Anda di halaman 1dari 11

Halaman Judul

BINA INSAN GURU

JABATAN KOKURIKULUM
IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KUALA LIPIS PAHANG
Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap- tiap satunya saya jelaskan sumbernya

Tandatangan :

Nama : Mhekala a/p Perumal

No. kad. Pengenalan : 860709-59-5364

Tarikh :
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kepada Tuhan, dengan limpah kurniannya kami berjaya
menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) selama 10 jam. Setiap pengalaman
dalam program BIG menjadi peristiwa manis dalam kenangan kami. Program BIG
ini, membentuk kami sebagai warga pendidik yang rela menghadapi cabaran.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang terlibat
dalam program BIG ini. Mereka telah banyak memberi tunjuk ajar dan pengajaran
yang amat bernilai buat saya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Pensyarah Penyelaras En.Khazali Bin Ismail yang begitu prihatin dan
memahami perasaan anak-anak buahnya. Segala nasihat yang diberikan kepada
kami amat berguna. Selain itu,saya juga tidak melupakan mengucapkan ribuan
terima kasih kepada mentor saya En. Zolpatai Bin Elias yang sudi menyertai
program bina insan guru bersama kami. Kehadiran beliau memberi sokongan
kepada pihak kami.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan daripada kumpulan saya yang


banyak memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang program ini. Saya amat
bersyukur kerana mendapat rakan-rakan seperti mereka sebagai ahli kumpulan
saya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung dimana membantu kami,sepanjang program ini.
Saya amat berterima kasih kepada warga SMK Orang Kaya Haji yang melayan kami
dengan penuh mesra.

Terima kasih.
ISI KANDUNGAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

SENARAI KANDUNGAN iv

PENGENALAN

MATLAMAT

KERTAS KERJA BIG FASA 6

LAPORAN INDIVIDU

REFLEKSI

LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka
khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
bagi memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Tujuan utama
lawatan penanda aras adalah bagi mendorong para guru untuk lebih prihatin,
bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menjayakan sesuatu program di
sekolah. Penanda aras ialah pembaikan kualiti secara menyeluruh yang merupakan
suatu proses pembaharuan yang berterusan dan ia juga merupakan strategi kearah
memantapkan piawaian yang terbaharu dan membaiki piawaian yang terdahulu.

Segala pengisian program BIG ini selaras dengan asas pembinaan insan
guru yang berpaksikan kepada pegangan Prinsip Rukun Negara sekaligus menjadi
asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara
bangsa. Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek
kesedaran bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai
golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role
model kepada masyarakat.

Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri


mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai
insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi
dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh
itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga
perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.
2.0 MATLAMAT

Lawatan penanda aras merupakan satu proses yang bersistematik dan


berterusan untuk mengenalpasti, mempelajari ,mengubahsuai dan melaksanakan
amalan-amalan terbaik daripada organisasi yang dirujuk. Dengan adanya aktiviti
penanda aras ini, dapat menggalakkan dan meningkatkan kualiti dan prestasi dalam
pengurusan dan pentadbiran , pengajaran dan pembelajaran dan motivasi
dikalangan guru-guru pelatih.

Pengalaman dan amalan terbaik yang diperoleh daripada guru Cemerlang


dapat memberi contoh dan input terbaik untuk melonjakkan kejayaan dan
kecemerlangan pelajar IPG khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran.
Lawatan ini juga diharap dapat menyuntik semangat baru kepada semua guru
pelatih untuk meningkatkan dan memantapkan lagi tahap profesionalisme,
kecekapan dan keberkesanan dalam urusan pentadbiran agar setanding dengan
sekolah cemerlang yang lain.

Selain itu program ini berupaya berfikir secara kritikal, analitikal dan kreatif
dalam membuat perancangan dan pelaksanaan. Program ini dapat mempamerkan
kemahiran menguruskan diri dan kumpulan dalam pelaksanaan sesuatu aktiviti.
Guru pelatih dapat menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan,
tangggungjawab dan mengamalkan semangat ingin tahu yang mendalam untuk
pembinaan diri. Ia juga menunjukkan kesediaan meningkatkan prestasi diri.
LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA ENAM 2016

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ORANG KAYA HAJI, KUALA LIPIS.

SEBELUM

Bina Insan kali ini hanya berfokus kepada lawatan penanda aras bagi guru
cemerlang untuk mata pelajaran sejarah. Seterusnya satu jawatakuasa ditubuhan untuk
melancarkan program ini. Saya telah dilantik sebagai Timbalan pengerusi bagi program ini.
Memandangkan ia merupakan program wajib dalam kursus PISMP, kami telah memberikan
pemberatan yang lebih kepada program ini. Ahli jawatankuasa telah mengadakan satu
perjumpaan mengenai program ini, yang akan berlangsung pada 19 APRIL 2016.
Seterusnya pengerusi telah menerangkan perjalanan program pada hari itu. Beliau juga
memastikan persediaan setiap ajk mengenai program tersebut.

Dalam mesyuarat kedua, kami membincang tentang cenderamata dan sijil


penghargaan kepada pihak sekolah dan guru cemerlang. Dengan persetujuan sekelas kami
mecadang membeli sebuah hamper sebagai cenderamata kepada guru cemerlang. Selain
itu, kami membincang tentang pengangkutan yang akan digunakan ke sekolah itu nanti.
Oleh kerana sekolah terletak tidak jauh daripada IPGK Tengku Ampuan Afzan, maka kami
bercadang menggunakan 3 buah kereta untuk 15 orang guru pelatih. Sebagai timbalan
pengerusi saya sering merujuk pengerusi untuk memastikan kelancaran perlaksanaan
program.
Kami memilih Pn. NoorHayati Binti Daud dari SMK Orang Kaya Haji sebagai guru
cemerlang untuk BIG kali ini. Beliau berpangalaman tinggi dalam pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Sejarah. Beliau juga mempunyai kepakaran dalam
pembelajaran abad ke 21.
SEMASA

Pada hari 19 April 2015, kami guru pelatih dari PISMP SEJARAH semester 6 dan
pensyarah pembimbing telah menjalankan program Bina Insan Guru di Sekolah Menengah
Kebangsaan Orang Kaya Haji,Kuala Lipis Pahang. Program Bina Insan Guru pada kali ini
adalah bertemakan benchmarking atau penanda aras seorang guru cemerlang di mana
kami dikehendaki untuk membuat peninjauan dan penilaian tentang kaedah pengajaran
seorang guru cemerlang sekolah tersebut.

Pada pukul 7.30 pagi, kami telah berkumpul di dataran bestari ipgktaa, dan menaiki
kenderaan sendiri ke SMK Orang Kaya Haji. Setelah sampai di sana kami telah disambut
oleh Pengetua sekolah dan guru-guru dari sekolah tersebut. Selepas itu, kami semua
berkumpul dan diberi taklimat tentang perjalanan program oleh pengerusi. Dengan ini
semua guru pelatih dapat bersedia untuk mengikuti program BIG ini.

Sebagai agenda pertama, kami meninjau sesi pengajaran dan pembelajaran guru
cemerlang Pn. Noorhayati Binti Daud. Beliau telah mengajar tajuk Hijrah kepada murid
murid tingkatan empat. Beliau menggunakan tayangan video berkaitan Peristiwa Hijrah
dalam set induksi untuk memudahkan murid pemahaman murid konsep hijrah. Video dalam
bentuk animasi dapat menarik minat murid. Semua murid telah memberi respon yang baik
selepas menonton video tersebut. Beliau menggunakan pelbagai kaedah pengajaran untuk
memudahkan pemahaman murid dalam tajuk tersebut. Contohnya kaedah koperatif,
kolabratif dan konstruktivisme. Tambahan pula, beliau juga menerapkan aktiviti abad 21
seperti round table, gallery walk dan pembentangan.

Selain itu, saya dapat melihat murid murid diberi penekanan menggunakan peta
pemikiran seperti peta buih, peta dakap, peta peta alir dan peta titi dalam aktiviti kumpulan.
Beliau memberikan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam aktiviti kumpulan
supaya murid dapat menjawabkannya dengan betul . Soalan jenis KBAT, dapat
meningkatkan kemahiran kognitif dan ia membantu murid untuk menyesuaikan diri dalam
apa jua situasinya pada masa akan datang. Dengan ini, saya dapat pengetahuan dalam
cara mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bersistematik.

Agenda seterusnya diikuti dengan taklimat tentang pengurusan sekolah yang


diketuai oleh guru penolong kanan sekolah tersebut. Sepanjang taklimat beliau meceritakan
tentang sejarah sekolah, pencapaian murid murid dalam kurikulum dan kokurikulum.
Sekolah tersebut juga mengajurkan pelbagai aktiviti untuk memupuk hubungan murid
dengan guru dan ibu bapa. Sesi ini amat bermakna kerana saya dapat banyak ilmu
berkaitan tentang pengurusan sekolah. Sepanjang sesi taklimat ini, beliau memberikan
pelbagai maklumat berfaedah yang memberikan manfaat kepada kami.

