Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Warm-Up ataupun memanaskan badan adalah satu perkara penting


sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal. Tanpa warm-up, aktiviti fizikal yang
dilakukan mungkin boleh mengundang kecederaan. Banyak kebaikan yang didapati
dari melakukan memanaskan badan, antaranya ialah ianya dapat meningkatkan
prestasi seseorang atlet, dapat mengurangkan risiko kekejangan otot, menyesuaikan
kadar denyutan jantung sebelum melakukan aktiviti sebenar, dapat mengurangkan
kecederaan selepas bersukan dan yang paling penting ianya memudahkan otot-otot
berkontraksi dengan cepat dan efisyen.

Walaupun banyak variasi kesan dari pemanasan badan telah dikaji, kajian
tambahan diperlukan bagi memenuhi keperluan spesifik setiap acara sukan yang
disertai oleh atlet. Sebagai contoh, beberapa kajian lampau telah mencadangkan
bahawa regangan dan pemanasan badan perlu menggunakan memanaskan badan
dan regangan secara dinamik lebih baik berbanding kaedah tradisional iaitu secara
statik. Namun begitu, ada juga beberapa kajian lampau yang mendapati
memanaskan badan secara statik juga mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam
sukan tertentu.

Pemanasan badan dan regangan telah mengalami evolusi dan berkembang


dengan baik. Sejak kebelakangan ini, minat para pengkaji telah berkembang dalam
mengkaji Post-Activation Potentiation (PAP) yang dicadangkan sebagai kunci untuk
memperbaiki prestasi dalam sukan.

PAP ataupun Post Activation Potentiation didefinisikan sebagai satu


fenomena yang disebabkan oleh tenaga yang diguna oleh otot yang meningkat
prestasinya disebabkan pengecutan dan pengembangan otot yang terdahulu. Post
Activation Potentiation adalah satu teori yang merupakan sejarah pengembangan
dan penguncupan otot yang mempengaruhi prestasi mekanikal pengecutan otot
berikutnya.
PAP digunakan untuk meningkatkan kekuatan dan kuasa dalam atlet.
Kekuatan adalah keupayaan otot untuk mengenakan daya atau tork pada kelajuan
yang ditetapkan atau ditentukan, manakala kuasa ditakrifkan sebagai kerja per unit
masa (kali kuasa jarak dibahagikan dengan masa) atau sebagai kali kuasa halaju
(jarak x masa).

Contoh aktiviti biasa Post Activation Potentiation dalam memanaskan badan


telah diterangkan dalam kajian-kajian lampau adalah memanaskan badan secara
intensiti sederhana termasuk 4 minit berbasikal ataupun 1 set aktiviti
mencangkung , diikuti dengan aktiviti mengangkat berat untuk 1 ulangan maksimum.
Kemudian diberi tempoh rehat singkat yang dibenarkan untuk fosfokreatin disintesis
semula. Selepas itu, aktiviti untuk menguji kuasa dijalankan seperti aktiviti melompat
menegak. Walaupun di luar negara, telah banyak kajian yang dijalankan untuk
menguji kesan PAP sebagai konsep memanaskan badan, banyak kajian yang
memfokuskan aktiviti mencangkung dan lompatan menegak, namun masih kurang
kajian yang dilakukan bagi melihat kesan Post Activation Potentiation dalam acara
sukan bersifat kompetitif seperti acara pecut.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menentukan :

a) Keberkesanan Post Activation Potentiation (PAP) terhadap prestasi lari


pecut.
b) Perbezaan keberkesanan Post Activation Potentiation (PAP) antara atlet
pecut lelaki dan wanita.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian adalah seperti berikut :

a. Apakah terdapat perbezaan antara min skor pra dan pos kumpulan
Post Activation Potentiation dan kumpulan kawalan?
b. Apakah terdapat perbezaan keberkesanan Post Activation Potentiation
(PAP) antara sampel atlet lelaki dan wanita?

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis kajian ini adalah seperti berikut,

Ho1: Terdapat perbezaan yang signifikan skor min ujian pra dan pos

kumpulan eksperimen ( PAP ) dan kumpulan kawalan.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan signifikan antara atlet lelaki dan wanita

dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

1.4 DEFINISI OPERASIONAL

1.4.1 Post Activation Potentiation ( PAP )

Teori yang merupakan sejarah pengembangan dan penguncupan otot yang


mempengaruhi prestasi mekanikal pengecutan otot berikutnya. Aktiviti yang
dilakukan 4 minit berbasikal ataupun 1 set aktiviti mencangkung , diikuti
dengan aktiviti mengangkat berat untuk 1 ulangan maksimum (1RM)
.Kemudian diberi tempoh rehat singkat yang dibenarkan untuk fosfokreatin
disintesis semula. Selepas itu, aktiviti untuk menguji kuasa dijalankan seperti
aktiviti melompat menegak.

1.4.2 Warm up atau Memanaskan Badan

Warm Up atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita


menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman.
Memanaskan badan akan menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti
yang dilakukan nanti dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
1.4.3 Memanaskan Badan Secara Dinamik

Memanaskan badan secara dinamik didefinisikan menggunakan momentum


dari bentuk, kekuatan regangan statik aktif dalam usaha untuk menggerakkan
otot .

1.4.4 Memanaskan Badan Secara Statik

Memanaskan badan dengan kurang pergerakan di mana memegang anggota


badan selama lebih daripada 30 saat untuk memanjangkan otot.

Anda mungkin juga menyukai