Anda di halaman 1dari 18

Isi Kandungan

Penghargaan.....................................................................................................................

1.0 Pengenalan..................................................................................................................

2.0 Tugasan 1: Anda perlu menghubungkaitkan peringkat perkembangan


tersebut dengan teori perkembangan yang sesuai........................................................

2.1 Teori Perkembangan Fizikal....................................................................................

2.1.1 Teori Perkembangan Robert Havighust...........................................................

2.2 Teori Perkembangan Kognitif.................................................................................

2.2.1 Teori Pebelajaran Piaget...................................................................................

2.3 Teori Perkembangan Sosioemosi...........................................................................

2.3.1 Teori Perkembangan Sosioemosi Erik Erikson...............................................

3.0 Tugasan 2: Anda dikehendaki membuat analisis tentang faktor-faktor yang


mempengaruhi perkembangan diri anda.........................................................................

3.1 Faktor Baka..............................................................................................................

3.2 Faktor Persekitaran.................................................................................................

4.0 Tugasan 3: Menghubungkaitkan kepentingan perkembangan kanak-kanak


yang baik dengan aspirasi murid seperti yang terdapat dalam PPPM bagi
bersaing di peringkat global...........................................................................................

5.0 Kesimpulan................................................................................................................

6.0 Refleksi......................................................................................................................

Bibliografi........................................................................................................................

Lampiran..........................................................................................................................

1
Penghargaan
Awal-awal sekali saya berasa syukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini pada masa
yang ditetapkan walaupun terdapat banyak masalah yang dihadapi.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucap penghargaan ini kepada pensyarah


saya, En. Baskaran Kannan kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya
membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Sebenarnya,
beliau telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya semasa membuat tugasan
tersebut dan menolong saya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak tertinggal kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga
sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah lupa. Mereka membantu
saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya tanya kepada mereka.
Terutamanya, mereka juga sanggup kongsi maklumat dan rujukan kepada saya
supaya tugasan ini dapat disiapkan dengan suksesnya.

Akhir sekali, saya tidak lupa merakan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya untuk menghasilkan tugasan ini pada masa yang
ditetapkan.

2
1.0 Pengenalan
Pertumbuhan didefinisikan sebagai perubahan yang boleh dinilai atau diukur
dari satu peringkat ke peringkat perkembangan yang lain. Setiap individu akan
mengalami peringkat pertumbuhan yang berbeza-beza mengikut umur mereka.
Sebenarnya, pertumbuhan ini adalah suatu proses perubahan yang bersifat kuantitatif,
iaitu pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang terutamanya dalam
perubahan sifat-sifat jasmani seperti saiz tubuh badan, ketinggian dan berat badan.

Perkembangan bermaksud proses perubahan yang dapat diperhatikan tetapi


sukar ditentukan dari satu tahap ke satu tahap yang lain termasuklah penguasaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ataupun penguasaan kemahiran untuk
bersosial dengan kanak-kanak. Sebagai guru yang prihatin, kita perlulah peka dan
mengambil berat terhadap perubahan perkembangan ini khususnya keperluan untuk
memahami aspek pertumbuhan dan perkembangan setiap anak murid di bawah
pengawasannya.

Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah dua proses yang saling


mempengaruhi antara satu sama lain. Kehadiran kedua-dua aspek ini menjamin
seorang manusia yang sempurna. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi
perkembangan dan pertumbuhan iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.

2.0 Tugasan 1: Anda perlu menghubungkaitkan peringkat perkembangan


tersebut dengan teori perkembangan yang sesuai.

2.1 Teori Perkembangan Fizikal

2.1.1 Teori Perkembangan Robert Havighust


Robert Havighurst menegaskan konsep teorinya dalam perkembangan.
Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada tugas yang perlu
dicapai. Robert Havighurst percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh
persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Peringkat pertama dalam
teori beliau ialah peringkat bayi hingga awal zaman kanak-kanak, iaitu dari kelahiran
hingga berumur 5 tahun. Pada peringkat ini bayi mula menjalinkan kasih sayang
dengan ibu bapanya. Kanak-kanak mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat
objek. Semasa saya berumur 9 bulan, saya sudah dapat berdiri dan berjalan, saya
juga akan memahami sesuatu isyarat yang diberikan oleh ibu bapa seperti bunyi mun-
mun bermaksud makan. Pada waktu ini, otot-otot saya mula berkembang dan menjadi
besar malah tulang saya menjadi lebih kuat untuk menyokong badan saya untuk
berjalan.

3
Peringkat kedua ialah peringkat pertengahan zaman kanak-kanak, iaitu
berumur 6 hingga 12 tahun. Pada peringkat ini mereka mula belajar kemahiran-
kemahiran fizikal untuk bermain. Semasa saya berada di peringkat ini, saya telah
belajar kemahiran seperti memanjat pokok-pokok, menunggang basikal, menangkap
ulat-ulat. Pada waktu kecil, saya selalu memanjat pokok-pokok buah dengan saudara-
mara dan jiran-jiran saya untuk mendapatkan buah pada musim buah-buahan. Dalam
segi pendidikan, saya juga meguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis.
Pada umur peringkat ini, saya bergiat aktif dalam menyertai pelbagai aktiviti dan
mempelajari pelbagai jenis kemahiran sama ada daripada ibu-bapa ataupun rakan
sekolah.

Peringkat ketiga ialah peringkat remaja, iaitu berumur 13 hingga 18 tahun.


Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk
badan dan suara. Kanak-kanak perempuan akan berkelakuan sebagai orang
perempuan dan lelaki akan berkelakuan orang lelaki. Puberti saya bermula pada 15
tahun. Pada waktu ini, saiz badan saya menjadi lebih besar dan ketinggian saya
meningkat dengan pantas, tulang saya menjadi lebih kukuh dan menpunyai otot yang
kuat. Bahu dan dada saya menjadi lebih bidang, besar dan kuat dan badan lebih
tegap. Suara saya menjadi lebih rendah, kasar dan garau. Saya juga mula bermisai
dan bertumbuh bulu di kawasan kemaluan dan ketiak. Selain daripada itu, teori Robert
Havighust juga menegaskan anak pada peringkat ini akan berlajar membentuk emosi
mereka daripada ibu bapa mereka.

2.2 Teori Perkembangan Kognitif

2.2.1 Teori Pebelajaran Piaget


Menurut Jean Piaget, beliau telah menumpukan kepada pemerhatian kanak-
kanak di dalam persekitaran semula jadi mereka. Beliau telah mengkaji perkembangan
tiga anaknya sendiri. Piaget telah memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu
skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi. Skema merupakan struktur kognitif asas
yang mewakili pengetahuan mental seseorang untuk memahami dan menyusun
maklumat baharu. Asimilasi merupakan proses kognitif, iaitu individu mengintegrasikan
maklumat atau pengalaman baharu ke dalam skema yang sedia ada. Akomodasi
merupakan proses untuk mengubahkan skema semasa seseorang individu tidak dapat
mengasimilasikan maklumat baru dengan berjaya. Ekuilibrasi atau keseimbangan
antara asimilasi dan akomodasi menentukan interaksi individu dengan persekitaran
untuk memahaminya. Ekuilibrasi menerangkan cara-cara pemikiran kanak-kanak
beralih dari satu peringkat ke peringkat yang berikutnya.

Jean Piaget amat terkenal dengan perkembangan intelek. Menurut beliau,


tahap perkembangan kognitif bergantung kepada kemampuan berfikir, dengan ini tentu
4
perkembangannya dipengaruhi oleh unsur-unsur biologi. Beliau telah mengutarakan
empat peringkat perkembangan intelek. Perkembangan kognitif peringkat sensori
motor bergantung kepada penggunaan deria dan kemahiran motor yang ada dari lahir
hingga 2 tahun. Semasa saya berumur 5 minggu, saya dapat mengeluarkan bunyi-
bunyi suara dan perkataan pertama yang saya sebutkan ialah mun-mun pada saya
berumur 4 bulan. Selain itu, saya dapat menyebut beberapa perkataan dengan fasih
seperti saya lapar, makan semasa saya berumur 2 tahun.

Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap pra


operasional, yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun. Dalam tahap pra
operasional pemikiran masih kacau dan tidak diorganisasi secara baik. Pemikiran pra
operasional adalah awal dari kemampuan untuk mengkonstruksi pada tahap pemikiran
apa yang telah ditetapkan dalam tingkah laku. Pada tahap praoperasi ini, saya dapat
menggunakan bahasa dan imej untuk mewakili kefahaman tentang dunia. Saya suka
menggunakan bahasa lisan untuk berkomunikasi dengan orang. Saya juga suka akan
mengimaginasikan tentang bahawa manusia mempunyai sepasang sayap dan boleh
berterbang tinggi atas langit yang kebiru-biruan. Pada peringkat ini, saya hanya boleh
menumpukan perhatian kepada satu aspek masalah sahaja. Contohnya, apabila dua
gelas yang diisi dengan air dan airnya mempunyai isi padu yang sama dituangkan ke
dalam dua bekas yang berlainan; sebuah gelas yang mempunyai ketinggian yang lebih
tinggi dan sebuah lagi yang mempunyai bekas yang lebih lebar dan pendek. Saya tidak
mengetahui bahawa air yang dituang ke dalam kedua-dua gelas tersebut mempunyai
isi padu air yang sama malah saya menjawab bahawa air di dala gelas yang
mempunyai ketinggian yang lebih tinggi itu mempunyai air yang lebih banyak.

Perkembangan kognitif semasa pertengahan kanak-kanak dinamakan


peringkat operasi konkrit. Pemikiran anak-anak pada masa ini disebut pemikiran
operasi konkrit. Peringkat Operasi Konkrit ini bermula apabila anak-anak itu mencapai
umur 7 hingga 11 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat mempertimbangkan
beberapa ciri objek secara serentak, dan bukan lagi berfokus kepada satu ciri sahaja
dan hanya dapat menyelesaikan satu masalah yang melibatkan peristiwa yang konkrit.
Walau bagaimanapun, keupayaan untuk memanipulasikan konsep dan idea pada
tahap ni adalah terhad serta bergantung pada objek yang boleh dilihat atau disentuh
sahaja. Saya dapat berfikir dengan logik tetapi berasa keliru apabila menghadapi
masalah dan peristiwa yang abstrak. Semasa saya berumur 10 tahun, saya dapat
menguasai konsep keterbalikkan. Saya dapat mengklasifikasikan objek dalam saiznya,
warna, bentuk, dan sebagainya. Saya dapat mengetahui faktor akibat berlaku pada
sesuatu benda dan menyelesaikannya.

5
Peringkat operasi formal bermula pada umur 11 atau 12 tahun dan ke atas.
Peringkat ini bermaksud kanak-kanak sudah mulai berfikir abstrak dan hipotesis dan
pada masa ini juga kanak- kanak sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan atau
mungkin terjadi, iaitu sesuatu yang abstrak. Pada waktu ini, saya dapat menggunakan
idea-idea yang abstrak dan berfikir secara abstrak, multidimensional, relatif dan
reflektif. Saya boleh menaakul dengan secara deduktif dan induktif. Selain itu, Saya
boleh membahagikan perhatian saya dan memfokuskan diri pada lebih daripada dua
benda pada waktu yang sama.

2.3 Teori Perkembangan Sosioemosi

2.3.1 Teori Perkembangan Sosioemosi Erik Erikson


Erik Erikson membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan
manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka. Beliau membentuk teori
berdasarkan kepada pengalaman kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar
psikososial kerana beliau menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial. Teori beliau
menekankan kepentingan hubungan sosial antara kanak-kanak dengan individu-
individu yang berada di persekitaran mereka.

Terdapat beberapa peringkat dalam teori perkembangan sosioemosi yang


diutarakan oleh Erik Erikson. Peringkat pertama ialah fasa percaya lawan tidak
percaya pada peringkat umur 0 hingga 18 bulan. Bayi mulai belajar untuk
mempercayai orang lain dan persekitaran di sekelilingnya terutamanya ibu bapa
mereka. Sebagai contoh, bayi akan berasa lebih selamat dan selesa semasa mereka
berada dengan ibu bapa mereka sendiri. Sebaliknya, bayi akan menangis jika
mengetahui orang-orang yang mendekati mereka bukan ibu bapa mereka. Semasa
saya berada pada peringat ini, saya akan menunjukkan perasaan saya di muka
dengan mudah sama ada muka yang ceria ataupun sedih dan tangisan. Selain itu,
saya hanya mementingkan keperluan diri sendiri dan akan membuat bising atau
menangis apabila saya memerlukan sesuatu. Contohnya, saya akan menangis
sewaktu saya lapar ataupun apabila saya telah membuang air besar/kecil di lampin
saya.

Peringkat kedua ialah peringkat autonomi lawan malu pada kanak-kanak yang
berumur 18 bulan sehingga 3 tahun. Kanak-kanak pada peringkat ini tertumpu kepada
pembentukan keyakinan diri dalam diri kanak-kanak. Mereka telah berdikari untuk
membuat sesuatu tanpa sokongan daripada orang lain. Pada peringkat ini, saya akan
juga untuk membuat sesuatu seperti memakai baju dengan sendiri, makan dan minum
air dengan kebolehan diri sendiri.

6
Peringkat ketiga ialah peringkat inisiatif lawan bersalah dan ini berlaku semasa
kita berumur 3 hingga 6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan terus bersikap
berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru yang digemarinya.
Mereka suka dan kerap kali bertanya soalan dan meminta penjelasan bagi setiap
situasi yang telah berlaku. Ibu bapa haruslah memberi sokongan kepada mereka untuk
menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak tersebut. Manakala, kanak-kanak yang
tidak diberi peluang atau dihukum akan rasa bersalah dan tidak yakin terhadap dirinya
sendiri. Semasa saya pada peringkat ini, saya akan cuba sesuatu seperti saya
mempunyai sikap yang ingin tahu kepada pelbagai benda dan saya akan meletakkan
apa-apa benda yang saya nampak ke dalam mulut saya tanpa mempunyai sebarang
pemikiran sama ada benda itu membawa kebaikan atau keburukan kepada diri saya
sendiri.

Peringkat keempat ialah peringkat kecekapan lawan rasa rendah diri dan
peringkat ini wujud pada kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Murid mampu
menguasai kemahiran fizikal, sosial dan bahasa pada peringkat ini. Mereka akan
membuat sesuatu dengan baik supaya mendapat pujian daripada orang lain dan
apabila mereka ditegur dan gagal dalam melakukan sesuatu, mereka akan berasa
rendah diri dan tidak yakin terhadap diri sendiri. Apabila saya berada pada peringkat
ini, saya sukar untuk menerima kegagalan dan saya tidak akan berusaha untuk
menyelesaikan masalah dan berasa rendah diri.

Peringkat yang kelima ialah peringat identiti lawan kekeliruan peranan yang
berlaku pada kanak-kanak berumur 12- 18 tahun. Pada peringkat ini, mereka mula dan
sentiasa mencari identiti diri sama ada dalam personaliti, bidang pekerjaan, perasaan
jantina, politik dan agama. Pada peringkat ini, mereka keliru terhadap identiti diri
seterusnya mudah terikut dan terpengaruh terutamanya persekitaran sosial mereka.

3.0 Tugasan 2: Anda dikehendaki membuat analisis tentang faktor-faktor yang


mempengaruhi perkembangan diri anda.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dan setiap kanak-kanak juga akan mengalami
perkembangan mereka secara tidak seragam dan mempunyai tahap yang berbeza.
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah faktor baka dan
persekitaran.

3.1 Faktor Baka


Menurut Ernest R. Hilgard (1977) mengatakan bahawa baka merujuk kepada ciri-ciri
biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapanya kepada anaknya melalui
gen. Gen ibu bapa yang diturunkan kepada anak-anaknya akan mengakibatkan ciri

7
fizikal anaknya menjadi sama seperti ibu bapa mereka. Hal ini dapat dilihat dari segi
warna kulit, jenis darah, warna dan jenis rambut, warna dan bentuk mata adalah
mempunyai persamaan dengan ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, ketinggian dan
berat badan seseorang kanak-kanak juga mungkin akan dipengaruhi oleh genetik ibu
bapa mereka.

Genetik ibu bapa saya telah menentukan ciri-ciri fizikal saya. Sejak saya
dilahirkan, terdapat pelbagai ciri fizikal di badan saya dipengaruhi oleh baka ibu bapa
saya seperti berat badan, warna kulit, warna mata, warna rambut. Warna kulit saya
cerah dan putih diwarisi oleh baka ibu bapa saya. Apabila saya meneruskan pelajaran
saya ke IPG Kampus Ipoh, warna kulit saya bertukar menjadi semakin gelap jika
berbanding dengan warna kulit sebelum saya memasuki institut ini. Hal ini disebabkan
kerana saya jarang menggunakan payung semasa saya berjalan di bawah matahari
terik dan banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan dan kokurikulum. Dalam
kumpulan darah pula, oleh sebab bapa saya mempunyai kumpulan darah dalam A+
dan ibu saya mempunyai kumpulan darah B+, jadi saya menpunyai kumpulan darah
AB+. Kedua-dua ibu bapa saya mempunyai warna mata yang hitam jadi saya juga
mempunyai warna mata yang hitam. Selain itu, saya mempunyai rambut yang lurus
dan tidak kerinting, hal ini demikian kerana dipengaruhi oleh baka ibu bapa saya yang
mempunyai rambut yang lurus dan saya juga mempunyai warna rambut hitam.

Di samping itu dari aspek sahsiah. Sahsiah adalah merujuk kepada ciri-
ciri keperibadian individu dari segi gaya bercakap, tingkah laku, gaya berfikir, gaya
bertindak, gaya bekerja dan sebagainya. Sahsiah telah dibahagikan kepada tiga iaitu
ekstrovert, introvert dan juga ambivert. Saya mempunyai sahsiah yang ekstrovet, hal
ini kerana saya suka akan berinteraksi dan berkomunikasi dengan ramai orang. Saya
tidak suka akan berada seseorang dan tidak bercakap dengan orang lain. Semasa
saya melanjut pelajaran di sekolah, saya mulai dan saya suka akan menyertai pelbagai
aktiviti sukan dan kokurikulum. Hal ini demikian kerana, saya dapat bergaul dengan
pelbagai orang dan kawan semasa menjalani aktiviti ini dan juga akan meningkatkan
tahap kesihatan badan saya. Saya pernah menjadi seorang Komander dalam Pasukan
Kadet Polis, Pengerusi dalam Perpustakawan, Pengerusi dalam Kelab Keselamatan
Jalan Raya dan sebagainya. Kini, saya merupakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
dan pengacara aktiviti dalam Pesta Tanglung tahun lepas dan tahun ini di IPGKI.

Semasa saya berada di sekolah rendah dan menengah, saya telah banyak
terlibat aktiviti dan pertandingan dalam bidang akademik. Saya telah menjadi wakil
sekolah untuk menyertai pertandingan syarahan semasa saya berada di tingkatan 1
dan mendapat tempat kedua. Saya juga pernah mewakili sekolah untuk menduduki
kuiz keselamatan jalan raya dan mendapat tempat pertama. Selain itu, dalam aspek
8
mental. Keluarga saya tidak mempunyai sebarang penyakit genetik, jadi saya
dilahirkan dengan sihat dan kuat ke dunia ini.

3.2 Faktor Persekitaran


Faktor yang kedua ialah faktor persekitaran. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman
sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan,
gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh
cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat,
media dan persekitaran dunia.

Sebelum anak dilahirkan ke dunia ini, ibu yang mengandung bayi itu haruslah
menjaga kesihatan sendiri dengan baik supaya tidak dijangkiti oleh kandungannya.
Semasa ibu mengandung saya, ibu saya sangat mementingkan cara pemakanan
dengan mengikut piramid dan mengambil makanan yang mengandungi banyak nutrisi
dan vitamin. Ibu saya juga telah mengambil makanan yang mempunyai asid folik,
mineral, protein, zat besi, kalsium dan fosforus dan vitamin lain untuk mengekalkan
kesihatan ibu dan saya. Ibu saya juga mengawal emosi beliau dengan baik dan tidak
mengambil sebarang ubat, dadah, alkohol, rokok yang akan membawa kesan yang
negatif kepada saya.

Selepas anak dilahirkan ke dunia ini, ibu bapa telah mengambil tanggungjawab
untuk menjaga dan mendidik anak mereka dengan baik dan sentiasa memastikan saya
berada dalam keadaan yang sihat dan selesa. Ibu bapa saya juga mementingkan
pemakanan saya semasa saya masih dalam keadaan bayi, ibu saya menyusukan saya
dengan susu ibu yang mempunyai nutrisi yang diperlukan dalam badan saya. Selain
itu, saya mendapati bahawa saya sudah dapat berjalan dengan sendiri semasa saya
berada dalam umur sembilan bulan. Untuk pengetahuan anda, umur purata bayi
belajar untuk berjalan adalah pada tahun sepuluh bulan sehingga dua belas bulan.
Saya telah menguasai kemahiran berjalan dengan lebih awal jika berbanding dengan
kanak-kanak yang lain. Hal ini demikian kerana dengan ibu bapa saya yang sering
memberi bimbingan dan latihan berjalan sejak saya berumur lapan bulan. Hal ini telah
menunjukkan betapa pentingnya suatu persekitaran penting kepada seorang anak,
persekitaran yang baik seperti keluarga saya yang telah memberikan galakan dan
bimbingan kepada saya untuk berjalan pada masa yang lebih awal.

Menurut Menurut Sheldon (1942) pula, beliau menyatakan bahawa bentuk


badan dapat dikategorikan kepada tiga bentuk, iaitu endomorf, mesomorf dan
ektomorf. Bentuk badan saya diketegori kepada mesomorf yang memiliki tubuh badan
yang berotot dan dapat melaksanakan pelbagai jenis sukan. Sebelum saya belajar di
Tingkatan 5, saya memiliki bentuk badan yang lagi kuat dan berotot dan berisi tetapi
9
oleh disebabkan dengan tekanan persekitaran, saya telah menjadi semakin kurus. Hal
ini demikian kerana semasa saya berlajar untuk SPM, saya selalu lupa untuk
mengambil makanan pada waktu yang tetap. Saya juga tidak mempunyai selera yang
baik. Hal ini juga berlaku sekarang semasa saya menuntut pelajaran di IPGKI. Oleh
sebab saya tidak biasa mengambil makanan laut Melayu yang disediakan oleh pak cik
kafetria, jadi saya selalu menggantikannya dengan biskut dan roti sahaja. Justeru,
persekitaran juga dapat mengubahkan saiz badan seseorang dan ia juga akan
mempengaruhi pertumbuhan badan.

4.0 Tugasan 3: Menghubungkaitkan kepentingan perkembangan kanak-kanak


yang baik dengan aspirasi murid seperti yang terdapat dalam PPPM bagi
bersaing di peringkat global.

Untuk meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia untuk bersaing di peringkat


global, ibu bapa dan guru-guru telah memainkan peranan yang penting dalam
melahirkan murid yang holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelak dan sosial.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan satu
panduan untuk murid mencapai pendidikan di negara kita dan melahirkan kemampuan
pendidikan negara kita untuk bersaing dengan negara lain dan ia perlulah diterapkan
kepada setiap murid. Antara ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk
berupaya bersaing pada peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identity
nasional.

Aspirasi murid yang pertama ialah pengetahuan. Pengetahuan merupakan


benda yang paling penting kepada setiap individu dan ia juga melibatkan dengan
kanak-kanak. Untuk merealisasikan impian bersaing dengan negara lain, rakyat
Malaysia haruslah mempunyai pengetahuan yang banyak. Kanak-kanak sudah mula
menerima pengetahuan sejak mereka lahir ke dalam dunia ini. Perkembangan mental
dalam kanak-kanak dapat membantu supaya membelajari lebih banyak pengetahuan
dan perkembangan ini akan membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang.
Dengan perkembangan mental ini, kanak-kanak dapat menguasi lebih banyak
pengetahuan seperti pengetahuan dalam bahasa, matematik, dan sains.
Perkembangan mental ini juga membolehkan kanak-kanak supaya dapat menpelajari
lebih banyak pengetahuan tetapi dengan pengetahuan yang bersesuaian dengan
tahap mereka.

Selain itu, aspirasi yang kedua ialah kemahiran berfikir. Kanak-kanak sudah
mencapai perkembangan kognitif dalam diri mereka sendiri. Setiap pelajar haruslah
menguasai kemahiran dalam kognitif. Hal ini demikian kerana dengan kemahiran ini,

10
kanak-kanak dapat mendapat pengetahuan dalam membaca, menulis, mengira,
berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran pemikiran yang kreatif amatlah diperlukan
untuk bersaing. Sekirannya seseorang murid mempunyai kemahiran berfikir, dia akan
berfikir dan menganalisis sesuatu benda dengan matang dan baik.

Aspirasi yang ketiga ialah kemahiran memimpin. Kemahiran memimpin


merupakan kemahiran yang amat penting kepada seorang pemimpin. Dalam ini,
kemahiran memimpin boleh terlibat kepada semua orang sama ada murid atau
pekerja. Kemahiran memimpin ini adalah sangat penting untuk memimpin sekumpulan
orang yang tidak sistematik kepada kumpulan yang bersistematik. Kemahiran
memimpin ini haruslah bersama dengan kemahiran berinteraksi. Hal ini demikian
kerana interaksi antara manusia adalah penting untuk membagikan sesuatu maklumat
ataupun mengelakkan sebarang peselisihan faham. Oleh itu, sewaktu memimpin
sesorang, murid-murid haruslah menggunakan perkataan yang betul dan tidak
menimbulkan masalah. Sistem pendidikan ini telah melibatkan setiap murid
mempunyai peluang untuk menjadi peluang setiap dalam latihan dalam kumpulan
(LDK). Dalam LDK ini, terdapat satu pemimpin untuk mengarahkan ahli kumpulannya
untuk membahagikan kerja dan berusaha menyelesaikan tugasan yang diberi.

Di samping itu, kemahiran dwibahasa juga merupakan aspirasi yang penting


kepada murid. Kerajaan telah memberi peluang pendidikan kepada semua murid
secara percuma dan ia juga menggalakkan murid supaya mempelajari bahasa
tambahan selain daripada bahasa ibunda mereka sahaja. Terdapat pelbagai yang
dapat dipelajari dalam negara kita. Contohnya, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan sebagainya. Dengan kemahiran
dwibahasa ini, ini membolehkan seorang murid dapat berinteraksi dengan lebih banyak
orang dan bekerjasama dengan lebih banyak orang. Selain itu, dwibahasa
membolehkan kita menggelakkan perselisihan faham antara kaum dan perpaduan
akan dipupuk.

Aspirasi yang seterusnya ialah etika dan kerohanian. Semasa memupuk etika
dan kerohanian murid yang baik, beberapa perkara perlulah dipertimbangkan. Faktor
yang paling utama ialah persekitaran. Persekitaran akan menjejaskan dan membentuk
watak seseorang murid. Jika seorang murid tinggal di kawasan yang kurang masalah
sosial, murid itu akan mempunyai etika yang baik. Kerohanian juga dimasukkan ke
dalam sistem pendidikan supaya murid mempunyai hati yang baik dan tidak melanggar
peraturan.

Aspirasi yang terakhir ialah identiti nasional. Ibu bapa, guru-guru dan kerajaan
telah memainkan peranan yang penting dalam mendidik identiti nasional kepada anak

11
dan murid mereka. Rukun Negara merupakan identiti nasional dan haruslah
dimasukkan ke dalam buku teks dan mendedahkan murid dengan identity nasional.
Murid-murid juga haruslah mempunyai sikap bertimbang rasa. Hal ini demikan kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum dan ia
merupakan identiti nasional negara. Oleh itu semua warga haruslah mempunyai sikap
yang bertimbang rasa dan saling menghormati. Kerajaan juga haruslah mengambil
tindakan dengan mendedahkan dan memberikan lebih banyak murid mengetahui
sejarah Malaysia dan semasa mereka membesar, semangat patriotik akan dipupuk.

5.0 Kesimpulan

Tuntasnya, perkembangan kanak-kanak dapat dikategorikan kepada empat


bahagian iaitu dari aspek fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Perkembangan kanak-
kanak berlaku pada kadar yang berbeza-beza mengikut kematangan dan pengalaman
yang dilalui oleh kanak-kanak. Sebagai contoh, saya dapat berjalan pada bulan ke-8
saya dilahirkan dan purata kanak-kanak belajar berjalan adalah antara bulan ke-10
hingga ke bulan ke-dua belas.

Selain itu, perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor yang


menjadikan setiap manusia memiliki perwatakan dan personaliti yang berbeza antara
satu sama lain. Hal ini dapat dilihat dari segi emosi, fizikal, kognitif dan juga sosial.
Faktor baka dan faktor persekitaran merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya
ketidakseragaman dan tahap yang berlainan dalam proses perkembangan masing-
masing.

12
6.0 Refleksi
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah dapat menyiapkan tugasan EDU
3023, Perkembangan Kanak-kanak. yang diberikan dengan jayanya. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Baskaran Kannan
yang telah menerangkan cara dan perkara yang perlu dipenuhi dalam menghasilkan
tugasan ini. Beliau sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini seperti
memberikan beberapa maklumat penting dan cara-cara untuk mengatasi masalah
dalam penghasilan tugasan ini.

Dalam kerja kursus ini, saya lebih mengetahui perkembangan dan


pertumbuhan diri sendiri saya sejak saya dilahirkan sehingga sekarang.
Perkembangan seseorang manusia dapat dikategorikan kepada pelbagai aspek, iaitu
aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personality yang dipengaruhi oleh faktor baka
ataupun faktor persekitaran. Semasa saya menjalani kerja kursus ini, saya mendapati
bahawa kedua-dua faktor iaitu faktor baka dan faktor persekitaran mempengaruhi
seseorang individu dari segi pertumbuhan dan perkembangan. Saya juga telah
menyoalkan perkembangan diri saya daripada ibu bapa saya dan nasib baik mereka
masih mengingati peristiwa-peristiwa tersebut.

Akhir kalam, melalui tugasan kerja kursus tersebut, saya dapat memahami
pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak dalam menjalani kehidupan
seharian mereka. Saya mengetahui enam ciri aspirasi murid yang berkualiti yang
terdapat dalam PPPM 2013-2025. Walau bagaimanapun, sebarang dugaan dan
rintangan telah saya atasi apabila melaksanakan kerja kursus ini. Segala bantuan,
tunjuk ajar dan juga panduan daripada pensyarah dan juga rakan sekelas saya amat
saya hargai. Tanpa bantuan mereka, saya mungkin tidak dapat menyiapkan tugasan
kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Secara tidak langsung, saya telah dapat
menimba ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan
seseorang kanak-kanak dalam kehidupan mereka menerusi kerja kursus tersebut.

13
Bibliografi
Sumber Buku

Dr. Faridah Nazir, Norhiza Mohd Salleh & Zairinah Mohd Shukur. (2015).
Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD). (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI
Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamarulzaman Kamaruddin. (2011). Psikologi Perkembangan. Tanjong Malim:


Universiti Pendidikan Sultan Idris.

McDewitt, T.M. & Ormrod, J.E. (2012). Child development and education (5th ed.). New
Jersey: Pearson Prentice Hall.

Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Sumber Internet

Kumpulan Psyko. (2012, Ogos). Faktor-Faktor Mempengaruhi Pertumbuhan dan


Perkembangan Kanak-Kanak. Dimuat turun daripada
http://muzikrbtpsikologi.blogspot.my/2012/08/faktor-faktor-mempengaruhi-
pertumbuhan.html

Mya Afifi. (2009). Teori Perkembangan Robert Havighurst. Dimuat turun daripada
http://pelangipetang89.blogspot.my/2009/08/teori-perkembangan-robert-
havighurst.html.

Sam Rizal. (2014, November). Pengaruh Baka dan Persekitaran Terhadap


Perkembangan Kanak-Kanak. Dimuat turun daripada
http://sarubung.blogspot.my/2014/11/pengaruh-baka-dan-persekitaran-
terhadap.html

Seperwriter. (2014, Ogos 8). How Do Nature and Nurture Influence Human
Development? Dimuat turun daripada Bright Hub:
http://www.brighthub.com/science/genetics/articles/110288.aspx

Siti Balkhis. (2011). Faktor-Faktor Perkembangan Kanak-Kanak. Dimuat turun daripada


http://anakilhamku.blogspot.my/2011/01/faktor-faktor-perkembangan-kanak-
kanak.html

14
Lampiran
PERKEMBANGAN PERKEMBANGAN DARI SEGI
FIZIKAL KOGNITIF EMOSI DAN SOS
SECARA
BERPERINGKAT
LAHIR HINGGA 2 - Saya mula - Semasa saya berumur - Saya
TAHUN menghisap jari sewaktu 5 minggu, saya dapat menunjukkan pe
(0-2 TAHUN) saya telah berlahir ke mengeluarkan bunyi- saya di muka
dunia ini. bunyi suara dan mudah sama ad
- Pada dua tahun yang perkataan pertama yang yang ceria ataupu
pertama, pertumbuhan saya sebutkan ialah dan tangisan.
dan perkembangan mun-mun pada saya - Saya
bayi berlaku pada berumur 4 bulan. mementingkan
kadar yang pesat. - Saya dapat menyebut keperluan diri sen
- Semasa saya lahir, beberapa perkataan akan membuat
berat saya adalah 3.5 dengan fasih seperti atau menangis
kilogram. Saya lapar, makan saya mem
- Berat dan ketinggian semasa saya berumur 2 sesuatu. Con
saya meningkat tahun. saya akan m
dengan pantas, sewaktu saya
keberatan saya pada 1 ataupun apabila
tahun ialah 13 kilogram telah mem
dan ketinggian saya besar/kecil di
ialah 70 sentimeter. saya. (Pen
-Semasa saya berumur Emosi)
6 bulan, gigi susu pada
gusi bawah mula
bertumbuh.
- Saiz dan kompleksiti
otak saya bertambah.
- Saya dapat
mengangkat barang
dan membuangkannya
pada minggu saya lahir
ke-6.
- Semasa saya
berumur 6 bulan, saya
sudah dapat berduduk

15
tegak dengan bantuan
ibu bapa dan selalu
meniru perbuatan dan
ekspresi ibu saya.
- Saya dapat berjalan
dengan sokongan dan
berdiri tegak dengan
sendiri dan akan
bangun sendiri selepas
jatuh semasa saya
berumur 9 bulan.
- Semasa saya
berumur 1 tahun, saya
sudah dapat berlari
dan melompat .

AWAL KANAK-KANAK - Berat badan saya - Pada tahap praoperasi - Saya suka
(3-6 TAHUN) waktu saya berumur 3 ini, saya dapat dengan ramai ora
tahun ialah 16 kg dan menggunakan bahasa saya selalu b
ketinggian saya ialah dan imej untuk mewakili sekali dengan jir
80 centimeter. kefahaman tentang saya bersama
- Saya mempunyai set dunia. hari.
gigi yang penuh dan - Saya suka - Saya
gigi susu mula tanggal menggunakan bahasa menunjukkan p
dari hujung peringkat lisan untuk saya seperti ce
prasekolah. berkomunikasi dengan gembira, malu, d
orang lain dengan ke
Contohnnya, say
berasa cemburu
kawan saya mem
buku nota yang ca
PERTENGAHAN -Semasa saya berumur - Saya dapat berfikir - Saya sukar
KANAK-KANAK 8 tahun, gigi susu saya dengan logik tetapi menerima kegaga
(7-11 TAHUN) diganti dengan gigi berasa keliru apabila
kekal secara perlahan- menghadapi masalah
lahan. dan peristiwa yang
- Berat badan saya abstrak.
16
ketika waktu 10 tahun - Semasa saya 10
ialah 32 kilogram dan tahun, saya dapat
ketinggian saya ialah menguasai konsep
138 centimeter. kebalikan.
- Saya dapat
mengklasifikasikan
objek dalam saiznya,
warna, bentuk, dan
sebagainya.
- Saya dapat
mengetahui faktor
akibat berlaku pada
sesuatu benda dan
menyelesaikannya.
AWAL REMAJA - Pada waktu ini, saiz - Pada waktu ini, saya - Saya
(12-15 TAHUN) badan saya menjadi dapat menggunakan menguruskan m
lebih besar dan idea-idea yang abstrak dengan tenang.
ketinggian saya dan berfikir secara - Saya
meningkat dengan abstrak, menguruskan ma
pantas, tulang saya multidimensional, relatif dengan baik
menjadi lebih kukuh dan reflektif. belajar.
dan menpunyai otot - Saya boleh menaakul - Kurang bersab
yang kuat. dengan secara deduktif mudah bermarah
- Bahu dan dada saya dan induktif.
menjadi lebih bidang, - Saya boleh berfikir
besar dan kuat dan secara abstrak.
badan lebih tegap. - Saya boleh
- Berat badan saya membahagikan
meningkat sehingga 42 perhatian saya dan
kilogram dan memfokuskan diri pada
ketinggian saya ialah lebih daripada dua
163 centimeter semasa benda pada saat yang
saya berumur 15 sama.
tahun.
- Suara saya menjadi
lebih rendah, kasar dan
garau.
- Saya juga mula

17
bermisai dan
bertumbuh bulu di
kawasan kemaluan
dan ketiak.

18

Anda mungkin juga menyukai