Anda di halaman 1dari 7

No Telefon: 04 -

8292998
No Fax : 04 -
8292998

KERTAS KERJA
PERKONGSIAN BESTARI LINUS 2017
No Telefon: 04 -
8292998
No Fax : 04 -
8292998

KERTAS KERJA PERKONGSIAN BESTARI LINUS 2017

PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana
Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid
normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah menjelang 2017. Justeru, setiap segala yang diatur, disusun dan
dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,
bagi merealisasikan hasrat ini, satu bentuk perancangan yang baik, tersusun, terarah,
bermatlamat dan bermakna perlu direncanakan. Perancangan Strategik LINUS merupakan
satu usaha untuk menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat
menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu. Perancangan stategik yang disusun ini
akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa
LINUS sekolah ini.

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang
menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guru-guru
pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. Pada tahun 2010, Guru Khas
Pemulihan telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid Linus tegar yang tidak
melepasi Konstruk 1 & 2.

TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan sebagai makluman dan kelulusan pihak sekolah untuk mengadakan
majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga LINUS dan Pemulihan Khas.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid
berkeperluan khas.

OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA

Objektif Program Literasi

Pada akhir Program Literasi murid berupaya:

i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup.

ii. Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup.

iii. Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah.

SASARAN

Murid Tahun 1, Tahun 2 Hidulphus dan Tahun 3 Hidulphus yang berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi kecuali murid berkeperluan khas.

OBJEKTIF PROGRAM IBU BAPA

1. Memberi pengenalan & pemahaman mengenai program LINUS & Pemulihan Khas

2. Mendapatkan sokongan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk


menghapuskan buta 3M tahap 1 pada 2017.
TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM
Tarikh : 17 Februari 2017
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pg 9.30 pg
Tempat : Kelas 1 Hidulphus

SENARAI PENCERAMAH

Pegawai Fasilinus PPD Timur Laut

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
8.00 pg Pendaftaran Ibu Bapa
8.30 pg Ucapan pengerusi
8.15 pg Taklimat Fasilinus mengenai LINUS & Pemulihan Khas

- Puan Rosmaliza Binti Abd. Rahim (LBM)

- Encik Mohd. Irwan Suwardi Bin Md Noor @ Ghazali (LBM)

- Puan Nor Zuhaila Binti Johari (NUM)


- Cik Muniera Binti Mohamad (LBI)
Taklimat Pemulihan
- Cik Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi
9.00 pg Sesi soal jawab
9.15 pg Perjumpaan dengan waris
9.30 pg Bersurai
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Pengerusi : Pn. Oh Hooi Sue


(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : En. Fazlee Bin Yahya
(Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Muhamad Bin Ibrahim
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2 : En. Ibrahim Bin Pawanchik
(Penolong Kanan Kokurikulum)

Pengurus : Cik. Farah Fazriyana Binti Basri (LINUS)


Cik. Nurfarhanah Binti Ahmad Tarmizi (Pemulihan)
Pn. Syarifah Nurhuda Binti Mohd Apandi
Pen. Pengurus : Cik. Fong Mee Jeng
Setiausaha : Cik. Lee Ching Woon
Naib Setiausaha : Cik. Lim Jia Jin
Pengacara : En. Steven A/L Abraham
AJK : Semua guru LINUS
AJK Siaraya & peralatan : En. Kalaivanan A/L Loganathan
AJK Pendaftaran : En. Tharrmanthiran A/L Uthayakumaran
AJK Bilik Taklimat : En. Sangaran A/L Manickam
Juru Foto : En. Dehbban A/L Sandran

ANGGARAN KEWANGAN

Bi Perkara Bil & Kos Jumlah (RM) Sumber


l
1 Modul Bahasa Melayu T1 - 84 x RM2.00 RM 168.00 Rezo Sekolah
(Membaca) T2 - 21 x RM2.00 RM 42.00
T3 - 23 x RM2.00 RM 46.00
Modul Bahasa Melayu T1 - 84 x RM2.00 RM 168.00 Rezo Sekolah
(Menulis) T2 - 21 x RM2.00 RM 42.00
T3 - 23 x RM2.00 RM 46.00
2 Jamuan 10 x RM5.00 RM 50.00 PERSENDIRIAN
3 Cenderahati - RM 30.00 PERSENDIRIAN
JUMLAH RM 592.00

PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras buta 3M di
sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi
masalah literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan
program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan
dengan ribuan terima kasih.

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua
jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan. Diharapkan
bilangan murid-murid yang tegar dapat dikurangkan dan jumlah memasuki kumpulan Arus
Perdana semakin bertambah.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Diluluskan Oleh,

..................................... .................................... ..........................


( FAZLEE BIN YAHYA ) (OH HOOI SUE)
PK Pentadbiran, Guru Besar,
(LEE CHING WOON)
SK St. Xavier. SK St. Xavier.

Setiausaha Program, Tarikh: Tarikh:


.
SK St. Xavier.

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai