Anda di halaman 1dari 14

Gejala sosial yang melibatkan remaja semakin hari semakin banyak.

Kesibukan ibu bapa


mengejar kebendaan menyebabkan remaja terlibat dengan gejala sosial yang tidak
berperikemanusiaan.
Bincangkan usaha-usaha yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk memanusiakan remaja.

Dasawarsa ini, sungguhpun baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang, terdapat
remaja yang berani melakukan perbuatan yang zalim. Kes jenayah yang dilakukan oleh remaja semakin
berat, bahkan ada yang melakukan jenayah besar setanding dengan yang dilakukan oleh orang dewasa.
Perbuatan yang tidak berperikemanusiaan seperti merogol, merempuh anggota polis dan dan membunuh
sering terpampang di dada akhbar. Hakikatnya, siapakah lagi yang harus dipersalahkan jika senario ini
berlaku, kalau bukan ibu bapa? Kini, tibalah masanya pihak institusi keluarga merenung peranannya
supaya remaja yang memiliki sifat-sifat kemanusiaan yang terpuji dilahirkan.

Sesungguhnya, ibu bapa patut mendidik anak-anak supaya dapat membezakan antara kaca
dengan intan. Dalam erti kata ini, ibu bapa yang melahirkan remaja ke dunia ini tidak boleh menolak
tanggungjawab untuk mencorakkan tingkah laku remaja. Sehubungan dengan itu, selama belasan tahun
remaja berada di sisi ibu bapa, masa keemasan inilah patut digunakan oleh ibu bapa untuk memanusiakan
remaja. Memanusiakan remaja membawa maksud mendidik anak supaya menjadi manusia yang bermoral
dan bernilai murni. Semasa kecil, anak diibaratkan sebagai kain putih yang tidak tahu-menahu tenang
nilai moral. Ibu bapa sebagai orang pertama di dunia ini yang rapat dengannya hendaklah mengajari
mereka tentang prinsip yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Seperti kata
pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, bahan bacaan dan tontonan remaja dari kecil lagi wajib
dikawal oleh ibu bapa supaya fikiran mereka tidak terpengaruh oleh anasir-anasir negatif.

Jelaslah bahawa untuk mengukuhkan tindakan yang positif dalm diri remaja, ibu bapa perlu
memberikan kata-kata pujian dan perangsang kepada anak. Aksi seperti memeluk, menepuk-nepuk bahu
juga sesuai dilakukan ke atas anak. Pada masa senggang, ibu bapa wajar membawa remaja melakukan
kerja amal di rumah kebajikan atau kerja kemasyarakatan. Penglibatan dalam aktiviti sempurna ini akan
mendekatkan remaja kepada sifat budiman. Selain itu, ibu bapa harus mengalakkan remaja bergaul
dengan alim supaya jiwa dan rohani mereka tidak dinodai oleh unsur-unsur yang keji dan kejam. Di pihak
lain, ibu bapa perlu mengambil tahu tentang rakan-rakan sepergaulan meka. Ibu bapa juga harus mendidik
anak-anak dan menyemai nilai-nilai murni dalam sanubari secara konsisten dan bukan sekadar
melepaskan batuk di tangga supaya mereka mengetahui dan menghormati ibu bapa. Sejajar dengan hal
ini, hukuman yang setimpal mesti dijatuhkan ke atas remaja yang melakukan kesalahan terutamanya
kesalahan yang disabitkan dengan soal nilai dan moral. Kelalaian ibu bapa menghukum akan
menyebabkan remaja membina tanggapan bahawa yang bersalah tidak semestinya akan mengundang
padah. Secara praktisnya, untuk mengurangkan bantahan remaja, ibu bapa perlu pandai berkawan
dengan remaja. Autonomi sepatutnya boleh diberikan kepada remaja setelah remaja pandai menjaga
tingkah lakunya.

Selain itu, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana
nasihat ibu bapa tidak berkesan jika sekadar disampaikan melalui kata-kata, selaras dengan peribahasa ke
mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Tingkah laku yang terpuji wajar menunjangi kehidupan ibu
bapa kerana tindakan itu seribu kali berkesan daripada leteran. Remaja yang membesar dalam budaya
keluarga yang baik akan mudah melakukan kebaikan dan takut melakukan kejahatan. Oleh sebab
kepemimpinan melalui teladan dan bapa borek, anak rintik, perbuatan ibu bapa sendiri yang baik dapat
dijadikan ikutan remaja. Sebaliknya, remaja sukar dapat menjadi manusia yang mulia andainya ibu bapa
sendiri bertindak seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Pemerhatian dan gerak hati remaja
adalah sangat tajam. Mereka dapat merasai keikhlasan tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa. Sebagai
ibu bapa mereka amat perlu berhati-hati menjaga kelakuan diri sendiri. Salah sikap mereka boleh
membawa remaja ke jalan sesat yang sukar diselamatkan. Natijahnya, ibu bapa memainkan peranan
penting dalam usaha membentuk keperibadian remaja yang mulia.

Di samping itu, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa harus memberikan remaja peluang untuk
kembali ke pangkal jalan dan bukannya disisihkan kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Remaja
harus diberikan peluang untuk menyesali perbuatan sendiri dan mengambil iktibar daripada kesilapan
seperti sesat di tengah jalan, balik ke pangkal jalan. Hal ini demikian kerana, sekiranya mereka yang
terjebak dalam masalah sosial ini disisihkan oleh ahli keluarga mereka akan semakin tertekan dan
menjadikan orang-orang yang senasib dengan mereka sebagai tempat meluah perasaan. Akibatnya,
semakin jauhlah mereka terpesong dan terpengaruh dengan perkara-perkara negatif dan terpalit dengan
jenayah. Oleh hal yang demikian, untuk menangani polemik ini, ibu bapa perlu bertindak dengan
menghantar anak mereka yang terjebak dengan masalah pengagihan dadah dan masalah sosial ke pusat
serenti. Pada masa yang sama, ibu bapa dan ahli keluarga harus bersinergi membantu pihak berkenaan
melaksanakan tugas mereka bagi mempercepat proses pemulihan anak mereka. Intihannya, keprihatinan
dan sikap ambil berat yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan anggota keluarga mampu mendorong remaja
untuk segera pulih dan menjadi modal insan yang berakhlak mulia.

Seterusnya, ibu bapa harus mewujudkan suasana harmoni dan kondusif di dalam rumah
mereka. Hal ini demikian kerana rumah yang tidak teratur, adik-beradik yang ramai, tidak ada
persefahaman antara anggota keluaga dan keluaga yang bagai retak menanti belah menyebabkan remaja
berasa tidak tenteram dan bosan ketika berada di rumah. Ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk
berada di samping anak-anak bagi memperlihatkan sikap prihatin dan tanggungjawab mereka.
Lumrahnya, remaja biasannya lebih suka melepak di luar rumah bersama-sama rakan mereka yang lain
bagi mengisi kekosongan jiwa. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengubah sikap dan perspektif mereka
terhadap kerjaya dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga bagi mewujudkan keharmonian dalam
rumah tangga. Dengan ini, remaja tidak akan terjebak dalam gejala sosial.

Ibu bapa juga harus memberikan kasih sayang yang sewajarnya kepada anak-anak di samping
bersikap adil ketika memberikan layanan serta perhatian. Bagaimanapun, perhatian dan kasih sayang
yang diberikan itu janganlah pula berlebihan-lebihan sehingga anak-anak menjadi terlalu manja dan tidak
tahu berdikari. Memang tidak dapat disangkal, kasih sayang ibu bapa ibarat menatang minyak yang penuh
akan memberikan impak terhadap perkembangan positif remaja. Dalam hal ini, biarlah kasih sayang itu
berada di atas landasan yang sewajarnya. Di samping itu, ibu bapa perlulah sentiasa menasihati anak-anak
mereka agar tidak terjerumus ke lembah hidup yang bertentangan dengan agama dan norma masyarakat.
Dengan usaha ini, bukanlah mustahilbakal tonggak negara yang unggul dari semua aspek termasuk
sahsiah dapat dilahirkan.

Secara akhirulkalam, institusi keluarga yang diterajui oleh ibu bapa berperanan penting dalam
menangani kemelut sosial dalam kalangan remaja. Sebenarnya, ibu bapa tidak harus menyerahkan tugas
dan tanggungjawab membentuk akhlak anak-anak mereka kepada institusi-institusi lain seperti sekolah
kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Dengan kata lain, kita dapat mengambil tindakan awal
sebelum anak-anak mereka terjerumus dalam lemah hina. Dengan ini, anak-anak akan membesar menjadi
anggota masyarakat yang kamil dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, hal ini hanya akan
membuahkan hasil jika semua pihak bersinergi. Berkat kerjasama yang padu, bukanlah mustahil kita
dapat membentuk lapisan generasi muda yang berkaliber dan mulia.
Pendahuluan
A1 Pernyataan soalan
A2 Isu semasa (dalam era globalisasi, kini, sekarang dll)
A3 Isu semasa
A4 Ayat bukti/pendapat
A5 Kehendak soalan

Punca-punca berlakunya kegiatan vandalisme

(A1) Vandalisme dapat ditakrifkan sebagai perbuatan laku musnah atau melakumusnahkan.
(A2) Dalam era sains dan teknologi ini, Negara kita telah mampu menyediakan pelbagai kemudahan
awam untuk dinikmati bersama-sama. (A3) Walakin, terdapat segelintir golongan masyarakat yang tidak
tahu menjaga serta menghargai kemudahan yang ada. (A4) Laporan akhbar baru-baru ini, ada
memaparkan satu kajian yang dijalankan oleh Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang, mendapati bahawa
semakin hari semakin banyak kerosakan kemudahan awam yang dilaporkan. (A5) Implikasi daripada
perbuatan tersebut, setiap tahun kerajaan terpaksa memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk
membaik pulih kerosakan harta benda awam ini. Oleh itu, gejala vandalisme ini perlu dikenal pasti
puncanya supaya tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini dapat diambil kira sebelum penyakit
ini bertambah buruk dn berbahaya kepada rakyat Malaysia.

Kepentingan Sukan

( A1) Majulah sukan untuk Negara merupakan cogan kata yang sering diucapkan oeh
pengulas sukan dan atlet-atlet negara bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri individu. (A2)
Malangnya, masyarakat Malaysia sekarang mengambil mudah tentang kepentingan sukan kepada negara.
(A3) Sepatutnya, kita wajar mengetahui faedah-faedah sukan kepada negara supaya timbul kesedaran
untuk memartabatkan sukan tanah air demi kegemilangan negara.
1. Faktor-faktor menjadi usahawan yang berjaya

Ilmu pengetahuan

Menurut Saidina Ali bin Abu Talib yang berkata, Lebih baik saudara berdagang dengan ilmu
daripada berdagang dengan harta kerana ilmu semakin bertambah apabila diperdagangkan, harta semakin
berkurang apabila diperdagangkan. Oleh itu, penguasaan ilmu pengetahuan amat mustahak bagi
seseorang menjadi seorang usahawan yang berjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu pengetahuan,
terutamanya ilmu yang berkaitan dengan pengurusan syarikat sangat diperlukan untuk membolehkan
aliran barangan dan perkhidmatan, pelaburan, tenaga manusia diselia dengan baik untuk meningkatkan
produktiviti. Secara tidak langsung, kos operasi dapat dikurangkan secara berkesan. Bukan itu sahaja,
ilmu dalam selok-belok perniagaan juga penting untuk membolehkan seseorang usahawan menyerlahkan
diri dalam persaingan dalam perusahaan yang begitu sengit ini. Pelaksanaan k-ekonomi yang berteraskan
ilmu pengetahuan turut merupakan sesuatu kelebihan yang membolehkan sesebuah perusahaan terserlah
dalam persaingan yang sengit. Di samping itu, ilmu pengetahuan tentang produk yang dihasilkan turut
penting supaya mutu barangan yang dihasilkan itu adalah bermutu tinggi.Usaha pembangunan dan
penyelidikan yang dijalankan untuk menambahbaikkan mutu produk yang sedia ada perlu digiatkan
supaya sesuatu perusahaan itu tersohor di persada antarabangsa dan seseorang usahawan itu
terbilang dalam kalangan yang cemerlang serta duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan
usahawan yang terkemuka.

2. Kemahiran-kemahiran yang perlu anda kuasai untuk menempuh alam pekerjaan

Kemahiran menjalankan penyelidikan

Tokoh pujangga, iaitu Imam Syafie pernah berkata, Lebih baik kita yang mencari ilmu,
bukannya ilmu yang mencari kita. Pernyataan di atas menjelaskan betapa pentingnya saya menyelidik
dan memperoleh segala data dan maklumat daripada sekadar menjalankan perniagaan secara buta tuli
tanpa menjalankan sebarang penyelidikan. Dalam hal ini, kerja-kerja penyelidikan dapat membolehkan
saya mengetahui tentang perkembangan semasa dan kehendak pengguna serta maklumat penting yang
lain. Misalnya, dengan menjalankan penyelidikan, saya dapat mengetahui kecenderungan pengguna
dalam menjalankan jual beli secara atas talian. Saya juga dapat mengenali kegemaran semasa pengguna
dengan menjalankan soal selidik. Implikasinya, saya dapat mengetahui kaedah promosi dan pemasaran
yang paling sesuai serta meningkatkan publisiti perniagaan atas talian yang dimiliki syarikat saya.
Dengan kata lain, saya dapat memilih kaedah perniagaan yang lebih efektif dan efisien serta mujarab.
Sebaliknya, sekiranya saya tidak menjalankan penyelidikan, maka saya akan terkongkong dengan
pemikiran jumud dan hanya menjalankan perniagaan secara tradisional dan tidak berinovasi. Sebagai
kesannya, perniagaan saya mungkin akan dipinggirkan akibat ketinggalan arus pemodenan yang sengit
ini. Izharlah bahawa penyelidikan adalah penting untuk menjamin syarikat saya berada di landasan yang
betul dan berdiri gah sebagai sesebuah perusahaan yang terkemuka.

