Pengenalan
Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan
pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh
mengikuti pembelajaran yang seterusnya.
Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan
bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar
walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.
Penulisan ini akan membincangkan bagaimana dan apa usaha yang guru lakukan untuk
membantu murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca meskipun
sudah lima tahun setengah melalui pembelajaran di sekolah rendah. Beberapa aspek yang
akan disentuh dalam perbincangan ini adalah teor-teori pemerolehan bahasa, kaedah dan
pendekatan pengajaran serta beberapa perkara tentang pemilihan, penyesuaian dan
penggunaan alat/bahan bantu mengajar.
1. Teori Mentalis (pelopor Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks)
Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan
Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses
pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan
dan pengulangan yang banyak.
Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu
dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka
sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
1.1 Kebaikan
Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:
c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu
bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.
1.2 Kelemahan
a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya
dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti
bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa
sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri.
c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih
menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses
pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk
belajar.
Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-
ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK
(LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata
tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan
kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya
budak itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan
adalah agak lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran
menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina
daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang
terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan
terhadap kemahiran berlaku.
Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak
akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari
peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi
formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai
kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.
2.1 Kebaikan
2.2 Kelemahan
a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran
bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan
sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi
lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).
2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan
Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan
perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan
memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran
dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling
asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya
sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh,
dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh
murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan.
Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai,
kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga
semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.
3. Teori Konstruktivis
Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang
berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan
mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan
pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada
mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai
dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan
pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan
pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah
sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan
membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu
sekiranya dia terlibat secara aktif.
3.1 Kebaikan
b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan
berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan
penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah.
a. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang
minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman
sedia ada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu
sebelum dapat melaksanakan pengajarannya.
b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada
tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam
pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak
akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut.
Nota: Jangan gunakan penulisan ini sebagai sumber rujukan utama, pastikan anda
membuat rujukan daripada buku-buku ilmiah yang diikhtiraf untuk mendapatkan maklumat
yang lebih tepat!
Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari
segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi
bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk
berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa
daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.
Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang
diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada murid-
murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari
itu.
Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi
sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu
objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.
Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa
pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi
dalam penggunaannya.
Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi
komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.
Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia
merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Teori ini
menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang
bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-
guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan
daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti
berikut:
Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa
pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa
bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar
untuk interaksi.
Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang
dimaksudkan adalah
Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan
struktur bahasa.
Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan
terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat
menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka
murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan
fasih.
Berikut adalah teori-teori yang terdapat di bawah tajuk Teori Pemerolehan Bahasa
ini:
DAFTAR PUSTAKA
Jannah, Lily Alifiyatul.(2013).Kesalahan-kesalahan GURU PAUD yang Sering
Dianggap Sepele. Yogyakarta : Diva Press.
Aimankhoirul.(2013). Teori Pemerolehan Bahasa.[Online]. Tersedia : http://aiman-
khairul.blogspot.com/2010/03/pada-dasarnya-seluruh-manusia-belajar.html. [8 April
2014].
Asbahar. (2008).Teori Pemerolehan Bahasa Pertama.[Online].Tersedia :
http://asbaharticles.blogspot.com/2008/11/teori-pemerolehan-bahasa-
pertama.html. [8 April 2014].
Efitasari, Eka Nur.(2014). Perkembangan III: Masa Awal Kehidupan I (1-4 Tahun).
[Online].Tersedia:http://m.kompasiana.com/post/read/644300/3/perkembangan-iii-
masa-awal-kehidupan-i-1-4-tahun.html. [8 April 2014].
Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak
balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.
Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses P & P.
Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
Asimilasi
Akomodasi
Adaptasi
SKEMA
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
o Contohnya:
o Sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan
yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai,
merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas dengan
persekitarannya.
ASIMILASI
Satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema
yang sedia ada.
Membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada
pengalaman yang baru diperolehi.
o Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal.
Kanak tersebut akan menggunakan skema memegang dan sekaligus
merasanya.
AKOMODASI
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
ADAPTASI
Wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan
dengan persekitaran.
Perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya
akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan
terdedah kepada pengalaman yang relevan.
Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak
mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif
kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.
TAHAP PRAOPERASI
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini
ialah penggunaan bahasa.
Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan.
o Contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap
yang rendah berbanding dengan orang dewasa.
o Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini,
keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.
TEORI MENTALIS
PELOPOR : NOAM CHOMSKY
Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky)
CIRI TATABAHASA
Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur
Pendekatan Analisis
Kaedah: kod-kognitif
Teknik: hafalan
TEORI INTERAKSIONALIS
PELOPOR : HALLIDAY
Berkembang dalan Tahun 60an
Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu
kumpulan manusia atau masyarakat.
Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan
ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia
disekeliling mereka.
Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu
kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka
semaksima mungkin.
Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan
konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi,
kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan
diri.
Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas
untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk
mempengaruhi mereka.
Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan
sesuatu tujuan atau matlamat.
Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri,
lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.
Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang
tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.
RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/53839283/20/Teori-Pemerolehan-Bahasa-
Interaksionalis
http://www.scribd.com/doc/3951911/TEORI-PEMEROLEHAN-BAHASA-1
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2009/12/teori-pemerolehan-bahasa.html
http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/pengenalan-bahasa.html
http://inspirasi-smallprincess.blogspot.com/2009/04/teori-
interaksionisme.html
Juriah Long et al(1994). Perkaedahan Bahasa Melayu(Edisi Ke-4). Kuala
Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd
Kamarudin Hj. Husin(1998). Pedagogi Bahasa Melayu(edisi ke-
8). Selangor:Longman Malaysia Sdn. Bhd