Anda di halaman 1dari 60

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

Gerakan pemimpin tempatan wujud sejak kedatangan


British kerana dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak
British telah menekan penduduk tempatan.
Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat
tempatan untuk menjaga kepentingan mereka daripada
dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.
Gerakan perjuangan yang dijalankan dipimpin oleh
penduduk tempatan seperti Penghulu Dol Said, Dato
Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh.
Dato' Maharaja Lela adalah salah seorang
pembesar lapan Perak
Pejuang Tok Janggut di hukum
gantung
Mat Kilau pahlawan Pahang
Makam seorang pahlawan
Naning
Sebab-sebab penentangan
Pelaksanaan
Dasar Eksploitasi
Pentadbiran Barat
Penaklukan Terhadap Ekonomi
Terhadap Masyarakat
British Tempatan Tempatan

Sebab-sebab
penentangan

Kesulitan Pembesar Tempatan Campurtangan


Penduduk Kehilangan Kuasa British dalam Adat
tempatan dan pengaruh Resam Tempatan
1) Dasar Penaklukan British
Penentangan penduduk tempatan terhadap British
adalah kerana dasar penaklukan British di daerah
mereka seperti di Naning, Pahang, Kelantan,
Terengganu, Sarawak dan Sabah.
Dasar penaklukan British terhadap NNM bertujuan
untuk mengukuhkan kuasa politik.
Apabila British menguasai satu wilayah, maka kawasan
itu adalah terikat dengan perintah dan peraturannya.
Contohnya, selepas menguasai Melaka daripada
Belanda, British telah memasukkan Naning ke dalam
jajahan takluknya dan memaksa Nanaing menghantar
ufti ke Melaka tetapi tidak diterima oleh pemerintah
Naning iaitu Penghulu Dol Said yang menyebabkan
berlakunya pemberontakan.
2) EKSPLOITASI TERHADAP EKONOMI
TEMPATAN

British juga berhasrat untuk menguasai ekonomi tempatan


bagi kepentingan meeka melalui perjanjian yang dimeterai
dengan pemimpin tempatan.
Menerusi perjanjian ini, saudagar NNS telah dibenarkan
terlibat dalam perlombongan dan perdagangan bijih timah.
Penguasaan British dalam ekonomi tempatan
menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk tempatan.
3) Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap
Masyarakat Tempatan

Penentangan juga berlaku kerana British telah


memaksakan sistem pentadbiran Barat kepada
penduduk tempatan.
British telah memperkenalkan pelbagai peraturan seperti
sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum.
Contohnya, di Terengganu, British bertindak
memperkenalkan peraturan tanah yang mensyaratkan
penduduk tempatan mendapatkan kebenaran mereka
untuk mengusahakan tanah dan dikenakan cukai tanah.
sambungan

Peraturan ini bertentangan dengan amalan tradisi


masyarakat tempatan yang membolehkan mereka
membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa
membayar cukai.
4) Campur Tangan British Dalam Adat Resam
Tempatan
British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-
nilai Barat yang bertentangan dengan budaya tempatan
yang menyebabkan berlakunya penentangan.
Misalnya, di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan
dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan
selama ini iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
Tindakan ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat
tempatan.
5) Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan
Pengaruh
Penjajahan British ke atas kawasan milik
pembesar menyebabkan pembesar hilang
pengaruh ke atas kawasan dan anak buah.
Pembesar dilantik oleh Sultan atau
masyarakat untuk mentadbir sebuah
kawasan yang memberi mereka kuasa untuk
menjaga hal-ehwal daerahnya seperti :
- pentadbiran/perundangan/ekonomi/sosial
sambungan
Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
pemimpin tempatan dan mendorong mereka menentang
British.
Penentang daripada kalangan pemimpin tempatan ini
mendapat sokongan anak buah mereka kerana didorong
oleh perasaan taat setia dan kehidupan yang tertekan akibat
pelaksanaan pelbagai peraturan oleh British.
6) Kesulitan Penduduk Tempatan

Peraturan yang diperkenalkan oleh British seperti peraturan


tanah dan cukai telah menyulitkan kehidupan penduduk
tempatan.
Penentangan yang dilakukan oleh pembesar disokong oleh
penduduk tempatan.
PENENTANGAN PEMIMPIN
TEMPATAN
Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

1) NANING (1831-1833) Penghulu Dol Said


Penentangan oleh Penghulu Dol Said di Naning adalah

yang paling awal berlaku di Tanah Melayu iaitu antara


1831-1833.
Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan

tindakan British yang meletakkan Naning di bawah jajahan


takluknya.
Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya
Naning menghantar 1/10 hasilnya sebagai ufti kepada
negeri Melaka.
sambungan
Ini menyebabkan British menghantar tenteranya untuk
menakluk Naning pada tahun 1831.
Pasukan British ini ditentang oleh Penghulu Dol Said
dengan bantuan ketenteraan daripada :

Yam Tuan Ali (Rembau)


- Syed Shaban (Penghulu Remai dan Rechat)
- Dato Kelana Sungai Ujong
- Penghulu Gemencheh

Pasukan ini telah berjaya mengalahkan 150 orang


tentera British pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha
untuk menawan Taboh yang terletak di dalam daerah
Naning.
sambungan
British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang
Naning pada akhir tahun 1832.
Tetapi pada kali ini Penghulu Dol Said dan pengikut-
pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa yang menyebabkan
mereka kalah di tangan pasukan British.
Akhirnya, Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan
dia telah dibawa ke Melaka.
2) Sarawak Linggir, Rentap dan Syarif Masahor
Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di
Naning.
Pada tahun 1842, James Brooke yang digelar Raja Putih
Sarawak telah berusaha untuk menguasai beberapa buah
daerah pedalaman sehingga menimbulkan banyak
bantahan daripada pemimpin tempatan.
Keengganan mereka menyerahkan daerah mereka
kepada James Brooke menyebabkan James Brooke
menyerang daerah-daerah tersebut.
Penentangan di Sarawak diketuai oleh pemimpin-
pemimpin seperti Rentap, Rentap dan Syarif Masahor
yang mana corak penentangannya adalah sama.
sambungan
A) LINGGIR (1849)
Beliau merupakan pemimpin kaum Iban di Saribas
yang menentang penaklukan James Brooke pada
tahun 1849 dengan menyerang kapal Nemesis dekat
Batang Lupar.
Serangan ini merupakan tindak balas terhadap
langkah James Brooke dan Kapten Farquhar yang
menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
Walau bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tidak
berjaya dalam pertempuran tersebut.
B) RENTAP (Nama sebenar Libau dan bergelar Raja
Darat dan Raja Ulu)

Rentap bermaksud penggoncang dunia merupakan


pemimpin Iban yang menentang James Brooke pada
tahun 1853 kerana tindakan James Brooke yang
menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang
dianggap lanun.
Beliau telah membuat serangan ke atas pasukan James
Brooke di Kubu Nanga Skrang untuk menghalang
kezaliman James Brooke di daerah tersebut.
Serangan ini telah berjaya mengusir James Brooke tetapi
tentera James Brooke telah bertindak balas dengan
membakar kampung mereka.
sambungan

Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok tetapi


sekali lagi mereka diserang oleh James Brooke.
Tentera James Brooke telah berjaya mengalahkan Rentap
dan pengikut-pengikutnya pada tahun 1861.
Ini menyebabkan beliau terpaksa berundur ke Ulu Sungai
Entabai dan serangannya semakin lemah.
C) SYARIF MASAHOR (1857)

Syarif Masahor merupakan Gabenor Sarikei yang


dilantik oleh Sultan Brunei dan sangat dihormati oleh
orang Iban dan Melanau.
Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif
Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku
kerana mereka menolak penguasaan James Brooke di
Sungai Rajang iaitu wilayah mereka pada tahun 1857.
Ini kerana penguasaan James Brooke ke atas wilayah
mereka akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa
memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk
tempatan.
sambungan
James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit
pada tahun 1858 yang kemudiannya telah diserang oleh
Syarif Masahor.
Seterusnya, beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapor telah
menyerang James Brooke di Kuching namun tentangan
mereka gagal.
Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi
kemudian diserahkan kepada British di Singapura oleh
Sultan Brunei.
Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi
tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan
diserahkan kepada James Brooke.
3) Sabah Mat Salleh (Mohammad Salleh bin Datu
Balu, berketurunan Suku Sulu Paitan)

Beberapa siri penentangan terhadap Syarikat Borneo


Utara British (SBUB) di Sabah telah dilakukan oleh
pemimpin tempatan.
Penentangan yang paling besar telah dilakukan oleh Mat
Salleh yang merupakan pemerintah daerah Tambunan
dan Sungai Sugut.
Penentangan ini disebabkan pihak SBUB tidak
menghiraukan kedudukan Mat Salleh.
Ini kerana mereka bukan sahaja menduduki kawasan
pengaruh Mat Salleh tetapi turut melaksanakan sistem
cukai kepala dan surat perahu.
sambungan
Pegawai-pegawai syarikat juga bersikap kasar terhadap
penduduk tempatan.
Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan
SBUB tetapi tidak dilayan malah kampungnya telah
diserang dan dibakar oleh Gabenor Beaufort yang
menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.
Namun, pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah
membuat serangan mengejut terhadap kubu SBUB di
Pulau Gaya.
Ini membuatkan SBUB menawarkan pelan damai
kepada Mat Salleh iaitu menyerahkan Tambunan
kepadanya.
sambungan
Walau bagaimanapun, SBUB telah mungkir janji dan ini
menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu
SBUB.
Serangan ini dibalas oleh SBUB dengan menyerang kubu
Mat Salleh.
Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31
Januari 1900.
4) Perak Dato Maharaja Lela

Penguasaan British di Perak yang didalangi oleh


J.W.W Birch telah mendapat tentangan daripada
orang tempatan di bawah pimpinan Dato Maharaja
Lela (Pandak Limo bin Machang Lela Tok Mahmud)
yang merupakan pembesar kelapan Perak dengan
gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tun Jana
Putra.
Penentangan di Perak ini dilakukan secara bersatu
oleh semua pembesar dan sultan.
sambungan
Sebab penentangan penduduk tempatan Perak terhadap
British ialah :
i) Residen memungkiri fungsinya sebagai
penasihat seperti
yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.
ii) Para pembesar menolak sistem cukai yang
menghapuskan hak mereka.
iii) Para pembesar menolak penguasaan British
terhadap kawasan mereka.
iv) Para pembesar menolak campur tangan British
dalam adat resam dan hal ehwal tempatan
v) J.W.W Birch tidak menghormati sistem sosial
tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
Urutan penentangan Dato Maharaja Lela dan orang
Melayu di Perak

Tarikh Peristiwa

20 Jan 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh


Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke.

Feb 1875 Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah,


Dato Maharaja Lela dan pembesar Melayu
Perak yang lain terhadap campur tangan
British. Dato Maharaja Lela membuat kubu
di Pasir Salak.

21 Julai 1875 Mesyuarat antara Dato Maharaja Lela


dengan pembesar-pembesar Melayu di
Durian Sebatang menentang undang-undang
British.
Dato Maharaja Lela bersetuju mengambil
tanggungjawab membunuh J.W.W Birch selepas
12 Sept 1875 bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para
pembesar lain di Belanja. Sultan Abdullah
memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan
tersebut.
Walaupun Dato Maharaja Lela melakukan
penentangan terhadap British, namun Sultan
31 Okt 1875 Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada
British. Mat Arshad, orang suruhan British
dibunuh oleh penduduk tempatan semasa
menampal poster cukai di Pasir Salak.
2 Nov 1875 Pembunuhan J.W.W Birch oleh Seputum,
Pandak Lam dll atas arahan Dato Maharaja
Lela di Sungai Perak, Pasir Salak.
Pihak British dengan 500 orang tenteranya
13 Nov 1876 melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dak
kawasan-kawasan yang terlibat. Dato Maharaja
Lela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota
Lama.
Perbicaraan diadakan di Matang, Perak.
Hakimnya ialah Raja Idris. Manakala penasihat
perbicaraan ialah Frank Swettenham. Dato
Maharaja Lela bersama-sama Dato Sagor,
Pandak Lam, Seputum dan Pandak Indut
20 Nov 1877 dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail
dibuang negeri ke Johor. Sultan Abdullah,
Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan
Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau
Seychelles. Dengan itu, Perak dikuasai
sepenuhnya oleh British.
5) Negeri Sembilan Yam Tuan Antah Sri Menanti dan
Dato Syahbandar Sungai Ujong (Abdullah Tunggal)
Penentangan pembesar tempatan terhadap penguasaan
British di Negeri Sembilan telah dilakukan oleh Yam
Tuan Antah dan Dato Syahbandar.
Sebab-sebab penentangan Yam Tuan Antah ialah:
- British menduduki Sungai Ujong.
- British menyokong Dato Kelana menduduki Terachi
dan Paroi.
- British menawan Bukit Putus, Jempul dan Terachi.
- Pada tahun 1888, Yam Tuan Antah menandatangani
perjanjian damai.
sambungan
Dato Syahbandar Sungai Ujong enggan
menandatangani perjanjian dengan British pada 21 April
1874.
Beliau juga menentang tindakan Dato Kelana Sungai
Ujong iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa
British supaya campur tangan dalam pertikaian mereka
iaitu menguasai kawasan sempadan untuk mengenakan
cukai kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri
Selat (NNS).
Dato Kelana Syed Abdul Rahman akhirnya berjaya
mengalahkan Dato Syahbandar Abdullah Tunggal
untuk menguasai Sungai Ujong dengan bantuan British.
sambungan
Dato Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa
berundur ke Selangor.
Walau bagaimanapun, beliau kembali semula ke
Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian
dengan British pada 10 November 1874.
Dato Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan
dan berhijrah ke Singapura.
Dengan itu, seluruh Sungai Ujong dapat dikuasai
sepenuhnya oleh Dato Kelana Syed Abdul
Rahman tetapi tertakluk di bawah penguasaan
British.
6) Pahang (1888) - Dato Bahaman
Beberapa orang pembesar telah bersatu melawan
penguasaan British di Pahang pada tahun 1888.
Apabila J.P Rodger dilantik sebagai Residen Pahang
yang pertama, pelaksanaan undang-undang British yang
bertentangan dengan adat resam dan sistem politik
tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil
tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar
telah ditolak oleh Dato Bahaman.
Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis
kuasa Dato Bahaman sebagai Orang kaya Setia Perkasa
Pahlawan Semantan.
Dato Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah
dan Imam Rasul telah bersatu menentang British selama
5 tahun.
Siri penentangan Dato Bahaman
Tahun Peristiwa

1890 Menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua,


kawasan pengaruhnya.
1891 Menyerang British kerana menagkap anak buahnya.

1892 Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua.

1894 Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan


Jeram Ampai.
1895 Akibat tekanan British, Dato Bahaman berundur ke
Kelantan.
sambungan
Dato Bahaman dan rakan-rakannya diberi perlindungan
daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan
Kelantan.
Dato Bahaman menetap di Hulu kelantan manakala Tok
Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.
Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan
perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn pada tahun
1896.
Beliau menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara
hidup sebanyak 1000 bath dan meninggal di sana.
7) Kelantan (1910) Tok Janggut
(Haji Mat Hassan bin Munas)

Penentangan terhadap penjajahan British di kelantan


berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British
diperkenalkan pada tahun 1910.
British telah memaksa penduduk tempatan menerima
pakai sistem cukai yang diperkenalkannya.
Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan
enggan membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh
Pegawai Daerah Pasir Puteh.
Sebaliknya, arahan menangkap Tok Janggut telah
dikeluarkan tetapi gagal.
sambungan
Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad,
Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta penduduk
tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan berjaya
mendudukinya.
Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar
dilantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana
Menteri manakala Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
British telah menggunakan nama Sultan Kelantan untuk
membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat
dengan Kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di
Tumpat.
British memulakan serangan di Saring pada bulan Mei
1915.
sambungan
Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata
yang lebih moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan
Tok Janggut dan pengikutnya.
Malah Tok Janggut juga telah terkorban dalam serangan
itu.
Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum
digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan
kaki ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan
yang berani menentang British.
8) Terengganu Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Abdul Rahman Limbong atau Haji Abdul Rahman
bin Haji Abdul Hamid yang merupakan seorang ulama
telah menentang British di Terengganu kerana tidak
berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang
tanah British yang diperkenalkan kepada penduduk
tempatan.
Beliau telah mengetuai penduduk kampung
membersihkan tanah di Kuala Telemong pada bulan
Julai dan Ogos 1922 tanpa menghiraukan peraturan
tanah.
Pada bulan Mei 1925 pula, kira-kira 300 orang
penduduk kampung telah berkumpul dan membuka
tanah milik Tengku Nik Maimunah ibn Sutan Zainal
Abidin III yang meliputi kawasan Lubuk Batu hingga
Kampung Pelam.
sambungan
Keadaan ini membimbangkan British tetapi mereka
dapat disuraikan dengan jasa baik Tengku Nik
Maimunah.
Kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British
menyebabkan mereka melancarkan penentangan
bersenjata pada bulan Mei 1928.
Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di
Kuala Berang telah berjaya mendudukinya manakala
kumpulan di Kuala Telemong pula telah bersiap sedia
menunggu arahan untuk menentang British.
British telah menggunakan kuasa dan nama Sultan
Terengganu untuk menghantar 3 orang pembesar bagi
membawa perintah sultan untuk menawan semula
Kuala Berang dan menangkap serta memburu sesiapa
sahaja yang menghalangnya.
sambungan
Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak
akan menderhaka kepada sultan.
Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala
Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan
penduduk tempatan dengan mengorbankan 11 orang.
Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang
polis yang dibawa dari Singapura.
Beliau akhirnya berjaya ditahan dan dibuang negeri ke
Makkah.
Kesimpulan

Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang British


telah menunjukkan semangat taat setia negara yang
tinggi kerana sanggup berkorban untuk bangsa.
Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara
pemimpin dan pengikut dalam menentang British telah
menyumbangkan kejayaan.
Sikap berdisiplin dan gigih berusaha dapat
menghasilkan perjuangan yang berjaya.
Kekalahan mereka dalam perjuangan adalah kerana
kekurangan ilmu dan senjata moden.
Oleh itu, kita patut mengambil iktibar dengan berusaha
melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan
yang baik supaya tidak dijajah lagi.
Faktor-faktor pemangkin nasionalisme

Pengenalan Sistem Politik Barat


Perkembangan Sistem Pendidikan
Dasar British
Pembukaan Bandar Baru
Pendudukan Jepun
Penguasaan Parti Komunis Malaya(PKM)
Mesin Cetak
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
Kesedaran Politik di Asia Tenggara(serantau)
Pengenalan sistem politik Barat

Memusnahkan sistem politik tempatan


Residen mengambil alih pentadbiran
negeri daripada pembesar tempatan
Pembesar diberi pencen
Jawatannya digantikan dengan pegawai
British
Hal ini mencabar amalan tradisi dan
menjatuhkan maruah pembesar
tempatan
Perkembangan Sistem Pendidikan

