Anda di halaman 1dari 19

Era Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ( 19571969 )

Dalam tempoh 19571969, negara kita baru memperoleh kemerdekaan. Sepanjang tempoh
pramerdeka ini, di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita yang pertama, Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj, dasar luar negara kita didorong ke arah kelangsungan hidup negara
yang baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu itu ternyata bersifat anti-Komunis
dan pro-Barat dengan hubungan yang rapat dengan Komanwel. Kita juga menentang kuat
aparteid. Pendirian kita tentang kerjasama serantau juga mula bertapak dengan
kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN (1967).
PM pertama Tunku Abdul Rahman Putra secara jelas membawa pendirian negara yang baru
merdeka condong ke arah Blok Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Sikap condong
kepada Barat semakin jelas apabila PM Tunku menerima kunjungan Persiden Amerika
Syarikat LB Johnson sewaktu Perang Amerika-Vietnam. Benar juga sejarah hidup dan
pendidikan Tunku banyak di Britain menyebabkan pemikiran beliau yang pro-Barat.

Kembali kepada matlamat Dasar Luar untuk menjaga kepentingan negara, tindakan PM
waktu itu adalah untuk melindungi negara daripada ancaman komunisme yang menjadi
musuh negara. Perlu diingat bahawa sewktu negara merdeka tahun 1957, merupakan
zaman kemuncak Perang Dingin antara Amerika Syarikat (demokrasi-liberal) terhadap
Kesatuan Soviet-China (komunisme).

Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memeperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis
serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar berkenaan
dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan alam sekitar.
Ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti
Komunis Malaya. Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-
negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand.

Bagi meneykat perkembangan pengaruh komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian


Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun
1956. Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia
sekiranya diserang oleh mana-mana negara.

Di samping itu, dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini
disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutamanya selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan
dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha
untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian
menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama
Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina
serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini.
Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam
nilai mata wang paun sterling. Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil
utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan
daripada negara Barat termasuk Britain. Pelabur Britain masih menguasai peratus yang
besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.

Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula
membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,
Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan
bagi mencari pasaran baru
Posted by mohd fadzil mohd salleh at 03:30
http://mfadzilmsalleh.blogspot.my/2012/08/dasar-luar-malaysia.html

Dasar Pro-Barat

i. Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dimeterikan pada tahun 1957. Kerajaan


British menajmin bantuan tentera sekiranya tanah Melayu diserang oleh mana-mana
negara.
ii. Mengamalkan dasar perdagangan bebas (laissezfaire). Perjanjian pelaburan
ditandatangani dengan beberapa negara bukan komunis seperti Jerman Barat,
Amerika Syarikat dan Jepun.

. Dasar Anti-Komunis

i. Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan penuh kepada Amerika Syarikat untuk
membendung perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan.
ii. Melawat Vietnam selatan pada tahun 1958 dan memberi jaminan persahabatan
kepada Presiden Ngo Dinh Diem.
iii. Tidak mengiktirafkan Republik Rakyat China yang diperintah oleh kerajaan Komunis.
Juga mengutuk pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun 1959.

. Dasar Kerjasama Serantau

i. Menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961


bersama dengan Negara Thai dan Filipina.
ii. Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963.
iii. Menganggotai ASEAN pada tahun 1967.
iv. Menganggotai Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
v. Menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).[3]
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Association of


South East Asian Nations (ASEAN) di tubuhkan pada pada8 Ogos 1967.

Penubuhan ASEAN diisytiharkan melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani


Oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik
(Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat
Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Romas (Setiausaha Luar Filipina)[4].

Deklarasi Bangkok 1967 ada menyebut bahawa ASEAN bertujuan untuk


memperbaiki kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan,
Teknologi dan pentadbiran dan diharapkan dapat mewujudkan keamanan dan
kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Penyertaan Malaysia dalam ASEAN merupakan satu keutamaan dalam menentukan


arah tuju dasar luar negara. Malaysia mementingkan pengukuhan ASEAN kerana
sekiranya kestabilan ASEAN terjejas, ini akan memberi kesan negetif terhadap
Malaysia, terutama dari segi politik dan ekonomi.

Objektif Penubuhan ASEAN

Walaupun pertimbangan politik dan strategik merupakan asas penubuhan ASEAN


namun peranan Deklarasi Bangkok amat penting khususnya dalam mewujudkan
kerjasama ekonomi dan kestabilan sosial kawasan serantau. Deklarasi
Bangkok telah menggariskan tujuh matlamat penting penubuhan ASEAN iaitu:

i. Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan


pembangunan kebudayaan serantau.
ii. Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan menghormati
dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan negara-negara kawasan
serantau serta mematuhi prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
iii. Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dalam
bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.
iv. Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan
dikalangan negara-negara anggota.
v. Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam penggunaan sumber yang lebih
banyak dalam industri pertanian, memperluaskan perdagangan dan membuat kajian
mengenai masalah perdagangan komoditi antarabangsa, meningkatkan kemajuan
bidang pengangkutan dan perhubungan serta bekerjasama bagi menaik taraf hidup
rakyat negara-negara anggota.
vi. Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia Tenggara.
vii. Mengekalkan kerjasama yang erat dan berfaedah menerusi pertubuhan serantau
serta pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan mempunyai matlamat yang
sama.

Prinsip- Prinsip Utama ASEAN

Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:


i. Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti
nasional semua negara.
ii. Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada
campur tangan luar.
iii. Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman.
iv. Menolak penggunaan ketenteraan.
v. Kerjasama effektif antara anggota.

Negara-Negara Anggota Dan Tarikh Menyertai ASEAN

Sehingga kini, ASEAN dianggotai oleh 10 buah negara iaitu :

(1) Malaysia 8 Ogos 1967


(2) Thailand 8 Ogos 1967
(3) Indonesia 8 Ogos 1967
(4) Filipina 8 Ogos 1967.
(5) Singapura 8 Ogos 1967.
(6) Brunei Darussalam 8 Januari 1984.
(7) Vietnam 28 Julai 1995
(8) Laos 23 Julai 1997
(9) Myanmar 23 Julai 1997
(10) Cambodia 30 April 1999
Kerjasama Dalam Bidang Politik Dan Keselamatan

Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN
pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan
isu-isu politik dan keselamatan[5] ialah:

i. ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.


ii. Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.
iii. Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
iv. Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
v. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) 1995.

Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi

Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:

i. Projek Industri ASEAN 1976.


ii. Skim Pelengkap Industri ASEAN 1981.

Kerjasama Dalam Bidang Sosial

Antara kerjasama sosial yang dilaksanakan oleh ASEAN ialah:

Menganjurkan pesta filem dan pesta lagu ASEAN.


Pertunjukan kebudayaan ASEAN dan pertukaran radio dan televisyen.
. Kerjasama kesusateraan, sukan dan kesihatan.
iv. Setiap negara anggota menyediakan tempat di pusat pengajian tinggi kepada
pelajar dari negara anggota yang lain.
v. Penubuhan SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara) untuk
memajukan kerjasama dalam bidang pelajaran, sains dan kebudayaan.
vi. Kerjasama dalam mengawal penyalahgunaan dadah.
vii. Usahasama dalam menjalankan penyelidikan ke atas penyakit-penyakit tropika.
viii. Kerjasama dalam bidang pelancongan dengan mengadakan projek-projek
pelancongan secara bergilir-gilir diantara anggota ASEAN[6].
Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India.