3. Peranan ibu bapa memupuk sikap mencintai alam sekitar

Penutup

Sebagai kesimpulannya, peranan yang dapat dimainkan oleh institusi keluarga dalam
pemupukan sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan anak adalah sangat signifikan. Jika sikap baik
disemai, sikap tersebut dapat diwariskan kepada anak cucu mereka. Sebaliknya, parahlah alam sekitar jika
ibu bapa sendiri merupakan perosak alam sekitar yang hebat dan perbuatan ibu bapa ini ibarat ketam
mengajar anaknya berjalan betul. Kesan rantaian akan berlaku dalam hubungan interaksi antara manusia
dengan alam sekitar. Oleh itu, pendidikan alam sekitar mestilah dimulakan dari rumah. Dalam hal ini,
pendidikan alam sekitar di rumah harus dijalankan dengan konsisten dan berhempas pulas, bukannya
bagai melepaskan batuk di tangga. Meskipun kita akan berdepan dengan rencaman cabaran, namun berkat
iltizam yang utuh dan mantap, tiada gunung tinggi yang tidak dapat didaki, tiada luruh dalam yang tidak
dapat dituruni. Dengan ini, nescaya tahap kesedaran di negara kita dapat setanding dengan Negara atas
angin, persis kata mutiara, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Barangan keperluan pengguna telah menunjukkan kenaikan harga. Oleh itu, pihak kerajaan telah
melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani isu kenaikna harga ini.
Bincangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani isu kenaikna harga berangan
keperluan pengguna tersebut.

Frasa usaha-usaha boleh didefinisikan sebagai tindakan atau inisiatif. Sementara itu, frasa
menangani bermaksud mengekang atau mengatasi. Seterusnya, kenaikan harga dapat difahamkan sebagai
suatu peningkatan harga jualan sesuatu barangan dan barangan pengguna membawa maksud sesuatu
barang atau perkhidmatan yang diperlukan oleh orang ramai. Tuntasnya, peningkatan harga jualan bagi
sesuatu barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh orang ramai perlu dikekang dengan suatu tindakan
dan inisiatif yang serius.

Antara langkah untuk menangani isu kenaikan harga barangan keperluan pengguna
termasuklah mengamalkan budaya bercucuk tanam. Misalnya, ahli masyarakat menanam sayur-sayuran di
belakang rumah. Selain itu, ahli masyarakat hendaklah menternak ayam untuk telur dan daging. Dengan
ini, orang ramai tidak perlu lagi membeli sayur, telur dan daging di pasaran. Oleh hal yang demikian,
permintaan terhadap barang-barang keperluan akan berkurangan bak kata pepatah, Pengguna Bijak,
Hidup Sejahtera. Kesannya, penawaran barang keperluan melebihi di pasaran dan harga akan diturunkan
oleh peniaga. Oleh hal yang demikian juga, kehidupan masyarakat pengguna akan lebih terjamin dan
selesa.

Di samping itu, kerajaan haruslah menetapkan harga syiling dengan tegas berkaitan barangan
keperluan pengguna. Hal ini demikian kerana penetapan harga syiling tersebut akan dapat menstabilkan
harga (apa) di pasaran. Malah, penetapan harga syling tersebut perlu kerana para peniaga telah
menaikkan harga dengan sesuka hati (mengapa). Oleh hal yang demikian, kerajaan hendaklah
mewartakan harga syiling bagi barangan keperluan pengguna dalam satu senarai harga kawalan.
Penetapan harga atau kawalan harga ini mesti dilaksanakan pada setiap masa (bila), terutama pada
musim-musim perayaan. Sehubungan dengan itu, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (siapa) mesti sentiasa memantau bagi memastikan kawalan harga itu
sentiasa dipatuhi oleh para pembekal dan peniaga.

Sesungguhnya/Kesimpulannya, kenaikan harga barang pengguna memang menyusahkan


pengguna dan kerajaan. Oleh itu, ahli masyarakat mesti bekerjasama dengan kerajaan mengawal harga
barangan pengguna. Selain itu, pihak berkuasa dan pengguna hendaklah memantau harga barangan
pengguna di pasaran dengan lebih kerap. Dengan ini, pembekal dan peniaga berasa takut untuk
menaikkan harga barangan dengan sesuka hati. Oleh hal yang demikian, peniaga dan pembekal tidak lagi
berani mengambil kesempatan terhadap pengguna. Dengan ini, kemakmuran hidup masyarakat dalam
negara ini tidak terjejas.

Kepentingan Sukan kepada Negara


Pendahuluan
A1 Isu semasa / Penyata tentang tajuk
A2 Latar Belakang
A3 Ciri-ciri
A4 Kesan
A5 Kehendak soalan
(A1) Majukan sukan untuk Negara merupakan cogan kata yang sering diucapkan
oleh pengulas sukan dan atlet-atlet negara bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri
individu. (A2)
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_____________________(A3) Malangnya, masyarakat sekarang mengambil mudah tentang
kepentingan sukan terhadap Negara.
(A4)__________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________Malangnya,
masyarakat sekarang mengambil mudah tentang kepentingan sukan terhadap negara. (A5)
Sehubungan dengan itu, kita wajar mengetahui faedah-faedah sukan kepada negara supaya
timbul kesedaran untuk memartabatkan (meningkatkan) sukan tanah air demi kegemilangan
negara.

Isi
A1 Isi (Apa)
A2 Huraian (Mengapakah)
A3 Huraian (Bagaimana)
A4 Contoh
A5 Penegas

(A1) Salah satu kepentingan sukan kepada negara adalah dapat (A3) menyihatkan rakyat.
Hal ini demikian kerana di samping dapat megeluarkan peluh, bersukan juga dapat membakar
lemak dan kalori yang berlebihan dalam badan. (A2) Dengan itu, tubuh badan akan menjadi
lebih bersemangat, bak kata orang, badan sihat, otak cerdas. (A3) Aktivit ini dapat dilakukan
dalam apa-apa jua situasi. Kita juga boleh mengadakan Hari Kekeluargaan dan melakukan
aktiviti kemasyarakatan. (A4)
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_____________________ (A5) Dengan ini, bersukan dapat menyihatkan rakyat sekaligus
menjadikan sukan penting untuk negara.

(A1) Sukan sebenarnya boleh mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di
Malaysia, tanah air yang bertuah ini. (A2) Hal ini demikian kerana, sukan merupakan wadah
bagi mewujudkan satu masyarakat yang harmoni. (A3) Perpaduan kaum ini dapat diamalkan
dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara satu sama lain tanpa mengira kaum dalam
setiap aktiviti sukan.
(A4)__________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_____________________(A5) Rentetan itu, jelaslah bahawa bersukan mampu memupuk
perpaduan kaum untuk rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

(A1) Antara kebaikan termasuklah dapat mengharumkan nama negara supaya negara
luar dapat mengenali Malaysia melalui penglibatan-penglibatan dalam sukan antarabangsa. (A3)
Dengan lebih banyak penyertaan dan anugerah yang dimenangi, lebih mudahlah negara Malaysia
mencipta nama. (A3) Tambahan pula, kita dapat menggilap bakat melalui penyertaan dalam
buidang sukan ini. (A4)
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________Berdasarkan huraian tadi, jelaslah bahawa sukan mampu menaikkan
malah mengharumkan nama negara di persada dunia.

(A1) Di samping itu, kemajuan industri merupakan salah satu daripada kepentingan
sukan kepada negara. (A2) Dengan bersukan, secara tidak langsung ahli sukan atau para atlet
akan menggunakan wang seterusnya membeli barangan sukan untuk keperluan mereka. (A3) Hal
ini menyebabkan permintaan meningkatkan bagi alatan sukan (bagaimana) seperti baju sukan,
kasut sukan, kayu hoki dan beraneka jenis lagi. (A4)
____________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________(A5) Rentetan itu, industri sukan di negara kita akan semakin maju, sekaligus
menjadikan sukan penting kepada negara kerana dapat memajukan bidang dan perindustrian
negara Malaysia yang gah di mata dunia.

PENUTUP

(A1) Rumusan
(A2) Cadangan
(A3) harapan
(A4) Kesan
(A1) Kesimpulan yang kita dapat daripada perbincangan ini ialah sangat wajar bagi
kita bekerjasama dalam memajukan bidang sukan di negara kita Malaysia, bumi berdaulat ini,
bak kata pepatah, ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. (A2) Oleh itu, sikap bersatu
padu harus dipupuk bagi menaikkan nama negara di mata dunia. (A3) Diharapkan negara dapat
mengurangkan bilangan rakyat yang mempunyai masalah kesihatan juga dapat dilaksanakan
dengan penglibatan rakyat dalam bidang sukan. (A3) Oleh itu, marilah kita berganding bahu
dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan yang telah banyak dianjurkan di setiap pelosok
negeri kerana banyak faedah boleh kita peroleh. (A4) Dengan ini, rakyat sihat, negara maju.
Langkah-langkah untuk mewujudkan integrasi nasional di Malaysia dan kesan-kesannya
kepada negara.

Dalam menongkah ke era modenisasi pada tahun 2002 yang lalu, bekas Perdana Menteri kita
iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mengabaikan kejayaan yang
telah dikecapi oleh negara. Namun demikian, segala kejayaan ini akan hilang dalam sekelip mata tanpa
integrasi nasional di Malaysia di Malaysia. Hal ini terbukti dengan berlakunya peristiwa 13 Mei yang
telah melumpuhkan ekonimi Negara. Rentetan itu, kita haruslah melahirkan integrasi nasional untuk
mencapai aspirasi murni mengekalkan mengekalkan kestabilan negara agar pisang tidak berbuah dua kali.
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan integrasi nasional?
Hal ini haruslah dikupas ke akar umbi demi kesejahteraan sejagat.

Terlebih dahulu, usaha untuk menjayakan integrasi nasional hanya dapat dicapai jika
dimulakan sejak awal kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam konteks ini, pendidikan
merupakan kunci kejayaan bagi mewujudkan integrasi nasional. Sehubungan dengan itu, Ordinan
Pelajaran Kebangsaan telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia selepas tragedy 13 Mei 1969. Hasilnya,
nilai-nilai murni seperti nilai gotong-royong, kerjasama atau semangat bermasyarakat telah dirangkumi
dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Pada masa yang sama, mata pelajaran Sejarah yang kini
dijadikan mata pelajaran teras bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotisme tetapi juga
mewujudkan integrasi nasional. Dengan ini, para pelajar pada alaf baharu ini tidak lagi mengetepikan
kawan-kawan yang berlainan kaum dan agama, dan tiada lagi sindiran tajam yang dilemparkan terhadap
mana-mana kaum. Konklusinya, sukatan pelajaran bersifat kebangsaan dapat melahirkan masyarakat
yang tidak berpecah belah, sebaliknya bersatu atas nama rakyat Malaysia, bumi berdaulat ini.

Selain itu, kita hendaklah mengetepikan emosi yang menimbulkan perpecahan, sebaliknya
bersau padu membuat kegiatan-kegiatan yang boleh membangunkan negara, kerana bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh. Sememangnya, integrasi nasional hanya akan wujud jika setiap lapisan masyarakat
bertolak ansur dan mempunyai solidariti yang tinggi terhadap masyarakat sejagat. Memandangkan tepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi, apabila kata-kata yang radikal dilemparkan, salah satu pihak yang
berdiam diri akan membantu meleraikan pergaduhan. Sejajar dengan usaha ini, sekiranya semua orang
berbudi bahasa, maka pergaduhan dan rusuhan sifar dapaat dicapai. Intihanya, amalan budi bahasa dan
pengawalan emosi dapat menjamin integrasi nasional.

Dalam pada itu, langkah kerajaan untuk melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) juga harus disahut oleh rakyat jelata. Hal ini demikian kerana usaha ini bertujuan untuk
menyemai integrasi nasional dan perpaduan kaum dalam jiwa bakal tonggak negara. Malah, usaha ini
adalah mustahak untuk menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang
bersolidariti tinggi kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Hal ini terbukti apabila pemuda-
pemudi melibatkan diri dalam program tersebut, mereka akan dapat melatih diri untuk berinteraksi
dengan rakan-rakan berbilang kaum. M ereka dapat memahami perbezaan yang wujud antara kaum serta
mewujudkan persefahaman sejagat antara kaum. Selain itu, mereka dapat mengerti apa yang
dimaksudkan dengan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Natijahnya, program
murni ini terbukti keberkesanannya dalam memupuk perpaduan nasional.

Sesungguhnya, integrasi nasional akan menjadi realiti sekiranya setiap warganegara sedar akan
tanggungjawab dan peranan masing-masing dan bersedia menyahut cabaran serta melakukan anjakan
paradigma sesuai dengan era globalisasi. Andai kata integrasi nasional tergugat, akan terjadilah seperti
peribahasa, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua. Bagi rakyat Malaysia, renunglah seruan
Perdana Menteri tanggal 31 Ogos 2004 yang berbunyi, Muafakat itu berkat.

Kesan perkembangan pengangkutan di Malaysia

Sejajar dengan era globalisasi ini, taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat. Oleh itu
semakin banyak rakyat yang mampu memiliki kenderaan. Di mana-mana bandar di Malaysia, anda pasti
dapat melihat kereta yang banyak. Sesungguhnya, keadaan di kota pada abad ke-21 berbeza sama sekali
dengan era 80-an. Memang tidak dapat disangkal bahawa perkembangan pengangkutan telah banyak
merombak kehidupan rakyat Malaysia. Persoalan yang tidak pernah lekang daripada bibir umt manusia
ialah, apakah kesan perkembangan pengangkutan di Malaysia? Tepuk dada tanya selera.
Antara kesan perkembangan pengangkutan di Malaysia termasuklah kesesakan lalu-lintas yang
kian terjadi-jadi. Hal ini demikian kerana bilangan kenderaan di lalu-lintas telah meningkat secara
mendadak pada era globalisasi ini. Lebih-lebih lagi, perancangan bandar yang tidak sempurna juga
menyumbang kepada kesesakan lalu-lintas di kawasan bandar. Ekoran kesesakan lalu-lintas yang semakin
mengongkong kehidupan rakyat, tekanan mental dan emosi para pemandu turut meningkat. Secara umum,
pemandu di Kuala Lumpur membazir sekurang-kurangnya satu hingga dua jam dalam kesesakan lalu-
lintas setiap hari. Dengan nyata, kesesakan lalu-lintas benar-benar menguji kesabaran pemandu. Polemik
ini hanya dapat diatasi jika rakyat Malaysia memanfaatkan system kemudahan awam yang sedia ada
seperti LRT, ERL, komuter dan sebagainya.

Selain itu, perkembangan pengangkutan juga mengakibatkan pencemaran udara. Apabila


bilangan kenderaan di jalan raya meningkat, gas karbon dioksida dengan karbon monoksida di udara turut
menambah. Pertambahan gas ini akan menyebabkan peningkatan suhu bumi. Ekoran itu, haba yang
semakin meningkat akan menyebabkan pencairan ais di kutub bumi serta peningkatan paras laut. Hal ini
akan menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan rendah. Rentetan itu, perkembangan pengangkutan
ini lama-kelamaan akan menjejaskan alam persekitaran.

Pada masa yang sama, sistem pengangkutan yang canggih kini turut mendatangkan kesan yang
positif dalam kehidupan kita. Dalam hal ini, masa yang digunakan untuk tiba di destinasi disingkatkan.
Hal ini tentu dapat membawa manfaat kepada penduduk bandar yang perlu merempuh pelbagai kokurensi
dan persaingan dalam kehidupan, bak kata pepatah, masa itu emas. Hal ini dapat diperlihatkan apabila
rata-ratanya perkhidmatan rel bersepadu bergerak dengan kelajuan 80 100 km/j, umpama kumbang
putus tali. Kelajuan pergerakan di atas landasan ini penting untuk mengatasi masalah kesesakan lalu-
lintas. Kecekapan operasi perkhidmatan rel bersepadu telah mengurangkan masa perjalanan dari sebuah
tempat ke tempat lain.

Secara akhirulkalam, ciptaan teknologi ini meninggalkan kesan dalam kehidupan kita secra
positif dan negatif. Namun, penglibatan semua pihak adalah mustahak dalam memperbaiki kemudahan
pengangkutan yang sedia ada. Semua pihak perlu bersinergi bagai sehilir semudik, serentak seirama
supaya usaha murni ini dapat membuahkna hasil. Dengan ini, diharapkan perkembangan pengangkutan
awam dapat ditingkatkan dan dijadikan lebih efisien agar setaraf dan dapat duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan kemudahan awam di negara-negara maju yang lain. Maka, bukanlah mustahil
Wawasan 2020 dapat dikecapi.

Ciri-ciri pelajar cemerlang

Mutakhir ini, kualiti pelajar-pelajar di negara kita kian hair kian


merosot dan isu hangat ini sering meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan
masyarakat. Hakikatnya, kemelut ini boleh diibaratkan seperti api dalam sekam
yang akan meruntuhkan negara kita secara perlahan tanpa kita sedari lantaran
pelajar hari ini merupakan pemacu enjin negara masa depan. Sesungguhnya, untuk
memastikan jalan terhadap arah kemajuan negara kita tidak dipenuhi dengan
rintangan dan halangan, pelajar-pelajar yang kamil dari semua aspek harus
dilahirkan untuk menjadi pemimpin yang amat baik sekali pada masa depan nanti.
Persoalan yang tidak pernah lekang dari bibir umat masyarakat di seluruh pelosok
negara ialah, apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh pelajar yang cemerlang?
Tepuk dada tanyalah selera.

