Anda di halaman 1dari 20

PCE BAHAGIAN (A+C)

PCE A & C
BAHASA MALAYSIA
SET B

AGENCY TRAINING & DEVELOPMENT DEPT.


AIA CO. LTD

Center for Learning Excellence T & E Dept 1


PCE BAHAGIAN (A+C)

1. Perolehan polisi insurans nyawa boleh dibayar kepada:


A. hanya waris pemegang polisi.
B. orang yang diinsuranskan atau warisnya.
C. hanya orang yang diinsuranskan.
D. saudara kepada pemegang polisi.

2. Polisi yang luput ialah satu polisi dimana


A. pemegang polisi gagal membayar premium di sepanjang tempoh polisi tersebut.
B. bayaran premium tidak dibuat pada 30 hari yang akhir dalam tempoh polisi itu.
C. pemegang polisi gagal membayar premium didalam tempoh pertangguhan.
D. Pemegang polisi gagal memenuhi keperluan dari segi undang-undang yang dikemukan oleh
akta insurans nyawa.

3. Apabila polisi menjadi luput, orang yang diinsuranskan biasanya akan menghidupkan semula
polisi asalkan
A. bukti boleh dikemukakan dan semua premium bertunggak yang genap tempoh
termasuk faedah telah dibayar semula.
B. bukti boleh insurans dikemukakan dan semua premium bertunggak yang genap
tempoh telah dibayar semula.
C. bukti boleh insurans dikemukakan dan semua premium bertunggak yang genap
tempoh termasuk pinjaman yang diambil telah dibayar semula.
D. bukti boleh insurans dikemukakan dan semua premium bertunggak yang genap
tempoh serta pinjaman yang diambil termasuk faedah telah dibayar semula.

4. Apakah opsyen tidak lucut hakyang menyediakan pengumpulan nilai tunai yang berterusan?
I. Opsyen nilai Serahan Tunai.
II. Opsyen Insurans Jelas dibayar yang menurun.

A. I sahaja
B. II sahaja
C. Kedua-dua I dan II
D. Tidak satupun yang betul.

5. Bilakah Syarikat Inusrans Nyawa boleh membatalkan satu polisi insurans nyawa?
A. Apabila pinjaman polisi yang belum dijelaskan termasuk faedah bersamaan dengan
nilai tunai polisi itu.
B. Apabila pinjaman polisi yang belum dijelaskan termasuk faedah bersamaan dengan
nilai muka polisi tersebut.
C. Apabila pemegang polisi tidak lagi membuat bayaran bagi pinjaman.
D. Apabila pinjaman polisi tidak dibayar semula dalam tempoh yang ditentukan itu.

Center for Learning Excellence T & E Dept 2


PCE BAHAGIAN (A+C)

6. Yang mana diantara kenyataan berikut mengenai purata bilangan orang yang meninggal dunia
setiap tahun adalah benar?
I. Ia dipanggil faktor kematian (mortaliti).
II. Ia adalah satu daripada faktor yang menentukan kadar insurans nyawa.
A. I sahaja
B. II sahaja
C. Kedua-dua I dan II
D. Tiada satupun dari jawapan atas

7. Encik Muthu mempunyai polisi inusurans yang bernilai $15,000 dengan nilai tunai
sebanyak $2,100. Juga terdapat pinjaman tertunggak sebanyak $200 dan premium genap
tempoh yang belum dibayar sebanyak $300. Encik Muthu mendapati beliau tidak lagi
sanggup membayar premium atas polisinya. Sekiranya Encik Muthu memilih opsyen
nilai Serahan Tunai, berapakah yang akan diterima oleh beliau?
A. $2,100
B. $1,600
C. $1,800
D. $1,900

8. Pembayaran mengikut tempoh yang dibuat kepada Syarikat Insurans nyawa oleh orang
yang diinsuranskan.
I. dipanggil premium.
II. seperti yang ditetapkan didalam kontrak polisi.
III. dibayar disepanjang tempoh usia pemegang polisi tersebut.
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. I dan III sahaja
D. I, II dan III

9. Premium tahunan tidak dibebankan dengan satu tambahan yang sesuai jika dibanding dengan
frekuensi bayaran yang lain kerana
A. premium tahunan adalah lebih besar.
B. terdapat perbelanjaan yang meningkat dalam pengumpulan premium pada frekuensi yang
lebih besar.
C. pengumpulan tahunan adalah satu aggregate premium yang sentiasa dikutip pada frekuensi
yang lebih besar.
D. tidak satupun dari jawapan diatas.

10. Dalam perniagaan perkhidmatan rumah ke rumah, premium biasanya


A. dikutip dari rumah pemegang polisi oleh agen yang diberi kuasa.
B. dibayar dalam tempoh yang melebihi dari 2 bulan.
C. diselaraskan untuk memenuhi keperluan sebarang kumpulan pendapatan.
D. semua jawapan diatas.

Center for Learning Excellence T & E Dept 3


PCE BAHAGIAN (A+C)

11. Umur orang yang diinsuranskan adalah satu faktor penting didalam menentukan
A. sama ada polisi insurans boleh dikeluarkan kepada seseorang.
B. kadar premium yang dikenakan.
C. jumlah insurans yang dibayar atas kematian atau kemalangan.
D. semua jawapan diatas.

12. Pengakusaksian (Attestation) dalam satu dokumen polisi


I. mengesahkan tujuan penginsurans untuk memasuki kontrak insurans.
II. Mesti ditandatangani oleh pegawai penginsurans yang diberi kuasa.

A. I sahaja
B. II sahaja
C. I dan II sahaja
D. Tidak satupun dari jawapan diatas

13. Kenyataan berikut mengenai salah nyata umur adalah benar kecuali satu
A. umur di kurang nyatakan.
B. jumlah insurans akan diselaraskan bersamaan dengan umur sebenar.
C. umur dilebih nyatakan.
D. premium berlebihan tidak akan dibayar semula.

14. Dalam formula perhitungan nilai jelas dibayar bagi suatu polisi, satu daripada
kenyataan berikut tidak diambil kira:
A. bilangan tahun-tahun dimana premium dibayar.
B. jumlah insurans.
C. bilangan tahun-tahun dimana premium boleh dibayar.
D. amaun premium yang dibayar secara tahunan.

15. Nilai Serahan ialah


A. wang tunai yang dibayar kepada pemegang polisi yang telah menyerahkan
polisi-polisi mereka selepas 3 tahun.
B. dijamin untuk semua polisi-polisi.
C. ditentukan berasaskan pendapat penginsurans.
D. tidak bersamaan dengan nilai tunai.

16. Ia adalah satu syarat dan kelebihan bahawa polisi insurans nyawa tidak akan luput
sekiranya premium pembaharuan dibayar dalam tempoh
I. 15 hari di dalam kes bayaran premium secara bulanan, dan
II. 30 hari di dalam kes mod pembayaran yang lain

A. I sahaja.
B. II sahaja.
C. I dan II sahaja.
D. Tidak satupun dari jawapan diatas.

Center for Learning Excellence T & E Dept 4


PCE BAHAGIAN (A+C)

17. Berikut adalah perkara-perkara yang menyebabkan polisi luput, kecuali satu:
A. terlebih insurans (Over-insurance)
B. salah nyata (Misrepresentation)
C. pembelitan (Twisting)
D. Terkurang insurans (Under insurance)

18. Polisi yang diperbaharui boleh dikuatkuasakan melalui


A. pengagihan premium bertunggak termasuk kadar faedah dalam tempoh polisi yang
masih ada.
B. mengambil polisi baru dimana premium adalah berdasarkan umur seperti yang
tercatit dalam polisi asal.
C. mengambil pinjaman jika polisi telah berkuatkuasa untuk kurang dari 3 tahun.
D. Tidak satupun daripada jawapan diatas.

19. Penyerahan hak dalam polisi insurans nyawa ialah


I. pemindahan hak dan obligasi dibawah satu kontrak insurans
II. pemindahan hak disisi undang-undang atau keempunyaan

A. I sahaja
B. II sahaja
C. I dan II
D. tidak satupun dari jawapan diatas

20. Penyerahan hak sesuatu polisi boleh dikuatkuasakan melalui


A. notis penyerahan hak yang dihantar kepada pejabat utama Syarikat insurans nyawa.
B. kontrak lisan (verbal contract)
C. kontrak tersirat (implied contract)
D. tidak satupun dari jawapan diatas

21. Perubahan-perubahan yang terdapat dalam polisi insurans adalah tercatit seperti berikut:
I. penurunan, jumlah yang diinsuranskan
II. pertukaran dalam mod pembayaran premium
III. peningkatan jumlah insurans
IV. pertukaran nama orang yang diinsuranskan

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. semua jawapan sahaja

22. Semasa membuat perubahan dalam polisi insurans nyawa, Syarikat insurans akan
A. mempastikan bahawa tiada pilihan yang bertentangan terhadapnya.
B. melakukan seperti yang diarahkan oleh pemegang polisi
C. tidak mempertimbangkan permintaan pemegang polisi kerana terdapatnya
belanja tambahan
D. bertindak seperti yang dikehendaki olehnya.

Center for Learning Excellence T & E Dept 5


PCE BAHAGIAN (A+C)

23. Setelah pemberitahuan tentang kematian diterima maka Syarikat insurans nyawa
akan memohon bukti-bukti dokumentasi untuk mengesahkan bahawa orang yang diinsurankan
telah meninggal dunia. Syarikat insurans nyawa akan bergantung kepada
dokumen yang manakah?
A. Laporan Koroner.
B. perintah mahkamah yang mengumumkan jangkaan statutori tentang kematian.
C. sijil kematian.
D. semua jawapan di atas.

24. Syarikat insurans nyawa akan sentiasa mempastikan bahawa tuntutan dibayar kepada
orang yang sah menerima tuntutan wang tersebut. Dokumen yang menunjukkan bukti
hakmilik dan keempunyaan ialah
A. jangkaan statutori tentang kematian.
B. penukaran nama yang dikuatkuasakan melalui pengendorsan.
C. suratikatan penyerahan hak.
D. tidak satupun jawapan yang betul.

25. Dalam tuntutan matang, opsyen penyelesaian


I. menerima perolehan matang secara tunai
II. menukai nilai tunai matang kepada polisi seumur hidup jelas dibayar.
III. menyerahkan perolehan polisi kepada Syarikat insurans nyawa.

