Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 1/2017

Bilangan Mesyuarat : Bil 1/2017


Hari : Isnin
Tarikh : 16 Januari 2017
Tempat : Bilik Semarak Minda (Bilik Mesyuarat) SKKP

Hadir :1. Pn Hjh Hasnah binti Hj Hussin Pengerusi


2. Pn Hjh Suraiya binti Khasim Setiausaha
3. Pn Anisah Zakaria Bendahari
4. Pn Nor Hayati binti Hasan AJK
5. Pn Nurulhuda binti Saidin AJK
6. En Muhammad Fahlawi bin Mansor AJK
7. En Abu Bakar bin Kassim AJK
8. En Haris bin Ghazali AJK
Hadir Bersama :9. En Zubir bin Hassan Guru Besar
10.En Ahmad Sobry bin Ahmad PK HEM

AGENDA :
1. Perutusan Pengerusi
1.1. Puan pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah dan mengucapkan terima kasih
kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
1.2. Majlis turut mengalukan kehadiran Tuan Guru Besar dan Tuan Penolong Kanan HEM.
1.3. Moga tahun 2017 , semua GPI dan GBA terus berazam dengan semangat yang membara untuk
mendidik para pelajar agar terus cemerlang.
1.4. Tahniah kepada Puan Salwa binti Mahyuddin GBA yang bertukar ke SK Bandar Puteri Jaya, bagi yang
belum berjaya mohon pertukaran , teruskan berkhidmat dan berjasa.
Makluman

2. Perutusan Pentadbir
2.1. Tuan Penolong Kanan HEM
2.1.1. Mengucapkan tahniah kepada semua ahli pantia kerana dapat hadir dalam mesyuarat pertama
tahun 2017.
2.1.2. Tahniah juga kerana mengadakan mesyuarat tepat mengikut tarikh takwim sekolah.
2.1.3. Besar harapan agar Panitia Pendidikan Islam dapat melaksanakan semua perancangan aktiviti
dengan jayanya dan didokumentasikan sebagai rujukan dan penambahbaikan untuk program
akan datang.
Makluman

2.2. Tuan Guru Besar


2.2.1. Harapan Tuan Guru Besar agar Mesyuarat Panitia Bilangan 2 Tahun 2017 membentangkan
perkembangan Bidang Tugas.
Tindakan : Semua Guru GPI/GBA

1
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1. Minit mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Bilangan 3 Tahun 2016 di Bilik JQAF dibentang untuk
diterima oleh ahli mesyuarat.
3.2. Cadangan pengesahan dibuat oleh Ustaz Abu Bakar bin Kassim dan disokong oleh Ustazah
Nurulhuda binti Saidin.
Makluman

4. Maklum Balas Minit Mesyuarat


4.1. Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Bilangan 3 Tahun 2016 telah selesai diambil tindakan oleh ahli
mesyuarat.
Makluman

5. Perancangan Panitia (Lampiran 1)

6. Pembentangan Laporan dan Headcount

6.1 e-Pelaporan j-QAF


Pengerusi telah membentangkan dapatan e-Pelaporan j-QAF Oktober 2016. Data e-Pelaporan j-QAF
menunjukkan SKKP berada di kedudukan yang ke 82 dalam daerah KMY dengan pencapaian 78.84%
(<kurang 11.16%) dan tidak mencapai Penetapan Sasaran Daerah KMY 90%.

Perkara Sasaran PPD KMY / JPN Pencapaian


Jawi (Lulus ABC) 94%
Jawi (Cemerlang A) 60%
Al-Quran (Boleh Membaca AQ) 90%
Al-Quran ( Berdasarkan Sukatan) 100%
Bahasa Arab (Lulus ABC) 85%
Bahasa Arab (Cemerlang A) 30%
Amali Wudhuk (Menguasai) 100%
Amali Solat (Menguasai) 100%

Makluman
6.1.1 Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengisi sendiri Data e-Pelaporan j-QAF Jun dan Oktober
berdasarkan kelas yang diajar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan mempercepatkan
serta memudahkan pengumpulan data.
Tindakan : Semua Guru GPI/GBA
6.2 Headcount
6.2.1 Semua Guru GPI dan GBA mesti menyediakan headcount bagi mata pelajaran yang diajar
(Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Jawi dan Tasmik).
6.2.2 Penyediaan headcount hendaklah berdasarkan sasaran yang ditetapkan oleh PPD KMY.
6.2.3 Bagi matapelajaran Pendidikan Islam TOV berdasarkan SAPS PAT 2016.
Tindakan : Semua Guru GPI/GBA

7. Anggaran Perbelanjaan dan Keperluan Panitia 2017

2
7.1 Bendahari telah membentangkan kewangan panitia yang berakhir 2016:
7.1.1 Panitia : RM 37.95
7.1.2 Kegiatan : RM 136.44
Makluman
7.2 Bendahari juga mengumumkan anggaran dapatan kewangan 2017:
7.2.1 Panitia : RM 400.00
7.2.2 Kegiatan: RM 1309.44
Makluman
7.3 Pengerusi mengingatkan ahli panitia untuk berbelanja secara berhemah dalam sebarang perancangan
aktiviti juga permohonan pembelian. Maklumkan kepada beliau selaku ketua panitia sebelum mengisi
borang pesanan.
Makluman
8. Agenda Kebangsaan (Merujuk Mesyuarat Guru Bilangan 1 2017):
8.1 Jadual Waktu PdP Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
8.1.1 Pengerusi memaklumkan jadual waktu PdP Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang diterima
oleh GPI dan GBA telah memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas No Rujukan KP/KPPM/6 Jld.2 (22)
bertarikh 02 November 2016.
Makluman
8.1.2 Pengerusi juga merumuskan jumlah waktu PdP keseluruhan GPI dan GBA adalah antara 29
sehingga 32 waktu seminggu berikutan satu kekosongan tempat GBA dan Tuan Guru Besar berjanji akan
memohon kepada PPD untuk menempatkan guru GBA secepat mungkin.
Makluman
8.2 VLE Frog
8.2.1 Penggunaan VLE Frog telah dijadikan KPI Guru dan Murid di sekolah.
8.2.2 KPI Guru: 1 log-in seminggu dan KPI Sekolah: 96 orang murid log-in seminggu.
8.2.3 Setiausaha telah memaklumkan GPI dan GBA boleh memuat naik bahan PdP ke VLE Frog
berdasarkan tajuk-tajuk yang akan dan telah diajar juga latihan untuk murid. Guru juga boleh mendapatkan
maklumat daripada guru-guru yang telah mengikuti latihan di PKG Bujang pada 9 Januari 2017 yang lalu
dan akan dilaksanakan juga di SKKP pada 21 Januari 2017.
Makluman
8.3 Kelas PA21
8.3.1 Tuan Guru Besar telah memaklumkan Kelas PA21 akan dilaksana di kelas 4 AMAL sebagai
kelas rintis dan taklimat pelaksanaan oleh PPD dijadualkan pada 6 Februari 2017. Guru Kelas, PGK dan
semua guru mata pelajaran 4 AMAL diwajibkan hadir.
Makluman
8.4 PLC
8.4.1 Tuan Guru Besar menggalakkan GPI dan GBA mengamalkan PLC sesama rakan guru untuk
meningkatkan mutu PdP dan memperbagaikan kaedah. Ia boleh dilaksanakan dengan melihat sesi PdP
rakan dan berbincang juga memberi pandangan selepasnya.
Makluman
8.5 PBS

3
8.5.1 Pengerusi menegaskan kepada semua GPI dan GBA mencetak borang transit PBS atau
borang pelaporan offline PBS tahun semasa dan di tampal di dalam RPH sebagai tindakmula sebelum
proses mengumpul dan memasukkan data..
Tindakan : Semua Guru GPI/GBA

8.5.2 Mesyuarat juga bersetuju untuk mengumpulkan data PBS dan dimasukkan dalam fail panitia
selain daripada fail setiausaha peperiksaan
Tindakan : Semua Guru GPI/GBA

9. Hal-hal Lain

9.1 RPH
9.1.1 Peringatan mesra Tuan Guru Besar juga memaklumkan RPH mesti di sediakan setiap hari
dan dibawa kekelas sewaktu PdP.
9.1.2 Pastikan Impak atau Refleksi ditulis setelah selesai PdP.dan tulis jumlah murid yang tidak
menguasai dan tindakan susulan sebagai pemulihan dan pengukuhan. Manakala pelajaran Bahasa Arab
pula, impak mesti ditulis dalam tulisan jawi untuk semakan pentadbir. .
Contoh: (4/30 orang murid TIDAK dapat membezakan huruf 4/30 / @ orang murid dibimbing
guru cara menyebut @ huruf dengan betul).
Tindakan : Semua Guru GPI/GBA

9.2 Buku Aktiviti


9.2.1 Pengerusi mengingatkan GPI dan GBA memaksimumkan penggunaan buku teks berbanding
buku aktiviti luar.
9.2.2 Mesyuarat bersetuju untuk menyediakan buku aktiviti berdasarkan Edaran Kutipan Bayaran
Khas dan Yuran bagi tahap 2. Walaubagaimanapun penggunaan buku aktiviti ini hanya untuk kelas AMAL
sahaja.
9.2.3 Memandangkan harga buku aktiviti yang tinggi, mesyuarat juga bersetuju untuk
menggabungkan (Al-Quran, Jawi dan Ulum Syariah) dalam satu buku Pendidikan Islam keluaran Genius
yang berharga RM 9.00 senaskah. Pemilihan buku ini berdasarkan susunan yang lebih berkualiti mengikut
silibus semasa, PdP Kelas Abad 21, i-Think dan KBAT.
Makluman
9.3 Rekod Pencapaian Murid Program j-QAF

9.3.1 Puan Anisah memaklumkan KPM telah membekalkan RPM dan Naskah IQRA melalui SPBT
untuk kegunaan murid Tahun 1 2017 sahaja. RPM ini akan diguna pakai selepas Program
Transisi.
Makluman
9.4 Kutipan derma untuk surau sekolah akan di teruskan bagi menyempurnakan beberapa prasarana yang
belum siap. Laluan berbumbung ke surau juga akan dibina bermula dari Pra Sekolah menganjur di sisi
parking kereta guru hingga ke depan laluan masuk surau.

9.5 Majlis Bacaan Yaasin Mingguan akan dimulakan seawall jam 7.25 pagi dan berakhir jam 7.40 pagi.

4
9.5.1 Murid RMT diberi pelepasan mengambil RMT terlebih dahulu. Murid akan diberi galakan
datang awal kesekolah.
9.5.2 Jadual pergiliran khalifah yaasin akan disediakan oleh Pn Hjh Hasnah.
Makluman

9.6 Solat Zhohor berjemaah ditangguhkan buat sementara waktu kerana masuk waktu zohor melepasi
waktu persekolahan iaitu antara pukul 1.25 1.30 petang (waktu pulang 1.15 petang) .
Walaubagaimanapun ia akan dilaksanakan sebaik sahaja waktu Zohor lebih awal.

9.7 Bahan Info Panitia akan dimurnikan dengan membingkaikan kayu kamber.

Makluman

10. Ucapan Penangguhan

10.1Pengerusi mengharapkan kerjasama satu pasukan daripada seluruh ahli untuk melaksanakan semua
program panitia dengan lebih berkesan dan terancang.

10.2Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang sanggup menunggu hingga ke
akhir mesyuarat dan telah menyumbangkan idea dalam menjayakan misi dan visi sekolah melalui Panitia
Pendidikan Islam.

10.3Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.


Makluman

11. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 minit petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
(PN HJH SURAIYA BINTI KHASIM) (PN HJH HASNAH BINTI HUSSIN)
Setiausaha Ketua Panitia

Disahkan oleh,

.
(ZUBIR BIN HASSAN)
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai