Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT AGUNG KOPERASI SEKOLAH MENENGAH PASIR BESAR

BERHAD KALI KE- 33

TARIKH :6 MAC 2016

JAM :8.00 PAGI

TEMPAT :DEWAN SMK PASIR BESAR

PERASMI :TN. HJ ABDUL RAHMAN BIN SAFAR

KEHADIRAN :318 ORANG

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengetua SMK Pasir Besar dan didahului dengan bacaan
Al-Fatihah.

1. Ucapan Pengerusi koperasi Sekolah Menengah Pasir


Besar Berhad

Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Safar selaku pengerusi dan pengetua SMK Pasir Besar
merakamkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan koperasi yang telah bertungkus lumus
sehingga mesyuarat agung ini dapat diadakan dengan sempurna.

Beliau membuat pindaan tarikh pada notis Mesyuarat Agung Koperasi kali- 33 dari 6 Mac
2014 ke 6 Mac 2016. Pindaan masa dari 3.00 petang ke 8.00 pagi. Beliau turut menyampaikan
ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menjadi anggota koperasi. Beliau
menyatakan kejayaan koperasi merupakan kejayaan semua anggota koperasi terutama sekali
ahli-ahli yang hadir pada pagi ini.

Tahniah sekali lagi kepada barisan ALK yang telah menjalankan tugas dan tahniah juga
kepada semua anggota yang memberi sokongan kuat terhadap semua aktiviti koperasi yang
menjana kepada peningkatan dalam jualan. Beliau berharap pihak pengurusan koperasi
sekolah tidak berputus asa dan terus memacu kejayaan koperasi pada masa hadapan dan dapat
memberikan dividen kepada semua ahli di samping mencari jalan penyelesaian bagi
memastikan aktiviti koperasi terus mampan.

2. Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat


Agung kali ke- 33 pada tahun lalu.

Pn. Suriani binti Hassan mengucapkan terima kasih pengerusi majlis,ucapan aluan kepada Tn.
Hj. Abdul Rahman Bin Safar selaku Pengerusi Koperasi SMK Pasir Besar Berhad,GPK
Kokurikulum, Pn. Zalina binti Jais dan semua anggota koperasi yang dapat

1
hadir .Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir
Besar kali 33 telah dibentangkan oleh Pn. Suriani.

( Rujuk Lampiran Minit Mesyuarat Agung Kali ke -33 bermula muka surat 1 hingga 4)

Eka Sarlini binti Rafai dari tingkatan 4A telah mencadangkan minit Mesyuarat AGUNG Kali
ke -32 diterima, manakala Eva Azmira Binti Azmi dari tingkatan 3C menyokong cadangan
tersebut.

3. Laporan Ahli Lembaga Koperasi Sekolah Menengah


Pasir Besar Berhad oleh bendahari Pn. Roslina Raof serta menimbang dan meluluskan
akuan teraudit koperasi bersama dengan laporan kewangan.

Pn. Roslina Binti Raof selaku bendahari Koperasi telah membentangkan Akaun Perdagangan
untuk berakhir 31 0gos 2015. Pembentangan Akaun Perdagangan untuk tahun Berakhir 31
0gos 2015, Pembentangan Akaun Untung Rugi dan Pembentangan kunci kira-kira.

( Rujuk Lampiran Akaun Perdagangan ) .

Mohd Firdaus Bin Mohd Helmi dari 1C telah mencadangankan Akaun Perdagangan Untuk
Berakhir 2015 diterima, manakala Nurazira Binti Abdul dari 2C menyokong cadangan
tersebut.

4.Menimbang dan Meluluskan Cadangan Pembahagian Keuntungan.

Pembahagian dividen adalah sebanyak 10% kepada pelabur. Pengerusi menyatakan


pemberian keuntungan kepada pelajar adalah diberi dalam bentuk makanan dan minuman
kepada ahli. Pemberian ini akan diberikan selepas tamatnya mesyuarat ini.

Ahmad Shamsuri telah mencadangkan pemberian dividen sebanyak 10% ini diterima dan
Nurzulaika Binti Zaini dari 1B menyokong.

5.Memilih Anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman.

Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Pasir Besar Berhad telah mencadangkan seperti
berikut sebagai Ahli Lembaga Kopersai Sekolah Menengah Pasir Besar Berhad

PENGERUSI : Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Safar (PENGETUA)


T. PENGERUSI : En. Shahizan Bin Mohd Ludin (GPK 1)
NAIB PEGERUSI 1 : Pn. Zalina Binti Jais.(GPK KOKO)
NAIB PENGERUSI 2 :Tn. Hj. Zahari Bin Zainudin (GPK HEM)
SETIAUSAHA : Pn. Suriani Binti Hassan
BENDAHARI : Pn. Roslina Binti Abd Raof
PENGURUS JUALAN : En.Wan Mohamad Zain Binti Abdul Rahman

2
PENGURUS STOK : Pn. Yusnita Binti Yusof
AJK GURU : Cik Siti Asmak Binti Ibrahim.
AJK PELAJAR :Nurul Atiqah Binti Salfia
:Nazatul Nadhilla Binti Md Kamal
:Ruzaitul Hazirah Binti Ruslan
:Siti Nur Izzati Binti Rafaie
:Muhammad Farhan Bin Mohd Akhir
:Nurhaidah Binti Hasan
:Mathimagalai A/P Rajamanicam
:Siti Noraida Mohd Nasir
:Zulhilme Bin Roslan
:Mohd Iqbal Bin Ruzaimi
:Nur Dania Asyura Binti Haidir
:Siti Nurfazira Binti Mohd

Cadangan ini disokong dengan sebulat suara.

6.Mendengar dan menimbang usul-usul yang diterima

Pemberian Elaun Kepada Petugas Koperasi

Pemberian elaun petugas koperasi yang menjalankan tugas jualan pada waktu
rehat diberikan RM 5.00 sebulan telah dicadangkan oleh Norshakirah dari
kelas 5A.Cadanga ini dibangkang oleh Umi Suhaila dari 4A. Beliau
mencadangkan Rm 1 diberikan kepada petugas.Bantahan ini telah diterima
sebulat suara oleh ahli.

Penyata Penghutang Perdagangan (Rujuk Penyata Penghutang


Perdagangan ) dilupuskan secara berperingkat.

Akmal Syukri dari 5A telah mencadang dan Nuratikah Sulfian dari 5A


menyokong cadangan tersebut.

Penukaran Tandatangan Cek Koperasi Sekolah Menengah Besar Berhad.

Tn. Haji Abdul Karim Bin mohammad merupakan Pengerusi dan


penandatangan utama cek Koperasi Sekolah Menengah Pasir Besar Berhad
telah menyambung perkhidmatannya di sekolah SMK Taman Indah. Tn. Hj.
Abdul Rahman telah menggantikan beliau sebagai Pengetua dan menyandang
Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Pasir Besar Berhad. Bagi memudahkan
urusan pentadbiran Koperasi Sekolah Menengah Pasir Besar Berhad
menjalankan urusan, penukaran tandatangan akan dilakukan seperti berikut:

3
Asal

Penandatangan Cek Nama Jawatan


Pertama Tn. Hj. Karim Bin Pengerusi
Mohammad
Ke-Dua Pn. Suriani Binti Hassan Setiausaha
Ke-Tiga Pn. Roslina Binti Raof Bendahari

Pindaan

Penantangan Cek Nama Jawatan


Penandatangan Pertama Pn. Suriani Binti Hassan Setiausaha
Penandatangan Ke-Dua Pn. Roslina Binti Raof Bendahari
Penandatangan Ke-Tiga Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Pengerusi
Safar

En Wan Mohammad Zain Bin Ab Rahman telah mencadangkan Pindaan


Penukaran Tandatangan . Cadangan terima sebulat suara.

Pengagihan keuntungan dan dividen yang tidak dituntut.

Saham-saham dan dividen yang tidak ditututkan oleh pelajar akan pindahkan
ke Tabung Kecemerlangan Sekolah.Begitu juga keuntungan koperasi akan
digunakan untuk aktiviti kecemerlangan seperti PT 3 dan SPM. Selain itu
wang ini juga akan digunakan untuk membeli buku latihan, hari kualiti dan
graduasi pelajar.

Tn Hj. Abdul Rahman telah mencadangkan pengagihan keuntungan ini dan


telah disokong sebulat suara.

Penangguhan Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung Tahunan 2014/2015 telah ditangguhkan jam 8.45 pagi. Anggota koperasi
yang hadir telah diberi cenderahati.

Disediakan oleh Disahkan oleh

.
(Pn. Suriani Binti Hassan) (Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Safar)
Setiausaha Pengerusi
Koperasi Sekolah Menengah Pasir Berhad. Koperasi Sekolah Menengah Pasir Berhad

4
.

Anda mungkin juga menyukai