Anda di halaman 1dari 3

BUKU

PENYELARASAN TUGAS DAN 201


TAKWIM 7
PERSEKOLAHAN

1. Waktu Rasmi Sekolah

HARI TAHUN 1,2 & 3


ISNIN , SELASA 7.40 PAGI 1.00 PETANG
RABU 7.40 PAGI 1.00 PETANG
KHAMIS 7.40 PAGI 1.00 PETANG
JUMAAT 7.40 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
HARI TAHUN 4,5 & 6
ISNIN, SELASA, RABU &
7.40 PAGI - 1.30 PETANG
KHAMIS
JUMAAT 7.40 PAGI - 12.00 TENGAH HARI

2. Kehadiran
Guru-guru dikehendaki menandatangani Buku Kedatangan Guru
semasa hadir dan balik dari sekolah
Guru-guru digalakkan datang awal dan berada dalam kawasan
sekolah sebelum pukul 7.30 pagi.

3. Peraturan Pakaian Guru


Guru-guru dikehendaki berpakaian kemas dan sesuai. ( Sila rujuk
Pekeliling Iktisas Bil 6/1985 )
Guru lelaki digalakkan memakai tali leher pada hari Isnin hingga
Khamis dan berbaju Melayu (lengkap) pada hari Jumaat.

4. Cuti
Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah pada awal pagi
sekiranya tidak hadir ke sekolah supaya Jadual Ganti Guru dapat
disediakan.

5. Ketepatan Masa
Semua guru hendaklah berada di dalam kelas mengikut Jadual
Waktu dan masa yang ditetapkan.

6. Melepaskan Pelajar Lebih Awal


Guru-guru tidak dibenarkan melepaskan pelajar-pelajar lebih awal
pada waktu rehat dan waktu balik.

7. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Free Period oleh Guru


Rujuk Surat Pekeliling Iktisas Bil 3/1981.
BUKU
PENYELARASAN TUGAS DAN 201
TAKWIM 7
PERSEKOLAHAN

8. Pertemuan / Urusan Dengan Orang Luar


Orang luar/wakil penjual tidak dibenarkan berhubung terus dengan
guru. Segala pertemuan hendaklah melalui Guru Besar.
9. Laporan
Projek/Lawatan laporan hendaklah dibuat dan serahkan kepada
Guru Besar.
Apabila mewakili Guru Besar menghadiri mesyuarat/perjumpaan
Taklimat Laporan hendaklah segera diserahkan kepada Guru Besar.

10. Mesyuarat Guru


Kehadiran mesyuarat guru adalah diwajibkan.

11. Kokurikulum
Kegiatan Kokurikulum adalah sebahagian daripada Pendidikan.
Kehadiran dan penglibatan guru-guru adalah juga diwajibkan.

12. Penggunaan Telefon


Penggunaan telefon pejabat adalah untuk urusan pentadbiran dan
hal-hal yang berkaitan dengan urusan sekolah sahaja. Urusan
peribadi adalah tidak digalakkan.

13. Kelab Guru dan Kakitangan


Semua guru dan kakitangan sokongan adalah secara automatik
menjadi ahli kelab.

14. Disiplin Pelajar


Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar.
Mempertingkatkan disiplin pelajar adalah tanggungjawab bersama.

15. Keselamatan Diri Pelajar di Sekolah


Keselamatan pelajar sepanjang berada di sekolah adalah menjadi
tanggungjawab bersama. Kenalpasti kawasan/peralatan dan situasi
yang membahayakan dan segera membuat laporan kepada Guru
Besar.

16. Kursus Dalaman dan Perkembangan Staf


Akan diadakan dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan
iltizam.

17. Guru-guru yang Menghadiri Kursus/Mesyuarat


Sediakan lembaran kerja yang mencukupi untuk diserahkan kepada
Penolong Kanan Kurikulum bagi kegunaan Guru Ganti. Lembaran
kerja mestilah diserahkan sehari sebelum berkursus/bermesyuarat.
BUKU
PENYELARASAN TUGAS DAN 201
TAKWIM 7
PERSEKOLAHAN

18. Keluar dari Kawasan Sekolah pada Waktu Persekolahan


Tidak dibenarkan sama sekali untuk urusan peribadi kecuali
kecemasan tetapi mestilah mendapat kebenaran Guru Besar dan
merekodkan dalam Buku Keluar Kawasan Sekolah.

19. Bilik Guru


Semua guru mesti berada di bilik guru. Guru-guru bilik khas tidak
dibenarkan menggunakan bilik khas sebagai bilik rehat.