Sesi seterusnya adalah sesi soal jawab. Sepanjang sesi ini kami dapat kongsi
maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh Pn Noorhayati.
Beliau juga menerangkan kaedah pengajaran yang terkini iaitu Professional Learning of
Community (PLC). Kaedah baru ini sangat bermakna kepada murid murid untukmudah
memahami sesuatu tajuk terutamanya dalam subjek sejarah. Selain itu, beliau juga
mengkongsikan pengalaman beliau sebagai guru sebanyak 20 tahun.

Program diteruskan dengan sesi bergambar dan menyampaian cenderamata.. Akhir


sekali, selepas sesi bergambar dan bersalaman dengan guru-guru, kami pun bersurai.
Semua guru pelatih dan pensyarah pembimbing telah bersurai dan bertolak semula ke
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan AFzan, Kuala Lipis Kira-kira jam 2.00
petang, saya bersama rakan sekelas saya di perkarangan asrama guru pelatih. Diharap
agar program seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa bertujuan untuk
semarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam bidang pendidikan.

SELEPAS
Setelah menyertai Program Bina Insan Guru fasa enam ini, kami diarahkan menyediakan
satu laporan dan refleksi berkaitan tentang program ini.

KESIMPULAN.

Secara keseluruhanya, sekolah tersebut bukan sahaja meberi tumpuan dalam akademik
murid, mala mereka juga mecungkil bakat murid dalam pelbagai aspek selain akademik.
Pentadbiran dan guru guru sekolah tersebut menjadi contoh yang terbaik kepada diri
sendirinya. Sesungguhnya, program Bina Insan Guru(BIG) fasa 6 ini telah meninggalkan
banyak kesan terhadap diri saya. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program
yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran
serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam
terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan
mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap
bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya
menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang
sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

REFLEKSI.

KEKUATAN
Dari segi kekuatan, secara keseluruhannya semua aktiviti yang telah dirancang berjalan
dengan lancar sebagaimana yang telah ditetapkan dalam tentatif program BIG ini. Sekolah
yang dipilih untuk menjalankan aktiviti ini juga lebih sesuai dan selesa serta mempunyai
kemudahan yang cukup kondusif. Program ini memberi banyak input kepada saya iaitu
mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke- 21. Selain itu, lima prinsip yang
digunakan oleh Pn Noorhayati untuk mengawal kawalan kelas juga menarik saya. Dari segi
keselamatan pula, sepanjang program ini tidak ada berlaku sebarang kecederaan atau
kemalangan yang serius. Selain daripada itu, dari segi keperluan makanan adalah
mencukupi dan semua guru pelatih dapat makan bersama-sama dengan mentor masing-
masing. Hal ini dapat membina semangat kekeluargaan dan kasih sayang di antara guru
pelatih dan mentor unit masing-masing. Selain itu, sikap dedikasi dan komited serta
pengalaman para guru disekolah telah memberikan kami inspirasi untuk menyumbangkan
tenaga bagi membolehkan kanak-kanak menerima peluang pendidikan yang setaraf dengan
Negara lain. Di samping itu, input-input yang diberikan meningkatkan motivasi kami yang
masih mentah dalam bidang keguruan.
KELEMAHAN
Tentatif program perlu dimaklumkan lebih awal iaitu sekurang-kurangnya seminggu awal
dari tarikh program itu dijalankan supaya guru pelatih dapat tahu apa yang mereka perlu
buat dan dapat bersedia awal. Selain itu, kami juga mengalami masalah untuk mendapatkan
guru cemerlang di sekolah rendah dalam subjek sejarah. Seterusnya, kelemahan yang
didapati pada Program Bina Insan Guru kali ini adalah dari aspek masa. Ini kerana masa
yang telah diberikan kepada kami bagi mengenali guru-guru cemerlang tersebut amatlah
singkat. Oleh itu, masih banyak lagi maklumat yang belum kami terima untuk dijadikan
panduan. Masa yang suntuk juga tidak membolehkan kami untuk melihat proses kokurikum
di sekolah itu juga.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cadangan saya bagi mengatasi kekurangan Program Bina Insan Guru pada kali ini adalah
dengan memberikan guru-guru pelatih masa yang mencukupi supaya lebih banyak
maklumat dapat diserap yang boleh dijadikan panduan semasa berkhidmat sekaligus
meningkatkan profesionalisme keguruan dalam diri masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai