Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan merupakan pernyataan FPK yang mentakrifkan tanggungjawab
yang dipikul oleh seseorang guru. Hal ini jelas membuktikan bahawa seseorang pendidik
harus berjuang untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam FPK yakni
membentuk warga muda yang seimbang dari aspek JERI. Namun begitu, dada-dada
akhbar tempatan kini dicalar dengan isu-isu disiplin dalam kalangan pelajar yang kian
meruncing; Hal ini dilihat sebagai hambatan berciri amat kritikal bagi mencapai matlamat
pendidikan negara untuk mengarcakan modal insan yang seimbang berlandaskan Falsafah
Pendidikan Negara. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia, telah
mengeluarkan perekayasan yang bertunjangkan empat aspek di bawah konsep
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses
menolong individu bagi memahami diri dan dunianya. Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi
para guru untuk mendidik, menasihati, membimbing dan merancang masa depan yang kian
mencabar. Peranan para guru bimbingan adalah membantu para pelajar dengan
menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat tentang pekerjaan, aktiviti sosial dan
kemudahan pendidikan. Dengan cara ini diharapkan bahawa para pelajar akan lebih
bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang betul.Dalam konteks
pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah merupakan suatu
usaha bertujuan menanam dan menyuburkan nilai, sikap dan kemahiran dalam
perkembangan individu. Hal ini bermakna perkembangan individu merupakan satu usaha
yang berterusan agar individu terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi
mengenali diri dan potensinya yang sebenar.
Meskipun, kaedah pelaksanaan keempat-empat aspek utama ini lebih
mengutamakan peranan golongan guru Bimbingan dan Kaunseling namun guru biasa juga
perlu menjalankan kewajipan mereka sebagai guru pembimbing secara efektif di institusi
sekolah supaya hasrat unit Bimbingan dan Kaunseling tercapai seratus peratus bukan
sahaja pada peringkat sekolah malahan juga pada peringkat nasional. Guru biasa turut
memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi serta kejayaan murid. Meskipun
guru biasa tidak mempunyai kelayakan serta kemahiran khusus untuk mengendalikan
program bimbingan dan kaunseling di sekolah, namun peranan guru biasa dalam
menjayakan program-program tersebut tidak dapat dinafikan. Seorang guru kaunseling tidak
mungkin dapat melihat keperluan semua murid-murid yang berada di sekolah. Oleh itu, guru
biasalah yang berfungsi sebagai mata dan telinga untuk guru bimbingan dan kaunseling.
2.0 Peranan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing di Sekolah

2.1 Pengurusan Profil Murid

Sistem maklumat murid digunakan untuk merekod data pelajar dan profil
pelajar. Namun penggunaan sistem ini dianggap membebankan guru pelajar terutamanya
guru bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan profil murid kerana sistem ini dikatakan
lambat dan tidak membantu guru mendapatkan maklumat kerana guru masih perlu
merekodkan data pelajar dalam buku rekod dengan kaedah bertulis. Seseorang guru biasa
harus berperanan sebagai guru pembimbing di sekolah bagi mengurangkan beban guru
bimbingan dan kaunseling tersebut dengan mengumpul dan menyusun maklumat diri murid
secara terperinci. Dengan pengumpulan dan penyusunan maklumat tersebut, guru biasa
boleh membina pelaksanaan sistem maklumat dalam satu rangkaian setempat. Dalam
pelaksanaan sistem ini, maklumat boleh disunting dan dikeluarkan dengan cara yang mudah
serta bersifat tepat dan sentiasa dikemaskini. Dengan merujuk pada pelaksanaan sistem
maklumat ini, guru bimbingan dan kaunseling dapat menyediakan pangkalan profil murid
mengikut kategori yang ditentukan. Guru biasa boleh membantu guru bimbingan dan
kaunseling dengan berbincang dan menentukan kategori-kategori yang dapat
mengklasifikasikan isu berkaitan dengan murid dengan lebih teliti dan tepat. Misalnya profil
murid bermasalah disiplin, profil murid ponteng sekolah dan profil murid bermasalah mental
dan emosi dapat dikesan dengan teliti dan cepat tanpa sebarang halangan dengan bantuan
guru biasa serta galakkan yang diperlukan oleh murid bermasalah ini dapat diberikan dalam
masa yang singkat secara lebih efektif. Guru biasa turut boleh menjadi sumber utama dalam
mengemaskini profil murid tersebut dari semasa ke semasa supaya guru bimbingan dan
kaunseling tidak ketinggalan daripada perkembangan semasa murid. Guru biasa boleh
menyimpan segala maklumat terkini dalam pangkalan data sistem maklumat supaya
keselamatan data murid terjamin dan dapat dikawal dengan lebih rapi untuk menjamin
keutuhan maklumat. Jadi, pangkalan data sistem maklumat ini boleh dijadikan rujukan
utama oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mempersiapkan profil murid dengan
berkesan dan sempurna berlandaskan perubahan terkini para pelajar.

Seterusnya, guru biasa juga boleh bekerjasama dengan guru bimbingan dan
kaunseling sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap murid-murid mereka. Mengisi
kad 001 bagi murid-murid sekolah rendah juga merupakan salah satu dari tugas seorang
guru biasa. Antara butir-butir peribadi murid yang perlu diisi oleh guru ialah seperti rekod
berat, tinggi, rabun atau tidak, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap
pelajar dan cita-cita murid tersebut. Kad 001 ini, adalah satu-satunya kad peribadi murid
yang diterima pakai dalam mahkamah. Sekiranya terjadi apa-apa musibah ke atas murid-
murid ini semasa dalam tempoh usia mereka bersekolah, pampasan yang sewajarnya boleh
diberi berdasarkan rekod peribadi dan cita-cita murid tersebut.

2.2 Pelaksanaan pendidikan pencegahan

Pendidikan pencegahan disemai dalam kalangan pelajar bagi mendidik


mereka untuk menjauhi diri daripada terjebak dalam kemelut negatif seperti kegiatan
seks bebas, bahaya HlV, dadah, rokok. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia,
pelaksanaan pendidikan pencegahan dilaksanakan dengan mendukung objektif untuk
meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan kepada
murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak
dalam kemelut negatif., membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan
murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani, membolehkan murid membentuk
budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta melibatkan dan
mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam
usaha mencegah isu negatif. Seseorang guru biasa boleh merancang dan melaksanakan
kempen bertemakan pendidikan pencegahan dalam isu yang menjadi fokus utama
bimbingan dan kaunseling sesebuah sekolah melibatkan semua murid. Guru biasa boleh
juga menyediakan ceramah yang berkaitan dengan pendidikan pencegahan. Guru biasa
turut boleh membantu unit bimbingan dan kaunseling di sesebuah sekolah dengan
merancang dan menjalankan perkhemahan jati diri untuk para pelajar. Dalam
perkhemahan tersebut, murid-murid perlu diberi tugasan yang dapat memantapkan
keperibadian dan sahsiah diri mereka. Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada
murid tentang sesuatu isu dan juga dijadikan sebagai pendedahan awal supaya tidak
tertukar haluan dan kekal dalam landasan yang betul. Anjuran program-program
sebegini berperanan sebagai penggerak awal yang dapat memangkin keberkesanan
pelaksanaan program pendidikan pencegahan yang dianjurkan oleh guru bimbingan dan
kaunseling pada masa akan datang,

2.3 Pengembangan kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah dilatih dalam
bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan
yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan
pertolongan. PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah
rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain,
berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah. Konsep
pembimbing rakan sebaya berfungsi memusatkan kemahiran generik para pelajar. Guru
biasa boleh mengadakan soal selidik untuk mengenal pasti kemahiran generik yang dimilik
oleh pelajar. Satu lagi cara yang berkesan bagi mengenal pasti perkembangan sosial murid-
murid iaitu dengan menggunakan sosiogram. Sosiogram merupakan satu peta atau rajah
yang menunjukkan pola interaksi satu kumpulan murid-murid. Ia dapat menunjukkan dengan
jelas siapa yang disukai ramai, siapa yang perlukan bantuan, siapa yang mempunyai
kemahiran sosial yang baik dan sebagainya. Sosiogram dapat menggambarkan siapa dalam
pasukan atau kumpulan menjalani interaksi dan siapa dalam kalangan ahli yang seolah-olah
disingkir. Sebagai tindakan susulan, guru bimbingan dan kaunseling boleh merujuk kepada
maklumat awal ini untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul
hasil analisis sosiogram. Selepas pengenalpstian dilakukan melalui soal selidik ataupun
sosiogram, guru biasa boleh berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling dalam
mengkategorikan para pelajar mengikut tahap kemahiran generik. Pelajar yang berjaya
dikategorikan dalam tahap cemerlang akan dilantik menjadi pembimbing rakan sebaya.
Guru biasa boleh mencatatkan kemajuan mereka semasa menjalan kursus kemahiran yang
dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Guru biasa boleh menunjukkan video, cerita
animasi dan filem-filem tertentu bagi menggalakkan murid-murid yang dipilih sebagai
pembimbing rakan sebaya untuk membantu memotivasikan rakan-rakan lain dari segi aspek
akademik mahupun bukan akademik. Dengan ini, para pelajar yang dipilih sebagai
pembimbing rakan sebaya akan lebih bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan
bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

Guru biasa juga boleh membina kepakatan dengan guru bimbingan dan kaunseling
dalam melaksanakan kem kempimpinan bagi golongan pembimbing rakan sebaya agar
mereka dapat menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela menolong dan membina
budaya kasih mesra. Guru biasa boleh melakukan pemerhatian ke atas hubungan antara
pembimbing rakan sebaya dengan rakan lain dari semasa ke semasa dan mengambil
insiatif untuk memperbaikinya ke tahap yang lebih baik dan berkesan. Pelajar yang
memainkan peranan sebagai pembimbing rakan sebaya pada tahap yang amat berkesan
dan efektif patut diberi penghargaan dalam bentuk insentif supaya mereka rasa lebih
terdorong untuk memainkan fungsi sebagai PRS dengan lebih cemerlang. Hal ini bukan
sahaja mengurangkan salah laku dalam kalangan murid malah berpotensi untuk
meningkatkan keberkesanan program PRS. Golongan pembimbing rakan sebaya akan
menjadi suri teladan yang bersikap terbuka, percaya terhadap diri sendiri, berempati dan
bertanggungjawab kepada rakan lain.

2.4 Pengiklanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


Keberkesanan program-program yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan
kaunseling di sesebuah sekolah hanya akan dilonjakkan ke tahap yang lebih cemerlang
sekiranya memperlehi penglibatan pelajar pada tahap maksimum. Guru biasa boleh
menjalankan tanggungjawab dalam menyebarkan mengenai program-program yang
bakal dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan medium-
medium tertentu. Guru biasa patut membuat brosur, banner dan iklan yang
menyampaikan maklumat sesuatu program di bawah perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling. Guru biasa juga boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk
mengemaskini papan pernyataan unit bimbingan dan kaunseling dengan pelaksanaan
program terkini dari semasa ke semasa dengan kreatif dan menarik. Hal ini akan
meningkatkan minat murid untuk mengambil bahagian dalam program-program tersebut
tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Guru biasa juga boleh menyampaikan info-info program perkhidmatan bimbingan


dan kaunseling kepada para ibu bapa murid dengan memberikan surat ataupun
menghantar e-mel supaya mereka turut berkerjasama dalam menjayakan sesuatu
program. Guru biasa juga boleh membina blog perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
dengan mempamerkan maklumt terkini mengenai program yang hendak dilaksanakan
secara tepat dan sahih supaya orang ramai mendapat tahu tentang status perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling. Unsur teknologi yang diamalkan dalam aspek pengiklanan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menyebabkan info asas program yang diadakan
dapat disampaikan kepada pelajar dalam masa yang singkat dengan mudah dan
berkesan. Maka, lebih ramailah murid akan menyertai program-program yang diadakan
dengan sokongan padu ibu bapa. Dengan ini, murid dapat menerima intipati program
yang disampaikan dengan lebih mendalam dan menonjolkan impak positifnya dengan
membawa perubahan tingkah laku yang berfaedak kepada diri sendiri, keluarga dan
masyarakay demi kesejahteraan hidup masing-masing.

