Anda di halaman 1dari 5

Langkah-Langkah Menerapkan Nilai Murni Dalam Kalangan Remaja

Nilai-nilai murni boleh menjadi asas kepada pembentukan sahsiah seseorang individu.

Bincangkan langkah-langkah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan, umpamanya hormat-menghormati,
tolong-menolong, prihatin, bersimpati, berperikemanusian dan lain-lain lagi. Namun, pada era dunia tanpa sempadan
ini, amalan murni ini semakin lenyap ditelan zaman. Persoalan yang menjadi percaturan minda adalah
apakah prakarsa istiqamah yang boleh dijana untuk menjamin amalan suci in terus diamalkan?
Obligasi untuk memupuk nilai-nilai murni ini tidak harus dipandang enteng oleh setiap ibu bapa dan haruslah
dijulang sampai ke langit. Ibu bapa harus mendidik amalan ini sejak anak-anak merah tapak kaki lagi, bak kata
pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain
putih dan ibu bapa merupakan warna yang akan mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Misalnya, ibu bapa
harus menerapkan ajaran agama yang mantap dalam atma anak-anak dengan membawa mereka untuk mendekati
Tuhan seperti dengan bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu, mereka haruslah
mengajar anak-anak untuk menghormati orang tua dan menyayangi haiwan. Mereka mestilah memberi amaran
kepada kanak-kanak supaya tidak bersikap biadab terhadap sesiapa sahaja apatah lagi ahli keluarga sendiri. Malah,
mereka harus mendidik kanak-kanak tentang cara bercakap dengan orang tua dan tingkah laku semasa berada di
rumah orang. Apabila selalu terdedah kepada pengajaran sedemikian, kanak-kanak boleh membezakan antara intan
dengan kaca dan antara batu dengan permata. Dalam konteks ini, ibu bapa juga haruslah menjadi teladan yang
terbaik kepada anak-anak dengan bersikap sopan santun kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa bapa
borek anak rintik. Ikhtisarnya, ibu bapa perlu berpegang kepada prinsip jika menebang menuju pangkal, jika
melanting menuju tangkai dalam mendidik anak-anak agar mereka mengamalkan nilai-nilai murni yang disanjungi,
bak rangkap sajak berikut,

Hikayat Melayu disanjungi warisan,


Menjadi wahana penglipur nestapa,
Anak bersopan tonggak wawasan,
Berkat usaha ibu dan bapa.

