Anda di halaman 1dari 2

8.

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah
saya kenal pasti telah memberi impak yang positif. Ini dapat dilihat melalui maklum balas
murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contohnya, apabila saya memberi
arahan yang ringkas, murid dapat bertindak atas arahan saya seperti eja, baca, tulis, warna
dan lain-lain. Walaupun murid pemulihan masih akan mengalami kekeliruan semasa guru
sedang mengajar terutamanya arahan mengeja atau membaca, tetapi mereka telah
mempunyai perubahan yang positif melalui pemerhatian guru. Murid dapat memberi respon
dan bersalam dengan guru menggunakan Bahasa Melayu.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara kesimpulannya, saya berpuas hati terhadap perubahan tingkah laku murid
pemulihan yang positif. Saya akan berusaha memupuk minat murid saya terutamanya Koh
Yee En dan Tan Jia Zheng supaya mereka suka akan Bahasa Melayu dan dapat mengetahui
betapa pentingnya Bahasa Melayu dalam kehidupannya. Akhir sekali, saya juga berasa
gembira kerana isu yang saya kenal pasti dapat ditangani dalam masa yang terdekat. Saya
akan terus menjalankan tindakan susulan sepanjang masa praktikum selama 2 bulan di
sekolah ini.

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya telah menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami untuk berkomunikasi
dengan murid-murid. Saya telah mendapati bahawa mereka telah dapat memahami
beberapa perkataan mudah seperti "maksud","contoh" dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, mereka masih tidak faham kebanyakan perkataan dan ayat. Dengan ini,
saya telah menggunakan kaedah terjemahan kepada Bahasa Cina agar mereka dapat
memahami apa yang saya ingin sampaikan. Selain itu, penggunaan kad-kad gambar bagi
menjelaskan maksud sesuatu perkataan juga mendatangkan kesan yang positif iaitu murid-
murid lebih cepat dan mudah memahami maksud perkataan tersebut. Mereka juga lebih
mudah mengingati maksud perkataan yang diajar apabila saya mengulang-ulang
"keywords" dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Mandarin.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, saya perlu banyak menggunakan bahasa Melayu sebagai medium


komunikasi dalam bilik darjah. Hal ini bertujuan melatih murid-murid supaya tidak terlalu
bergantung pada bahasa Mandarin sahaja. Apabila saya menggunakan bahasa Melayu untuk
berkomunikasi dengan mereka, mereka juga akan membalas saya dengan bahasa Melayu
yang mudah. Hal ini dapat menunjukkan bahawa mereka sudi membuat percubaan untuk
bertutur dalam bahasa Melayu. Dengan ini, saya perlu mempertingkatkan lagi cara
komunikasi saya dengan menggunakan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran iaitu penggunaan bahasa yang mudah dan betul dan juga komunikasi
alternatif supaya murid-murid akan membiasakan diri dengan pertuturan bahasa Melayu.
Hal ini secara tidak langsung akan merapatkan jurang antara mereka dengan Bahasa
Melayu.
8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Pada mulanya, murid berasa hairan dengan perubahan penggunaan bahasa yang saya
lakukan dalam proses P&P. Mereka asyik menyoal saya mengapa perlu berkomunikasi dalam
bahasa Melayu sedangkan kita berbangsa Cina. Hal ini demikian kerana murid-murid di
sekolah cina kebanyakannya berkaum Cina. Mereka lebih cenderung untuk bertutur dalam
bahasa Cina berbanding dengan bahasa Melayu. Disebabkan saya sangat pantang dengan
penggunaan bahasa Cina dalam kelas saya, maka murid-murid saya terpaksa belajar bahasa
Melayu untuk berkomunikasi dengan saya atau rakan-rakan mereka.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara tuntasnya, pelaksanaan kaedah terjemahan dalam sesi P&P mempunyai kebaikan
dan juga keburukan. Kebaikan ialah murid dapat menguasai bahasa Melayu dengan cepat
manakala keburukannya ialah murid sukar untuk menerima perubahan ini dan masa
diperlukan untuk melaksanakan kaedah ini.

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya mencadangkan memperbanyakkan penggunaan Bahasa Melayu semasa P&P. Jadi,


murid mula biasa dengan penggunaan Bahasa Melayu walaupun hanya satu perkataan
seperti baca, tulis dan lain-lain. Saya menggunakan Bahasa Melayu dahulu dan
menterjemahkan kepada Bahasa Cina untuk memudahkan murid memahami perkataan
tersebut. Lama kelamaan murid akan biasa dan memahami perkataan tersebut tanpa
bantuan Bahasa Cina.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesan daripada penggunaan dwibahasa dalam P&P boleh membantu murid untuk
memahami sesuatu perkataan dalam Bahasa Cina dahulu baru faham dalam Bahasa
Melayu. Kemudian, secara perlahan-lahan kurangkan penggunaan Bahasa Cina dan
membiasakan murid dengan arahan Bahasa Melayu. Antara halangan yang didapati ialah
murid sukar untuk memahami arahan Bahasa Melayu yang agak panjang dan perlu
menyatakan kata kunci yang penting sahaja seperti baca, tulis dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai