Anda di halaman 1dari 16

SOLAT GERHANA (KUSUF & KHUSUF)

Gerhana bulan adalah apabila bumi melindungi bulan dari cahaya matahari sehingga
menyebabkan bulan kelihatan gelap. Gerhana matahari pula adalah apabila bulan melindungi bumi
dari matahari sehingga bumi menjadi gelap seketika kerana tidak menerima cahaya dari matahari.
Terdapat juga sesetengah pihak tatkala apabila mengalami peristiwa gerhana bulan mahupun
matahari, namun mereka hanya melihat kejadian ini sebagai satu perkara yang luar biasa. Tidak
kurang pula yang mengaitkannya dengan perkara-perkara mistik. Namun kejadian gerhana ini
hanyalah merupakan di antara tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu wa Taala yang mentadbir
seluruh alam. Apabila terjadi gerhana bulan mahupun matahari maka disunnahkan bagi kita untuk
mengerjakan solat Solat Sunat Gerhana Bulan (Kusuf) dan Gerhana Matahari (Khusuf)

HUKUM SOLAT GERHANA

Para ulamak telah sepakat bahawa disyariatkan mengerjakan solat sebanyak dua rakaat
sekiranya terjadi gerhana.

Menurut Ibn Umar radhiallahu anh, Nabi s.a.w bersabda:









Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian
seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah
dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya
(mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
al-Jumuah, no: 1042.
Namun, para ulamak berbeza pendapat tentang hukum perlaksanaan solat Gerhana
tersebut. Syeikh Muhammad bin Umar bin Salim Bazmul pula menguatkan pendapat bahawa
solat Gerhana ini hukumnya sunat muakkadah bersandarkan hadis berikut:



...






Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w
mengimami solat orang ramai Setelah baginda selesai solat, matahari telah kelihatan.
Seterusnya baginda berkhutbah di hadapan manusia dengan memuji Allah serta menyanjung-
Nya, kemudian bersabda:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian
seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah
dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat hal itu itu maka
berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersolat dan bersedekah.
Kemudian baginda bersabda: Wahai umat Muhammad! Demi Allah, tidak ada
seorangpun yang lebih cemburu daripada Allah apabila hamba-Nya sama ada lelaki atau
wanita melakukan perzinaan. Wahai umat Muhammad! Sekiranya kamu semua mengetahui
apa yang aku ketahui pasti kamu semua akan tertawa sedikit dan lebih banyak menangis. -
Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1044.

Dapat dikatakan di sini bahawa dalil yang terkandung di dalam hadis

merupakan perintah agar mengerjakan solat itu berserta perintah agar

bertakbir, berdoa dan bersedekah. Namun, tidak ada seorangpun yang

mewajibkan bersedekah, bertakbir dan berdoa ketika terjadi gerhana. Oleh itu,

menurut kesepakatan ijmak bahawa perintah tersebut bersifat sunat. Rujuk


Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin Umar
Salim Bazmul, edisi terjemahan bertajuk Meneladani Solat-Solat Sunnah Rasulullah
s.a.w, Pustaka Imam al-Syafie, Bogor (2005), ms. 140-141.

Tetapi, tanggapan ulamak berijmak (sepakat) bahawa solat Gerhana ini hanyalah sunat
muakkadah kurang tepat kerana terdapat juga ulamak yang mewajibkannya. Menurut al-Hafidz
Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah:

Majoriti ulamak mengatakan hukumnya adalah sunnah muakkadah (sunnah

yang amat dituntut). Tetapi, Abu 'Awanah di dalam shahihnya menyatakan

bahawa hukumnya adalah wajib. Aku tidak pernah menemui ulamak yang

berpendapat sedemikian selain beliau kecuali apa yang dinukil daripada Malik

yang menyamakannya dengan hukum solat Jumaat. Ibn al-Manayyar menukilkan

daripada Abu Hanifah bahawa menurutnya hukum solat Gerhana adalah wajib.

Demikian juga dinukilkan oleh sebahagian penulis kitab mazhab Hanafi . Rujuk
Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-Asqalani tahqiq
Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz, edisi terjemahan dengan tajuk Fath al-Bari
Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari, Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jil. 6, ms. 4.

Syeikh al-Albani rahimahullah pula menyokong pendapat bahawa solat Gerhana ini
hukumnya wajib. Menurut beliau:

Inilah pendapat paling unggul (iaitu wajib solat Gerhana) dan untuk

membuktikan penjelasan berikut ini, menurut pendapatku sesiapa yang

mensunatkannya bererti dia telah mengabaikan perintah-perintah yang datang

daripada Nabi s.a.w mengenai solat Gerhana tanpa ada dalil yang boleh menolak

hukum asalnya, iaitu wajib. Al-Syaukani lebih cenderung kepada hukum wajib

sebagaimana dinyatakan di dalam al-Sail al-Jarrar, jilid 1, muka surat 323 dan

dipersetujui oleh Shadiq Khan di dalam al-Raudoh al-Nadiyyah. Inilah pendapat

paling sahih. Rujuk Kitab Tamam al-Minnah fi Taliq Ala Fiqh al-Sunnah karya
Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, edisi terjemahan dengan tajuk Tamamul
Minnah Komentar Dan Koreksi Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Sayyid
Sabiq, Maktabah Salafy Press,Jakarta (2002), jil. 1, ms. 329.

Syeikh al-Utsaimin rahimahullah pula menegaskan bahawa majoriti ulamak menyatakan


solat Gerhana adalah sunat muakkadah. Namun, sebahagian ulamak menyatakan ia wajib sama
ada termasuk kategori fardu ain atau fardu kifayah kerana terdapat perintah daripada Rasulullah
s.a.w agar mengerjakan solat itu. Malah, perintah itu menunjukkan wajib.

Setelah itu, beliau menguatkan pandangan bahawa hukum solat Gerhana adalah wajib
katanya:

Tidak diragukan lagi bahawa dalil ini cukup kuat baik dari sumber riwayat

mahupun melalui pengkajian cerdik pandai agama. Paling tidak ia termasuk

kategori fardu kifayah. Inilah menurut pendapat kami. Manakala pendapat

jumhur, mereka tidak memiliki dalil yang menunjukkan perkara itu tidak wajib

kecuali sabda Nabi s.a.w kepada seorang lelaki yang bertanya kepadanya:

Apakah ada lagi selain itu (selain kewajipan solat lima waktu)? Baginda
menjawab: Tidak! Kecuali solat sunat. Hadis riwayat al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab al-Imaan, no: 46.
Hal ini tidak bererti menolak kewajipan solat-solat selain solat lima waktu apabila

wujud sebab yang mewajibkannya. Apa yang dimaksudkan dengan kalimah nafi

'tidak!' sebagaimana sabda baginda s.a.w, iaitu berkaitan solat-solat rawatib

yang selalu berulang setiap hari. Mengenai solat-solat yang berkait dengan

sebab-sebab tertentu, maka hadis ini tidak boleh dijadikan hujah untuk menolak

kewajipannya.

Kesimpulannya, kami memandang bahawa solat Gerhana adalah wajib sama

ada fardu atas setiap individu (fardu ain) atau fardu kifayah (memadai

dikerjakan oleh sebahagian kaum muslimin sahaja). Rujuk Kitab Majmu Fatawa
Arkanil Islam karya Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, edisi terjemahan
dengan tajuk Majmu Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Akidah dan
Ibadah, Pustaka Arafah, Solo (2002), jil. 1, ms. 429-430.

Dengan ini, dapat kita fahami bahawa perlaksanaan solat Gerhana ini adalah satu perkara yang
dipandang besar di kalangan para ulamak sehingga ada yang mewajibkannya. Pengajian hukum
sunat atau wajib berkaitan sesuatu amalan itu hanyalah berbentuk kajian ilmiah dan bertujuan
mengetahui sama ada sesuatu amalan itu dibenarkan untuk ditinggalkan atau tidak.

Namun, bagi mereka yang mencintai sunnah Nabi s.a.w sekiranya sesuatu sunnah itu sabit
daripada hadis yang sahih maka mereka akan berusaha mengerjakannya tanpa memikirkan sama
ada ia wajib atau sunat.

Menurut Syeikh Abdullah al-Bassam:

Seorang muslim sewajarnya mematuhi syariat tanpa memandang apakah ia

fardu atau sunat. Apa yang penting dia melakukan kerana mematuhi syariat Allah

semata-mata mengikuti sunnah Nabi-Nya dan mengharapkan ganjaran pahala.

Pembahasan mengenai hukum hanya diperlukan ketika berlaku suatu waktu ingin

meninggalkannya. Ketika itu apakah sunnah yang akan ditinggalkannya itu sesuatu

yang wajib atau sunat (agar tidak bergelumang dengan dosa meninggalkan

sunnah). Oleh itu, menjadi kewajipan seorang hamba agar serius beribadah.

Manakala dalam kajian ilmiah dan mengetahui hukum-hukumnya bertujuan

mengetahui antara yang fardu dan yang sunat. - Rujuk Taudhih al-Ahkam Min
Bulughul Maram karya Syeikh Abdullah Abdul Rahman al-Bassam, edisi terjemahan
dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta (2006), jil. 1, ms.
217.

TATACARA MENGERJAKAN SOLAT GERHANA

Waktu Dikerjakan Solat Gerhana.


Aisyah radhiallahu anha berkata:



...




Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w mengimami solat
orang ramai Setelah baginda selesai solat matahari telah kelihatan. - Hadis riwayat al-
Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1044.

Hadis di atas merupakan dalil tentang waktu harus dikerjakan solat Gerhana, iaitu bermula
terjadinya gerhana sehingga berakhirnya gerhana. Sungguhpun begitu, sekiranya kita telah
menyelesaikan perlaksanaan solat Gerhana namun gerhana tersebut belum berakhir, kita hendaklah
memperbanyakan berdoa dan berzikir.

Menurut al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah:

Lafaz ini (hingga matahari kelihatan) merupakan dalil tentang lamanya

solat Gerhana, iaitu hingga matahari nampak kembali. Al-Tohawi berpendapat

bahawa di dalam hadis dinyatakan hendaklah kamu semua solat dan berdoa.

Dalam erti kata lain, jika kita selesai melaksanakan solat Gerhana, namun
matahari masih belum juga kelihatan, kita hendaklah memperbanyakan berdoa

sehingga gerhana berakhir.

Ibn Daqiq al-'Id menguatkan lagi pendapat ini bahawa had waktu

tersebut (antara mula gerhana hingga matahari muncul kembali) adalah had

waktu untuk solat dan berdoa. Malah bermungkinan doa tersebut boleh dilakukan

setelah selesai solat hinggalah matahari muncul kembali. Oleh itu, solat Gerhana

tidak harus dilakukan terlalu lama atau mengulanginya beberapa kali jika

matahari belum kelihatan sehingga matahari muncul (gerhana berakhir) . Rujuk


Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar al-Asqalani, jil. 6, ms. 6.

Dikerjakan Di Masjid Secara Berjemaah Oleh Lelaki Dan Wanita.


Perlaksanaan solat Gerhana ini adalah secara berjemaah. Ia dilaksanakan di masjid dan bukan di
musolla, iaitu tanah lapang seperti solat hari raya dan istisqa (mohon hujan).

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Solat ketika terjadi gerhana matahari dan bulan diadakan secara

berjemaah. Solat seperti ini tidak dilakukan pada tanda-tanda kebesaran Allah

yang lain kecuali hanya pada gerhana matahari dan bulan . Rujuk Mukhtasar
Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafie,
ringkasan dan tahqiq oleh Husain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, edisi terjemahan
dengan tajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jil. 1, ms.
341.

Dalil tentang disyariatkan perlaksanaan solat Gerhana secara berjemaah sebagaimana hadis yang
diriwayatkan daripada Aisyah radhiallahu anha katanya:

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke
masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya lalu baginda bertakbir. - Hadis riwayat al-
Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1046.

Solat Gerhana ini bukan hanya dikerjakan oleh kaum lelaki malah kaum wanita juga boleh turut
serta mengerjakannya secara berjemaah.

Menurut Hisyam bin 'Urwah radhiallahu anh, Fatimah Binti al-Mundzir radhiallahu anha telah
meriwayatkan daripada Asma' binti Abu Bakar radhiallahu anhuma katanya:





...

Maksudnya:
Aku telah menemui Aisyah radhiallahu anha ketika terjadi gerhana matahari.
Ternyata manusia berdiri mengerjakan solat. Begitu juga Aisyah berdiri mengerjakan solat. -
Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1053.

Namun, sekiranya solat Gerhana itu tidak dilakukan secara berjemaah ia tetap sah. Menurut al-
Hafidz Ibn Hajar rahimahullah, dalil yang mengharuskan solat Gerhana dikerjakan secara
besendirian sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:





Maksudnya:
Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami
gerhana), bersegeralah solat. Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah,
no: 1046.
Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah berkata:

Berdasarkan lafaz ini dapat disimpulkan bahawa berjemaah bukanlah

syarat sahnya solat Gerhana. Ini kerana terdapat terdapat isyarat di sini agar

segera melaksanakan solat. Sedangkan menunggu jemaah kadang-kadang

mengakibatkan waktu solat tamat atau membiarkan sebahagian waktu tanpa diisi

dengan solat. Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Ibn Hajar
al-Asqalani, jil. 6, ms. 29.