Sementelahan itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk nilai-nilai murni dalam sukma kanak-kanak
tidak harus kita kesampingkan. Amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan misalnya nilai bertanggungjawab, rasional,
kepercayaan kepada Tuhan, amanah, toleransi, berhemah tinggi, kesederhanaan, kasih sayang, menyayangi dan
menghargai alam sektiar, hidup bersama secara aman, mematuhi peraturan dan undang-undang wajar diterapkan
dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam.
Kendatipun, untuk mencapai misi yang komprehensif dan konkrit, nilai-nilai murni haruslah diamalkan secara
berkesan. Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah boleh menganjurkan minggu Budi Bahasa Budaya Kita dan
memberi anugerah Pelajar Sopan kepada pelajar yang bersikap sopan santun, menghormati guru-guru dan berhemah
tinggi sepanjang berada di sekolah supaya boleh menjadi suri teladan kepada pelajar lain. Tambahan pula, para
pendidik harus mementingkan amalan nilai murni dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan
mengajar murid-murid terutama pelajar sekolah rendah tentang adab sopan ketika berada di dalam kelas, adab sopan
ketika berkomunikasi dengan guru dan rakan. Hal ini kerana misi pendidikan negara kita bukan sahaja untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum, malah juga untuk melahirkan modal insan yang
mengamalkan nilai-nilai murni, bermoral dan bertatasusila, sejajar dengan prinsip kelima Rukun Negara, yakni
Kesopanan dan Kesusilaan. Deduksinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa pendidikan merupakan senjata yang
dominan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak.
Rentetan iu, kerajaan juga sewajarnya memandang serius masalah yang berkaitan sahsiah kanak-kanak
bagai menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Pihak kerajaan
sepatutnya bersendel bahu dengan pihak media massa dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Astro, Persatuan
Karyawan Malaysia dan lain-lain lagi untuk menggerakkan kempen Budi Bahasa Budaya kita secara menyeluruh di
tanah air kita kerana bersatu teguh bercerai roboh. Barangkali, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan tidak
berkesan kerana tidak disokong oleh banyak pihak, termasuklah syarikat-syarikat swasta yang bersikap bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Buktinya, kempen Kami Prihatin gagal mengurangkan kemelut
sosial yang semakin berleluasa dalam masyarakat kita, iaitu isu pembuangan bayi. Berikutan itu, kempen Budi
Bahasa Budaya kita hanya akan berjaya sekiranya semua pihak melibatkan diri dalam pelaksanaannya. Dalam pada
itu, kempen ini perlu disempurnakan di peringkat awal persekolahan, iaitu tadika untuk memupuk nilai-nilai murni
dalam kalangan kanak-kanak. Ceramah, pertandingan menulis esei, melukis poster, pertandingan syarahan,
pertandingan kuiz dan sebagainya boleh dilaksanakan sempena kempen ini. Pihak sekolah pula haruslah
mewajibkan penglibatan murid-murid dalam kempen ini untuk memastikan keberkesanannya, bak kata pepatah,bulat
air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat. Selain itu, kempen tersebut haruslah disokong oleh artis-artis
tempatan dan luar negara yang menjadi idola masyarakat, seiring dengan trend pemuda-pemudi kini yang suka
mengikut jejak langkah idola mereka dari semua aspek. Jelaslah menunjukkan bahawa kempen-kempen yang
mendapat sokongan semua pihak mampu mencapai matlamat melahirkan kanak-kanak yang bersahsiah mulia.
Di samping itu, peranan media massa, sama ada media cetak dan media elektronik amat dominan dalam
usaha memupuk nilai-nilai murni dalam atma kanak-kanak. Berdasarkan penyelidikan, dipercayai bahawa
kecanggihan teknologi media seperti televisyen, radio dan internet serta akhbar arus perdana mampu mempengaruhi
akhlak kanak-kanak kerana kanak-kanak pada era moden ini sememangnya sudah celik teknologi maklumat. Mereka
akan tergila-gila kepada media baru. Oleh hal yang demikian, pihak media massa bolehlah mengambil kesempatan
ini untuk menyiarkan iklan, dokumentari, drama dan paling penting, siaran kartun yang semestinya menjadi
kegemaran kanak-kanak. Misalnya, iklan tentang seorang kanak-kanak yang memberi tempat duduk kepada orang
tua di dalam komuter yang kerap disiarkan di TV3 dan iklan kanak-kanak membantu seorang wanita tua mengangkat
barang amat berkesan kepada penonton. Malahan, drama-drama seperti Precious Babies, Three Pads, One
Mom, Hwang Jin Yi, Next Stop, Happiness dan lain-lain lagi mengandungi babak-babak yang menonjolkan
kepentingan nilai-nilai murni yang boleh dipelajari dan seterusnya diamalkan oleh kanak-kanak dalam kehidupan
seharian. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, bahawa media massa merupakan wadah yang paling sesuai untuk
memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari kanak-kanak.
Akhirulkalam, semua pihak sewajarnya berganding bahu untuk mengorak langkah yang afdal bagi
memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak agar memacu pembangunan negara untuk memakbulkan
hasrat mencapai Wawasan 2020. Kita sedia maklum bahawa kekurangan nilai-nilai murni dalam diri individu akan
menyumbang kepada pelbagai gejala sosial yang semakin meruncing dalam masyarakat. Selaras dengan
peribahasa Melayu yang mengatakan tiada keruh yang tidak dapat dijernihkan, tiada kusut yang tidak dapat
dileraikan, bersama-samalah kita memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak, bak rangkap sajak yang
dipetik daripada sajak Seuntai Kata Untuk Dirasa karya A. Samad Said,

Sekarang singkirkan semua bicara,


Sekarang kumpulkan tenaga raksasa,
Tiba saat berbunga merah,
Serentak kita bersama.

LANGKAH-LANGKAH MENERAPKAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN REMAJA


PENDAHULUAN

(T) Nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak
menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Amalan ini penting untuk melahirkan insan yang
mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah Wawasan 2020. Iman al-Ghazali mengatakan,
Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah pada
wajah. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia menjadi tali pengukur kepada setiap individu.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. (I) Namun begitu, dalam
mengharungi era ledakan sains dan teknologi, amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari
golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-
aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini
jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan nilai murni dalam kalangan masyarakat. (A) Sebelum keadaan
menjadi lebih parah, amalan ini perlulah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu kemaslahatan
boleh diperoleh.

(L1): Menyedari akan pelbagai kemaslahatan, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang pragmatik dan efektif untuk
memastikan amalan ini dapat dipupuk dalam setiap sanubari remaja kita. Oleh itu,kita perlu bertindak mulai dari sekarang kerana
perjalanan yang beribu-ribu batu mestilah bermula dengan langkah yang pertama. Salah satu langkah yang dominan adalah
melalui rombakan sistem pendidikan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak
pendidikan. (M) Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat. Melalui pendidikan, kita diajar,
dibimbing dan diasuh untuk menjadi insan yang kamil dan holistik sama ada dari aspek jasmani, rohani dan intelek. Bukan itu
sahaja, pendidikan juga mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.(B) Hal ini
juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran
yang sedia ada dirombak semula. Rombakan ini dapat dilihat melalui penerapan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan amalan
budi bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita
perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju namun, masyarakatnya masih mengekalkan
nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. (K) Mereka percaya bahawa dengan mengenali
asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan
negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga
demi negara yang tercinta. (P) Jelaslah bahawa dalam usaha untuk memupuk amalan nilai murni, maka tidak boleh tidak,
perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan.

(L2): Jika kita lihat dari sudut yang lain, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan
berkesan. (M) Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk nilai-nilai
murni seperti bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Para guru pula dianggap sebagai
arkitek pembangunan manusia diarahkan untuk mengadakan pelbagai program bagi memupuk amalan nilai murni ini kerana
pelajar ibarat pohon yang baru ditanam. