Anda di halaman 1dari 8

19 April 2015

'Canal Tour' di Amsterdam


Amsterdam merupakan bandar yang dikelilingi terusan. Kalau tengok peta
Amsterdam, bandar ini jenis penempatan berpusat. Dan berselang seli
dengan terusan. Tak hairanlah pengangkutan air merupakan salah satu
pengangkutan yang utama juga di Amsterdam. Ada banyak pakej untuk
canal tour. ada pakej satu jam. Ada pakej hop on hop off. Ada night
cruise. Ada dinner cruise. Pakej yang kami ambil ni hop on hop off. Sebab
kami nak stop di central station. Nak jalan-jalan tengok bandar
Amsterdam dan cari KFC halal.. hehehe.. Oh! ya, pakej yang kami ambil ni
untuk 2 dewasa 1 kanak-kanak (Ilman dan Sarah bawah umur.. so tak
kira) Eur 57. Agak mahal. Boleh guna whole day. Taknak berhenti turun
pun tak mengapa. Tapi servis bot sampai pukul 5 petang sahaja. Malam
diguna untuk night cruise.

Adam dan Ilman paling seronok! Memang dah lama mereka nak naik bot.
Last naik bot masa jalan-jalan di Venice dulu.

Tiga beranak. Papa yang penyayang :)


Sebelum naik bot, Adam dan Ilman minta nak beli aiskrim. Nak makan atas bot
katanya. Tapi sebenarnya dilarang makan dan minum atas bot. Tapi Alhamdulillah
pemandu bot tu buat tak tahu saja. Tapi orang lain kena tegur tak boleh. Rezeki budak-
budak..

Teringin nak naik ni sebenarnya. Kayuh saja. Tapi dengan anak tiga orang.. alah risau
pula kalau ada yang terjun masuk air nanti.. papa cakap.. "Mama, nanti bila-bila kita
datang berdua, kita naik ni ye.." Amboi!

Bot parking macam kereta :D


Dari bawah tebing..

Rumah orang ni..


Selain daripada bot, basikal juga pengangkutan yang agak unik berbanding dengan
bandar lain di dunia.

Merata tempat orang parking basikal

Penumpang menunggu bot

Siapa kata rumah atas air tak boleh tanam pokok?? Haha
Bot melalui lock

Bot lalu ikut laluan yang ditetapkan. Tiga laluan bot. Red line. Green line. Yellow line.
Tahu tak apa ni? Tempat parking basikal.

Sampai ada tempat parking basikal bertingkat-tingkat!

Memang cantik terusan air di Amsterdam. Jernih terpelihara. Seronok


juga kan kalau ada canal tour di Malaysia? Tiba-tiba saya teringat terusan
Wan Mat Saman. Terbayang kalau ada aktiviti naik gondola, naik bot di
terusan itu. Macam di Melaka. Mesti boleh jadi sumber tarikan pelancong
kalau negara kita ada benda-benda simple macam ni kan? Betul tak?

Ok. Saya terpaksa tinggalkan anda di sini. Kalau nak ikut saya ke Taman
Tulip terbesar di dunia.. jom ke entri ini. Klik.
Nur Yusuf

No comments:

Post a Comment

Home
View web version

Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai