Anda di halaman 1dari 14

KOMITMEN GURU DALAM PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH SARATOK.

MARLIA BINTI BAHAROM


PROF MADYA DR NORLENA BINTI SALAMUDDIN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2016

PENGENALAN

Dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah, penglibatan guru secara aktif


amatlah penting. Namun kekangan masa ditambah dengan bebanan kerja seorang guru
menyumbang kepada faktor kurangnya komitmen yang diberikan oleh guru penasihat.
Kajian lepas Long (1977) masalah kekangan masa dan tenaga pengajar yang terlatih
dalam bidang kokurikulum menyebabkan aktiviti kokurikulum disesebuah sekolah
kurang proaktif. Faktor ini turut disentuh oleh Johson dan Ronaldo (1952) .

Semua pihak perlu mengakui bahawa aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan


dengan jayanya sekiranya penglibatan guru penasihat dalam sesuatu kokurikulum dapat
melaksanakan tugas mereka dengan penuh minat, dedikasi dan jujur. Guru penasihat yang
memiliki kemahiran dalam pengurusan aktiviti kokurikulum mampu menarik minat
pelajar dalam mengikuti aktiviti kokurikulum. (Laporan Kabinet: Para 175.1)

Meskipun guru-guru di Malaysia dibebani dengan pelbagai bidang tugas namun


aktiviti kokurikulum merupakan satu kewajipan untuk guru-guru melaksanakan tugas
yang diamanahkan ini. Ini kerana kita berpegang kepada konsep pendidikan
kokurikulum. Menurut Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan (1997), Kurikulum
Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran norma, nilai, unsur ,
kebudayanan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Melalui huraian di atas jelas membuktikan bahawa pelaksanaan kokurikulum


adalah wajib tidak kira sama ada di sekolah atau di institut pendidikan guru. Oleh itu
komitmen guru dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum memainkan peranan utama
dalam memastikan keberkesanaan dalam pelaksanaan dalam setiap aktiviti tersebut.
Secara khususnya, kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi komitmen guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum yang diadakan
di sekolah-sekolah menengah.

Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat memberikan kepentingan kepada pihak-pihak


tertentu seperti guru-guru dan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Melalui kajian ini
guru-guru boleh mengenal pasti apakah faktor-faktor dominan yang boleh mempengaruhi
komitmen mereka dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini semestinya
dapat memberi panduan dan bimbingan yang berguna di dalam meningkatkan motivasi
dan komitmen dan seterusnya mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang di sekolah.

Selain itu pihak pihak atasan seperti JPN juga dapat menjadikan kajian ini
sebagai panduan untuk merancang program-program peningkatan motivasi dalam
kalangan guru-guru di bawah pentadbiran mereka. Pengagihan peruntukan yang
diberikan kepada PPD untuk melaksanakan program-program peningkatan motivasi ini
akan lebih mudah dilaksanakan keran tujuan dan matlamat yang hendak dicapai telah
dikenalpasti dengan lebih awal. Di samping itu, kajian ini juga dapat membantu pihak
JPN dalam mengendalikan kursus-kursus peningkatan komitmen dan motivasi di
peringkat negeri kepada guru-guru dan pengetua di bawah negeri masing-masing.

Tinjauan Literatur
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di setiap sekolah adalah untuk mengembangkan
bakat, potensi dan daya kepimpinan dalam diri pelajar dalam bidang sosial, jasmani dan
kemasyarakatan. Sikap yang positif dan bersahsiah juga dapat dibentuk melalui aktiviti
kokurikulum sekiranya pelaksanaanya dijalankan dengan berkesan.

Oleh yang demikian , penyeliaan dalam aktiviti kokurikulum memainkan peranan


yang penting dalam memastikan keberkesanan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Penglibatan yang aktif daripada semua pihak yang berkenaan seperti guru penasihat dan
pelajar penting dalam memastikan objektif dan matlamat. Kajian lepas Mohd Jaflus
(2008) keberkesanan dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah bergantung
kepada kebijaksanaan seorang guru itu untuk merancang, melaksana serta menilai setiap
aktiviti yang dijalankan.

Melalui tinjauan yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan, masalah ponteng


bukan hanya berlaku dalam kalangan pelajar , namun sesetengah guru penasihat itu tidak
bergerak secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang diamanahkan. Antara faktor-faktor
guru kurang memberikan komitmen dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah
adalah berpunca daripada sikap guru itu sendiri (Mohd Fuad, 2008). Sikap dilihat
menjadi faktor utama kepada guru itu dalam mewujudkan kecenderungan dalam
melaksanakaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini kerana daripada sikap akan
memepengaruhi tingkah laku atau amalan seseorang guru itu menurut kajian Werner dan
DeSimone (2009).

Bebanan kerja dan kesuntukan masa menyebabkan seseorang guru itu tidak
membuat persiapan yang rapi ketika melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan sekadar hanya untuk memenuhi jam perjumpaan
dilakukan secara ala kadar dan kurang memberikan input dan pengetahuan baharu kepada
para pelajar. Kajian oleh Hanisah Mohd (2006) yang mengatakan penglibatan guru dalam
aktiviti kokurikulum sekadar melepaskan batuk di tangga.
Guru merupakan insan biasa yang memiliki kepelbagaian kebolehan dalam
mengawal tekanan dan beban kerja. Guru yang mudah tertekan dan tidak mampu
mengimbangkan urusan kerja dengan peribadi tidak mampu menangani masalah burnout
Ini akan memberikan impak negatif dalam memupuk hubungan antara guru dan pelajar.
Situasi ini akan menjadikan pelaksanaan aktiviti kokurikulum menjadi satu beban bagi
guru penasihat dan para pelajar. Ini sekaligus menjadi pelaksanaan aktiviti kokurikulum
kurang efektif dan menyebabkan penglibatan dan komitmen guru dalam pelaksaanaan
kokurikulum tidak memberangsangkan. Kajian Saiiari dan et al, (2011) dan Whitely dan
Richard (2012) penglibatan guru secara berlebihan dalam aktiviti kokurikulum akan
menggalakkan berlakunya sindrom burn out dalam kalangan guru .

Selain itu, pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang kurang menarik turut


menyebabkan aktiviti kokurikulum mendapat sambutan hambar oleh guru dan pelajar.
Oleh itu, guru-guru di sekolah sewajarnya diberikan kursus khas yang terancang oleh
pihak sekolah. Ini kerana setiap guru perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan
kemahiran yang secukupnya untuk menjalankan tugas sebagai guru penasihat bagi kelab
dan persatuan yang dipertanggunjawabkan . Kajian Wong, 2008 menyatakan bahawa
guru yang dapat merancang aktiviti yang menarik dan memberikan ruang kepada pelajar
untuk mengembangkan minat dan bakat sendiri. Ini sekaligus dapat meminimumkan
masalah ketidakhadiran pelajar ke aktiviti kokurikulum.

Di samping itu, menyatakan bahawa pengurusan dan pentadbiran aktiviti


kokurikulum sukan tidak ditadbir dengan baik oleh pihak pengurusan sekolah keran
menghadapi masalah dari aspek penjadualan terutamanya bagi sekolah-sekolah dua sesi.
Penglibatan pelajar yang kurang dalam menghadiri aktiviti kokurikulum disebabkan oleh
pelbagai faktor telah menyebabkan aktiviti kokurkulum terabai dan kurang mendapat
sambutan dari pihak guru dan pelajar, ( Ali Ismail , (2000)

Oleh itu, komitmen yang diberikan oleh guru dalam pelaksanaan kokurikulum
bergantung kepada kepuasan kerja seseorang guru. Menurut Napsiah Mahfiuz (1983)
tahap kesediaan guru dari aspek motivasi dan kepuasan kerja saling berhubung kait
dengan faktor dorongan-dorongan psikologi. Ini jelas menunjukkan sikap dan motivasi
guru terhadap sesuatu tugas memberik impak dalam mempengaruhi komitmen guru.

Ini jelas menunjukkan penglibatan guru yang aktif, kreatif dan berdedikasi
mampu menarik minat para pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Pihak pentadbir tidak kecuali dalam memainkan peranan penting dalam menanam
kembali minat guru, semangat, motivasi guru untuk terus meneraju dalam kejayaan
pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Konklusinya pencapaian akademik yang cemerlang
dan penglibatan aktif dalam kokurikulum mampu melahirkan pelajar yang seimbang
bukan hanya terhad dalam satu bidang sahaja. Namun kejayaan ini hanya akan tercapai
dengan adanya penglibatan aktif seorang pendidik tidak kira dari aspek kurikulum
mahupun kokurikulum.

Penyataan Masalah

Kokurikulum di sekolah merupakan salah satu teras di dalam kalendar sekolah


selain daripada akademik. Secara umumnya, aktiviti kokurikulum di sekolah adalah
bermatlamat untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dari segi intelek dan juga
fizikal (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2005).

Pada hakikatnya pelaksanaan aktiviti kokurikulum kurang dititikberatkan dalam


institusi pendidikan pada masa kini. Ini membuktikan bahawa aktiviti kokurikulum bukan
lagi menjadi keutamaan pihak pentadbir sekolah, guru dan pelajar. Sistem pendidikan di
negara masih lagi menganggap kecemerlangan pelajaran atau akademik merupakan
tunjang utama kejayaan sesebuah sekolah.

Melalui tinjauan yang telah dilakukan oleh penyelidik, aktiviti kokurikulum di


sekolah mendapat sambutan yang kurang memuaskan oleh guru-guru. Ini kerana aktiviti
kokurikulum seringkali tidak dilaksanakan oleh guru-guru mengikut hari yang ditetapkan.
Malahan pelaksanaan kelas tambahan setiap hari juga salah satu faktor yang sering kali
aktiviti kokurikulum ditangguhkan. Selain itu, kehadiran pelajar yang kurang memuaskan
seringkali menjadikan motivasi guru penasihat untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum
menurun. Kurangnya pengalaman dalam mengendalikan aktiviti dan tiada kursus-kursus
khas untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah menjadi pelaksanaan aktiviti
kokurikulum tidak menarik dan kurang berkesan.

Kita dapat katakan bahawa pelajar kurang berminat dalam aktiviti kokurikulum
kerana wujudnya sikap sambil lewa guru penasihat dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum. Kajian oleh Mohd Jaflus Bahari (2008) menyatakan bahawa salah satu
faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan adalah
kurangnya pengetahuan guru dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Kita perlu
mengakui bahawa aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan jayanya sekiranya
guru penasihat yang dilantik dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh minat,
dedikasi dan jujur. Guru penasihat yang memiliki kemahiran dalam pengurusan aktiviti
kokurikulum mampu menarik minat pelajar dalam mengikuti aktiviti kokurikulum.
(Laporan Kabinet: Para 175.1).

Dalam hal ini permasalahan yang dihadapi guru dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum kurang menjadi perhatian pihak sekolah ekoran pencapaian kokurikulum
bukan lagi menjadi keutamaan dalam sesebuah sekolah. Kajian oleh Mohd Nor et.al
salah satu faktor yang menyebabkan pelajar kurang berminat untuk menghadiri aktiviti
kokurikulum adalah berpunca daripada sikap guru itu sendiri. Oleh itu penyelidik
berminat untuk mengkaji secara terperinci faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan
aktif guru-guru penasihat dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum .

Persoalan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengetahui apakah faktor-faktor utam utama yang
memangkin penglibatan guru dalam aktiviti kokurikulum? Selain itu adakah terdapat
perbezaan antara faktor penglibatan mengikut jantina?

Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang
mempengaruhi tahap penglibatan guru dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain itu
kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap komitmen guru lelaki dan
guru perempuan di sekolah.

Konteks Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada guru-guru penasihat di lima buah sekolah di
daerah Saratok. Penyelidik menggunakan dua kaedah persampelan iaitu rawak sistematik
dan rawak mudah. Responden adalah terdiri daripada guru-guru tanpa mengira jantina,
umur dan pengalaman di sekolah-sekolah daerah Saratok iaitu seramai 200 orang. Oleh
itu sebanyak 200 soal selidik diedarkan kepada semua guru yang terdiri daripada 5 buah
sekolah di daerah Saratok. Hasil kajian hanya digunakan untuk sekolah menengah harian
biasa. Kajian ini berbentuk deskriptif, perbandingan dan hubungan antara satu
pemboleubah dengan pemboleh ubah yang lain.