14.4 PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

OIC ditubuhkan pada 25 September 1969 di Rabat, Marocco, sebagai menyahut


seruan Almarhum Raja Faysal Ibn Abdulaziz kearah penyatupaduan dunia Islam. Ibu
pejabatnya terletak di Jeddah, Arab Saudi. Malaysia turut menganggotai OIC dan
Tunku Abdul Rahman (bekas Perdana Menteri Malaysia) telah dilantik menjadi
Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Objektif Penubuhan OIC

i. Tujuan utama penubuhan OIC ialah untuk mewujudkan kerjasama antara negara-
negara angota ke arah memupuk perpaduan umat Islam di dunia.
ii. Mengeratkan perpaduan dan kerjasama di kalangan negara anggota khususnya
dalam bidang ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan.
iii. Memperkukuhkan kerjasama bagi memelihara kehormatan, kemerdekaan dan hak
bangsa.
iv. Menyelesaikan masalah pertelingkahan yang melibatkan negara Islam.
v. Menghapuskan sebarang penindasan dan penjajahan bagi mewujudkan keamanan
sejagat.

Negara Anggota OIC

Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara Islam di seluruh dunia.
Kebanyakannya terdiri dari negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga
ahlinya dari negara Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Selatan.[7] Antaranya ialah:

1. Afghanistan 2. Albania 3. Algeria 4. Azerbaijan


5. Bahrain 6. Bangladesh 7. Benin 8. Brunei
9. Burkina Faso 10. Cameroon 11. Chad 12. Comoros
13. Guyana 14. Indonesia 15. Iran 16. Iraq
17. Jordan 18. Kazakhstan 19. Kuwait 20. Kyrgystan
21. Lebanon 22. Libya 23. Malaysia 24. Maldives
25. Pakistan 26. Palestine 27. Qatar 28. Saudi Arabia
29. Senegal 30. Sierra Leone 31. Somalia 32. Sudan
33. Suriname 34. Syria 35. Tajikistan 36. Togo
37. Cote d Ivoire 38. Djibouti 39. Egypt 40. Gabon
41. Gambia 42. Guinea 43. Guinea- Bissau
44. Mali 45. Mauritania 46. Morocco 47. Mozambique
48. Niger 49. Nigeria 50. Oman 51. Tunisia
52. Turkey 53. Turkmenistan 54. Uganda 55. UAE
56. Uzbekistan 57. Yemen

Program OIC

i. Tabung perpaduan Islam yang ditubuhkan selepas Persidangan Kemuncak Islam


pada tahun 1974.
ii. Pengajian Sejarah Tamadun Islam dan bahasa Arab.
iii. Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia.
iv. Menubuhkan Universiti Islam di Nigeria.
v. Simposium atau seminar antarabangsa seperti, Penerapan Syariah Islam di
Islamabad pada tahun 1979, Islam dan Dasar Sosial Dalam Konteks Bentuk Baru
Ekonomi Antarabangsa di Geneva pada tahun 1980, Islam dan Jurusalam di Paris
pada tahun 1981, Kongres Islam Sedunia di Colombo pada tahun 1982.

Strategi OIC

i. Pembiayaan pelajaran, kebajikan, penerbitan dan sukan.


ii. Pembiayaan pembinaan bangunan, membekalkan bahan bacaan dan alat
pendidikan dan menubuhkan fellowship.
iii. Bantuan kepada negara Islam Afrika yang menderita termasuk Chad, Gambia,
Guinea, Mali, Maritania, Nigeria, Senegal dan Upper Volta.
iv. Kerjasama menyediakan dan menghantar doktor dan petugas perubatan sukarela.
v. Menumpukan kepada pembangunan kerohanian dan kebajikan khususnya belia
Islam peringkat antarabangsa.
vi. Menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (IDB) dan menubuhkan IDB di
Malaysia pada tahun 1995.
vii. Bersepadu menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Peranan Malaysia Dalam OIC

i. Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan bagi


menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC. Berikutan pengumuman gencatan
senjata antara Iran-Iraq pada bulan Ogos 1988, sepasukan 15 pegawai tentera
Malaysia telah menyertai pasukan tentera pemerhati PBB.
ii. Malaysia memberi sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan
pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Malaysia menjadi tuan rumah pada
Persidangan Keserantauan Asia mengenai Persoalan Palestin di Kuala Lumpur
pada bulan Mei 1983. Dan menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib
sendiri, termasuk hak mereka untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka dan
berdaulat.
iii. Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul
yang dibantu oleh tentera Rusia sejak tahun 1979. Malaysia telah membenarkan
Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun
1984.
iv. Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Selangor, telah membantu
perkembangan pendidikan tinggi di kalangan negara- negara Islam.
v. Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia- Herzegovina
vi. Menganjurkan Musabaqah al- Quran pada tiap- tiap tahun.
vii. Mengadakan program Nida Ul Islam untuk mendakwah Islam ke seluruh dunia.
viii. Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki
dan mangsa peperangan di Chechnya.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BEKAS TANAH JAJAHAN


BRITISH (KOMANWEL)
Pertubuhan Komanwel merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang
dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan British yang telah merdeka. Komanwel
telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1931 dan dinaungi oleh Ratu
England.

Pertubuhan ini adalah sebagai satu lambang pengaliran rangkaian persahabatan


secara berkesan untuk mengekalkan tanah jajahan British sebagai sebuah negara
yang masih bersatu bukan sahaja dengan Britain malah dengan tanah jajahan yang
lain seperti Australia, New Zealand, Kanada, United Kingdom (Britain), India dan Sri
Lanka.

Negara-negara anggota Komanwel tersebar disetiap benua dan penduduknya terdiri


daripada pelbagai bangsa, agama, bahasa dan kebudayaan. Malahan Komanwel
menjelang abad ke-21 ini meliputi kira-kira suku daripada permukaan bumi dan
penduduknya melebihi 1000 juta orang.

Kini anggota Komanwel sudah mencatat 54 buah negara. Kebanyakan negara


anggota Komanwel mempunyai persamaan dari segi politik, ekonomi, pentadbiran
dan undang-undang. Pertubuhan Komanwel bukanlah sebuah persekutuan yang
mempunyai Kerajaan Pusat. Ia tidak mempunyai sebarang ikatan sepertimana
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan tidak mempunyai undang-undang
bertulis tetapi hanya Perisytiharan Prinsip Komanwel yang telah diluluskan sebulat
suara pada tahun 1971[8].

Pentadbiran Pertubuhan Komanwel telah dijalankan oleh sebuah sekretariat yang


diketuai oleh Setiausaha Agung Komanwel. Malaysia telah menganggotai
Pertubuhan Komanwel sejak dari tahun 1957. Negara ini telah memperolehi banyak
faedah menerusi penyertaannya dalam Komanwel terutamanya dalam bidang
pertahanan, perdagangan dan pendidikan.

Objektif Penubuhan KOMANWEL

i. Memberi kemudahan dan faedah kepada negara anggota.


ii. Mewujudkan hubungan diplomatik antara negara-negara anggota dan bukan
anggota.
iii. Untuk mewujudkan persahabatan diantara negara-negara bekas jajahan British
suatu masa dahulu.

Program KOMANWEL
i. Kerjasama perdagangan, penyelidikan dan bantuan ekonomi dan sosial.
ii. Persidangan speaker-speaker Komanwel pada tahun 1987.
iii. Persidangan ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1999 di Kuala Lumpur.
iv. Rancangan Colombo-Program yang paling aktif yang mana ditubuhkan pada tahun
v. 1950 selepas Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negara Komanwel di Colombo, Sri
Lanka.
vi. Rancangan Biasiswa dan Fellowship Komanwel.
vii. Tabung Komanwel.
viii. Kerjasama Teknik.
ix. Isu Antartika sebagai Warisan Bersama Dunia.

Strategi KOMANWEL

i. Persidangan di kalangan menteri-menteri berbagai portfolio, ahli-ahli parlimen dan


Speaker Parlimen.
ii. Rancangan Colombo dilaksanakan untuk:
a. membekal pakar-pakar latihan dan penyelidikan.
b. menyediakan tempat latihan di universiti-universiti bagi yang memerlukan bantuan.
c. menyediakan peralatan bagi penyelidikan dan bantuan.
d. pembiayaan projek-projek pembangunan fizikal.
e. bantuan kesihatan, pertanian dan pemasaran.
f. penentangan terhadap Isu Aparthied.
g. menjadikan isu Antartika sebagai agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

iii. Melalui bidang ekonomi dan perdagangan, Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan


Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Vancouver, Kanada pada tahun 1987.
iv. Malaysia diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah bagi sukan kedua terbesar
pada tahun 1998 iaitu Sukan Komanwel.[9]

Malaysia Dalam KOMANWEL


i. Malaysia telah menyertai beberapa aktiviti Komanwel termasuk menjadi pengerusi
jawatankuasa bagi menyemak semula peranan dan arah masa hadapan organisasi
ini.
ii. Malaysia juga pernah menjadi tuan rumah Persidangan Ketua-ketua Kerajaan
Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989.
iii. Dua deklarasi diisytiharkan melalui persidangan tersebut iaitu Deklarasi Kuala
Lumpur yang berkaitan dengan Dasar Apartheid dan Deklarasi Langkawi yang
berkaitan dengan alam sekitar.
iv. Melalui Deklarasi Kuala Lumpur, negara-negara Komanwel bertekad untuk
memansuhkan Dasar Apartheid yang di Afrika Selatan yang telah di amalkan sejak
300 tahun dahulu.
v. Di samping itu, Malaysia juga turut memberi kerjasama kepada Sekretariat
Komanwel bagi merangka program kerjasama teknikal yang lengkap dan
menyeluruh di bawah Tabung Komanwel bagi Kerjasama Teknik (CFTC).
vi. Malaysia telah mempengerusikan Kumpulan Perundingan Komanwel mengenai
Pengurusan Teknologi sejak penubuhannya pada tahun 1989. Pada tahun 1995
Malaysia telah mempengerusikan Gabungan Komanwel bagi Pengurusan Teknologi
(CPTM).
vii. Perdana Menteri Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mencadangkan
supaya konsep perkongsian pintar yang diilhamkan oleh Malaysia dipraktikkan di
kalangan negara-negara anggota Komanwel.
viii. Hal ini kerana dalam konsep tersebut, semua pihak mendapat keuntungan. Konsep
ini begitu popular dinegara selatan Afrika.
ix. Malaysia juga melibatkan diri dalam sukan Komanwel pada tahun 1998 yang mana
atlit-atlit dari seluruh Komanwel dan yang bertaraf dunia akan mengambil bahagian
dalam sukan komanwel yang ke -16 di Malaysia.

14.5 PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Pergerakan Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang


disertai lebih 114 negara yang berkecuali (seperti di bawah ) dan tidak memihak
kepada mana mana blok kuasa.

Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25


buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri
persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-
negara Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September
1961[10].
Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser
(Egypt) dan Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh
Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah.

Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang
Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun
1990-an. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (Non-Align Movement-NAM)
ditubuhkan pada tahun 1961 di Belgrade, Yugoslavia. Pergerakan ini berpegang
kepada prinsip berkecuali iaitu tidak memihak kepada mana-mana ideologi sama ada
Blok Barat (demokrasi) atau Blok Timur (komunis).

Prinsip tersebut menekankan betapa pentingnya sesebuah negara atau kuasa


menghormati kemerdekaan dan kedaulatan negara lain. Pendirian memihak kepada
mana-mana blok hanya akan mewujudkan suasana tegang yang boleh mencetuskan
keadaan politik yang tidak stabil.

Negara-negara berkecuali merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak


kepada mana-mana blok dunia sama ada Blok Barat (yang diketuai oleh Amerika
Syarikat dan disokong oleh Britain, Perancis dan negara-negara yang mengamalkan
konsep demokrasi-kapitalis) atau pun Blok Komunis (yang diketuai oleh Rusia dan
disokong oleh Negara China, Jerman Timur dan negara-negara yang mengamalkan
konsep komunisme). Kedua-dua blok ini telah memperkuatkan tentera masing-
masing dan mengadakan konfrontasi secara aman yang dikenali sebagai Perang
Dingin.

Sebagai langkah menyekat perkembangan komunisme, Amerika Syarikat telah


membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) pada tahun 1955 yang
ahlinya terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Pakistan, Negara Thai
dan Filipina. Kebanyakan negara di Asia dan Afrika yang merdeka dan sedang
membangun tidak mahu terbabit dalam Perang Dingin itu dan tidak mahu menyertai
SEATO. Negara-negara tersebut telah mengamalkan dasar berkecuali dan tidak
mahu memihak kepada mana-mana pihak kerana tidak mahu terbabit dalam
sebarang pertempuran antara kedua-dua blok tersebut.

Secara kesimpulannya, Pertubuhan Negara-negara Berkecuali merujuk


kepada negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana blok dunia,
sama ada Blok Barat atau Blok Timur. Yang mana pergerakan ini sangat aktif dan
bebas membuat keputusan atau dasar mengikut pandangan mereka dan
sememangnya pergerakan ini menggalakkan kerjasama dalam semua bidang
terutamanya bidang politik, ekonomi dan sosial dikalangan negara-negara
membangun.
Tujuan Penubuhan NAM

Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979


ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-
negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme,
pemisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan
dominasi terhadap kuasa serta kumpulan politik.
Selain itu dalam laman web Jabatan Penerangan juga ada membincangkan tentang
tujuan penubuhan NAM. Antara tujuannya ialah :

i. Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.


ii. Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu
semasa.
iii. Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
iv. Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
v. Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
vi. Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui
rundingan.
vii. Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini
dihormati.

Secara kesimpulannya, daripada tujuan utama NAM yang dibincangkan telah


melahirkan beberapa prinsip yang digunakan oleh negara-negara anggota NAM ini.
Antaranya ialah:

i. Menghormati kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan sesebuah negara.


ii. Mengelakkan campur tangan dalam hal ehwal sesebuah negara.
iii. Menyelesaikan segala perselisihan antarabangsa secara damai.
iv. Menghormati hak asasi manusia

Malaysia Sebagai Sebuah Negara Berkecuali

Pada dasarnya, pergerakan ini diasaskan pada tahun 1955 dalam Persidangan
Kemuncak Negara-negara Berkecuali di Bandung, Indonesia yang dihadiri oleh 25
buah negara dari Asia dan Afrika yang mengamalkan dasar berkecuali.
Kini, pergerakan ini dianggotai oleh lebih 100 buah negara yang sebahagian
besarnya terdiri daripada negara dunia ketiga yang terletak di Asia, Afrika dan
Amerika Latin. NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun
istilah berkecuali datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru
dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka)[11]. Di Colombo, Nehru
memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di mana ia
turut dikenali sebagai Panchseel iaitu:

i. Hormati kawasan
ii. Saling tidak menceroboh antara Negara
iii. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan
iv. Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan
v. Mewujudkan keamanan

Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan
dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal Panchseel telah mula
diperkembangkan dan disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian.

Konsep ini menyarankan negara-negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi


Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung negara-negara
anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi dan
pembasmian kemiskinan.

Malaysia mula menyertai Pergerakan Negara-negara Berkecuali pada tahun 1970.


Penyertaan Malaysia ini dibuat berlandaskan beberapa faktor yang menjadi
pegangan negara sejak merdeka iaitu:

i. Menyelesaikan secara aman terhadap apa-apa pertikaian.


ii. Menghormati keutuhan dan kedaulatan wilayah negara lain.
iii. Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman.
iv. Tidak campur tangan dalam urusan negara lain, sama ada gerakan subversif atau
lain-lain gerakan sekali pun.

Peranan Malaysia Dalam NAM

Sejak menjadi anggota NAM, Malaysia telah memberi sumbangan yang besar dalam
pertubuhan ini. Antaranya ialah:
i. Memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan kerjasama antara negara
sedang membangun dengan negara miskin melalui apa yang dikenali sebagai
Kerjasama Selatan-Selatan.
ii. Mempelopori perang penyalahgunaan dan pengedaran dadah di peringkat
antarabangsa.
iii. Memperjuangkan Isu Antartika sebagai hak warisan bersama manusia sejagat.
iv. Berusaha dalam menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan.
v. Mempertahankan pendirian pergerakan ini berhubung dengan isu-isu tertentu dalam
sidang dan forum antarabangsa, termasuk persidangan PBB.

Secara keseluruhannya, Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan dalam


Pergerakan Negara-negara Berkecuali sejak menganggotai pergerakan ini sejak
tahun 1970. Sebagai pengiktirafan terhadap peranan dan komitmen Malaysia yang
aktif dalam pergerakan tersebut, Malaysia telah dipilih menjadi Pengerusi NAM untuk
tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2003 hingga tahun 2006[12]. Kesemua ini
melambangkan pengiktirafan antarabangsa terhadap sumbangan Malaysia di
peringkat global.

Negara-Negara Anggota NAM

Antara ahli-ahli NAM:

Afghanistan | Algeria | Angola | Bahamas | Bahrain | Bangladesh | Barbados | Belaru


s | Belize | Benin | Bhutan | Bolivia | Botswana | Brunei |Burkina
Faso | Burundi | Kemboja | Cameroon | Cape Verde | Republik Afrika
Tengah | Chad | Chile | Colombia | Comoros | Cte d'Ivoire | Cuba |Republik
Demokratik Congo | Republik
Congo | Djibouti | Dominica | Ecuador | Mesir | Equatorial
Guinea | Eritrea | Ethiopia | Gabon | Gambia |Ghana | Grenada | Guatemala | Guinea
| Guinea-Bissau | Guyana | Honduras | India | Indonesia | Iran | Jamaika | Jordan | Ke
nya | Kuwait | Laos |Lubnan | Lesotho | Liberia | Libya | Madagascar | Malawi | Malay
sia | Maldives | Mali | Mauritania | Mauritius | Mongolia | Maghribi | Mozambique |
Myanmar | Namibia | Nepal | Nicaragua | Niger | Nigeria | Korea
Utara | Oman | Pakistan | Palestin | Panama | Papua New Guinea | Peru | Filipina |
Qatar | Rwanda | Saint Lucia | Saint Vincent dan the Grenadines | So Tom dan
Prncipe | Arab Saudi | Senegal | Seychelles | Sierra Leone |
Singapura | Somalia | Afrika Selatan | Sri
Lanka | Sudan | Suriname | Swaziland | Syria | Tanzania | Thailand | Timor
Leste | Togo | Trinidad dan Tobago | Tunisia | Turkmenistan | Uganda | Amiriah Arab
Bersatu | Uzbekistan | Vanuatu | Venezuela | Vietnam | Yaman | Zambia | Zimbabwe
Negara-negara pemerhati: Antigua dan
Barbuda | Armenia | Azerbaijan | Brazil | Republik Rakyat China | Costa
Rica | Croatia | Cyprus | Dominica |El
Salvador | Kazakhstan | Kyrgyzstan | Mexico | Serbia dan
Montenegro | Ukraine | Uruguay

Organisasi pemerhati: Kesatuan Afrika | Liga Arab | Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu

14.6 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945


di San Francisco, Amerika Syarikat. Bilangan negara anggota PBB bertambah
kepada 191 buah negara. Matlamatmatlamat utama PBB ialah:

i. Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia


ii. Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan
iii. Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira jaum,jantina atau agama.

Antara program yang dilaksanakan oleh PBB ialah:

i. Majlis Perhimpunan Agung


ii. Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui kuasa
veto.
iii. Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup.
iv. Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak.
v. Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

Strategi yang digunakan oleh PBB bagi mencapai matlamat yang telah digariskan
ialah:

i. Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian


yang melibatkan negara-negara anggota.
ii. Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia.
iii. Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa.
iv. Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-Orang
Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan
Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
v. Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung,
memperoleh makanan, pakaian dan perubatan.
vi. Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan
sementara.

Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat mereka
bersetuju menerima Piagam PBB. Badan-badan PBB yang utama ialah:

(1) Majlis Perhimpunan Agung


(2) Majlis Keselamatan
(3) Majlis Amanah
(4) Majlis Ekonomi dan Sosial
(5) Mahkamah Pengadilan Antarabangsa
(6) Sekretariat

Ketua PBB ialah Setiausaha Agung. Setiausaha Agung PBB yang pertama ialah
Trygve Lie dari Norway. Keputusan Perhimpunan Agung mengenai perkara-perkara
yang mustahak dibuat berasaskan sokongan 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir.
Keputusan mengenai perkara-perkara lain hanya memerlukan sokongan lebih suara.

Persekutuan Tanah Melayu menyertai PBB pada tahun 1957 dan meneruskannya
selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Malaysia merupakan
penyokongnya yang kuat.

Bagi menjamin dan memastikan peranan Malaysia yang aktif dalam PBB, Malaysia
melalui Kementerian Luar Negara, khususnya melalui Jabatan Bahagian Politik
Pelbagai Hala bertindak merumuskan pendirian dan peranan Malaysia di pertubuhan
tersebut[13].

Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai secara aktif dalam perbincangan PBB dengan
menyuarakan pendirian mengenai pelbagai isu yang mempunyai kepentingan
kepada Malaysia dan negara-negara membangun.
Bukti komitmen Malaysia terhadap perkembangan dunia yang aman dan adil ialah
penyertaan Malaysia dalam sembilan misi pengaman PBB seperti di Congo, Bosnia-
Herzegovina, Angola, Timur Leste dan lain-lain. Selain itu, Malaysia juga telah
dilantik untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB dan Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia PBB.

Kesimpulan

Pengenalan sesebuah dasar terutamanya dasar politik di Malaysia sesungguhnya


telah memberi kesan ke atas sikap penduduk Malaysia, budaya kerja, mutu kerja dan
kedudukan Malaysia di mata dunia melalui dasar luar Malaysia. Kesemua perkara ini
boleh dikatakan telah memenuhi matlamat dan hasrat Wawasan 2020. Usaha
kerajaan untuk membangunkan negara melalui usaha-usaha yang dijalankan tidak
harus dipandang ringan memandangkan dengan adanya dasar inilah yang telah
membentuk perpaduan negara, keamanan dan kekayaan negara kita yang dimiliki
sekarang.

RUJUKAN

1. Mardiana Nordin & Hasnah Hussin, Pengajian Malaysia, Selangor: Penerbit Fajar
Bakti.

2. Nazaruddin Hj. Mohd Jali, Maarof Redzuan & Asnarulkhadi Abu


Samah, Kenegaraan Dan Kewarganegaraan, Pearson Hall Sdn Bhd.

3. Ranjit Singh Malhi (Dr), Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia, TQM Consultants
Sdn Bhd.

4. Ruslan Zainudin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia,
Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

5. Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran & Kok Meng Kee, Pengajian Am Kertas 1 &
2, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
[1] Mardiana Nordin& Hasnah Hussin, Pengajian Malaysia,Penerbit Fajar Bakti,Hal 251.

[2] Ibid,Hal 252.

[3] Ibid,Hal 252.

[4] Ibid,Hal 252.

[5] Ibid,Hal 253.

[6] Ibid,Hal 254.

[7] Dr. Ranjit Singh Malhi, Pengajian Am Kenegaraan Malaysia,TQM Consultants Sdn.Bhd,
Hal 223.

[8] Nazaruddin Hj. Mohd Jali,Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Kenegaraan Dan
Kewarganegaraan, Pearson Hall Sdn.Bhd Hal 347.

[9] Ibid,Hal 348.

[10] Wong Khek Seng, Raminah Hj. Sabran,Kok Meng Kee,Pengajian Am Kertas 1
&2,Penerbit Fajar Bakti Hal 341.

[11] Ibid,Hal 341

[12] Ruslan Zainudin,Mohd Mahadee Ismail,Zaini Othman, Kenegaraan Malaysia,Penerbit


Fajar Bakti,Hal 314.

[13] Ibid,Hal 315.