Hendaklah Diserukan As-solatu Jami'ah Atau Innas Solata Jami'ah Sebelum Memulakan
Solat.
Tidak ada seruan azan sebelum didirikan solat Gerhana tetapi disunnahkan melaungkan as-solatu
jami'ah ataupun innas solata jami'ah.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Tidak ada laungan azan untuk solat Gerhana, solat hari raya, dan semua

solat yang bukan solat fardu. Aku lebih menyukai imam agar memerintahkan

seseorang meneriakkan as-solatu jami'ah. Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm


Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris Syafie, jil. 1, ms. 344-345.

Abdullah bin Amr radhiallahu anh berkata:

Maksudnya:
Ketika terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w, lantas diserukan innas
solata jami'ah (sesungguhnya solat berjemaah akan didirikan). Hadis riwayat al-Bukhari
dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1045.

Dikerjakan Sebanyak Dua Rakaat.


Jumlah rakaat solat Gerhana adalah dua rakaat sahaja. Syeikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:
Jumhur ulamak mengatakan bahawa solat itu (gerhana) dilakukan dua

rakaat dan setiap rakaat dengan dua kali rukuk . Rujuk Kitab Fiqh al-Sunnah
karya Syeikh Sayyid Sabiq, edisis terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah, Victory
Agencie, Kuala Lumpur (1990), jil. 1, ms. 74.

Abu Bakrah radhiallahu anh berkata:

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas baginda keluar sambil
menarik atau menyeret rida' (kain yang diletakkan di atas bahu) hingga sampai ke masjid dan
orang ramai telah berkumpul di sekelilingnya lalu baginda solat dua rakaat mengimami
mereka. Kemudian matahari bersinar kembali. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya,
Kitab al-Jumuah, no: 1063.

Diperpanjangkan Bacaan Dalam Solat Gerhana.


Aisyah radhiallahu anha berkata:











Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lalu Rasulullah s.a.w
mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memperlamakan berdiri. - Hadis riwayat al-
Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1044.

Al-Hafidz Ibn Hajar rahimahullah ketika menjelaskan tentang baginda memanjangkan berdiri
katanya:

Dalam riwayat Ibn Syihab disebutkan:







Maksudnya:
Maka baginda membaca dengan bacaan yang panjang.
Manakala pada bahagian akhir perbahasan tentang solat melalui jalur lain

daripada Ibn Syihab disebut pula maka baginda s.a.w membaca surah yang

panjang. Disebutkan dalam hadis Ibn Abbas yang akan disebutkan setelah empat
bab:










Maksudnya:
Baginda membaca ayat seperti panjangnya surah al-Baqarah pada rakaat
pertama.
Abu Daud meriwayatkan riwayat yang serupa melalui jalur Sulaiman bin

Yasar daripada Urwah sambil menambah lafaz:











Maksudnya:
Baginda s.a.w membaca (ayat) seperti panjangnya surah Ali Imran
ketika berdiri pertama pada rakaat kedua. Rujuk Kitab Fath al-Bari Syarh Sahih
al-Bukhari karya Ibn Hajar al-Asqlani, jil. 6, ms. 14-15.
Terdapat Empat Kali Rukuk.
Berbeza dengan solat-solat sunat yang lain, solat Gerhana memiliki empat kali rukuk, iaitu dua
kali rukuk setiap rakaat.

Aisyah radhiallahu anha berkata:

Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas Rasulullah s.a.w
mengimami solat orang ramai. Baginda berdiri dan memanjangkan berdiri, kemudian rukuk
dan memanjangkan rukuk.
Kemudian baginda berdiri dan memanjangkan berdiri namun lebih pendek dari berdiri
yang pertama. Kemudian baginda rukuk dan memanjangkan rukuk, namun lebih pendek dari
rukuk yang pertama.
Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujud seterusnya melakukan pada
rakaat kedua sama seperti yang dilakukan pada rakaat pertama.
Kemudian baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan sinarnya kembali. - Hadis
riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1044.

