Dalam tahun 1931, di atas tapak surau ini telah dibangunkan Mahkamah Rendah iaitu
semasa Kedah di bawah naungan British. Rekabentuk senibina bangunan ini juga sama
seperti Bangunan Mahkamah Tinggi iaitu bercirikan senibina Roman.

Galeri Sultan Abdul Halim


Galeri Sultan Abdul Halim terletak di kawasan Medan Bandar berhampiran Masjid Zahir ,
Balai Besar, dan Balai Nobat. Dahulu galeri ini merupakan Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Namun ia diubah suai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri. Orang ramai dapat
mengenali lebih mendalam lagi mengenai peribadi Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan
Kedah jika mengunjungi galeri ini.

Wisma Negeri
Wisma Negeri yang terletaknya di sebelah bangunan Balai Besar, Alor Star, merupakan nadi
pentadbiran kerajaan Negeri Kedah pada suatu masa dahulu. Perasmian bangunan ini telah
disempurnakan pada 11 Syawal 1393 bersamaan 8 September 1973 oleh D.Y.T.M. Tuanku
Haji Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pemangku Sultan Kedah pada waktu itu.
Lokasinya terletak berhampiran Balai Besar dan terletak di dalam kawasan Medan Bandar.

Bangunan ini pada awalnya menempatkan pejabat-pejabat penting seperti pejabat KDYMM
Tunku Sultan, DYTM Raja Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Kewangan Negeri.
Sebelum ini pejabat-pejabat tersebut berada di bangunan secretariat atau terkenal dengan
sebutan 'opis dalam', iaitu bangunan dua tingkat yang terletak di belakangnya yang mula
digunakan pada tahun 1929. Di bangunan ini juga terdapat Dewan Persidangan untuk ahli-
ahli Dewan Negeri Kedah yang sebelum itu bertempat di Balai Besar semenjak Majlis Negeri
di asaskan pada tahun 1905.

Pada 15 April 1993, semua pejabat terpenting di sini termasuk Dewan Undangan Negeri
telah berpindah ke Wisma Darul Aman yang terletak 1 kilometer dari pusat bandar dan
bersempadan di antara Jalan Tunku Bendahara, Jalan Sultanah dan Lebuhraya Darul Aman.
Sementara Wisma Negeri ditempatkan beberapa jabatan penting lainnya seperti Pejabat
Perbendaharaan dan Audit, Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah Kota Setar.

Dari segi struktur rekabentuk bangunan, dengan adanya bentuk-bentuk gerbang di setiap
tingkap, menjadikan bangunan ini kelihatan cantik. Di bahagian depan bangunan ini
terdapat jalinan lencana Negeri Kedah yang mewujudkan suasana harmoni. Ini tambah pula
dengan bumbung 'gentian kaca' sebagai tanda pintu masuk utama ke bangunan ini.
Sejarah Revolusi Alor Setar
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini mungkin memerlukan sunting kopi untuk tajuk yang pelik,
bahasa, garis, masa. Kamu boleh menolong dengan menyuntingkannya.
(Mei 2014)

Adalah disarankan bahawa rencana mesti digabungkan dengan .


(Perbincangan) Diusulkan dari Mei 2014.
Rencana ini memerlukan rujukan tambahan untuk pengesahan.
Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh didapati di dalam laman
perbincangan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan
rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak
disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Mei 2014)
Ramai pihak terkejut [1] apabila mengetahui bandar Alor Setar rupanya lebih tua daripada usia
Washington DC, ibu negara Amerika Syarikat. Alor Setar juga dikatakan dibuka lebih awal
daripada Sydney, bandar raya terbesar di Australia.

Alor Setar atau sebelumnya dikenali Kota Setar diasaskan pada 31 Disember 1735 oleh
Alhmarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'azzam Shah II, iaitu Sultan Kedah ke-19.

Washington diasaskan pada 1775 manakala Sydney 1778. Ini bermakna Alor Setar lebih 40 tahun
usianya sebelum kelahiran Washington dan kira-kira 45 tahun lebih tua dari kota raya Sydney
yang mempunyai empat juta penduduk.

Menjelang 31 Disember ini genaplah 268 tahun usia Alor Star, iaitu pusat pentadbiran kelapan
Kesultanan Negeri Kedah. Bandar ini melalui sejarah yang panjang kerana pernah lumpuh
setelah dimusnahkan semasa serangan askar Bugis pada 1770 dan tentera Siam pada 1821.

