Anda di halaman 1dari 5

Rancangan Pengajaran Harian [RPH]

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia


Tarikh /Hari : 15 Ogos 2016/ Isnin
Tahun : 2 Rajin
Bil Murid : 39 orang
Masa : 12.40 1.10 tengah hari

Tema : Saya Anak Malaysia


Tajuk : Bahasa Kita

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN


1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu 1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang
perkara semula dengan tepat didengar dengan tepat, sebutan yang
menggunakan sebutan yang jelas jelas dan intonasi yang betul
dan intonasi yang betul. menggunakan ayat majmuk.

Objektif

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


i. Menceritakan maklumat mengenai Malaysia berdasarkan perkara yang didengari dengan
tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
ii. Menceritakan maklumat mengenai negara Malaysia berdasarkan gambar dengan
menggunakan sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk.
iii. Menulis sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk mengenai negara Malaysia

Sistem Bahasa

Tatabahasa : Sintaksis -ayat majmuk.

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum

Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral.


Nilai Murni : Menghargai, patuh, bersyukur, semangat patriotik, hormat.
EMK : Kreativiti dan inovasi, TMK belajar melalui TMK

Strategi

Kemahiran berfikir : menganalisis, mengenal pasti, menjanakan idea


Belajar Cara Belajar : perbincangan
Pembelajaran Kontekstual : mengaplikasikan, menghubungkait
Kecerdasan Pelbagai : verbal-linguistik, muzik

Bahan bantu mengajar


Jenis
1 Kertas majung
2 Teks cerita
3 Kad gambar
4 Lirik lagu
5 Audio

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah menyertai Minggu Bahasa Malaysia yang dijalankan di
sekolah.
Langkah/ Isi pelajaran Aktiviti Catatan
masa
Induksi Set Menyanyikan lagu Negaraku Murid akan dipaparkan lirik BBB
(5 minit) -lirik lagu negara ku- lagu Negaraku Lirik lagu
Soalan Audio lagu
Semua murid diminta untuk Negaraku.
1. Apakah tajuk lagu tersebut? bangun dan berdiri tegak
untuk menyanyikan lagu STRATEGI
2. Apakah nama negara kita?
Negaraku Kecerdasan Pelbagai
Muzik
Murid disoal oleh guru KB
mengenai lagu tersebut. Menjana idea
Cadangan jawapan
i. Lagu Negaraku
ii. Negara Malaysia Murid menjawab soalan Nilai Murni
yang guru kemukakan. Patriotik
3. Isi pelajaran:
Negara Kita Guru mengaitkan jawapan
murid dengan tajuk
pembelajaran iaitu
Negara Kita

Langkah 1 BBB
(25 minit) Mendengar cerita Negara Kita Murid akan Teks cerita
-teks cerita Negara Kita- mendengar cerita Negara Kita
mengenai negara STRATEGI
Malaysia yang akan KB
diceritakan oleh guru. Mengenal pasti

Murid diberikan
senarai maklumat Nilai Murni
yang mereka perlu Bersyukur
catat. Patuh arahan

Murid diminta untuk PENDEKATAN


mencatat maklumat Berpusatkan murid
mengenai cerita yang
didengari dalam peta
buih.

Langkah 2 Contoh kosa kata berkaitan dengan Aktiviti 1 BBM


( 15 minit) gambar. Guru membahagikan Kad Gambar
murid kepada enam Kertas Majung
- Kaum kumpulan.
- Negeri Guru menunjukkkan STRATEGI
- Agama gambar-gambar yang KB
- dll berhubung kait dengan Menjana idea
cerita Negara Kita. menganalisis

Aktiviti 2
KP
Guru meminta setiap Intrapersonal
kumpulan BCB
menyenaraikan kosa Perbincangan
kata yang berkaitan
dengan gambar yang Nilai Murni
ditunjukkan. Memberi tumpuan
Murid dikehendaki kerjasama
membina sekurang-
kurangnya tiga ayat
majmuk dengan
menggunakan kosa
kata dan maklumat
yang didapati daripada
cerita tadi.
Langkah 3
( 10 minit) Cerita disampaikan oleh setiap wakil Aktiviti 1 STRATEGI
kumpulan. 1. Wakil daripada setiap KB
kumpulan diminta Mengenal pasti
untuk bercerita KP
berdasarkan gambar, Verbal linguistik
maklumat(peta minda)
dan ayat-ayat yang PENDEKATAN
telah dibina. Berpusatkan Murid

2. Kumpulan lain diminta


Penilaian objektif
menilai persembahan
Guru memastikan
cerita menggunakan
murid bercerita
borang penilaian.
dengan tepat,
sebutan yang betul
3. Guru mengulas
dan intonasi yang
persembahan
betul.
kumpulan.
Senarai semak
Aktiviti 2 Rujuk Jadual berikut

Senarai ayat tunggal dan ayat majmuk


1. Guru meminta murid-
yang digunakan oleh murid dalam cerita
murid yang lain
yang disampaikan.
mengenal pasti ayat
tunggal dan ayat
majmuk yang
digunakan dalam
cerita yang
disampaikan oleh
setiap wakil kumpulan.

Cerita yang disampaikan oleh murid Pengayaan


berdasarkan pengalaman masing-
masing. 1. Murid diminta
menceritakan
pengalaman
menyambut perayaan
Hari Kemerdekaan
dengan ayat tunggal
dan ayat majmuk yang
betul.

Pemulihan

1. Menyatakan sekurang-
kurangnya tiga
maklumat mengenai
Negara Malaysia.
Penutup Penutup Murid diminta untuk BBM
(5 minit) mengingat semula apa Lirik lagu
Kognitif yang telah dipelajari. Audio
Rumusan isi pelajaran Murid diminta untuk
Negara kita merupakan negara memberikan cara-cara STRATEGI
yang unik iaitu berbilang agama mengeratkan KB
dan bangsa. Sebagai generasi perpaduan dalam Merumus
muda, murid-murid perlu belajar Negara kita. Mengingat kembali
untuk bersatu padu dan
mengekalkan keharmonian di
Nilai
negara kita. - Guru memberi pujian Berani mencuba
kepada semua murid
Sosial : kerana telah melibatkan
Menyanyi lagu Negaraku. diri dalam aktiviti yang
dirancang.
- Menyanyikan lagu
negara ku.

KAD GAMBAR
Teks Cerita

Nama negara kita ialah Malaysia. Terdapat 14 buah negeri dibawah Malaysia iaitu
Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah,
Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak. Ibu negara Malaysia ialah Kuala
Lumpur. Terdapat pelbagai kaum di negara kita seperti Melayu, Cina, India, Iban,
Kadazandusun dan banyak lagi. Begitu juga dengan agama. Terdapat agama Islam,
Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Agama Islam ialah agama rasmi negara Malaysia.
Namun, rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama dan kepercayaan maisng-masing.
Mereka hidup bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain.

Malaysia terkenal dengan alam semulajadi dan juga bandar raya modennya. Kuala
Lumpur ataupun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terkenal sebagai bandar raya moden.
Terdapat banyak bangunan moden tetapi bangunan lama dan bersejarah masih kekal.
Bangunan itu ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Negara dan Stesen Kereta Api
Tanah Melayu.

Anda mungkin juga menyukai