Sistem pendidikan Inggeris dan


sekolah vernakular Melayu
diperkenalkan
Melahirkan intelek Melayu
Menggunakan idea baru bagi
memajukan bangsa Melayu &
menolak sebarang bentuk
penjajahan Barat
Dasar British
Menggalakkan sesiapa sahaja datang
melabur, berniaga, berdagang, bekerja &
menetap di Tanah Melayu
Kesannya kemasukan beramai-ramai imigran
dan menimbulkan persaingan kepada
penduduk tempatan
Mereka menguasai ekonomi Tanah seperti
bijih timah, getah dan perniagaan
Orang Melayu kekal dengan pertanian padi
yang tidak dimajukan oleh British
Mereka terus kekal dalam ekonomi tradisional
Pembukaan bandar baru
Sebagai pusat pentadbiran tetapi orang
Melayu tetap di kampung yang mundur
Prasarana seperti elektrik, pos,telefon,
sekolah dan hospital telah meningkatkan taraf
hidup di bandar
Orang Melayu tetap tinggal di kampung
dengan segala kekurangan
Jurang taraf hidup orang tempatan dengan
imigran dan penduduk bandar telah
menyedarkan golongan intelek Melayu &
mereka menjadikannya sebagai isu gerakan
nasionalisme
Pendudukan Jepun
Merupakan pemangkin gerakan nasionalisme
Jepun dengan konsep Kawasan
Kesemakmuran Asia iaitu:
Kebebasan negara-negara Asia untuk
menentukan kemajuan & meningkatkan
persaudaraan di kalangan negara-negara
Mengalakkan bekerjasama dengan Jepun
Jepun berjanji akan memerdekakan mereka
Kesengsaraan hidup akibat kekurangan
makanan & ubatan serta kekejaman Jepun
menimbulkan kebencian penduduk
Tanggapan rakyat semua penjajah zalim dan
menindas penduduk tempatan
PENINDASAN PENJAJAH
Penguasaan Parti Komunis Malaya
(PKM)
Pada 1945, PKM berkuasa selama 14 hari dan
mula menyebarkan ideologi komunis
PKM telah menguasai balai-balai polis,
memerintah dengan kejam, membunuh &
menangkap sesiapa sahaja yang dianggap
sebagai penyokong Jepun
Ramai orang Melayu terbunuh & rumah
mereka dibakar
Orang Melayu bertindak balas di Perak, Johor,
Negeri Sembilan dan Pahang
Mewujudkan perbalahan kaum
Mesin Cetak
Memberi kesan terhadap
penyebaran ilmu pengetahuan dan
mendorong kepada penentangan
terhadap British
Contohnya; buku, akhbar, majalah,
kitab agama idea menentang
penjajah dapat disebarkan
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh
dunia untuk membangkitkan kefahaman Islam
untuk menentang penjajahan Barat ke atas
negara-negara Islam
Merangsang kesedaran semangat kebangsaan
Bermula di Universiti Al-Azhar, Mesir oleh
Syeikh Muhammad Abduh
Tulisannya menekankan bahawa Islam adalah
cara hidup yang menekankan kepentingan
dunia & akhirat serta mendorong ke arah
kemajuan dunia(ideanya disebarkan melalui al-
Manar
Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak
perkara yang sama
Kesedaran Politik di Asia Tenggara
(serantau)
Khususnya berlaku di Indonesia telah
mendorong kebangkitan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu
Kesedaran politik Indonesia lebih matang dan
telah melahirkan ramai intelektual & karya
mereka menjadi bahan bacaan penduduk
Tanah Melayu
Idea politik dan penentangan terhadap
penjajahan tersebar luas di sini
Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu
memudahkan lagi penerimaan unsur kegiatan
nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

Anda mungkin juga menyukai