Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BIDOR,

JALAN SUNGKAI ,
35500,BIDOR,
PERAK.

MENCARI SINAR

PROGRAM 3 PENJURU:

(IBUBAPA/ANAK/GURU)

1.0 PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS:

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister
KeyPerformance Indicators (MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid
normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah menjelang 2015. Justeru, segala yang diatur, disusun dan
dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan
itu, bagi merealisasikan hasrat ini, satu bentuk perancangan yang baik, tersusun, terarah,
bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan. Perancangan Strategik LINUS merupakan
satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat
menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu. Perancangan stategik yang disusun
ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh
Jawatankuasa LINUS sekolah ini. Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk
mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam
menguasai kemahiranasas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Program Pemulihan
Khas dikendalikan oleh guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang
ini. Pada tahun 2010, Guru Khas Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar
murid yang TIDAK MENGUASAI LINUS yang tidak melepasi Konstruk 1 & 2.

1
2.0 MATLAMAT:

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2017 kecuali
murid berkeperluan khas.

3.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA:

3.1 Objektif Program Literasi :

Pada akhir Program Literasi murid berupaya:

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup


ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan
tertutup.
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk
yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan sebagainya.
3.2 Objektif Program Numerasi:
Pada akhir Program Numerasi murid berupaya:
i. membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga angka 1000
ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000
iii. bermula daripada sebarang nombor
iv. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
v. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang,
vi. waktu, ukuran dan sukatan.

4.0 SASARAN:
Murid Tahap 1 yang tidak berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan
numerasi dan juga murid Tahap 2 yang tidak menguasai LINUS pada Tahap 1
kecuali muridberkeperluan khas.

5.0 TEMPOH:
Sepanjang Tahun mengikut Plan Taktikal)

6.0 OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA


6.1. Memberi pengenalan & pemahaman mengenai program LINUS &
Pemulihan Khas.
6.2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah
untuk menghapuskan buta 3M dan menguasai kemahiran asas
membaca dan mengira Tahap 1 dan Tahap 2 pada 2017.

2
7.0. TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM :
Tarikh: 4.2.2017 (Masa: 9.00 am)

Hari : Sabtu

Tempat : DEWAN TERBUKA SKB

8.0 SENARAI PENCERAMAH & PERASMI PENUTUP

1. Pn.Noriah bt Zanudddin
(Pegawai Fasilinus PPD Daerah Batang Padang)
2. Puan Chua Seu Chen
(Pegawai Khas Pemulihan Khas Daerah Batang Padang)
3. Puan Noraniza bt Abd.Rahim (SK.
(Penulis Buku Kaedah Cepat Membaca)

9.0 TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI:

SESI 1

8.00 am : -Pendaftaran Ibu Bapa

9.00 am: -Ucapan pengerusi majlis

- Bacaan Doa

-Ucapan Guru Besar (Puan Roslina bt Abdul Rani)

-Taklimat Pegawai Pemulihan Khas (Puan Chua Seu Chen)

-Takimat dan Ucap Rasmi Pegawai Fasilinus


(Puan Noriah bt Zainuddin)

- Sesi soal jawab

SESI KE 2 : Taklimat dan Bimbingan Khas oleh Puan Noraniza bt Abd.Rahim

- Jamuan Ringan/ Bersurai

10.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pengerusi : Ruhizah bt Razali (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Encik Abd.Razak b.Salleh (Penolong Kanan Pentadbiran)

3
Naib Pengerusi 1 : Pn.Hajjah Sh.Hawa bt S.Tajul Ariffin (Pen.Kanan HEM)

Naib Pengerusi 2 : Pn.Ranjet Kaur a/p Ajit Singh (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras Program : Pn.Siti Nor Aziah bt Mohd.Yusof

Setiausaha : Pn. Rozita bt Nayan

Bendahari : Pn.Fatimah bt Wanik

Pengacara : Puan Siti Nor Aziah bt Mohd.Yusof

Buku Program : Pn. Fatimah bt Wanik dan Puan Rozita

Jamuan :Pn. Zalina , Pn.Faridah

Persiapan Tempat :En.Abdul Ghani, Pn. Diny, Pn Tini dan Pn.Sugus

Pendaftaran :Pn. Noor Azian Abbas

Juru Foto & Dokumentasi: Pn.Haniza bt Abd.Aziz & Aziah

Cenderamata : Pn.Zuraina b Marzuki

Penyediaan LCD : En Jabar

P.A System : Zainuddin

11.0PENDAPATAN:

Bil Perkara RM Jumlah


(RM)
1 Sumbangan individu 260.00 260.00
2 Lebihan Program Linus 2016 300.00 300.00
JUMLAH PENDAPATAN 560.00 560.00
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

4
Bil Perkara Kos & Bil Jumlah

1 Backdrop/banner RM 39.00 RM 40.00


2 Jamuan RM 300.00 RM310.00
3 Cenderamata penceramah & RM60.00. RM210.00
perasmi (3 orang)
Saguhati Penceramah Bijak RM 150.00
ABC
JUMLAH KESELURUHAN RM 560.00
13.0 PENUTUP:

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di
sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
mengatasi masalah literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk
memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak
didahulukan dengan ribuan terimakasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(SITI NOR AZIAH BT MOHD.YUSOF) (ROSLINA BT ABDUL RANI)


Penyelaras Program GURU BESAR SKB

Anda mungkin juga menyukai