Anda di halaman 1dari 8

ISU 2 : GURU DISIPLIN CABUL MURID SEBELUM ROTAN

oleh:

NORLINA HANIE BINTI MAZLAN

1.0 Pengenalan
Isu dan masalah tigkah laku negatif yang dilakukan oleh guru sering kali
dilaporkan tidak kira melaui media cetak mahu pun media elektronik. Isu masalah
tingkah laku ini sering kali menjadi isu yang hangat diperkatakan dalam
kalangan masyarakat di seluruh Malaysia. Pelbagai masalah yag melibatkan etika
perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes yang melibatkan tingkah laku
negatif guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan sebagainya.
Sebagai contoh isu gangguan seksual iaitu guru disiplin cabul murid sebelum
rotan yang dilaporkan oleh Harian Metro yang bertarikh 4 Mac 2011 telah menjadikan
isu ini semakin hangat diperkatakan disegenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu
gangguan seksual yang dilakukan oleh guru disiplin di sebuah sekolah menengah di
Pandan Indah, Ampang iaitu Megat Ismazi Ismail, 48 tahun. Guru tersebut telah
didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada kesemua
pelajar tersebut di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
pada 25 Februar 2011. Guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dengan
membuat gangguan seksual ke atas muridnya. Isu gangguan seksual yang dilakukan
oleh guru ini semakin berleluasan dari hari ke hari.
Dewasa ini, kejadian gangguan seksual semakin berleluasa dan agak
merungsingkan semua pihak. Gangguan seksual ini bukan sahaja berlaku di tempat
kerja dan tempat awam malah isu ini telah menular di sekolah-sekolah. Tidak kira
sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Dimana mangsa gangguan seksual ini
ialah murid-murid ataupun pelajar-pelajar. Gangguan seksual yang dilakukan oleh para
pendidik ini menunjukkan mereka tidak bertanggungjawab dalam melindungi anak
murid dibawah jagaan mereka. Sering kali kita dengar terdapat tingkah laku yang
negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau tua. Ini memberikan
gambaran bahawa sekolah bukan lagi institusi yang selamat dari masalah ini jika hal ini
dilakukan sendiri oleh guru.
Menurut Abd Rahim (2003), terdapat kaitannya pemboleh ubah personaliti
ini dengan gangguan seksual. Masing-masing mangsa dan pelaku disimpulkan
mempunyai personaliti yang bermasalah sehingga mendorong terjadinya perbuatan
ini. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenalpasti kefahaman kedua-dua pelaku dan
mangsa tentang terma gangguan seksual dan bentuk-bentuk gangguan seksual yang
kerap dilakukan oleh pelaku dan dialami oleh mangs. Kod Amalan (1999) mentakrifkan
gangguan seksual contohnya meraba ialah sebarang tingkah laku berunsur seksual
yang tidak dingini dan memberi kesan samada secara lisan, isyarat, visual, psikologi
atau fizikal.
Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan
seksual kepada lima jenis iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara isyarat,
gangguan secara visual, gangguan secara fizikal dan gangguan secara psikologikal.
Gangguan secara isyarat (Bukan Lisan) ialah gangguan yang dipamerkan melalui sikap
atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang
berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai,
menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.
Seterusnya, gangguan secara visual ialah perlakuan menghantar nota, surat,
email, pesanan ringkas (sms), gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur
seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik atau
peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan mangsa berasa tersinggung,
terhina atau terugut juga terjumlah kepada gangguan seksual. Begitu juga, gangguan
secara lisan ialah bentuk gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah
melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan,
komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian,
tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung,
terhina atau terugut.
Selain itu, gangguan secara psikologi ialah mangsa cuba merapati secara
seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi
keinginan seksual seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang
bentuk peralatan komunikasi kepada mangsa yang menimbulkan tekanan emosi dan
mental ke atas mangsa. Disamping itu, gangguan secara fizikal ialah gangguan yang
berbentuk sentuhan fizikal yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam
jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang,
memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa
berasa tersinggung, terhina atau terugut.
2.0 Punca Berlakunya Kes Gangguan Seksual ( Cabul )
Gangguan seksual terhadap murid di sekolah bukanlah satu fenomena yang
baru. Menurut Fitzgerald (1993) seorang dari setiap dua orang wanita akan menjadi
mangsa gangguan seksual. Penyataan sarjana ini menggambarkan bahawa gangguan
seksual merupakan masalah sosial yang semakin meruncing pada hari ini. Apabila
menyebut gangguan seksual di sekolah, yang terbayang dimata setiap orang ialah
murid perempuan adalah golongan yang menjadi mangsa dan pelakunya adalah
golongan guru lelaki. Menurut Koss (1990), murid yang mengalami gangguan seksual
iaitu dicium seringkali merasa diri mereka sebagai mangsa dan menukar corak hidup
mereka menjadi pendiam, kurang bergaul dan sebagainya. Murid yang menjadi mangsa
ini tidak menghadirkan diri ke sekolah. Hal ini menyebabkan peluang untuk belajar
mereka terganggu dan menjejaskan masa depan mereka.
Murid yang mengalami gangguan seksual akan mengalami gangguan dan
tekanan emosi yang tinggi jika tidak diberi rawatan kaunseling. Perasaan takut, marah,
murung, malu, mudah tersinggung dan kurang motivasi untuk belajar terdapat pada diri
mangsa. Gangguan seksual contohnya cabul adalah satu isu tingkah laku yang negatif
yang dilakukan oleh guru terhadap murid-muridnya sehingga murid tersebut takut untuk
ke sekolah dan ada juga murid berasa tidak selesa berada disekolah. Hal ini
menyebabkan pembelajaran mangsa terganggu.Keselamatan murid tersebut telah
terancam kerana perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut sangat keterlaluan.
Keadaan yang dialami oleh murid ini berpunca dari guru yang tidak bertanggungjawab
dalam menjaga keselamatan murid tersebut.
Mengapakah boleh berlakunya gangguan seksual? Mengapakah murid menjadi
mangsa dan pelakunya gurulelaki? Menurut Clark (1991) bahawa pergerakan wanita,
revolusi seksual dan penggunaan pil perancangan keluarga adalah antara faktor yang
didapati sebagai penyumbang besar kepada berkembangnya masalah sosial ini.
Antara punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan seksual
(mencabul) pertamanya ialah kurang memahami etika keguruan. Guru yang memahami
etika keguruan tidak akan tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak
muridnya sendiri. Ini berbeza pula dengan guru tersebut kerana telah melanggar kod
etika guru yang telah digariskan. Ini menunjukkan bahawa guru tersebut tidak mengerti
dan memahami apa yang terkandung dalam kod etika guru.
Sebagai seorag guru kita sepatutnya sedia maklum tentang perkara yang boleh
dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Tetapi dalam kes ini yang terjadi adalah
sebaliknya. Guru lelaki tidak menjaga batas-batas pergaulan diantara guru lelaki
dengan murid perempuan. Masalah keluarga juga merupakan salah satupunca
berlakunya tingkah laku negatif dikalangan guru ini. Guru yang mengalami masalah
keluarga contohnya penceraian dan kurang kasih sayang akan mengalami tekanan dan
emosi yang tidak stabil. Hal ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan mudah
dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi melepaskan
tekanan yang dihadapi oleh mereka. Ini menunjukkan bahawa, masalah rumah tangga
seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak dapat dipenuhi menyebabkan
guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat untuk melepaskan tuntutan seksual
mereka.Menurut teori seksualiti menjelaskan bahawa perkembangan hidup dan tingkah
laku manusia adalah didorong oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd
Rahim, 2003). Disini jelas menunjukkan bahawa seks adalah satu keperluan asas
kepada orang dewasa dan cara manusia mencapai kehendak dan keperluan seksual.
Faktor lain yang menyebabkan masalah ini timbul ialah pengaruh negatif yang
timbul melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan
sebagainya. Mengikut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak
dari media massa kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa
sekatan. Hal ini kerana, guru boleh memperolehi bahan-bahan lucah dengan mudah
dengan hanya melayari internet berbanding medium yang lain. Ini menyebabkan guru
tersebut mudah mendapatkan bahan bagi tujuan sedemikian. Pengaruh ini akhirnya
mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama ini terhadap anak muridnya.
Pengaruh media massa contohnya media cetak membolehkan guru tersebut
mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan sebagainya dengan mudah
seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak muridnya.
Tiada kesedaran agama juga adalah punca kepada tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh guru tersebut. Didikan agama yang kurang terutama tentang hukum
halal dan haram menyebabkan seseorang guru tersebut sanggup melakukan perkara
terkutuk itu demi kepuasan mereka sendiri. Kesedaran agama yang kurang iaitu tidak
menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru tersebut
tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Guru tersebut juga
tidak menjaga pergaulan beliau dengan anak muridnya dimana dia sanggup membuat
gangguan seksual keatas anak muridnya sendiri. Di sini jelas menunjukkan perbuatan
yang dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan beliau sebagai seorang muslim
yang tidak mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika difikir kembali tidak mungkin
akan berlaku kes seumpama ini jika guru tersebut mempunyai kesedaran agama yang
tinggi.
Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada tingkah laku negatif yang
dilakukan oleh guru tersebut ialah pengambilan pil peransang. Kebanyakkan kes yang
melibatkan gangguan seksual ini sering kali dipengaruhi oleh pengambilan pil
peransang seperti Viagra yang tidak terkawal dan dijual di pasaran secara terbuka.
Apabila pengambilan pil peransang secara tidak terkawal, keinginan seksual semakin
meningkat menyebabkan berlakulah gangguan seksual keatas murid. Kebanyakkan
guru lelaki yang tidak berkahwin atau telah bercerai yang menggunakan pil peransang
ini akan cuba membuat gangguan seksual terhadap anak muridnya apabila teransang.
Dalam situasi ini, guru tersebut hanya ingin memuaskan diri mereka tanpa mengira
nasib yang akan menimpa anak murid apabila berkelakuan negatif seperti ini.
Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif ini ialah bebanan
kerja yang dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang tinggi.
Mengikut Kyriacou (2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap
emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan
kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu
banyak dan tekanan ditempat kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari menyebabkan
guru itu tidak dapat berfikir panjang seterusnya mencari jalan lain untuk melepaskan
tekanan yang dihadapi. Guru terbabit menggangap, gangguan seksual yang dilakukan
ini boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi namun kesan dari perkara itu lebih
teruk dari apa yang dijangkakan.
3.0 Kesan Daripada Isu Atau Masalah Tersebut
Masalah ini akan menular dengan lebih teruk lagi, jika masalah ini tidak
dibendung dengan baik. Akibat dari perbuatan tingkah laku negative guru ini bukan
sahaja akan memberi impak buruk kepada dirinya namun kesannya akan turut dirasai
oleh mangsa gangguan seksual, guru- guru lain,
Implikasi yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan ini ialah
menyebabkan hubungan guru dan murid menjadi semakin rengang. Murid akan merasa
benci dan takut untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran bersama guru
tersebut. Dalam situasi ini, murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi
pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatannya juga akan musnah
kerana mereka semua tidak lagi mempercayai guru tersebut selepas sekali melakukan
perkara yang tidak senonoh. Guru tersebut akan mengalami tekanan emosi juga adalah
kesan jangka pendek yang akan dihadapi dimana guru tersebut mungkin mengalami
konflik jiwa yang serius akibat dari perbuatannya. Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat
banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi contohnya masalah
ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga.
Di samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini
mungkin akan mendapat kesan yang buruk kerana mereka akan dibenci dan dicemuh
oleh masyarakat. Ini menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana yang
tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru tersebut
ialah beliau akan hilang pekerjaan dan mata pencarian akibat dari perbuatan mereka
yang tidak senonoh itu. Pada masa yang sama guru tersebut tidak akan diterima oleh
masyarakat dimana masyarakat akan memandang serong kepada mereka.
Selain itu hubungan ibubapa dan guru menjadi rengang dimana ibubapa tidak
lagi mempercayai i guru untuk mendidik anak mereka menjadi insan yang berguna.
Masyarakat juga akan memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan
pentadbir sekolah. Tambahan lagi, kesannya ialah ibubapa tidak puas hati dengan
layanan guru terhadap anaknya. Manakala kesan jangka panjang yang menimpa
ibubapa dan masyarakat ialah mereka menyalahkan guru sehingga guru tersebut
dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain. selain itu, ibubapa membawa isu
gangguan seksual ini kepada pihak atasan seperti polis dan peguam bagi mendapat
keadilan bagi pihak anak mereka.
