Anda di halaman 1dari 3

Spaghetti Ayam Dan Tomato Kecil Yang Disaute

1. Selepas air bergaram dididihkan, daging ayam dipotong dadu 1 inci


persegi diperisakan dengan 1/2 sudu kecil daun kering oregano, dan basil,
sedikit garam dan lada sulah.

2. Kemudian, masak bersama sedikit minyak selama 3-4 minit. Ketepikan


ayam apabila isinya tidak lagi berwarna merah jambu.

3. Masukkan 227g pasta di dalam air bergaram yang dididihkan tadi. Selepas
itu tos pasta. Air bergaram itu pula disimpan separuh untuk digunakan
kemudian.

4. Panaskan semula kuali tadi, dan masukkan 6 ulas bawang putih untuk
disaute. Tambah tomato, garam dan lada sulah sekali. Api dikurangkan agar
dapat saute semua bahan itu selama 4-5 minit.

5. Ambil pasta yang telah ditos tadi untuk dimasukkan ke dalam kuali. Jika
pasta kelihatan terlalu kering, ambil sedikit air bergaram agar ia kembali
lembap.

6. Setelah itu, tambah daun segar basil dan daging ayam yang telah disaute
sebelum ia dihidangkan bersama hirisan keju.

Cendawan Bolognese
. Masak pasta bersama air bergaram didih di dalam periuk sehingga ia capai
tahap al dente. Kemudian, toskan.

2. Di dalam periuk panas yang lain, tambah 2 sudu besar mentega. Kacau
hingga ia cair. Setelah itu tambah 1 biji bawang putih dipotong dadu, 1 biji
lobak merah dipotong dadu, 2 batang saderi untuk disaute selama 6-8 minit.

3. Setelah ia kelihatan seperti lembut dan hampir masak, masukkan 4 ulas


bawang putih cincang dan 454g cendawan yang dipotong dadu. Masak 4-5
minit hingga cendawan jadi warna keperangan dan sayur semua telah
masak.

4. Resipi asal menggunakan wain. Anda boleh gantikannya dengan epal


sider. Masukkan 2/3 cawan epal sider di dalam sayur-sayuran tadi dan kacau.
Apabila api sudah cecah suhu didih, renehkan ia selama 2-3 minit sehingga
epal sider jadi separuh.
5. Tambah 1 2/3 cawan stok sayur-sayuran, 425g sos tomato, 1 helai daun
bay, 1 sudu kecil perasa Itali, dan secubit rasa garam dan lada sulah. Kacau
campuran ini hingga ia reneh.

6. Kurangkan api, reneh tanpa ditutup periuk selama 10 minit. Selepas itu
anda boleh perasakan ia lagi mengikut selera anda sebelum hidangkannya
bersama pasta dan hirisan keju.

Pasta Udang Bawang Putih

1. Didihkan air bergaram di dalam periuk besar dan masak pasta hingga al
dente. Simpan 1/4 cawan air itu. Pasta pula ditos bersama sedikit minyak
zaitun bagi mengelakkan ia melekat sesama sendiri.

2. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun di dalam kuali besar dengan api
sederhana tinggi. Masukkan 1 biji bawang merah dipotong dadu dan masak
selama 2 minit. Masukkan pula 3 ulas bawang putih yang dicincang dan
masak lagi selama 1 minit.

3. Kemudian tambah 454g udang, renjis dengan 1/2 sudu kecil serbuk cili
merah, 1/2 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil lada hitam. Saute, kacau
hingga ia serasi dengan bawang putih dan masak selama 3 minit. Selepas
itu, letakkan ia di pinggan.

4. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun dengan sudu sederhana tinggi.


Masukkan 340g brokolli, 454g sayur campur, 1/2 sudu kecil serbuk cili
merah, 1/2 sudu kecil garam, dan 1/2 sudu kecil garam. Masak selama 4-5
minit.

5. Tambah epal sider dan masukkan udang di dalam kuali. Masak selama 2
minit agar epal sider tersejat. Kacau hirisan kulit lemon dan jus. Alihkan ia
dari tempat memasak yang panas itu.

6. Tambah pasta di dalam kuali dan tos. Jika pasta terlalu kering, tambah air
bergaram yang disimpan tadi. Hidang bersama daun parsley dan keju
parmesan

Pasta Ayam Belanda


. Sapu minyak di dalam slow cooker. Masukkan 6 ulas bawang putih cincang,
1 biji bawang saiz medium dipotong dadu, dan 2 sudu besar minyak zaitun di
dalam mangkuk kecil. Masukkan ia di dalam mikrowave selama 2 minit.
Berhenti sekejap dan kacau selepas 1 minit pertama.
2. Masukkan semua bahan ini di dalam slow cooker: 822g tomato dadu, 411g
sos tomato atau tomato hancur, 2 sudu besar perasa Itali, 1/2 sudu kecil
garam, 1/4 sudu kecil lada hitam, 1/4 sudu kecil cili merah hancur.

3. Potong 454g daging ayam turki dalam betuk ketulan Tambah sos di
dalamnya. Kacau tapi jangan sampai ketulan daging ayam turki pecah.

4. Tutup slow cooker dan masak ia selama 6-7 jam. Ayam turki perlu dimasak
secara perlahan agar dagingnya tidak jadi liat.

5. Apabila sudah siap dimasak, perasakan sos dengan garam (jika perlu).
Hidangkan dengan daun parsley segar dan hirisan keju Parmesan.

6. Lebihan sos boleh disimpan secara sejuk beku di dalam peti sejuk anda.

Anda mungkin juga menyukai