Anda di halaman 1dari 13

SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah


bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu
selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan
sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah
SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang
hayat mereka.
Firman Allah SWT.:
Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu
sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan
Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (Surah
Isra; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda: Kerjakanlah solat malam sebab itu
adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan
untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai
penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa
dan dapat menghalangi penyakit dari badan. (Riwayat Tirmizi
dan Ahmad r.a.)

Cara Mendirikan Solat Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut


kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu
salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat
tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,: Amalan yang disukai oleh


Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun
sedikit. (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :

Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku


memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku
memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah
padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah
Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu;
Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala
puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah
tempatku kembali.

2. Niat Solat Tahajjud:


(Ushalli sunnatat tahajjudi rakataini Lillahi taala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Taala.

3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

a) Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)


Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;

b) Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun


Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.


(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud
Baginda.)
.
.
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat
terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:


.
"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku
dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah
daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia;
dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta
kekuasaan yang menolongku", (Surah Al Isra' 80)

5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah


dibaca oleh Rasulullah SAW ini:

Allahummaj al fii Qolbi nuron, wafii lisaani nuuron, wafii sami


nuron, wafii bashorii nuron, wamin fawqii nuron, wamin tahtii
nuuron, wa an yamiinii nuron, wa an syamaali nuron, wamin
amaamii nuron, wamin kholfii nuuron, wajj al fii nafsii nuron, wa
adzimlii nuuron, wa adzzim lii nuuron, wajj allii nuuron, wajj
alni nuron, Allahumma athinii nuuron, wajj al fii ashobii nuron,
wafii lahmi nuuron, wafii damii nuuron, wa fii syarii nuuron,
wafii basyarii nuuron, ..

Ya Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku,


cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatan-ku, cahaya
dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku,
cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari
belakangku. Ciptakanlah cahaya dalam diriku, per-besarlah
cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya
untuk-ku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah
cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya
dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku,
dan cahaya di kulitku (Hal ini semuanya disebutkan dalam Al-
Bukhari 11/116 no.6316, dan Muslim 1/526, 529, 530, no. 763)

6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud


berikut:~

Allahumma lakal-hamdu anta noorus-samawaati wal-ardi wa


man fihinna, wa lakal-hamdu anta qayyimus-samawaati wal-
ardi wa man fihinna, wa lakal-hamdu anta rabbus-samawaati
wal-ardi wa man fihinna.

Antal-Haqqu wa wa'dukal-haqqu wa qawlukal-haqqu wa


liqauka haqqun, wal-jannahtu haqqun wan-naru haqqun, was-
sa'atu haqqun, wan-nabiyyoona haqqun wa Muhammadun
haqq.

Allahumma laka aslamnaa, wa bika aamannaa, wa alayka


tawakkalnaa, wa bika khaasamnaa, wa ilayka haakamnaa,
faghfir lanaa maa qaddamnaa wa maa akhkharnaa, wa maa
asrarnaa wa maa a3lannaa, antal-muqaddimu wa antal-
muakhkhiru laa ilaaha illaa ant.

Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan


bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala
pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta
serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar
cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-


Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-
Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar.
Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan
adanya hari Kiamat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku


beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku
kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu
daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu
dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun
yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya.
Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada
Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya
melainkan dengan pertolongan Allah!

Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di


akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.

Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan


ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji
hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.


Doa dimakbulkan Allah.
Memperolehi ketenangan jiwa.
Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki
manusia.
Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang
berpanjangan.
Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa
Jalla.
Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-
Mustaqim.

SELAMAT BERAMAL
SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA.

SOLAT SUNAT TAUBAT

1. Niat Solat Sunat Taubat:

Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana Allah


Ta'ala"

2. Membaca Surah Al-Fatihah

3. Membaca surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun


Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

Atau

Rakaat Pertama: Ayat Qursi


Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas

3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk


Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah
Tasbih berikut 40 kali:

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo


li-miyn.

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau!


Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang
yang aniaya (zalim).

4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan


beristighfar :

a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;



As-tagh-fi-rul-Laa-hil A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal
hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.

Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang


tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.

b. Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100


kali;

As-tagh-fi-rul-Laa-hil A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal


hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta Ab-di zhoo-li-mi
laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-an wa-laa mau-tan
wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.

Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang


tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha
Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya
seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan
dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan
manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan
kebangkitan.

c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :

AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-


ni wa-a-naa ab-du-ka wa-a-naa a-laa ah-di-ka wa-wa-di-ka
mas-ta-th0-tu, a-uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na-tu, a-
buu u-la-ka bi-ni-ma-ti-ka a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-
fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.

Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau;


Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan
sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah
setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu
daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku
mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku
dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku
kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.

6. Baca Doa Taubat

Bismillahirrahmanirrahiim...

Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun


kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada
Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!

Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba


yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat
atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau
menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar
kelak).

Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan,


dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu
daripada segala kesalahan dan hukuman.

Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana


kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah!
Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala
dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.

Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-


dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai
daripada amalan baikku.

Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya


diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali
Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah


segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya
Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

-Silakan share tanpa perlu minta izin

Assalamualaikum wbt sahabatku yg dikasihi :)


Alhamdulillah... akhirnya Allah memberikan ruang waktu utk sis
berkongsi sedikit ilmu Allah yg ada ini untuk sayang2 semua.
Apa yang sis kongsikan bukannya untuk menunjuk2 atau
apapun. Xder niat sebesar zarah pun. Sis hanya ingin berkongsi
manfaat dan kebaikan. Semoga ia dapat membantu sahabat2
dalam melayari saat2 indah impian setiap wanita.

Rasanya ramai yang dah tahu amalan surah2 semasa


mengandung nihkan... cuma sis bg sikit tips bagaimana nk
apply sbb masa sis pregnant dulu mabuk sampai 9 bulan. Jdnya
nak mengaji Al-Quran byk2 mmg kurang daya.

Apa yg sis buat, sis hanya amik 10 ayat ( kadang2 5 ayat jer :) )
untuk setiap surah 1 hari. Cth: surah yasiin 10 ayat, surah
maryam 10 ayat.... Pada yang nak baca semua surah abes pun
lagi baik tp kita ikut kemampuan. Yang penting kita istiqomah :)
sebelum baca dan selepas baca setiap surah berdoa sambil2
usap2 kandungan dgn penuh kasih sayang :)

1. Baca surah Al Fatihah


( untuk terang hati dan kuat ingatan)

Sebelum: Ya Allah, semoga anak dalam kandunganku ini


terang hatinya dan kuat ingatannya.
Selepas: Anakku sayang, semoga anak ibu ini terang hatinya
dan kuat ingatannya.

2. Surah Maryam
(untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan
taat.)

Sebelum: Ya Allah, mudahkanlah proses waktuku hendak


melahirkan dan semoga anak dalam kandunganku ini menjadi
anak yang sabar dan taat kepada Allah dan RasulMu
Selepas: Anakku sayang, semoga anak ibu ini menjadi anak
yang sabar dan taat kepada Allah dan RasulMu

3. Surah Luqman
(untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)

Sebelum: Ya Allah, semoga anak dalam kandunganku ini


cerdik akalnya dan cerdik jiwanya
Selepas: Anakku sayang, semoga anak ibu ini cerdik akalnya
dan cerdik jiwanya

4. Surah Yusuf
( untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)

Sebelum: Ya Allah, semoga anak dalam kandunganku ini


cantik rupanya dan cantik akhlaknya.
Selepas: Anakku sayang, semoga anak ibu ini cantik rupanya
dan cantik akhlaknya.

5. Surah Hujurat
(untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang
bersifat berhati-hati)

Sebelum: Ya Allah, kurniakanlah aku susu yg banyak utk


menyusukan anakku dan Semoga anak dalam kandunganku ini
memiliki sifat berhati-hati
Selepas: Anakku sayang, nannti lahir minum susu ibu ya dan
semoga anak ibu ini memiliki sifat berhati- hati.

6. Surah Yaasin
(untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan
godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)

Sebelum: Ya Allah, kau tenangkanlah hatiku, kau peliharalah


dan lindungilah anak dalam kandunganku ini dari godaan
syaitan dan maksiat
Selepas: Anakku sayang, semoga anak ibu ini sentiasa
dipelihara dan dilindungi Allah dari godaan syaitan dan maksiat

7. Surah At-Taubah
(untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)

Sebelum: Ya Allah, Semoga anak dalam kandunganku ini


bersih jiwanya dan terhindar darI melakukan maksiat
Selepas: Anakku sayang, Semoga anak ibu ini bersih jiwanya
dan terhindar darI melakukan maksiat

8. Surah an-Nahl
(untuk melahirkan anak yang berdisplin)

Sebelum: Ya Allah, semoga anak dalam kandungan ku ini


menjadi anak yang berdisiplin
Selepas: Anakku sayang, semoga anak ibu ini menjadi anak
yang berdisiplin.

Sahabat2 nk tambah doa2 lain pun boley ya :)

Semoga kita semua dikurniakan anak yang soleh dan solehah.


Aamiin

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk


berqiamullail

Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat


beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat
Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam
seperti di bawah ini:

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan


bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam
dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia
bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu


mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT
menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan


bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan
perbincangan.
4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu
daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiamullail
khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama.

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan


seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang
ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwudhuk seperti ditegaskan oleh


Rasulullah; Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah
seperti untuk menunaikan solat. Hadis riwayat Imam Bukhari
dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas


solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Mathur seperti Mathurat


sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada
kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau
ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga
Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali


sebagai Qailulah, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau
selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh


membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa


jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti


sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk
bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu


untuk bangun di tengah malam.

Ketahuilah wahai sahabat-sahabatku sekelian!


Qiamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita
dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat
dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda :

Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam,


sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang
soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada
Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang
daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar
kepada penyakit yang ada di tubuh.
Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.

Semoga Bermanfaat :)