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawa perbezaan solat Gerhana berbanding solat-solat
yang lain ialah sebaik sahaja membaca al-Fatihah dan mana-mana surah dari al-Quran kita
hendaklah rukuk. Kemudian bangun kembali dan sekali lagi membaca al-Fatihah dan mana-mana
surah dari al-Quran lalu rukuk semula. Kemudian iktidal lalu sujud dan teruskan solat
sebagaimana solat-solat yang lain.

Ulangi perkara yang sama pada rakaat kedua. Tidak terdapat riwayat yang menunjukkan adanya
zikir-zikir atau bacaan yang khusus untuk solat Gerhana ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara
dua sujud dan tahiyyat. Oleh itu, kita boleh membaca apa jua bacaan ketika solat yang sabit
daripada Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadis.

Menguatkan Suara (Jahr).


Suara hendaklah dinyaringkan ketika membaca ayat al-Quran dalam solat Gerhana. Menurut
'Urwah, Aisyah radhiallahu anha berkata:










Maksudnya:
Nabi s.a.w mengeraskan bacaan pada solat Gerhana. Apabila selesai membaca baginda
terus bertakbir dan rukuk. Apabila baginda selesai rukuk, baginda mengucapkan samiallaahu
liman hamidah rabbana lakal hamdu (semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya,
wahai Tuhan kami bagi-Mu segala pujian), kemudian baginda membaca kembali. Pada solat
Gerhana terdapat empat kali rukuk dalam dua rakaat dan empat kali sujud. Hadis riwayat al-
Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1065.

Syeikh al-Albani rahimahullah berkata:

Telah ditetapkan oleh Allah bahawa solat Gerhana matahari dilakukan

oleh Nabi s.a.w hanya sekali. Juga telah diriwayatkan daripada hadis sahih

bahawa baginda mengeraskan bacaan al-Quran seperti yang dijelaskan di dalam

Sahih al-Bukhari dan tidak benar jika ada mengatakan bahawa terdapat hadis

lain yang menyanggahinya. Rujuk Kitab Tamam al-Minnah fi Taliq Ala Fiqh al-
Sunnah karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, jil. 1, ms. 331.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Gerhana


Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Gerhana (Kusuf atau Khusuf)
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Quran
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Membaca Surah al-Fatihah
9) Membaca Surah al-Quran
10) Rukuk
11) Iktidal
12) Sujud
13) Duduk antara dua sujud
14) Sujud kali kedua
15) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Membaca surah al-Fatihah
2) Membaca Surah al-Quran
3) Rukuk
4) Iktidal
5) Membaca Surah al-Fatihah
6) Membaca Surah al-Quran
7) Rukuk
8) Iktidal
9) Sujud
10) Duduk antara dua sujud
11) Sujud kali kedua
12) Duduk untuk tahiyyat akhir
13) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Khutbah Ringkas Selepas Solat.


Setelah selesai mengerjakan solat Gerhana, sunnah dilaksanakan khutbah yang ringkas.

Imam Syafie rahimahullah berkata:

Imam hendaklah menjadikan khutbah ketika solat Gerhana matahari

seperti khutbah-khutbah lain, iaitu dimulai dengan puji-pujian kepada Allah dan

berselawat ke atas Nabi s.a.w, mendorong manusia berbuat kebajikan,

memerintahkan mereka bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah . Rujuk


Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh karya Abu Abdullah Muhammad bin Idris
Syafie, jil. 1, ms. 344.

Antara contoh khutbah Rasulullah s.a.w setelah mendirikan solat Gerhana seperti di bawah.

Aisyah radhiallahu anha berkata:




















...






Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah s.a.w lantas Rasulullah s.a.w
mengimami solat manusia Setelah baginda selesai solat dan matahari telah kelihatan
sinarnya kembali. Lalu baginda berkhutbah di hadapan orang ramai dengan memuji Allah
serta menyanjung-Nya. - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumuah, no: 1044.

Aisyah radhiallahu anha berkata:


...










Maksudnya:
Terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi s.a.w lantas baginda keluar menuju ke
masjid dan orang ramai berbaris di belakangnya, lalu baginda bertakbir Baginda s.a.w
menyempurnakan empat kali rukuk pada empat kali sujud dan matahari telah mula kelihatan
sebelum baginda selesai solat. Kemudian baginda berdiri lalu memuji Allah sebagaimana yang
layak untuk-Nya (semasa berkhutbah). Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-
Jumuah, no: 1046.

Anda mungkin juga menyukai