Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG

UTAMA
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-61364020 FAX : 03-61364020
1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN ,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Rujukan kami : SKSU / 100-2/4/2 ( )
Tarikh : 7 November 2014

Kepada,
Ibu bapa / Penjaga murid tahun 6.

PROGRAM SIMFONI KASIH TAHUN 6 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Selayang Utama akan mengadakan Program Simfoni


Kasih kepada murid-murid tahun 6.Tujuan program ini adalah untuk meraikan murid murid dalam
satu Program Jamuan Makan ( Hi-Tea) untuk memberi suatu pengalaman yang menarik dan
kenangan buat murid tahun 6 sebelum menamatkan sesi persekolahan di sekolah rendah.
Butiran program adalah seperti berikut :-

Tarikh : 13 November 2014


Masa : 1.15 tgh 5.30 ptg
Tempat : Hotel Crystal Crown
Bayaran : RM 10 (Tambang Bas)

3 Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon kebenaran dari pihak tuan untuk
membenarkan anak jagaan tuan / puan menyertai Program Simfoni Kasih ini.

4. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

(HAMIDAH BINTI ISMAIL )


Guru Besar SK Selayang Utama
68100 Batu Caves
Selangor.

Guru Besar, Fail Rujuk :


SK Selayang Utama
68100 Batu Caves
Selangor

Puan,
Kebenaran Untuk Program Simfoni Kasih( Hi Tea)

Saya ... No.K/P .


Ibu/Bapa/Penjaga kepada pelajar
Kelas.......... memberi kebenaran kepada anak/anak jagaan saya untuk mengikuti
program tersebut. Saya sesungguhnya memahami akan tindakan pihak sekolah terhadap
langkah - langkah keselamatan yang akan diambil namun demikian saya akur dan
mengakui tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang - undang atau mahkamah
terhadap pihak atau wakilnya yang terbabit dengan sebarang kehilangan harta,
kemalangan atau kecederaan terhadap anak / anak jagaan saya yang berlaku semasa
dalam perjalanan pergi dan pulang sepanjang program diadakan.

Sekian, terima kasih.

Pengakuan dibuat oleh:

Tandatangan
Nama:
No.K/Pengenalan:
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai