Anda di halaman 1dari 4

Sekolah Kebangsaan Bidor,

Jalan Sungkai, 35500, Bidor,


Perak.
Daerah Batang Padang

TAJUK: PASU TANPA POKOK BUNGA

Assalamualaikum , salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia ..


Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama sikucing belang,
Ain Shahirah nama diberi,
Intan payung nama ditimang

Apa khabar kawan-kawanharap semua sihat. Hari ini saya nak


berkongsi cerita. Tajuknya Pasu Tanpa Pokok Bunga. Kalau kawan-
kawan semua nak tahu, marilah duduk dekat saya dan pasang
telinga,ya!!!!

Kawan-kawan yang saya hormati,


Dalam sebuah negeri ada seorang raja yang sangat terkenal akan
kearifannya. Namanya Raja Bahrin Shah. Negerinya aman dan makmur.
.Mereka hidup penuh muafakat. Ingat kawan-kawan.bulat air kerana
pembentung,, bulat kata kerana muafakat. Begitulah tenteramnya kehidupan
rakyat negeri itu. Ada Melayu,, Cina, India dan berbagai-bagai lagi. Mereka
hidup bersatu padu. Itulah Perpaduan Kaum namanya.. Baginda sangat
sayangkan rakyatnya.

Baginda sudah tua. .Permaisuri baginda sudah lama mangkat. Sejak


kemangkatan permaisuri. Baginda selalu bersedih.kerana baginda tidak
mempunyai putera untuk mewarisi taktha baginda. Ini menyebabkan baginda
berasa sungguh risau. Baginda berfikir. Siapakah hendak dilantik menjadi
pengganti baginda. Menung punya menung, fikir punya fikir baginda
mendapat satu akal.

1
Kawan-kawan nak tahu..,
Baginda mahu adil dan saksama dalam membuat pemilihan untuk
menggantikan baginda. Baginda memanggil semua budak yang berumur 12
berkumpul dalam istana. Raja memberi biji-biji benih kepada semua budak
tersebut itu tanpa mengira bangsa sama ada Melayu, Cina, India maupun
Asli..

Baginda berjanji mana-mana budak yang menghasilkan bunga yang


cantik daripada biji benih itu akan dijadikan putera angkat baginda. HaJanji
perlu dikota ya kawan-kawan..

Semua budak menyemai biji-biji benih bunga itu bersungguh-sungguh.


Salah seorang budak bernama Shahzan, dia menjaga biji-biji benih tersebut
dengan sebaik mungkin sehinggalah setengah bulan dan akhirnya genap
sebulan. Shahzan hairan melihat biji benih yang disemainya tidak
bercambah. Kemudian dia bertanya kepada ibunya tentang perkara tersebut.
Ibunya memberikan pandangan supaya anaknya menukarkan tanah dalam
pasu itu. Shahzan mengikut saja kata-kata ibunya tetapi biji-biji itu tetap tidak
bercambah.

Dahan rapuh jatuh ke bumi,


Jatuh menimpa bunga cendana,
Tamat tempoh sepurnama diberi,
Datang berkumpul dalam istana.

Manisan dibubuh dalam belanga,


Belanga di bawa masuk istana,
Benih yang tumbuh sudah berbunga,
Tapi baginda gundah gulana.

2
Pada masa itu juga kawan-kawan.,
Tiba-tiba baginda ternampak seorang budak sedang menangis
teresak-esak. Budak itu membawa pasu tanpa pokok bunga didalamnya.
Baginda menghampiri budak..itu.,lalu bertanyakan nama dan kehairanan
melihat budak itu membawa pasu tanpa bunga. Budak itu menjawap sambil
menangis teresak-esak dan memberitahu bahawa namanya Shahzan.
Sambil menyesat air mata, Shahzan memberitahu kepada baginda bahawa
dia menjaga biji benih itu sebaik-baiknya tetapi biji benih itu tidak bercambah.

Raja berhati-hati mendengar keterangan Shahzan sambil tersenyum.


Kalau haiwan dipegang pada talinya , manusia pula dipegang pada janjinya.
Kemudian baginda memegang tangan Shahzan sambil membuat
pengumuman.

Jendela terbuka nampak kejora,


Kejora berkelip diwaktu senja,
Baginda murka tukar gembira,
Shahzan yang jujur penganti raja

Kawan-kawan nak dengar cerita selanjutnya?


Semua yang berada di istana terperanjat mendengar pengumuman baginda
itu. Mereka semua tidak berpuas hati kerana budak yang membawa pasu
tanpa bunga itu menjadi putera angkat baginda.

Tetapi kawan-kawan
Baginda terus bertitah dengan menyatakan bahawa semua biji benih
yang diberikan itu telah direbussepatutunya tidak boleh bercambah sama
sekali. Mereka semua tunduk malu dengan perbuatan mereka yang sia-sia
itu....bak kata pepatah Bagai kambing menanduk bukit.

Oleh itu kawan-kawan,


Kita mesti bersifat jujur dan amanah dalam melakukan segala
perbuatan. Kalau jadi pemimpin biarlah jadilah pemimpin yang adil serta
cerdik pandai. Ingat, jangan mementingkan diri sendiri.!.

3
Jujur dan amanah melambangkan keperibadian. Itulah kawan-kawan,
sesuai dengan slogan negara kita, Rakyat Didahulukan Pencapaian
diutamakan.

Pinggan bujur licin dicanai,


Dihias pula untuk santapan,
Bersikap jujur perlu disemai,
Amalan mulia transformasi kehidupan

Sekian,
Assalamualaikum.dan jumpa lagi kawan.kawan

Anda mungkin juga menyukai