Anda di halaman 1dari 4

42 cara menjadi pakar dalam bidang pilihan

anda
Adakah anda ingin menjadi seorang pakar dalam bidang tertentu?

Pakar bidang adalah seorang yang memberikan maklumat, nasihat dan bimbingan kepada mereka
yang memerlukan, seperti melalui konsultasi, coaching, ceramah, seminar, ebook berbayar,
kursus (workshop) dan sebagainya.

Menjadi pakar terutama pada satu subjek/topik akan memudahkan orang mengenali dan
mengingati kita dengan lebih mudah, berbanding mengetahui kesemua perkara tanpa ada satu
pengkhususan. Selain itu, kita juga lebih mudah untuk membuat pembacaan dan kajian kerana
hanya perlu memfokus pada satu topik sahaja.

Soalnya, bagaimana kita boleh menjadi seorang yang pakar? Berikut adalah sebahagian caranya:

1. Pilih satu bidang yang mengkhusus. Ini adalah penting dan fokus padanya pada setiap
masa.
2. Jelas terhadap pilihan anda itu.
3. Seeloknya bidang atau topik itu adalah minat dan passion anda.
4. Baca sekurang-kurangnya 50 buah buku (termasuk ebook) mengenai topik tersebut.
5. Baca sekurang-kurangnya 5 artikel sehari mengenai topik tersebut.
6. Tonton video mengenai topik itu.
7. Dengar audio mengenai topik tersebut.
8. Subscribe newsletter pakar bidang/topik tersebut untuk menerima tip dan informasi terus
melalui emel.
9. Subscribe RSS dan baca blog pakar topik pilihan anda itu.
10. Berkenalan dan berkawan dengan usahawan yang melakukan bidang yang sama.
11. Mengetahui statistik, penemuan dan kajian berkaitan topik tersebut.
12. Tulis ebook percuma mengenai topik tersebut.
13. Tulis buku dan terbitkan ia sama ada terbitkan sendiri ataupun melalui mana-mana
penerbit. Jika boleh, tulis empat buah buku berkaitan topik/bidang yang sama.
14. Buat kajian dan hasilkan penemuan / formula sendiri.
15. Buat testing terhadap teknik-teknik yang akan diajar kepada orang lain. Pastikan ia benar-
benar berkesan.
16. Bina senarai emel (mailing list) dan berikan tip dan informasi secara konsisten.
17. Pasang blog dot com dan tulis secara konsisten mengenai topik itu.
18. Sertai program seminar dan latihan yang dianjurkan oleh pakar berkaitan.
19. Sertai program coaching yang disediakan oleh pakar sedia ada.
20. Baca, baca dan baca. Tulis, tulis dan tulis. Cakap, cakap dan cakap, hanya mengenai
topik itu. Lakukannya secara konsisten. Baca banyak buku dan menulis di blog, buku,
ebook dan sebagainya. Manakala bercakap melalui pelbagai cara seperti ceramah,
seminar, kursus dan apa jua peluang yang ada.
21. Anda wajib mempunyai blog dot com anda sendiri sama ada atas nama sendiri atau
jenama bisnes, atau menggunakan kata kunci (keyword) berkaitan topik kepakaran anda.
22. Wujudkan modul anda sendiri untuk seminar, workhsop dan coaching yang akan anda
anjurkan.
23. Sediakan slaid ataupun teks untuk ceramah (talk). Dijemput memberikan ceramah adalah
sesuatu yang amat menyeronokkan.
24. Lakukan khidmat konsultasi.
25. Anjurkan seminar dan kursus anda sendiri. Kumpulkan testimoni para peserta dan siarkan
ia di blog dan website anda.
26. Balas emel pertanyaan walaupun dengan jawapan yang ringkas.
27. Bimbing dan bantu orang lain sama ada secara percuma ataupun berbayar.
28. Sertai forum komuniti seperti di forum online dan Facebook. Kongsikan pandangan dan
kepakaran anda di sana.
29. Jika anda aktif di Facebook, 95% tulisan di sana adalah mengenai topik kepakaran anda.
30. Berikan pandangan (komen) yang terbaik di mana-mana blog yang berkaitan dengan
topik itu.
31. Wujudkan satu laman web dot com yang simple, khas untuk profile anda. Pastikan laman
web itu nampak profesional dan senaraikan khidmat kepakaran anda, berikan ebook
percuma di situ, optin form (untuk pelawat daftar emel), nombor telefon anda dan
contact form. Masukkan juga testimoni pelanggan.
32. Buktikan kepakaran anda dengan sesuatu hasil dan pencapaian. Contohnya, jika anda
mengatakan anda pakar jualan, maka jualan yang konsisten setiap hari (sama ada bisnes
anda ataupun klien konsultasi anda), ia adalah bukti anda seorang pakar jualan.
33. Menjadi penulis di kolum majalah berkaitan.
34. Ambil peluang ditemuramah seperti untuk majalah, radio dan TV.
35. Menjadi guest blogger (penulis tetamu) di blog-blog lain terutama blog dalam bidang /
industri yang sama.
36. Dapatkan testimoni daripada para pakar lain untuk mengiktiraf kepakaran atau
kredibiliti anda. Tidak semestinya dalam topik spesifik yang sama. Contohnya anda pakar
SEO dan anda boleh dapatkan testimoni daripada pakar Internet Marketing yang umum
ataupun pakar topik lain. Masukkan juga testimoni itu ke dalam website profile.
37. Kad bisnes. Pada kad bisnes, nyatakan satu ayat yang mengkhusus kepada kepakaran
anda, iatu apakah yang anda lakukan untuk pelanggan? Contoh: Membantu usahawan
melipat-gandakan kadar jualan produk mereka di Internet.
38. Buku pamplet profile. Ia bukan pamplet, tetapi ala-ala pamplet. Ia juga lebih kurang sama
dengan katalog, tapi lebih kepada profile. Ia lebih kurang sama dengan website profile,
tetapi buku profile ini dibawa ke mana-mana anda pergi dan berikan kepada prospek
secara percuma. Dalam buku pamplet profile itu, letakkan maklumat kepakaran anda,
produk dan perkhidmatan yang disediakan, serta sedikit perkongsian berharga seperti tip-
tip ringkas.
39. Belajar memberi ucapan / ceramah dengan baik, simple dan menyeronokkan. Walaupun
anda amat pakar dalam bidang anda, tetapi menyampaikan maklumat dengan cara yang
membosankan akan menyebabkan anda dilihat sebagai seorang yang tidak pakar!
40. Jika sudah ada buku sekurang-kurangnya sebuah, adakan book talk sama ada ia
dianjurkan sendiri ataupun diuruskan oleh pihak penerbit.
41. Hasilkan video dan upload ia ke Youtube. Video itu memadai 1 hingga 3 minit sahaja dan
berikan maklumat yang berguna dan dengan cara yang santai dan ringan.
42. Jika bidang anda mempunyai kursus (persijilan) tertentu, amat diagalakkan anda
menyertainya. Contohnya, jika bidang anda berkaitan komputer, banyak peperiksaan sijil-
sijil (certificate) yang boleh diambil. Sijil bukan penentu kepakaran, tetapi ia adalah
gambaran dan tiket untuk meyakinkan pelanggan.

Begitu banyak cara untuk kita mencapai tahap kepakaran dan dilihat sebagai seorang pakar.
Kesemua cara di atas boleh dilakukan satu demi satu.

Namun jelas Tidak ada perkara lain yang perlu dilakukan melainkan MELAKUKAN
SESUATU seperti di atas (bertindak) dan FOKUS pada topik kepakaran anda SEPENUHNYA.
Sesiapa sahaja boleh BERIMPIAN, tetapi hanya mereka yang BERTINDAK sahaja akan
mencapainya. Jadi, mulakan misi anda pada hari ini juga. Pahit hanya pada permulaan, lama
kelamaan ia akan menjadi biasa.

Jika anda melakukan sesuatu yang orang lain takut untuk melakukannya (terutama dalam bidang
pengkhususan yang anda pilih), anda akan termasuk dalam golongan 1% yang super sukses!

Anda mungkin juga menyukai