Metodologi

Dalam kajian ini populasi yang menjadi sasaran penyelidik adalah guru dari
lima buah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Saratok, Sarawak. Terdapat sejumah
380 orang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Daerah Saratok mengikut data
yang diperoleh daripada Pejabat Pelajaran Daerah Saratok. Pemilihan sampel telah dibuat
secara rawak bagi memberikan peluang yang sama kepada guru yang terlibat sebagai
sampel dalam kajian ini (Mohd Majid Konting,2000). Menurut jadual Krejcie dan
Morgan (1970) seramai 181 orang sampel yang dipilih daripada 380 orang populasi
guru. Dengan itu seramai 200 orang sampel yang dipilih untuk dengan menggunakan
kaedah persampelan rawak mudah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan
kaedah tinjauan .Kaedah ini digunakan untuk mengumpul data dari sampel yang kecil
untuk membuat generalisasi terhadap populasi yang lebih besar.
Kajian ini telah menggunakan instrumen yang berbentuk satu set soal selidik yang
diadaptasi daripada kajian Mohamad Najib bin Abdul Gahfar et.al. Soal selidik kajian ini
digunakan untuk mengumpul data tentang faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen
guru dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Soal selidik ini dibahagikan
kepada dua bahagian utama, iaitu Bahagian A (demografi kajian) dan Bahagian B
(kedudukan kokurikulum di sekolah). Bahagian A iaitu demografi mengandungi 7 item
utama iaitu soalan-soalan berkenaan nama sekolah, umur, jantina, pengalaman mengajar,
tahap pendidikan, aktiviti kokurikulum dan kekerapaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
di sekolah.Setiap item soalan untuk mengukur Kedudukan Kokurikulum di Sekolah
terbahagi kepada empat faktor yang yang diuji iaitu faktor diri sendiri (10 item), faktor
motivasi (8 item), faktor pengetahuan dan kemahiran (10 item) dan faktor petandbir
sekolah (12 item). Dalam bahagian ini item-item yang dikemukakan adalah berbentuk
skala likert 5 poin.

Daripada 200 soal selidik yang diedarkaan kepada responden hanya 170
respondens telah menjawab soal selidik kajian. Kajian rintis telah dijalankan untuk
mendapatkan kebolehpercayaan instrumen atau soal selidik dengan menggunakan pekali
alpha Cronbach. Nilai yang diperolehi untuk 40 item ialah 0.806. Secara keseluruhannya
instrumen kajian ini mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan dalam tahap yang
boleh diterima.

Data yang diperolehi daripada setiap bahagian soal selidik dianalisis dengan
menggunakan ststistik deskritif iaitu frekuensi , peratusan dan min bagi setiap item dalam
soal selidik. Pengkaji juga menganalisis data terhadap fakrot-faktor yang mepenegaruhi
komitmen guru. Setelah data soal selidik dimasukkan ke dalam perisian berkenaan,
penyelidik menganalisis data menggunakan Ujian Korelasi Pearson untuk melihat
menguji hipotsesis kajian. Selain itu Ujian t-test turut digunakan untuk melihat
perbandingan antara dua pembolehubah yang terdapat dalam kajian ini.

Enam Elemen Dalam Pengenalan Artikel

Bil Elemen
1. Topik Kajian/ Tema Dalam pelaksanaan kokurikulum di sekolah,
Utama penglibatan guru secara aktif amatlah penting.
Namun kekangan masa ditambah dengan bebanan
kerja seorang guru menyumbang kepada faktor
kurangnya komitmen yang diberikan oleh guru
penasihat.

2. Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini diharap dapat


memberikan kepentingan kepada pihak-
pihak tertentu seperti guru-guru dan
pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
Melalui kajian ini guru-guru boleh
mengenal pasti apakah faktor-faktor
dominan yang boleh mempengaruhi
komitmen mereka dalam melaksanakan
aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini
semestinya dapat memberi panduan dan
bimbingan yang berguna di dalam
meningkatkan motivasi dan komitmen
dan seterusnya mengekalkan prestasi
kerja yang cemerlang di sekolah.

Selain itu pihak pihak atasan seperti JPN


juga dapat menjadikan kajian ini sebagai
panduan untuk merancang program-
program peningkatan motivasi dalam
kalangan guru-guru di bawah pentadbiran
mereka. Pengagihan peruntukan yang
diberikan kepada PPD untuk
melaksanakan program-program
peningkatan motivasi ini akan lebih
mudah dilaksanakan keran tujuan dan
matlamat yang hendak dicapai telah
dikenalpasti dengan lebih awal. Di
samping itu, kajian ini juga dapat
membantu pihak JPN dalam
mengendalikan kursus-kursus
peningkatan komitmen dan motivasi di
peringkat negeri kepada guru-guru dan
pengetua di bawah negeri masing-
masing.

3. Ringkasan Kajian
tinjauan lepas Kajian lepas Mohd Jaflus (2008)
keberkesanan dalam pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah bergantung
kepada kebijaksanaan seorang guru itu
untuk merancang, melaksana serta
menilai setiap aktiviti yang dijalankan.

Antara faktor-faktor guru kurang


memberikan komitmen dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di
sekolah adalah berpunca daripada sikap
guru itu sendiri (Mohd Fuad, 2008). Sikap
dilihat menjadi faktor utama kepada guru
itu dalam mewujudkan kecenderungan
dalam melaksanakaan aktiviti
kokurikulum di sekolah. Ini kerana
daripada sikap akan memepengaruhi
tingkah laku atau amalan seseorang guru
itu menurut kajian Werner dan DeSimone
(2009).

Kajian Saiiari dan et al, (2011) dan Whitely dan


Richard (2012) penglibatan guru secara berlebihan
dalam aktiviti kokurikulum akan menggalakkan
berlakunya sindrom burn out dalam kalangan guru

Di samping itu, menyatakan bahawa


pengurusan dan pentadbiran aktiviti
kokurikulum sukan tidak ditadbir dengan
baik oleh pihak pengurusan sekolah keran
menghadapi masalah dari aspek
penjadualan terutamanya bagi sekolah-
sekolah dua sesi. Penglibatan pelajar
yang kurang dalam menghadiri aktiviti
kokurikulum disebabkan oleh pelbagai
faktor telah menyebabkan aktiviti
kokurkulum terabai dan kurang mendapat
sambutan dari pihak guru dan pelajar,
( Ali Ismail , (2000).

4. Jurang yang paling


penting Pada hakikatnya pelaksanaan aktiviti
kokurikulum kurang dititikberatkan dalam
institusi pendidikan pada masa kini. Ini
membuktikan bahawa aktiviti kokurikulum
bukan lagi menjadi keutamaan pihak
pentadbir sekolah, guru dan pelajar.
Sistem pendidikan di negara masih lagi
menganggap kecemerlangan pelajaran
atau akademik merupakan tunjang
utama kejayaan sesebuah sekolah.

Pada hakikatnya pelaksanaan aktiviti


kokurikulum kurang dititikberatkan dalam
institusi pendidikan pada masa kini. Ini
membuktikan bahawa aktiviti kokurikulum
bukan lagi menjadi keutamaan pihak
pentadbir sekolah, guru dan pelajar.
Sistem pendidikan di negara masih lagi
menganggap kecemerlangan pelajaran
atau akademik merupakan tunjang
utama kejayaan sesebuah sekolah.

Melalui tinjauan yang telah dilakukan oleh


penyelidik, aktiviti kokurikulum di sekolah
mendapat sambutan yang kurang
memuaskan oleh guru-guru. Ini kerana
aktiviti kokurikulum seringkali tidak
dilaksanakan oleh guru-guru mengikut
hari yang ditetapkan. Malahan
pelaksanaan kelas tambahan setiap hari
juga salah satu faktor yang sering kali
aktiviti kokurikulum ditangguhkan. Selain
itu, kehadiran pelajar yang kurang
memuaskan seringkali menjadikan
motivasi guru penasihat untuk
melaksanakan aktiviti kokurikulum
menurun. Kurangnya pengalaman dalam
mengendalikan aktiviti dan tiada kursus-
kursus khas untuk aktiviti-aktiviti
kokurikulum di sekolah menjadi
pelaksanaan aktiviti kokurikulum tidak
menarik dan kurang berkesan.

Kita dapat katakan bahawa pelajar kurang


berminat dalam aktiviti kokurikulum
kerana wujudnya sikap sambil lewa guru
penasihat dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum.
5. Pengenalan perlu Persoalan kajian :
menjelaskan Kajian ini adalah untuk mengetahui
i) Persoalan kajian apakah faktor-faktor utam utama yang
ii) Objektif kaian memangkin penglibatan guru dalam
iii)Batasan kajian aktiviti kokurikulum? Selain itu adakah
iv)Analisis kajian terdapat perbezaan antara faktor
penglibatan mengikut jantina?

Objektif:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
faktor-faktor utama yang mempengaruhi
tahap penglibatan guru dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Selain itu kajian
ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
perbezaan tahap komitmen guru lelaki
dan guru perempuan di sekolah.

Analisis kajian
i.Kajian ini berbentuk deskriptif,
perbandingan dan hubungan antara satu
pemboleubah dengan pemboleh ubah
yang lain.

6. Kesimpulan Ini jelas menunjukkan penglibatan guru


pengenalan yang aktif, kreatif dan berdedikasi
mampu menarik minat para pelajar untuk
melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum. Pihak pentadbir tidak kecuali
dalam memainkan peranan penting
dalam menanam kembali minat guru,
semangat, motivasi guru untuk terus
meneraju dalam kejayaan pelaksanaan
aktiviti kokurikulum. Konklusinya
pencapaian akademik yang cemerlang
dan penglibatan aktif dalam kokurikulum
mampu melahirkan pelajar yang
seimbang bukan hanya terhad dalam satu
bidang sahaja. Namun kejayaan ini hanya
akan tercapai dengan adanya penglibatan
aktif seorang pendidik tidak kira dari
aspek kurikulum mahupun kokurikulum.
Tiga Elemen Dalam Metodologi Artikel

Bil Elemen
1. Sasaran populasi Dalam kajian ini populasi yang menjadi sasaran
penyelidik adalah guru dari lima buah Sekolah
Menengah Kebangsaan di daerah Saratok,
Sarawak. Terdapat sejumah 380 orang guru yang
mengajar di Sekolah Menengah Daerah Saratok
mengikut data yang diperoleh daripada Pejabat
Pelajaran Daerah Saratok.

2. Kaedah persampelan
-Kelemahan Pemilihan sampel telah dibuat secara
-Rangka persampelan rawak bagi memberikan peluang yang
-Unit persampelan sama kepada guru yang terlibat
-Saiz sampel sasaran sebagai sampel dalam kajian ini (Mohd
-Bagaimana menentukan Majid Konting,2000). Menurut jadual
sampel Krejcie dan Morgan (1970) seramai
-Peratusan respon 181 orang sampel yang dipilih
-Bilangan soal selidik yang daripada 380 orang populasi guru.
telah digunakan Dengan itu seramai 200 orang sampel
yang dipilih untuk dengan
menggunakan kaedah persampelan
rawak mudah. Kajian ini merupakan
kajian kuantitatif menggunakan
kaedah tinjauan . Kaedah ini digunakan
untuk mengumpul data dari sampel
yang kecil untuk membuat generalisasi
terhadap populasi yang lebih besar.
Daripada 200 soal selidik yang diedarkaan
kepada responden hanya 170 respondens telah
menjawab soal selidik kajian.

3. Data Demografi
Demografi mengandungi 7 item utama iaitu
soalan-soalan berkenaan nama sekolah, umur,
jantina, pengalaman mengajar, tahap pendidikan,
aktiviti kokurikulum dan kekerapaan
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.