Anda di halaman 1dari 4

Apa itu Kata Kerja?

Perkataan yang menggambarkan perbuatan yang dilakukan orang/binatang.


Contoh:
Berjalan
Makan
Membaca
Benda yang tidak hidup boleh bekerja?
Boleh. Misalannya, lampu bernyala atau angin meniup

Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal Kata Kerja?


Cuba memberi Kata Bantu pada perkataan itu seperti sudah, masih dan sedang
Kata Kerja Aktif
Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran -kan/ -i.

Contoh:
Mencari
Menjalani
Menggerakkan
Contoh Ayat:
i. Samad membaca buku. (Ayat Aktif)
Samad Pelaku
(Penyambut) membaca apa? = Buku
ii. Siti suka menaiki basikal.
Siti Pelaku
(Penyambut) Menaiki apa? = Basikal
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi
ayat pasif.
Kata Kerja yang mengandungi imbuhan di.

]
Contoh:

Dicari
Dijalani
Digerakkan
Contoh Ayat:
i. Buku dibaca oleh Samad. (Ayat Pasif)
Apa yang dibaca oleh Samad? = Buku
Buku itu dibaca oleh? = Samad
ii. Basikal telah dinaiki oleh Siti. (Ayat Pasif)

Apa yang dinaiki oleh Siti? = Basikal


Basikal itu dinaiki oleh? = Siti

Frasa Kerja
Apa itu FRASA?
Lebih dari satu perkataan.
Apa itu KATA KERJA?

Kata yang menggambarkan perbuatan


FRASA KERJA adalah frasa yang menggunakan Kata Kerja

Contoh:
membasuh baju
membaca buku
sedang berlari anak
Kata Kerja
Kata kerja menyatakan perbuatan. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik
Safiah Karim et. al : 2004 : 139), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu :
i) Kata kerja transitif
ii) Kata kerja tak transitif
Kata Kerja Transitif
Menurut Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata kerja transitif ialah kata
kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk
melengkapkan maksudnya (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 143)
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat (Nik Safiah Karim et. al: 2004 :
141)
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri
tanpa objek atau penyambut. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140)
Kata Kerja Transitif
Kata Kerja yang mengambil satu objek di belakangnya. Menurut Tatabahasa Dewan
Edisi Baharu, kata kerja transitif yang menerima penyambut sesudahnya, yang
disebut objek (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90).
Contoh:
1. Emak memasak (kata kerja transitif) kari ayam (objek)
2. Kakak membelikan (kata kerja transitif) Kartini kamus.
Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja yang tidak mengambil apa-apa objek. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut
atau objek sesudahnya. (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 90). Menurut Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 140), kata kerja tak transitif
dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu :

i) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap


ii) Kata kerja tak transitif berpelengkap
Contoh:
1. Murid-murid berbaris (kata kerja tak transitif) di padang sekolah
2. Pasukan hoki berlatih (kata kerja tak transitif) setiap petang.

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap


- bertujuan melengkapkan maksud ayat.

Contoh:
1. Murid-murid itu tinggal [di asrama sekolah]. - pelengkap

Kata Kerja Tak Transitif tidak diikuti oleh pelengkap dikenali sebagai kata kerja tak
transitif tanpa pelengkap.

Contoh:
1. Pegawai penerangan sudah tiba.

1Apakah hobi Abu?


2Daripada siapakah Abu mempelajari selok-belok memancing?
3 Mengapakah Abu tidak tergesa-gesa menarik pancingnya apabila dimakan ikan?
4 Maksud disentaknya ialah
5 Apakah pengajaran daripada peristiwa yang telah menimpa Abu?
6 Apakah yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV?
7 Siapakah yang menyertai pameran ini?
8 Mengapakah Pak Harun gembira?
9 Bagaimanakah keadaan sayur-sayuran di pameran itu?
10 Siapakah yang pergi ke pameran ini?

Anda mungkin juga menyukai