Antara kriteria seorang pelajar cemerlang ialah memiliki ilmu


pengetahuan yang luas. Hal ini demikian kerana ilmu pengetahuan dapat dijadikan
pedoman hidup yang menerangi kegelapan dan memimpin kita ke arah
kegemilangan, bak kata pepatah, ilm pelita hati. Oleh itu, penguasaaan ilmu
pengetahuan yang luas amatlah mustahak dalam menjamin kejayaan seseorang itu
supaya sseorang itu tidak digelar katak di bawah tempurung. Lazimnya, dengan
adanya ilmu pengetahuan yang luas lagi mendalam, seseorang itu sering kali dapat
menggondol keputusan yang gilang-gemilang dalam pertandingan yang bersifat
akademik di pelbagai peringkat. Seseorang itu juga lebih berhala tuju dalam
kehidupan dan dapat menghadapi cabaran yang semakin kompleks selaras dengan
era modenisasi yang penuh dengan kokurensi sengit dan berasaskan intelektual.
Jelaslah bahawa penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam amat
signifikan dalam menentukan kecemerlangan seseorang pelajar.

Selain itu, seseorang itu perlulah mempunyai sifat kepemimpinan yang


unggul. Hal ini demikian kerana kualiti diri seseorang dapat dipertingkatkan jika
dapat memimpin rakan sebaya dengan baik di samping dapat memacu hala tuju
budaya sekolah ke arah keunggulan dan kebitaraan. Sebagai contoh, seseorang
pelajar cemerlang dapat mengagihkan tugas dengan baik dan membimbing rakan
sebaya untuk menjayakan seuatu tugasan di sekolah. Maka, pelajar sedemikian
dapat memimpin rakan sebaya meraih kecemerlangan dalam pelbagai aspek.
Sehubungan dengan itu, bak kata pepatah, yang baik jadikan teladan, yang buruk
jadikan sempadan, dengan adanya sifat baik dan murni pada keperibadian pelajar
tersebut serta sifat kepemimpinan yang unggul, maka rakan sebaya dapat
meneladani sifat murninya dan pelajar cemerlang tersebut dapat memimpin rakan
sebaya mengamalkan sifat murni. Natijahnya, pelajar yang cemerlang merupakan
seseorang yang mampu memimpin secara berkesan dan amat diperlukan untuk
menzahirkan sesebuah masyarakat yang terbilang, kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara.

Di samping itu, seseorang pelajar wajar berbudi bahasa dan mempunyai


penampilan yang bersih. Dalam konteks ini pula, pelajar yang tahu bertolak ansur,
bersopan santun dan pandai beramah mesra dengan rakan-rakannya pasti akan
digemari kerana yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Memang tidak dapat
disangkal bahawa keperibadian murni pada seseoang itu akan dapat meperlihatkan
kemurnian hati budi seseorang. Selain budi bahasa, paras rupa dan pakaian yang
bersih juga perlu ada pada pelajar yang cemerlang. Hal ini kerana gambaran
seseorang yang berjaya sering menampilkan diri dengan segak dan bersih.
Penampilan yang menarik juga akan memaparkan imej diri yang baik. Oleh hal
yang demikian, sudah terang lagi bersuluh, pelajar yang cemerlang mesti berbudi
bahasa dan menjaga kebersihan diri.

Dalam pada itu, seseorang pelajar perlulah mempunyai sifat kerajinan.


Hal ini kerana hanyalah dengan bersikap rajin, seseorang itu akan mempunyai
dorongan untuk menjayakan sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh.
Hakikatnya, walau betapa sukar sesuatu tugasan, seseorang itu tetap perlu
melaksanakannya kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Namun dengan azam dan tekad yang teguh, tiada sebarang perkara yang mustahil
dilaksanakan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Oleh itu, seseorang
pelajar cemerlang perlu mempunyai sifat kerajinan untuk meraih kejayaan dalam
semua aspek, baik akademik atau korikulum. Intihanya, sifat kerajinan merupakan
penentu kejayaan seseorang pelajar.

Akhirulkalam, gandingan kecerdasan otak, daya kepemimpinan,


berbudi bahasa dan mempunyai penampilan diri yang bersih perlu ada pada
seorang pelajar yang cemerlang. Hilang salah satunya dapat disamakan dengan
hilangan irama dalam sebuah lagu. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama
bagai sehilir semudik, serentak seirama dalam memupuk ciri-ciri tersebut dalam
sanubari remaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Hanyalah
dengan ini, pelajar-pelajar yang merupakan bakal peneraju pucuk pimpinan negara
dapat disemai dengan keunggulan dalam semua aspek, iaitu jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Maka, negara kita nescaya dapat menongkah ke arah ambang Wawasn
2020 yang amat diimpikan oleh kita semua selama ini.

Anda mungkin juga menyukai