A. I sahaja
B. II sahaja
C. I dan II sahaja
D. I, II dan III

26. Kadar penutupan(closing rate) merujuk kepada


A. bilangan orang yang dijual semasa memprospek
B. bilangan polisi yang dijual semasa memprospek
C. nisbah bilangan polisi yang dijual kepada bilangan orang yang ditemui semasa
memprospek
D. nisbah bilangan orang yang ditemui kepada bilangan polisi yang dijual semasa
memprospek

27. Pendapatan pembaharuan adalah berdasarkan


A. bilangan polisi-polisi insurans yang luput pada tahun atau tahun-tahun yang lepas
B. bilangan polisi-polisi insurans yang dijual pada tahun atau tahun-tahun yang lepas
C. bilangan polisi-polisi insurans yang luput pada tahun atau tahun-tahun yang lepas
dan polisi yang dijual pada tahun semasa
D. bilangan polisi-polisi insurans yang dijual pada tahun atau tahun-tahun yang lepas
asalkan polisi-polisi tersebut masih berkuatkuasa

Center for Learning Excellence T & E Dept 6


PCE BAHAGIAN (A+C)

28. Keperluan-keperluan yang harus dihadapi oleh seseorang agen sekiranya beliau ingin berjaya
dalam kerjayanya ialah
I. pengetahuan
II. sikap penjualan yang sesuai/betul\
III. sikap prefesional
IV. kemahiran

A. I dan II sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. semua jawapan diatas

29. Pembelitan merugikan pemegang polisi kerana


A. pemegang polisi mempunyai perlindungan insurans nyawa.
B. agen dikehendaki memanjangkan tempoh pinjaman premium secara automatik kepada
pemegang polisi
C. pemegang polisi dekehendaki membayar premium yang lebih tinggi bagi polisi baru
D. tiada kesan yang merugikan dari pembelitan

30. Kebaikan-kebaikan perniagaan bukan perubatan ialah


A. perbelanjaan permulaan dapat dijimatkan
B. masa dapat dijimatkan
C. kelewatan dan kesulitan adalah kurang
D. semua jawapan diatas adalah betul

31. Tujuan sesuatu borang cadangan


I. ia adalah sebagai bukti dalam sebarang perselisihan
II. ia membekalkan maklumat bagi perhitungan premium
III. ia membentuk kontrak diantara Syarikat dan pemohon

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II dan III sahaja

32. Sekiranya mod baru bagi pembayaran premium memerlukan bayaran yang kurang kerap maka
jumlah premium tahunan yang dibayar oleh pemegang polisi akan
A. naik
B. turun
C. sama sahaja
D. berubah

33. Apabila seorang agen sedar akan kematian orang yang diinsuranskan ia akan
A. mententeramkan balu orang yang di insurans
B. memberikan nasihat kewangan
C. menemuinya warisnya
D. memberitahu Syarikat insurans nyawa

Center for Learning Excellence T & E Dept 7


PCE BAHAGIAN (A+C)

34. Bayaran perolehan polisi selain dari jumlah bayaran sekali gus secara tunai dipanggil
A. opsyen penyelesaian (settlement option)
B. nilai tidak lucut hak (non-forfeiture value)
C. dividen (dividend)
D. kemudahan pembayaran (facility of payment)

35. Yang mana diantara amalan berikut dianggap tidak beretika?


A. Mengrebet (Rebating)
B. Pembelitan (Twisting)
C. Penipuan (Fraud)
D. Semua jawapan diatas adalah betul

36. Yang mana diantara berikut tidak dikelaskan dibawah perkhidmatan lepas jualan?
A. penyampaian polisi
B. menghidupkan semula atau memperbaharui
C. memprospek
D. tuntutan-tuntutan

37. Pilih kenyataan yang betul


A. seseorang agen tidak dibenarkan menukar butiran-butiran yang terdapat pada polisi
B. seseorang agen boleh menukar butiran-butiran polisi sekiranya pemilik polisi
mengkehendakinya.
C. kerana polisi insurans nyawa adalah satu kontrak insurans maka tiada pertukaran dalam
butiran polisi yang dibenarkan.
D. pegawai syarikat insurans nyawa dibenarkan menukar butiran-butiran yang terdapat
pada polisi walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan dari pemegang polisi itu.

38. Seseorang agen


A. diberi kuasa untuk memberitahu orang yang dicadangkan bahawa polisi insurans
akan dikeluarkan oleh syarikat insurans seperti yang dimohon olehnya.
B. tidak diberi kuasa untuk memberitahu orang yang dicadangkan bahawa polisi akan
dikeluarkan kepadanya oleh syarikat insurans seperti yang dikehendaki.
C. diberi kuasa untuk meluluskan semua kenyataan yang dibuat oleh orang yang
dicadangkan bagi permohonan insuransnya.
D. harus memeriksa semua kenyataan yang dibuat oleh pemohon bagi permohonan
insurans.

39. Jenis-jenis tuntutan yang dialami adalah


I. Tuntutan terhadap kontrak tambahan
II. Tuntutan matang
III. Tuntutan kematian

A. I sahaja
B. I dan III sahaja
C. II, III
D. semua jawapan diatas adalah betul.

Center for Learning Excellence T & E Dept 8


PCE BAHAGIAN (A+C)

40. Sistem rekod-rekod seseorang agen haruslah meliputi


I. rekod memprospek
II. daftar pemegang polisi-pemegang polisi

A. I sahaja
B. II sahaja
C. I dan II sahaja
D. tidak satupun yang berkaitan

41. Butir-butir seorang pemegang polisi yang prospektif seperti nama, alamat, umur, pekerjaan
dan lain-lain adalah direkodkan dalam
A. polisi-polisi daftar
B. daftar pemegang polisi
C. rekod memprospek
D. rekod-rekod daftar

42. Dalam bayaran premium dari pendapatan pekerja, potongan yang di buat adalah mengikut
A. Akta Insurans, 1963
B. Akta Hubungan Perindustrian, 1955
C. Akta Pekerjaan, 1955
D. Akta Cukai Pendapatan, 1967

43. Jenis-jenis borang cadangan yang biasanya digunakan adalah


I. borang cadangan perubatan
II. borang cadangan bukan perubatan

A. I sahaja
B. II sahaja
C. I dan II sahaja
D. Tidak satupun yang berkaitan

44. Polisi insurans nyawa merupakan proses__________dari bukan proses__________.


A. belian, jualan
B. jualan, belian
C. jualan, mahal
D. ekonomikal, jualan

45. Sekiranya seseorang agen ketemu kes yang sub-standard semasa memprospek beliau harus
A. memberitahu syarikat insurans mengenai perkara tersebut.
B. Menerangkan kepada prospek bahawa cadangannya bagi insurans nyawa mungkin
dibatalkan atau diterima pada kos yang lebih tinggi.
C. Menggalakkan prospeknya memberitahu semua fakta dengan sepenuhnya dan sebenarnya.
D. Semua jawapan diatas adalah betul.

Center for Learning Excellence T & E Dept 9


PCE BAHAGIAN (A+C)

46. Diskaun biasanya diberi bagi premium yang dikenakan untuk kaum wanita kerana
A. pendapatan kaum wanita biasanya lebih rendah
B. kaum wanita kurang mengidap penyakit daripada kaum lelaki
C. kadar mortaliti kaum wanita adalah rendah
D. wanita kurang mampu membayar premium yang tinggi.

47. Terlebih insurans bererti


A. seseorang yang membeli polisi-polisi dari terlalu banyak syarikat insurans.
B. Seseorang yang membeli terlalu banyak polisi dari satu syarikat insurans sahaja.
C. Seseorang yang berupaya membayar premium bagi polisi-polisinya.
D. Seseorang yang tidak beupaya membayar premium bagi polisi-polisinya.

48. Jumlah komisyen yang diterima oleh seseoraang agen bergantung kepada
I. bilangan prospek yang ditemui oleh agen.
II. banyaknya perniagaan baru.
III. Banyaknya perniagaan pembaharuan.
IV. Banyaknya perniagaan baru dan peluputan.

A. I dan IV sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

49. Untuk mempastikan bahawa Etika kerja yang profesional dapat dikawal di kalangan agen-agen
maka Pesatuan Insurans Nyawa Malaysia telah mengeluarkan satu set
I. Kod Etika bagi agen
II. Kod Jualan yang profesional untuk agen-agen
III. Kod Kelakuan bagi agen.

A. I dan II sahaja.
B. I dan III sahaja.
C. II dan III sahaja.
D. I, II dan III

50. Pembelitan adalah


A. menguntungkan pemegang polisi.
B. menguntungkan syarikat insurans nyawa.
C. menguntungkan agen pemegang polisi tersebut
D. tidak satupun jawapan yang betul.

Center for Learning Excellence T & E Dept 10


PCE BAHAGIAN (A+C)

51. Encik Ramalingam membeli satu polisi insurans seumur hidup (bukan penyertaan) pada tahun
1977. Dalam tahun 1981, premium tahunan telah jatuh pada 1 hb Mac, tetapi
beliau sedang bercuti pada masa itu. Sekembalinya dari bercuti, beliau terlalu sibuk dan
terlupa untuk membayar premium sungguhpun notis terakhir sudah diterima. Pada
20hb Apil 1981, beliau meninggal dunia akibat sakit jantung maka waris beliau akan menerima.
A. jumlah insurans jelas dibayar sehungga 20 April, 1981
B. jumlah nilai muka setelah ditolak nilai serahan tunai.
C. jumlah nilai muka setelah ditolak pendahuluan premium secara automatik.
D. Tiada apa-apa bayaran.

52. Polisi Insurans bertempoh


I ialah satu bentuk insurans yang tertua dan ringkas.
II membekalkan pembayaran jumlah wang sekali gus atas kematian seseorang, jika
kematian berlaku di dalam tempoh polisi yang ditetapkan.
III jika seorang masih hidup sehingga akhir tempoh yang ditentukan, tiada pembayaran
yang akan dibuat.
IV tempoh polisi adalah berbeza dari beberapa bulan sehingga 20-25 tahun.

A. I, II, III
B. I, III, IV
C. II, III, IV
D. I, II, III, IV

53. Berikut adalah kebaikan-kebaikan perniagaan bukan perubatan insurans nyawa kecuali satu.
Yang manakah?
A. penjimatan dalam perbelanjaan untuk pemeriksaan perubatan.
B. menghapuskan kelewatan dan kesulitan.
C. lebih mudah bagi agen untuk menyelesaikan kes/ perniagaannya.
D. menunjukkan satu pengurangan dalam kematian berbanding dengan perniagaan perubatan.

54. Apakah sifat-sifat utama satu polisi perkhidmatan rumah ke rumah?


I. polisi yang disimpan di rumah.
II premium polisi dibayar pada tempoh dua bulan atau kurang.
III perolehan polisi hanya akan dibayar sekiranya orang yang diinsuranskan
meninggal dunia dirumah.
IV premium-premium dikutip dirumah-rumah pemegang polisi.

A. I dan II sahaja.
B. II dan III sahaja.
C. II dan IV sahaja.
D. IV sahaja.

Center for Learning Excellence T & E Dept 11


PCE BAHAGIAN (A+C)

55.Insurans menyediakan perlindungan terhadap kehilangan ekonomi dengan membolehkan


pemegang polisi
A. memindahkan tanggungjawab kehilangan itu kepada orang lain.
B. mengambil risiko yang spekulatif supaya dapat memampaskan kerugian tersebut.
C. mengurangkan kemungkinan terjadinya situasi yang menyebabkan kerugian
tersebut..
D. mengongsi tekanan kerugian itu dengan mereka yang terdedah kepada risiko yang
sama.

56. Pemilihan nyawa-nyawa adalah satu proses untuk mengenali faktor-faktor yang
bertentangan. Faktor-faktor ini dibahagikan dengan luasnya kepada dua kategori iaitu:
I bahaya fizikal
II bahaya sumulajai
III bahaya besar/bencana
IV bahaya moral

A. I, II
B. III, IV
C. I, IV
D. I, II, IV

57. Tujuan pernilaian aktuari adalah untuk membolehkan syarikat insurans mengetahui
A. sama ada aset-aset syarikat adalah mencukupi untuk membiayai tanggungan masa
kini dan pada masa akan datang.
B. sama ada pendapatan premium syarikat adalah mencukupi untuk menampung
tuntutan dan perbelanjaan.
C. sama ada pendapatan pelaburan syarikat adalah mencukupi untuk menampung tanggungan
masa kini syarikat.
D. sama ada syarikat mempunyai tabungan yang mencukupi untuk operasi pada tahun
hadapan.

58. Kehilangan dua anggota badan atau penglihatan pada kedua-dua belah mata biasanya
dikelaskan sebagai
A. hilang keupayaan sepenuh sementara.
B. hilang keupayaan sebahagian sementara.
C. hilang keupayaan kekal dan sepenuhnya.
D. hilang keupayaan kekal dan sebahagiannya.

59. Satu jenis bonus yang diisytihar sebagai tambahan biasa kepada jumlah insurans di dalam
keadaan yang sama dengan jumlah insurans asal dipanggil
A. bonus kembalian biasa / ringkas (Simple Reversionary Bonus)
B. bonus kembalian kompaun / bercampur (Compound Reversionary Bonus)
C. bonus dijamin (Guaranteed Bonus)
D. bonus interim (Interim Bonus)

Center for Learning Excellence T & E Dept 12


PCE BAHAGIAN (A+C)

60. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Premium Biasa?


A. ia adalah satu kaedah yang mengenakan premium yang bertambah disepanjang
tempoh polisi tersebut.
B. ia adalah satu kaedah yang mengenakan premium yang sama di sepanjang tempoh
polisi tersebut.
C. ia adalah satu kaedah yang mengenakan premium berlainan di sepanjang tempoh
polisi tersebut.
D. ia adalah satu kaedah yang mengenakan premium yang lebih tinggi pada permulaan
polisi dam premium yang lebih rendah pada tahun-tahun berikutnya.

61. Apabila fasal bunuh diri dimasukkan kedalam polisi insurans nyawa, adalah biasa bagi
syarikat insurans nyawa untuk membayar satu daripada berikut apabila orang yang
diinsuranskan mambunuh diri didalam tempoh yang tidak dilindungi.
A. amaun muka (jumlah insurans)
B. amaun muka (jumlah insurans) ditolak satu tahun premium.
C. pengembalian premium sahaja.
D. pengembalian premium dengan faedah

62. Kebanyakan borang-borang cadangan biasanya mengkehendaki keterangan berikut:


I. butir-butir peribadi seperti umur, jantina dan pekerjaan.
II. butir-butir mengenai lain-lain insurans.
III. butir-butir mengenai hobi dan kegemaran orang yang dicadangkan itu.
IV. butir-butir mengenai warisnya.

A. I, II
B. II, III
C. III, IV
D. I, II, III, IV

63. Encik Peter sebelum ini adalah agen bagi Syarikat A. Sekarang beliau adalah agen bagi
Syarikat B. Baru-baru ini beliau berjaya meyakinkan seorang daripada pelanggan beliau untuk
memberhentikan polisi yang diambil dengan Syarikat A dan mengambil satu polisi baru
menerusi Syarikat B. Tindakan ini dipanggil
A. mengebet (rebating)
B. salah nyata (misrepresentation)
C. pembelitan (twisting)
D. pengunderaitan yang tidak beretika (unethical underwriting)

64. Premium tahunan sebanyak $200 untuk polisi yang bernilai $10,000 kepunyaan Encik
Ramasamy jatuh dua minggu yang lalu tetapi sehingga hari ini masih lagi belum dijelaskan.
Juga terdapat pinjaman bertunggak sebanyak $3000 dan dividen tunai terkumpul sebanyak
$400. Jika beliau meninggal dunia hari ini, waris beliau dibawah polisi ini akan menerima
sebanyak
A. $7,400
B. $7,200
C. $10,000
D. tiada apa-apa

Center for Learning Excellence T & E Dept 13


PCE BAHAGIAN (A+C)

65. Premium didefinasikan sebagai


A. Wang yang dibayar oleh syarikat insurans kepada orang yang diinsuranskan untuk
faedah-faedah yang terdapat dalam polisi.
B. Wang yang dibayar oleh orang yang di insurans bagi menjadikan kontrak insurans
sah dari segi undang-undang.
C. wang yang dibayar oleh orang yang diinsuranskan kepada syarikat insurans sebagai
pertimbangan untuk faedah yang terdapat dalam polisi.
D. wang yang dilaburkan oleh syarikat insurans bagi mempertingkatkan pendapatannya.

66. Apakah yang dimaksudkan dengan peruntukan pandangan percuma?


A. satu peruntukan yang membenarkan orang yang dicadangkan meneliti dengan
cermat polisi tersebut sebelum memohonnya.
B. satu peruntukan yang membenarkan orang yang di insurans mengembalikan polisi
dalam tempoh limabelas hari dan menerima bayaran balik premium sepenuhnya
sekiranya beliau kurang puas hati.
C. satu peruntukan yang membenarkan orang yang dicadangkan meneliti dengan
cermat permohonan tersebut sebelum mengisinya.
D. satu peruntukan yang membenarkan syarikat insurans memperolehi pemeriksaan
perubatan orang yang dicadangkan sebelum mengeluarkan polisi insurans kepadanya.

67. Insurans kumpulan (Group Insurance) dikeluarkan bagi melindungi


A. sebilangan orang yang mempunyai majikan yang sama.
B. sebilangan orang yang mempunyai minat dalam memperolehi perlindungan insurans.
C. sebilangan kecil orang tertentu yang mempunyai majikan atau kepentingan yang sama
selain dari tujuan khusus bagi memperolehi insurans.
D. sebilangan kecil orang tertentu yahg mempunyai majikan atau kepentingan yang sama
untuk tujuan memeperolehi insurans.

68. Berdasarkan pengalaman, syarikat insurans nyawa telah mengredkan risiko insurans
mengikut faktor-faktor tertentu, iaitu
A. umur, jantina dan tempat permastautinan
B. tempat permastautinan, latar belakang keluarga dan pendapatan.
C. pekerjaan, tempat permastautinan dan saiz bandar.
D. umur, jantina dan pekerjaan.

69. Kenyataan berikut merupakan satu fungsi insurans kemalangan dan hilang keupayaan:
Yang manakah?
A. untuk membekalkan faedah bagi kehilangan nyawa, anggota badan dan penglihatan
akibat kemalangan.
B. untuk membekalkan faedah bagi kehilangan masa dari pekerjaan akibat kemalangan
tersebut.
C. untuk membekalkan faedah bagi bayaran perubatan hospital, pembedahan dan
belanja perubatan yang timbul kerana rawatan yang diberi akibat kecederaan dari
kemalangan.
D. semua jawapan diatas adalah betul.

Center for Learning Excellence T & E Dept 14


PCE BAHAGIAN (A+C)

70. Encik Low membeli polisi Insurans Endowmen dijangka bagi tempoh 15 tahun dengan amaun
muka sebanyak $20,000 yang memberikan bayaran sebanyak 25% dari amaun muka bagi tiap-
tiap ulang tahun polisi yang kelima dan kesepuluh. Sekiranya Encik Low meninggal dunia pada
hari ulang tahun polisi yang kesepuluh, berapakah perolehan polisi yang akan diterima oleh
warisnya?
A. $25,000
B. $20,000
C. $15,000
D. $10,000

71. Kes-kes yang sub-standard merujuk kepada


A. kes-kes dimana premium yang dikenakan adalah tidak standard tetapi berubah dari
masa ke masa.
B. kes-kes dimana pemohon-pemohon insurans membayar premium yang lebih rendah
dari kadar purata.
C. kes-kes dimana insurans diperolehi tetapi dengan premium tambahan.
D. kes-kes dimana hanya sebilangan kecil sahaja orang yang akan diinsuranskan.

72. Diberi tarikh lalui seorang prospek adalah pada 10hb Ogos, 1954 dan cadangan pula berakhir
1hb Jun, 1985. Jika umur semasa memasuki insurans dikira mengikut umur yang paling hampir
(nearest birthday) maka umur sebenar prospek itu ialah
A. 30
B. 31
C. 32
D. 33

73. Polisi Insurans bertempoh adalah berbeza dari polisi kekal kerana
A. insurans bertempoh membentuk nilai tunai tetapi tidak membayar faedah kematian.
B. insurans bertempoh membayar balik wang kepada orang yang di insurans yang masih
hidup.
C. insurans bertempoh tidak membentuk nilai tunai tetapi membayar faedah kematian sahaja.
D. insurans bertempoh mempunyai premium yang lebih tinggi bagi setiap $1000 dari
insurans.

74. Berikut adalah kaedah dalam menentukan umur pemohon insurans nyawa kecuali
A. umur pada peperiksaan fizikal yang lepas.
B. umur pada hari jadi yang lepas (age at last birthday).
C. umur pada hari lahir terdekat (age at nearest birthday).
D. umur hari lahir yang akan datang (age at next birthday).

75. Pihak yang biasanya membayar premium polisi dan membendung semua haknya, nilai-nilai
dan opsyen dipanggil
A. pemohon (applicant)
B. pemilik polisi (policy owner)
C. waris (beneficiary)
D. orang yang dicadangkan (proposed insured)

Center for Learning Excellence T & E Dept 15


PCE BAHAGIAN (A+C)

76. Kepentingan boleh insurans didalam insurans nyawa mesti ada


A. pada masa membuat tuntutan
B. pada masa membuat cadangan
C. pada kedua-dua masa iaitu semasa mengeluarkan polisi dan semasa membuat tuntutan
D. pada bila-bila masa dari pengeluaran polisi dan sehingga membuat tuntutann

77. kanak-kanak yang belum cukup umur dewasa tidak mempunyai keupayaan untuk mengikat
kontrak tetapi dibawah Akta Inusrans 1963, seseorang yang telah mencapai umur berikut
adalah dibenarkan memasuki kontrak polisi insurans.
A. 14 tahun
B. 16 tahun
C. 18 tahun
D. 21 tahun

78. Urusniaga yang sah di sisi undang-undang yang meminda semua hak-hak keempunyaan polisi
insurans nyawa dari pemilik polisi kepada orang lain dipanggil
A. penyerahan hak mutlak (an absolute assignment)
B. penyerahan hak bersyarat (a conditional assignment)
C. penyerahan hak bersampingan ( a collateral assignment)
D. penyerahan hak sepenuhnya (a complete assignment)

79. Satu dokumen yang membolehkan seseorang membahagikan harta pesakanya selepas
kematiannya dipanggil
A. surat ikatan amanah (trust deed)
B. probet (probate)
C. wasiat (will)
D. surat pentadbiran (letter of administration)

80. Yang mana diantara kenyataan berikut adalah salah?


A. opsyen penyelesaian disediakan untuk kedua-dua tuntutan kematian dan matang
B. opsyen penyelesaian hanya disediakan untuk tuntutan matang sahaja.
C. penyerahan hak polisi-polisi insurans nyawa mungkin dipengaruhi oleh pengendorsan.
D. penyerahan hak polisi insurans nyawa mungkin dipengaruhi oleh surat ikatan yang lain.

81. Di dalam urusniaga perniagaan insurans nyawa, penginsurans menghadapi risiko-risiko


A. sebaik sahaja surat penerimaan dikeluarkan.
B. Sebaik sahaja surat penerimaan dikeluarkan dan diterima oleh orang yang dicadangkan.
C. sebaik sahaja surat penerimaan dikeluarkan dan premium pertama dibayar.
D. sebaik sahaja surat penerimaan dikeluarkan dan premium pertama dibayar dan diterima
oleh syarikat insurans.

Center for Learning Excellence T & E Dept 16


PCE BAHAGIAN (A+C)

82. Kemungkiran penuh percaya boleh berlaku dalam keadaan berikut:-


I. tidak memberitahu (non-disclosure)
II. penyembunyian (concealment)
III. salahnyata ikhlas (innocent misrepresentation)
IV. salah nyata secara menipu (fraudulent misrepresentation)

A. I, II, III, IV
B. I, II, IV
C. I, III, IV
D. II, III, IV

83. Pilih kenyataan-kenyataan berikut yang dianggap betul


I. kontrak adalah sah iaitu, ia boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
II. Kontrak adalah sah hanya sekiranya kedua-dua pihak secara sukarela
mematuhi syarat-syarat perjanjian tersebut.
III kontrak membabitkan dua atau lebih pihak.
IV pertimbangan mestilah membentuk sebahagian dan perjanjian tersebut.

A. I, II
B. I, II, III
C. I, III, IV
D. semua jawapan diatas

84. Satu dokumen yang mengandungi perjanjian tertulis diantara pihak penginsuran dan pemegang
polisi dipanggil
A. cadangan (proposal)
B. surat penerimaan (letter of acceptance)
C. polisi (policy)
D. borang permohonan (application forms)

85. Syarat-syarat yang terkandung di dalam polisi insurans nyawa meliputi


A. hak-hak orang yang diinsuranskan tetapi bukan obligasinya.
B. hak-hak dan obligasi kedua-dua penginsurans dan orang yan diinsuranskan.
C. hanya hak-hak dan obligasi penginsurans.
D. tidak satupun yang berkaitan.

86. Apabila seseorang ingin membeli polisi insurans nyawa, beliau mestilah memberitahu
syarikat insurans mengenai permohonan tersebut. Ini dilakukan dengan mengemukakan satu
permohonan insurans. Oleh kerana ini maka permohonan itu
A. mempunyai kepentingan khusus iaitu syarikat insurans tidak akan mengeluarkan
polisi tanpanya.
B. adalah penting tetapi tidak diperlukan semasa mengeluarkan polisi insurans nyawa.
C. boleh dihapuskan sama sekali sekiranya agen menulis memo kepada pejabat insurans
menerangkan fakta-fakta tepat yang berhubungan dengan orang yang dicadangkan itu.
D. tidak penting sama sekali.

Center for Learning Excellence T & E Dept 17


PCE BAHAGIAN (A+C)

87. Di dalam kebanyakan negara-negara, undang-undang insurans berhubung dengan


A. pengurusan dan operasi syarikat tetapi bukan dengan kedudukan kewangannya.
B. kedudukan kewangan, pengurusan dan operasi syarikat.
C. kedudukan kewangan dan operasi syarikat.
D. keadaan pemasaran syarikat sahaja.

88. Encik John, empunya kedai runcit, telah membeli polisi Insurans Endowmen sebanyak
$30,000 bagi tempoh 10 tahun dari Syarikat XYZ. Premium tahunan yang dibayar ialah
sebanyak $3200. Encik John tidak menyumbang kepada K.W.S.P. Berapakah relif cukai bagi
premium beliau?
A. $3,200
B. $2,100
C. $3,000
D. tiada relif cukai bagi premium yang dibayar.

89. Polisi amanah ialah polisi yang memenuhi peruntukan


A. seksyen 23 Akta Insurans Nyawa.
B. seksyen 33 Akta undang-undang Sivil.
C. seksyen 23 Akta undang-undang Sivil.
D. seksyen 23 Akta undang-undang Harta pesaka.

90. Suatu kontrak boleh dilepaskan mengikut cara-cara berikut, kecuali satu
A. persetujuan diantara pihak-pihak yang terlibat
B. kekecewaan
C. kemungkiran/penyalahan
D. warranti

91. Agen am boleh didefinasikan sebagai


A. seorang yang dilantik untuk menjalankan tindakan atau urusniaga tertentu.
B. seorang yang sanggup melakukan apa saja untuk prinsipalnya dalam had kuasa am yang
diberi kepadanya.
C. seorang yang mempunyai kuasa yang tidak terhad.
D. seorang yang mempunyai tanggungjawab yang tidak terhad.

92. Kuasa seseorang agen boleh dikelaskan sebagai:-


I. Kuasa nyata (Express Auhtority)
II. Kuasa Tersisat (Implied Authority)
III. Kuasa Biasa (Usual Authority)
IV. Kuasa Zahir(Apparent Authority)

A. I, II
B. I, III
C. I, II, IV
D. semua jawapan diatas

Center for Learning Excellence T & E Dept 18


PCE BAHAGIAN (A+C)

93. Yang mana diantara berikut membentuk sebahagian dari keperluan-keperluan untuk
menjadikan kontrak ikatan undang-undang?
I. tawaran dan penerimaan (offer & acceptance)
II. consensus Ad Idem (sepakat pemikiran)
III. objek yang sah (legality of object)

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja.
C. II dan III sahaja.
D. I, II dan III.

94. Satu daripada kenyataan berikut adalah tidak benar mengenai Persatuan Insurans Nyawa
Malaysia (LIAM):
A. ia bertanggungjawab dalam keperluan latihan dan pendidikan bagi keseluruhan
industri insurans.
B. adalah wajib disisi undang-undang bagi syarikat insurans nyawa menjadi ahli
persatuan ini.
C. ia adalah satu persatuan perdagangan.
D. ia bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan syarikat insurans nyawa di Malaysia.

95. Yang mana diantara kenyataan berikut adalah tidak benar apabila satu kontrak insurans
dibentuk?
A. ia boleh dikuatkuasakan melalui penyatuan dengan kontrak lain.
B. Hak-hak dan tugas /tanggungjawab pihak-pihak yang mengikat kontrak akan lenyap.
C. ia boleh dikuatkuasakan tanpa penggantianpolisi yang wujud.
D. Ia boleh dikuatkuasakan oleh kedua-dua pihak yang bersetuju membebaskan/ melepaskan
satu sama lain dari obligasi tersebut.

96. Yang mana dari kenyataan berikut adalah betul mengenai kejujuran mutlak (utmost Good
Faith)?
I. ia adalah satu kontrak uberrimae fides.
II. ia merupakan satu ikatan pada penginsurans.
III. ia merupakan satu ikatan pada orang yang di insurans.
IV. ia merupakan satu ikatan pada agen yang menjual polisi insurans itu.

A. I sahaja.
B. II dan IV sahaja.
C. I, II dan III sahaja.
D. semua jawapan diatas adalah betul.

97. Satu daripada kenyataan berikut adalah tidak benar mengenai sifat-sifat kontrak insurans
nyawa.
A. ia adalah satu kontrak kejujuran mutlak (contract of utmost good faith)
B. ia adalah satu kontrak tanpa bersyarat (non-conditional contract)
C. ia adalah kontrak satu pihak (unilateral contract)
D. ia adalah satu kontrak wasi (executory contract)

Center for Learning Excellence T & E Dept 19


PCE BAHAGIAN (A+C)

98. Seorang agen insurans nyawa diberi kuasa untuk


A. mengubah syarat-syarat dan peruntukan polisi.
B. mengeluarkan polisi-polisi ikatan syarikat insurans.
C. mencetak resit-resit bayaran premium.
D. mendapat perniagaan baru, mengutip premium pertama dan menyerahkannya kepada
syarikat insurans nyawa.

99. Pentadbiran sesuatu estet mesti memperolehi __________dari mahkamah sebelum beliau
mentadbir estet tersebut.
A. kebenaran tertulis dari keluarga simati.
B. kebenaran tertulis dari doktor dan keluarga simati.
C. probet.
D. surat pentadbiran.

100.Syarikat insurans nyawa tidak akan menerima pemohon-pemohon insuran secara spontan
walhal mereka akan meneliti semua unsur-unsur risiko dengan cermat. Proses ini dipanggil
A. menjamin kepentingan boleh insurans.
B. menentukan standard-standard.
C. pemilihan yang bertentangan.
D. pemilihan.

Center for Learning Excellence T & E Dept 20

Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)