Selain bandar pentadbiran, Alor Star juga lahir sebagai bandar pertanian kerana di kelilingi oleh
sawah padi serta pernah menjadi pelabuhan bagi kapal dagangan yang menyusuri Sungai Kedah
melalui Kuala Kedah dan Selat Melaka.

Limbung Kapal, merupakan tempat membina dan membaiki kapal dan tongkang dan nama itu
masih kekal sampai sekarang, sementara Pekan Cina dan Pekan Melayu berhampiran Tanjung
Chali di pinggir Sungai Kedah merupakan pekan asal bandar Alor Setar. Sepanjang tempoh 268
tahun kewujudannya, Alor Star melalui pelbagai peristiwa dan sejarah yang menarik untuk
direnungi bersama.

Pada abad ke-18, iaitu Mac 1770 armada Bugis pimpinan Raja Haji menyerang Kedah,
memusnahkan Istana Kota Setar dan Balai Besar. Pada April 1771 termeterai perjanjian pertama
antara Inggeris yang diketuai oleh Kapten Francis Light dengan Sultan Abdullah Mukaram Shah
bagi menamatkan pengaruh Bugis di Kedah.
Istiadat pertabalan Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 berlangsung di
Balai Besar pada 17 Mac 1805. Pada 12 November tahun tersebut, tentera Siam atau Ligor
menyerang dan menduduki Kota Kuala Kedah serta memusnahkan bandar Alor Setar.
Peperangan itu menyebabkan Sultan Ahmad Tajudin terpaksa berhijrah ke Pulau Pinang dan
seterusnya ke Melaka. Dalam tempoh itu Alor Setar terbiar selama 20 tahun.

Pada 17 Mei 1897 kerajaan Siam menyerahkan kembali wilayah Perlis dan Setul (Satun) yang
terpisah sejak 1841 kepada kerajaan Kedah dan penyerahan jajahan takluk itu berlangsung di
Balai Besar. Upacara bersejarah itu disaksikan oleh Raja Muda Kedah Tuanku Abdul Aziz, yang
mewakili Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Perkahwinan lima orang putera dan puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 15 Jun 1904
turut mewarnai sejarah Alor Setar apabila upacara berlangsung 90 hari dan 90 malam serta
menelan belanja RM3 juta.

Sementara pada 25 Julai 1905, badan perundangan negeri - Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan
dan Tuanku Abdul Aziz (Raja Muda) dilantik sebagai presiden pertama majlis itu. Berikutan
termeterainya Perjanjian Bangkok pada 7 Julai 1909, upacara rasmi penyerahan negeri Kedah
dari naungan Siam kepada Inggeris berlangsung di Balai Besar pada 15 Julai 1909.

Bandar Alor Setar juga pernah jatuh ke tangan tentera Jepun pada 13 Disember 1941 selepas
kemaraan tentera tersebut dari utara Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua.

Selepas tewas perang, peristiwa pentadbiran tentera Jepun menyerahkan kuasanya kepada
pentadbiran tentera Siam untuk mentadbir Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu berlangsung
di Padang Court pada 18 Oktober 1946.

Alor Setar turut mencatat sejarah apabila perhimpunan raksasa di Padang Court dihadiri lebih
10,000 rakyat Kedah kerana menentang gagasan Malayan Union ciptaan Inggeris. Tunku Abdul
Rahman (Perdana Menteri pertama) mengetuai perhimpunan itu bersama pengasas-pengasas
UMNO lain termasuk Datuk Onn Jaafar dan Datuk Senu Abdul Rahman. Bandar ini juga
mencatat sejarah dalam bidang politik apabila Persidangan Agung UMNO yang keempat
berlangsung di Balai Besar dan Sultan Kedah, Sultan Badlishah diberi penghormatan untuk
merasmikan perhimpunan itu yang dipengerusikan oleh Datuk Onn.

Pada 20 Februari 1959, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Almarhum Sultan Badlishah ditabal
sebagai Sultan Kedah dalam istiadat gilang-gemilang di Balai Besar.