2.5 Cakna keibubapaan

Di samping itu juga, guru biasa hendaklah bekerjasama dengan ibu bapa atau
penjaga murid-murid. Hal ini adalah kerana guru merupakan ibu bapa kedua di sekolah bagi
setiap murid. Oleh itu, kerjasama antara kedua-dua pihak ini iaitu guru dengan ibu bapa
akan dapat membantu kedua-dua pihak untuk mengenali tentang murid atau anak mereka.
Guru biasa boleh mengadakan hari interaksi dengan para ibu bapa murid dengan kerjasam
guru bimbingan dan kaunseling. Hari interaksi ini harus digunakan sebagi peluang untuk
mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan ibu bapa dan keluarga dalam menangani
sesuatu isu berhubungan dengan murid. Ibu bapa dan guru dapat berkongsi pendapat
mengenai status tingkah laku, akademik dan kesihatan fizikal, emosi pelajar antara satu
sama lain. Guru biasa juga boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk
menjalankan minggu bulan penyayang demi memartabatkan kepentingan budaya
penyayang dalam jalinan hubungan dengan murid, ibu bapa dan komuniti. Sempena minggu
penyayang ini, guru biasa harus membuka peluang kepada ibu bapa untuk turut menyertai
aktiviti-aktivi yang menarik bersama-sama dengan pelajar di sekolah tersebut. Dengan ini,
ibu bapa dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak serta golongan guru di
sekolah. Hubungan mesra lebih terjamin dan menjadi lagi utuh. Guru biasa turut dapat
menjadi pembantu guru bimbingan dan kaunseling dalam mewujudkan
jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk murid, rakan guru, ibu bapa dan
masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberi.
Kewujudan jaringan dapat menyatukan semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan pelajar dalam
satu bulatan untuk memberi sumbangan masing-masing dalam menjayakan hasrat
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tanpa ketinggalan mana-mana pihak.

Konsep cakna keibubapaan juga merupakan peluang kepada golongan murid untuk
mengenali tanggungjawab diri dalam institusi kekeluargaan dan memantapkan para ibu
bapa tentang pengetahuan keibubapaan. Guru biasa boleh memulakan fungsi mereka
dalam konsep konsultasi keibubapaan dengan mengenalpasti pelajar yang mempunyai
masalah dan konflik kekeluargaan. Berdasarkan penyiasatan awal tesebut, guru biasa perlu
meneliti latar belakang keluarga dan prestasi ibu bapa dan membuat pengumpulan
maklumat yang sahih dan berkesan. Hal ini dapat dijadikan panduan asas dalam gerakan
program engagement antara ibu bapa dengan murid anjuran unit bimbingan dan kaunseling.

2.6 Murid berkeperluan khas

Guru biasa boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam


penyampaian perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid dengan membuat
catatan terhadap keperluan peralatan dan kebajikan mereka melalui senarai semak.
Berdasarkan senarai semak yang disediakan oleh guru biasa, maka guru bimbingan dan
kaunseling akan memperoleh satu gambaran ringkas mengenai keperluan peralatn
golongan murid kurang berupaya ini. Hal ini memudahkan beliau untuk merancang tindakan
susulan yang munasabah bagi murid-murid berkenaan. Guru biasa juga boleh mendapat
bantuan daripada agensi luar untuk menyumbang peralatan yang diperlukan oleh murid
berkeprluan khas. Sumbangan dana juga boleh dicarikan oleh guru biasa bagi memudahkan
lagi urusan pembelian peralatan murid kurang upaya oleh unit bimbingan dan kaunseling
sekolah. Di samping itu, guru biasa haruslah memberi peluang kepada murid-murid ini
dalam prose pengajaran dan pembelajaran supaya mereka rasa disayangi dan dikasihi oleh
guru-guru. Guru perlu memberi perhatian utama kepada mereka dan sentiasa peka
terhadap keperluan murid berkeperluan khas supaya mereka tidak merasai kekurangan
mereka menjadi halangan kepada kecemerlangan akademik. Guru juga harus membantu
murid-murid untuk membentuk nilai-nilai dan sikap yang positif. Guru biasa perlu sentiasa
memberikan motivasi dan dorongn kepada murid ini untuk yakin pada diri sendiri dan
berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini; Mereka mest sentiasa diingati bahawa
kekurang fizikal mereka tidak menjadi penghalang terhadap kejayaan dalam kehidupan.
Guru biasa boleh mengadakan ceramah motivasi kepada murid berkeperluan khas
mengenai keunikan mereka dan kecemerlangan hidup yang patut dicapai. Guru biasa harus
menjadi role model kepada murid-murid lain dalam memberi layanan yang adil dan saksama
kepada golongan murid kurang berupaya tanpa mengambil kira perbezaan mereka. Dengan
ini, murid berkeperluan khas akan berasa diri mereka dihargai. Mereka akan dapat menuntu
pelajaran dalam suasana yang lebih selesa dan tenteram.

3.0 Kesimpulan

Penubuhan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah amat penting bagi
membantu murid-murid mendapat bimbingan dan khidmat nasihat dalam usaha
menyediakan diri mereka untuk menyelesaikan masalah. Proses penubuhan ini memerlukan
maklumat-maklumat, masa, tenaga dan sumber kewangan yang besar untuk dilaksanakan.
Penganalisisan persekitaran yang teliti perlu ditimbangkan dari segala aspek perancangan
dengan menggunakan kekuatan yang ada, mengatasi kelemahan, mengelakan ancaman
dan merebut peluang yang. Analisa kekuatan seperti tenaga, peruntukan kewangan,
maklumat murid, sumber maklmuat murid, kerjasama dengan individu, masyarakat dan
organisasi perlulah dititikberatkan. Bagi analisis kelemahan pula seperti tiada kerjasama
antara guru dengan murid, murid dengan murid atau guru dengan guru, sumber peruntukan
terhad, kelemahan organisasi perlulah dianalisa dan diatasi. Begitu juga analisa peluang
yang ada bagi murid yang bermasalah perlu juga diambil kira supaya perancangan
penubuhan unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah mencapai matlamat dan objektifnya.
Golongan guru biasa perlu menyumbang tenaga tanpa mengenal erti jemu dalam usaha
pencapaian objektif penubuhan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya murid
akan dibantu untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam alam persekolahan, melahirkan
generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
Sahsiah merupakan perkataan Arab yang membawa definisi keperibadian atau
peribadi (Kamus Dewan, 2011). Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan
seseorang individu yang merangkumi cara seseorang itu berfikir, berasa , bertingkah laku
dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah Meng ,1999). Pembangunan ialah perihal
membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan atau satu usaha
atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan sesuatu). Menurut Mohd
Nasir et al.(2006), pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi
dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun , intelek ,murni
dan berdaya maju. Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah
laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Pembangunan sahsiah juga
membawa maksud yakni membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat
melahirkan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju. Dalam konteks
pembangunan dan pengembangan sahsiah diri dalam kalangan pelajar, barisan guru
memainkan peranan yang amat signifikan untuk membentuk warga muda yang memiliki
sahsiah yang tinggi dan berakhlak mulia supaya menjadi kuasa penggerak maju negara
yang berkaliber dan bertenaga. Seseorang guru perlu mengambil insiatif utama untuk
menyemai budaya penyayang dalam kalangan murid supaya negara kita mampu mencapai
tahap sifar dalam statistik kemelut penjenayahan dan keganasan. Para pelajar perlu
didedahkan dengan sumbangan individu dalam membangun sebagai masyarakat berbudi
bahasa supaya keamanan dan kedamaian hidup rakyat di Malaysia terus terjamin. Para
pendidik perlu menjadi penggerak utama kepada pelajar untuk membentuk konsep kendiri
supaya mereka dapat mengenali idenititi diri dan terus melangkap ke arah pembangunan
kendiri. Golongan guru biasa turut boleh memainkan peranan sebagai guru pembimbing di
sekolah dengan memberikan kesedaran tentang kepentingan kepimpinan dan komunikasi
sejak bangku sekolah rendah lagi. Seseorang guru perlu menjadi suri teladan yang baik
kepada murid dengan mementingkan faktor perngurusan masa dan kekemasan diri dalam
rutin harian.

Sikap penyayang (kepedulian) 82 Budi bahasa 8.3 Konsep kendiri 8.4


Kepemimpinan 8.5 Komunikasi 8.6 Kekemasan diri 8.7 Ketepatan masa

Oleh yang demikian, guru biasa haruslah berperanan dalam pembangunan dan
pengembangan sahsiah diri murid. Tugas guru juga bukan sekadar penyampai
ilmu, malah memupuk sikap,nilai dan sahsiah yang sempurna selaras dengan
keperluan kendiri dan tuntutan masyarakat.Guru juga berperanan untuk
menerapkan nilai murni dalam diri murid. Guru harus memupuk adap dan sopan
pada tahap yang cemerlang dalam jiwa anak murid. Guru bukan sahaja perlu
mengajar nilai nilai murni tetapi juga berusaha untuk mengamalkan nilai-nilai
murni tersebut. Dalam era zaman sekarang,pengisian rohani dalam diri dan jiwa
murid tidak diambil peduli. Oleh itu, guru perlu berusaha untuk mendidik murid
percaya kepada tuhan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek
rohani, jasmani dan intelek. Ini akan mendorong kepada pembangunan dan
pengembangan sahsiah diri murid. Kekuatan jiwa murid-murid juga dapat
ditingkatkan dengan menanamkan keyakinan terhadap kepercayaan kepada
tuhan. Hal ini selaraskan dengan prinsip Rukun Negara kerana prinsip pertama
dalam Rukun Negara adalah kepercayaan kepada Tuhan. Faktor kepercayaan
kepada agama merupakan perkara utama yang harus ditekankan oleh guru
kepada murid-muridnya dalam usuha pembentukan sahsiah mulia dalam
kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai

  • MENGHALANG_BULI_SIBER
    MENGHALANG_BULI_SIBER
    Dokumen7 halaman
    MENGHALANG_BULI_SIBER
    Bavithraa Ravinthiran
    100% (1)
  • Teks Perhimpunan Bulanan
    Teks Perhimpunan Bulanan
    Dokumen2 halaman
    Teks Perhimpunan Bulanan
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen10 halaman
    1
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Isi Kandungan Kum
    Isi Kandungan Kum
    Dokumen1 halaman
    Isi Kandungan Kum
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Viki Komsas
    Viki Komsas
    Dokumen5 halaman
    Viki Komsas
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Dokumen1 halaman
    RUJUKAN
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Dokumen1 halaman
    RUJUKAN
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Globalisasi Dalam Pendidkan
    Globalisasi Dalam Pendidkan
    Dokumen4 halaman
    Globalisasi Dalam Pendidkan
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Jenis Perkhidmatan Kaunseling
    Jenis Perkhidmatan Kaunseling
    Dokumen6 halaman
    Jenis Perkhidmatan Kaunseling
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • RASUAH
    RASUAH
    Dokumen16 halaman
    RASUAH
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Saya Sayang Diri
    Saya Sayang Diri
    Dokumen6 halaman
    Saya Sayang Diri
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Dokumen1 halaman
    RUJUKAN
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • First A
    First A
    Dokumen10 halaman
    First A
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • RUJUKAN
    RUJUKAN
    Dokumen1 halaman
    RUJUKAN
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Pengajaran Harian
    Rancangan Pengajaran Harian
    Dokumen3 halaman
    Rancangan Pengajaran Harian
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Esei
    Esei
    Dokumen9 halaman
    Esei
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Refleksi Sendiri.. Kensiri
    Refleksi Sendiri.. Kensiri
    Dokumen5 halaman
    Refleksi Sendiri.. Kensiri
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Perang Enam Hari
    Perang Enam Hari
    Dokumen31 halaman
    Perang Enam Hari
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • SEJARAH OLAHRAGA
    SEJARAH OLAHRAGA
    Dokumen10 halaman
    SEJARAH OLAHRAGA
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Ltihn
    Ltihn
    Dokumen1 halaman
    Ltihn
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Rancangan Pengajaran Harian
    Rancangan Pengajaran Harian
    Dokumen3 halaman
    Rancangan Pengajaran Harian
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Laporan Terakhir
    Laporan Terakhir
    Dokumen4 halaman
    Laporan Terakhir
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan
    Pengenalan
    Dokumen32 halaman
    Pengenalan
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Mudivu
    Mudivu
    Dokumen1 halaman
    Mudivu
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Penghargaan-Senarai Jadual
    Penghargaan-Senarai Jadual
    Dokumen13 halaman
    Penghargaan-Senarai Jadual
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • July
    July
    Dokumen3 halaman
    July
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • July
    July
    Dokumen3 halaman
    July
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan
    Pengenalan
    Dokumen32 halaman
    Pengenalan
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat
  • Jalur Gaza
    Jalur Gaza
    Dokumen1 halaman
    Jalur Gaza
    Bavithraa Ravinthiran
    Belum ada peringkat