6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolah
cemerlang. Buku ini juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi social yang
penting pada Negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa
mahir dan staf biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini juga banyak membincangkan peranan
pegetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan, dan ibu bapa sebagai satu
pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan
sekolah ini juga menyentuh dengan lebih mendalam mengenai tajuk-tajuk utama seperti pengetua
sebagai peneraju kecemerlangan, pasukan mengurus kecemerlangan,guru pendukung
kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan
kongsi.
Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting
dalam organisasi skolah.
........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku ini membicarakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran. Dalam buku ini juga ianya meneroka mengenai topic pembelajaran serta berkenanaan
masalah-masalah yang menghalang proses pembelajaran. Bukan itu sahaja, buku ini juga
membincangkan cara menangani masalah pembelajaran serta meneroka kehendak-kehendak yang
perlu dimiliki oleh kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran. Secara keseluruhannya, buku ini
memberikan semua maklumat yang diperlukan oleh guru-guru terutama guru pendidikan khas. Pelbagai
ilmu pengetahuan yang dapat diperolehi daripada buku ini kerana banyak tip-tip yang relevan bagi
menangani masalah kanak-kanak seperti kanak-kanak disleksia,lemah keseluruhan pembelajaran,
lambat mengingat semula, sukar mengikut arahan, lemah kemahiran kognitif dan sebagainya.
Melalui pembacaan daripada buku ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
pelbagai masalah pembelajaran yang dihidapi oleh kanak-kanak. Selain itu juga, saya dapat
mengetahui tip-tip yang sesuai yang boleh di amalkan bagi menghadapi kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran.
Aplikasi dalam p&p yang boleh diguna pakai melalui pembacaan saya daripada buku ini ialah saya
dapat mengetahui cara-cara untuk menangani masalah kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.
........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi huraian dan contoh cadangan aktiviti yang boleh dijadikan panduan guru di
peringkat sekolah rendah. Buku ini juga dapat membantu guru memahami konsep-konsep penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga buku ini membantu guru untuk mengendalikan
pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan. Isi kandungan buku ini juga banyak membantu guru
tentang melaksanakan aktiviti bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran serta cara untuk
mengendalikan pengurusan bilik darjah dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana bagi
menghasilkan satu pengajaran yang berkesan ,guru bukan sahaja perlu memilih bahan yang sesuai
bahkan juga perlu merancang aktiviti-aktiviti yang relevan dengan isi dan objektif pembelajaran.
Bukan itu sahaja dalam buku ini juga terkandung beberapa saranan bagaimana untuk mengendalikan
aktiviti bercerita, berdrama dan bermain boneka. Melalui penglibatan murid-murid dalam aktiviti
ini,guru bukan sahaja dapat mencungkil,mengasah dan memupuk bakat seni malahan secara tidak
langsung murid juga dapat menggunakan bahasa yang betul dari aspek tatabahasa, pemilihan kosa
kata, pembentukan ayat dan juga intonasi.
Nilai pengetahuan yang saya perolehi daripada buku ini ialah saya dapat menambahkan
pengetahuan saya dari aspek memilih bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mencapai objektif
pembelajaran. Selain itu, aktiviti bahasa yang terdapat dalam buku ini juga dapat menambahkan idea
saya untuk membuat sesuatu kelainan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Aplikasi yang boleh saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah aktiviti-
aktiviti bahasa yang relevan dengan isi dan objektif pembelajaran.
........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Buku galakan membaca dan literasi maklumat mengandungi panduan dan sumber rujukan
kepada guru-guru sekolah untuk dijadikan aktiviti sokongan galakan membaca dan kemahiran
maklumat disekolah. Buku ini juga membantu guru-guru dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan pembacaan dalam kalangan pelajar yang menjurus kea rah penguasaan kemahiran
membaca dan memupuk tabiat membaca yang berterusan.
Buku ini memberikan nilai pengetahuan yang banyak kepada saya. Antara nilai pengetahuan
yang saya perolehi dalam buku ini ialah saya dapat menerapkan kemahiran mengendalikan
maklumat seperti kemahiran perpustakaan, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota,
menyampai maklumat dan kemahiran berfikir
Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh saya perolehi daripada buku ini ialah
saya dapat mempelbagaikan kaedah atau aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya aktiviti membaca, murid dikehendaki memilih satu buku cerita yang disukai kemudian
menyatakan watak-watak dalam cerita dan memilih watak yang paling disukai. Selepas itu,murid
akan menyatakan watak yang paling disukai dan menyatakan sebab.
........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
........................................................ ........................................................
( ) ( )