Sebagai mana bandar Alor Setar, majlis kerajaan tempatan Daerah Kota Setar turut mengalami
pertukaran nama kepada Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) pada 1978. Sebelum itu ia
dikenali Lembaga Bandaran Alor Star. Bandar tertua di negara ini menyambut jubli perak apabila
genap 25 tahun pemerintahan Sultan Abdul Halim pada 25 Julai 1983 dan pada 2 Jun 1990 pula
berlangsung perayaan menyambut Bandar Alor Setar ke-250 tahun. Hasrat bagi menaik taraf
MPKS kepada Majlis Bandaran Kota Setar (MBAS) tercetus apabila mendapat pelawaan
daripada Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada bulan Ogos 2000.
Pada April 2001, taklimat diadakan dan mendapat persetujuan Majlis Penuh MPKS dan pada 29
April, kemudian Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan cadangan itu sebelum
permohonan rasmi dibuat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 29 Ogos
2001. Ia kemudian diikuti dengan permohonan susulan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Syed
Razak Syed Zain kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 27 Januari 2002.
MPKS kemudian mengemukakan maklumat tambahan kepada kementerian pada 19 September
2002.

Antara kriteria yang diperlukan sebelum majlis perbandaran itu dinaikkan status sebagai bandar
raya ialah bandar itu perlu menjadi pusat pentadbiran negeri, penduduknya tidak kurang 300,000
orang, mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat, pusat perniagaan dan
perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yang kukuh selain ciri istimewa dari segi
sejarah. Majlis perbandaran itu juga berkemampuan dari segi kewangan dengan hasil pendapatan
tidak kurang RM80 juta setahun.

Alor Setar yang kini mempunyai kira-kira 300,000 penduduk berkembang mengikut arus
peredaran masa. Daripada sebuah bandar pertanian kepada pusat perdagangan dan kewangan
selain pusat pentadbiran tertua di rantau ini.

Kedudukan Kedah yang strategik dan kaya dengan hasil bumi, menjadikan negeri tertua ini
sebagai pintu masuk yang menghubungkan antara timur dan barat melalui Selat Melaka, sekali
gus menjadi lokasi yang ideal untuk dijadikan pelabuhan persinggahan di kalangan pedagang
China, India dan Arab pada masa lampau.

Alor Setar mendapat pengiktirafan sebagai Majlis Bandaraya Alor Star pada 28 November 2003
selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, akan kekal ikatan sejarah dan tradisinya
yang kukuh dari segi agama dan budaya.

Kenaikan taraf bandar raya ini juga seiring wawasan Kedah Maju 2010, pembangunan Kuala
Kedah sebagai pelabuhan tukar barang, bandar diraja Anak Bukit, pembangunan Gunung
Keriang, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang bakal mengadakan
penerbangan haji terus ke Jeddah selain lapangan terbang terpenting di sebelah utara
Semenanjung.

Ibu negeri Jelapang Padi ini memiliki keunikannya tersendiri, selain diwarnai oleh sawah yang
menghijau dan menguning, mempunyai tarikan dari segi pelancongan kerana taman laut Pulau
Payar yang kaya dengan keindahan batu karang turut dimasukkan dalam peta pentadbirannya.

Bangunan Balai Besar yang terletak di kawasan Kota Setar merupakan mercu tanda pentadbiran
negeri pada zaman kesultanan Kedah, mencatat pelbagai sejarah negeri. Kedudukannya
berhadapan Masjid Zahir (masjid negeri) merupakan satu gambaran jelas pada masa lalu terdapat
perhubungan simbiosis antara sistem pentadbiran negeri dengan agama Islam.

Alor Setar yang membangun dari hasil keringat para petani, peniaga dan pentadbir telah melalui
perubahan dan pembangunan yang pesat mengikut rentak dan peredaran masa jika dibandingkan
10 atau 20 tahun yang lalu.
Antara bangunan sejarah yang masih dikekalkan ialah kawasan pentadbiran kesultanan Kedah
termasuk Balai Besar, Istana Pelamin, Balai Nobat, Masjid Negeri, Bangunan Wan Mat Saman
dan Balai Seni.

Selain itu terdapat terusan Wan Mat Saman, Rumah Kelahiran Dr. Mahathir serta kediaman
Tunku Abdul Rahman. Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Mahathir (Perdana Menteri
Pertama dan Perdana Menteri Keempat) adalah anak kelahiran Alor Star.

Sementara Wan Mat Saman pula merupakan Perdana Menteri Kedah yang pertama dan dianggap
arkitek kepada pembangunan Kedah kerana turut merancang sistem perairan untuk sawah padi
menerusi pembinaan Terusan Mat Saman sepanjang 35 kilometer dari Alor Star ke kaki Gunung
Jerai, yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan.

Gabungan bangunan sejarah silam dengan keindahan alam semula jadi Pulau Payar, kos hidup
yang rendah, pusat membeli belah termasuk Pekan Rabu yang sudah sinonim dengan bandar ini,
merupakan aset penting di sektor pelancongan bagi bandar raya ini yang dulunya hanya sebuah
`pekan di dalam sawah'.[2]

BENDERA

BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi
oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna
tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol
agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya.

Jambangan yang terdiri daripada biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri
beras. Bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan pemerintah.

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning dan dilingkungi
oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna
tradisional negeri dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol
agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya
LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam.
Perisai pula tanda kekuasaan.

KEBUDAYAAN & KESENIAAN


Kepelbagaian dan kosmopolitan budayanya melambangkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Ia merangkumi elemen-elemen budaya Melayu, Cina, India dan Thai meliputi tarian, muzik,
senibina, tulisan, kraftangan dan lain-lain.

Pakaian
Sejarah China pada abad Dinasti Liang ada menyebut bahawa penduduk Langkasuka tidak suka
berambut panjang. Kepala mereka dicukur licin dan mereka memakai pakaian yang ditenun
daripada kapas dan berbaju tanpa lengan. Kaum wanita pula memakai kain kapas dan perhiasan
pertama yang berbentuk seperti cincin bergantungan di seluruh badan.

Pakaian sering dikaitkan dengan fesyen, walau bagaimanapun pakaian tradisional sesuatu bangsa
bukan fesyen. Oleh itu, ia tidak berubah dan di dalamnya terkandung intisari seni budaya dan
peradaban bangsa itu. Ia boleh berkekalan sehingga menjadi klasik dengan mengabadikan segala
keindahannya atau pakaian tersebut disayangi, dihargai dan dipelihara.

Di Kedah, pakaian tradisional yang terkenal ialah Baju Kedah. Baju Kedah dipercayai berasal
dari Selatan Thai. Pakaian ini dipakai oleh ramai wanita Kedah. Baju Kedah boleh disifatkan
sebagai pakaian sehari-hari atau pakaian basahan. Ia dibuat singkat sampai keparas punggung
dan biasanya dipakai dengan kain batik atau pun pelikat tanpa banyak hiasan.
Orang lelaki Kedah pula gemar memakai Seluar Hitam dan Baju Baba yang juga berwarna
hitam. Selain daripada Baju Baba, dipakai juga baju Melayu Cekak Musang dan Baju Petani
Leher Johor, sampingnya Kain Pelikat Tapak Catur dan setangan dikepala ialah kain batik. Di
pinggang sentiasa terselit Golok Kedah. Masing-masing tidak berkasut dan yang berada
Berpayung Cina. Orang-orang yang dihormati pula memakai Kain Bebat di pinggang. Bebat
yang baik ialah dari Sutera Siam atau pun Kain Cindai.

Perhiasan pakaian kepala pula merupakan jenis-jenis pakaian kepala seperti tengkolok,
selendang, songkok dan semutar. Perhiasan diri pula merupakan barang-barang kemas yang
terdiri dari rantai, gelang tangan, gelang kaki, subang dan cincin. Kasut pula terdiri daripada
terompah kayu, kasut-kasut yang bertekat dan ditaburi dengan manik.

Kehebatan dan kepelbagaian Pakaian Tradisional Kedah dianggap sebagai satu cabang
kebudayaan tradisi Kedah yang menekankan bentuk-bentuk dan reka corak yang tersendiri.

LAGU NEGERI
Allah selamat Sultan Mahkota

Berpanjangan usia di atas Takhta,

Memelihara ugama Nabi kita,

Negeri Kedah serata-rata

UNKU ABD RAHMAN AL-HAJ


Biodata Tokoh: Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj

YTM Tunku Abd Rahman Al-Haj Ibni Almarhum Sultan


Abdul Hamid Halim Shah dilahirkan pada 8 Februari 1903
di Istana Pelamin, Alor Star, Kedah. Tunku Abdul Rahman
mendapat pendidikan awal pada tahun 1909 di Sekolah
Rendah Melayu, Jalan Baharu, Alor Star dan
kemudiannya Sekolah Inggeris Kerajaan atau namanya
sekarang Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star.
Dua tahun kemudian iaitu ketika beliau berusia lapan
tahun, beliau dihantar bersekolah di Sekolah Thebsurian,
Bangkok. Pada tahun 1915, beliau meneruskan
pengajian di Penang Free School, Pulau Pinang.

Pada tahun 1918, Tunku telah dikurniakan biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pelajaran di St. Catherine College, Universiti Cambridge di mana beliau
memperolehi Ijazah B.A. Tunku merupakan pelajar Kedah yang pertama belajar di
United Kingdom dengan memperolehi biasiswa dari Kerajaan Negeri Kedah.

Kerjaya :
Kadet di Pejabat Undang-Undang Alor Star
Penolong Pegawai Daerah Sungai Petani dan Kulim
Pegawai Daerah Sungai Petani
Pegawai Daerah Langkawi
Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah (1940)
Penguasa Pelajaran Kedah (1943)
Timbalan Pendakwa Umum Jabatan Undang-Undang Persekutuan
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955)
Menteri Ehwal Dalam Negeri
Perdana Menteri Malaysia yang pertama

Penglibatan Politik :
Ketua Pertubuhan Kebangsaan Melayu (UMNO) Bahagian Kedah
Presiden UMNO (26 Ogos 1951)

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :


Canselor Universiti Malaya (1962)
Presiden PERKIM yang pertama (November 1982)
Setiausaha Agong yang pertama Sekteriat Islam (OIC)
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Tunku telah meletakkan jawatan daripada Perkhidmatan Kerajaan untuk menjadi


Presiden UMNO bagi menggantikan Dato' Onn Jaafar pada 26 Ogos 1951. Sebagai
Presiden UMNO, beliau banyak menyelesaikan masalah politik di Tanah Melayu
dengan mendapatkan kerjasama daripada semua kaum. Hasilnya, beliau berjaya
menubuhkan satu perikatan antara UMNO, Persatuan Cina Malaya (MCA) serta
Kongres India Malaya (MIC) dan gabungan ini dinamakan sebagai Perikatan.

Dalam pilihanraya pertama iaitu pada bulan Julai 1955, Perikatan telah memenangi
51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku kemudian dilantik menjadi
Ketua Menteri dan Menteri Ehwal Dalam Negeri. Setelah menang dalam pilihanraya
tersebut, arah Tunku seterusnya ialah untuk mencapai kemerdekaan. Persetujuan
dicapai sewaktu mengadakan rundingan dengan kerabat DiRaja dan akhirnya
mereka bertolak ke London untuk berbincang mengenai rundingan kemerdekaan
dengan kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.
Rundingan tersebut mencakupi pelbagai masalah termasuklah masalah Raja-Raja
Melayu, kedudukan pegawai-pegawai awam British yang sedang berkhidmat di
Tanah Melayu dan lain-lain langkah peralihan yang perlu diputuskan sebelum
merdeka serta tarikh kemerdekaan yang menurut Tunku perlu disegerakan.
Akhirnya Tanah Melayu berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pada 28 Disember 1955, YTM Tunku buat pertama kalinya bertemu dengan Chin
Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu dalam Rundingan Baling.
Pada waktu itu, Tunku menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Rundingan
Baling pada tahun 1955 ini dianggap sebagai suatu sejarah yang sangat penting
bagi negara kerana di situlah bermulanya titik tolak bagi menumpaskan kegiatan
komunis.

Pada 28 Disember 1955, YTM Tunku buat pertama kalinya bertemu dengan Chin
Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu dalam Rundingan Baling.
Pada waktu itu, Tunku menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Rundingan
Baling pada tahun 1955 ini dianggap sebagai suatu sejarah yang sangat penting
bagi negara kerana di situlah bermulanya titik tolak bagi menumpaskan kegiatan
komunis.

Apabila Tanah Melayu merdeka, Tunku telah dipilih sebagai Perdana Menteri
Malaysia yang pertama. Semasa menjadi Perdana Menteri, Tunku berusaha
menegakkan sebuah kerajaan demokrasi dan menjaga hubungan baik dengan
negara luar. Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi anggota Komanwel dan telah
menandatangani satu Perjanjian Pertahanan dengan United Kingdom. Pada April
1959, Tunku telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan bersiap sedia
untuk bertanding dalam pilihanraya pertama iaitu pada bulan Ogos 1959. Pada
bulan yang sama, apabila menang dalam pilihanraya, sekali lagi Tunku dilantik
menjadi Perdana Menteri.

Dalam tempoh beberapa bulan selepas merdeka, Tunku banyak membuat


kunjungan muhibah ke luar negeri termasuk Vietnam, Ceylon (Sri Lanka), Jepun dan
Brunei. Pada bulan Januari 1959, semasa menjadi tetamu negara Filipina, Tunku
telah mengusulkan pembentukan persekutuan negara-negara Asia Tenggara bagi
mendapatkan kerjasama ekonomi dan kebudayaan serantau sehingga membawa
kepada pembentukan Persekutuan Negara Asia Tenggara (Association of South East
Asia- ASA) pada tahun 1961.

Pada bulan Mei 1961, dalam majlis dengan wartawan asing di Singapura, Tunku
dengan telah mengumumkan bahawa Tanah Melayu akan menandatangani satu
persefahaman dengan British, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan
sebuah negara Malaysia. Hasrat Tunku menubuhkan Malaysia ditentang oleh Filipina
dan Indonesia. Namun begitu, dengan kesungguhan dan kegigihan serta ketabahan
beliau, penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak berjaya diisytiharkan pada 16 September 1963.
Bagaimanapun, Tunku terpaksa mengeluarkan Singapura dari Malaysia pada bulan
Ogos 1965, menjadikan Malaysia satu persekutuan yang terdiri daripada 13 buah
negeri.

Kegiatan Tunku di dalam bidang penulisan sudah lama bermula iaitu sejak peristiwa
kebangkitan orang Melayu di Kedah menentang penubuhan Malayan Union. Beliau
merupakan pengarang Majalah Watan yang diterbitkan di Alor Star pada tahun
1946. Menerusi majalah tersebut, Tunku telah mula menulis beberapa rencana yang
berjaya meniup semangat nasionalisme di kalangan orang-orang melayu. Antara
karya Tunku yang pernah diterbitkan ialah 'Peristiwa 13 Mei', 'Looking Back', 'View
Points', 'As A Matter of Interest', 'Lest We Forget', 'Challenging Times', 'Something
to Remember', 'Political Awakening', 'Baling Talk' dan 'Malaysia-The Road To
Independence'.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan


'Outstanding Malaysian of the Year' pada tahun 1987, 'Honorary Citizen of London',
'International Sports Award' dari United States of Sports Academy pada tahun 1981,
anugerah 'The Replica of Dhu'l Faqar' dari Al-Malik Faisal 9 pada tahun 1983,
'Doktor Kehormat Undang-undang' dari University of Oxford serta anugerah 'Ramon
Magsaysay' pada tahun 1960. Beliau turut mendapat pengiktirafan sebagai 'Bapa
Kemerdekaan' dan 'Bapa Malaysia'

Tunku telah mangkat di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 6 Disember 1990.
Jenazahnya dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Alor Star, Kedah pada 7
Disember 1990.

ENARA ALOR SETAR

Keunikkan Menara Alor Setar ialah anda akan mendapat


pandangan mata burung untuk anda menikmati
panorama sekitar Bandaraya Alor Setar . Ini merupakan
perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila anda
tiba di Bandar Alor Setar ialah dengan segera ke
Menara Alor Setar. Di atas puncak menara ini anda akan
menikmati semua pemandangan indah bandar di atas
menara setinggi 165.5m (543ft) sebelum anda
meneruskan lawatan ke tempat lain yang popular
sekitar mercu tanda Bandaraya Alor Setar.

Menara Alor Setar merupakan menara Kedua tertinggi


di Malaysia dan yang ke- 19 tertinggi di dunia dan
merupakan kebanggaan untuk rakyat Negeri Kedah.

Menara Alor Setar merupakan jeram pembangunan dan masih mengekalkan


keunikan melalui seni bina yang unik. Di atas menara ini juga anda boleh menjamu
selera kerana terdapat restoran berputar sambil menikmati panorama Alor Setar.
Hidangan yang popular di atas menara ini ialah steamboot. Kepada peminat-
peminat steamboot jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan dan
pengalaman berada di atas Menara Alor Setar.