Selain itu, sekolah akan memindahkan guru tersebut ke sekolah yang lain bagi
menjaga nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tidak ada
tempat dalam masyarakat dimana beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai
oleh masyarakat. Kesan kepada guru lain ialah, masyarakat tidak lagi mempercayai
bahawa guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka menyebabkan tugas guru
tidak lagi di pandang sebagai satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan daripada
itu juga menyebabkan guru guru tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan
malu terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan sejawatannya.
Tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru ini menyebabkan profesion
perguruan ini dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak lagi mempercayai
kepada profesion perguruan sehingga menyebabkan profesion ini tidak lagi diperlukan
oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh
masyarakat dimana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat
membantu anak mereka untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan.
Tambahan pula, profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa
dan murid-murid. Di samping itu juga, kesan dari ini kerajaan tidak lagi dapat
melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan
generasi muda yang ingin menceburi bidang ini.
Kesan akan yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau nama baik
sekolah akan menurun menyebabkan masyarakat terutama ibu bapa tidak lagi
menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap
sebagai institusi pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-
murid. Manakala kesan jangka panjang yang menimpa sekolah ialah sekolah dilabel
sebagai tempat yang tidak bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual
berleluasan secara tidak terkawal.
Mangsa yang mengalami gangguan seksual akan lebih cenderung berdiam diri,
bersendirian, murung dan sebagainya. Ini menyebabkan mangsa tidak lagi berminat
untuk belajar sehingga prestasi mangsa menurun. Pada masa yang sama mangsa
gangguan seksual akan fobia dengan guru terutama guru lelaki. Kesan jangka panjang
kepada mangsa ialah mangsa mengalami tekanan emosi dan jiwa yang tinggi sehingga
mangsa cuba membuat perkara yang tidak diingini contohnya membunuh diri dan
sebagainya.
4.0 Etika Guru yang Berkaitan
Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh bakal-
bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan dan mereka yang sudah lama
bertapak dalam bidang perguruan ini. Kepentingan kod etika sememangnya tidak dapat
dinafikan lagi. Dengan adanya kod etika perguruan ini seharusnya para guru dapat
menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru,
memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab mereka terhadap pelajar,
masyarakat dan Negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar,
meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab
bersama dan mengeratkan perhubungan guru sesama guru. Oleh yang demikian,
pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru bagi mengatasi masalah ini.
Mengikut Nikki (2009) pula etika dianggap sebagai pedoman perilaku yang
dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam bahagian tertentu manakala
Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban. Antara
fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion mengenai
prinsip profesionalisme yang dirangka. Ini bermakna setiap ahli yang juga guru sedia
maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Fungsi kod
etika juga ialah merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang
berkaitan. Ini bemakna bahawa etika profesion dapat menyediakan pengetahuan
kepada masyarakat supaya lebih memahami kepentingan suatu profesion. Akhir sekali
fungsi kod etika ialah membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di
luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
Kod etika perguruan adalah pedoman dan panduan kepada guru dalam
menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab membimbing murid-murid untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya. Di dalam kod etika perguruan terdapat 4
tangggungjawab yang perlu dipatuhi dalam profesion ini iaitu tanggungjawab terhadap
pelajar, tanggungjawab terhadap ibubapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan
Negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam kes gangguan
seksual (mencabul), kita dapati guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan
dimana beliau tidak menunjukkan tanggungjawab terhadap pelajar. Dalam kes ini
sepatutnya guru tersebut mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar namun
guru tersebut telah melakukan perkara yang sebaliknya terhadap pelajarnya. Kes
seperti ini tidak seharusnya dilakukan kerana ia mencemarkan nama baik profesion ini
sehingga menyebabkan murid tersebut tidak lagi selamat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran.
Selain itu, berdasarkan kod etika perguruan, guru sepatutnya bertanggungjawab
dalam menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi
contoh. Dalam isu gangguan seksual ini, guru tersebut tidak bertanggungjawab dalam
memberi contoh yang baik kepada murid dimana guru tersebut menunjukkan tingkah
laku yang negatif dengan membuat gangguan seksual secara terangan ke atas murid
dengan mencium murid tersebut. Di samping itu kod etika yang terlibat dalam kes ini
ialah guru tidak harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap
profesion perguruan. Tambahan lagi, guru haruslah menanamkan sikap yang baik
terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara
yang taat setia dan berguna. Ini berbeza dengan guru yang membuat gangguan
seksual tersebut sehingga melakukan sikap yang tidak baik terhadap muridnya.
Demikian juga dengan kod etika bahawa guru haruslah bertugas sebagai
'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat
yang diterima oleh masyarakat, guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu
yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya serta guru
tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau Negara. Kod etika ini jelas menunjukkan bahawa guru yang
melakukan gangguan seksual tidak mengikut kod etika yang digariskan sebagai
seorang pendidik. Secara kesimpulannya, kod etika yang menjadi panduan kepada
semua guru tidak digunakan dan diamalkan oleh guru yang melakukan tingkah laku
yang negatif tersebut.
5.0 Langkah Mengatasi Tingkah Laku Guru Yang Negatif Tersebut
Kes gangguan seksual ini menjadi semakin serius jika tidak ditangani dengan
segera. Tingkah laku yang negatif ini boleh dibendung jika masyarakat berkerjasama
dalam menyelesaikan masalah ini. Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik
untuk mengatasi tingkah laku guru yang negatif dimana melalui kaedah ini kita boleh
membangunkan kesedaran guru tentang bahaya gangguan seksual yang dilakukan
oleh mereka terhadap murid-murid. Kebanyakkan negara maju telah memperkenalkan
pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan pelbagai isu dalam
menimbulkan kesedaran mengenai gangguan seksual seperti diskriminasi seksual, hak
asasi wanita, hilai-nilai baik dalam hubungan antara lelaki dan wanita, pencabulan,
penderaan seksual dan sebaginya.
Selain itu, bagi mengatasi masalah ini, kursus, ceramah atau bengkel perlu
dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur dan
bertanggungjawab terutama yang melibatkan penjawat awam contohnya guru. Bagi
mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua guru perlu menghadiri kursus yang
dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang tanggungjawab sebagai
pendidik. Nilai murini seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral, etika,
tanggungjawab dan sebagainya perlu di terapkan ke dalam diri semua guru dalam
kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan gangguan seksual dari terus
berlaku. Nilai hidup yang baik ini dapat memelihara mereka daripada melakukan
gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang perlu dipertahankan.
Menurut Fullan (1993) menyatakan guru melibatkan diri secara produktif dalam proses
perubahan, guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan dengan tugas dan
tanggungjawab mereka.
Justeru itu kerjaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan yang
penting dalam menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan
masyarakat khususnya guru-guru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negetif
ini . Pendidikan seks bukan sahaja sesuai kepada murid, guru-guru dan masyarakat
namun kepada pesalah gangguan seksual itu sendiri. Pendidikan seks ini bertujuan
untuk memberi maklumat yang sebenar tentang kesalahan seksual yang dilakukan
lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid-murid. Di samping itu juga, pendidikan seks ini
juga mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi oleh pesalah gangguan
seksual jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada murid-murid.
Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negative ini
(gangguan seksual), kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan
kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami
gangguan seksual serta guru yang melakukan gangguan seksual. Di setiap sekolah
perlu diwujudkan khidmat bimbimbing dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi
menangani isu gangguan seksual di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang
pakar dalam masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk
membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika
mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone (1981) mengatakan
bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya
untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.
Tambahan lagi, kuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang
boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-
undang yang melibatkan kes gangguan seksual dikalangan pendidik ini perlulah
dibanteras dengan segera supaya kes seumpama ini dapat diatasi dengan segera.
Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan, hukuman dan sebagainya
perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini dari terus berleluasan. Dengan
adanya penguatkuasaan ini, tingkah laku negatif dikalangan guru mungkin dapat diatasi
dan dibanteras dengan segera. Di samping itu juga, guru yang melanggar etika
perguruan perlulah dilucut dari jawatannya. Ini dapat memberi pengajaran kepada guru-
guru yang lain supaya tidak melakukan perkara yang tidak bermoral ini.

Anda mungkin juga menyukai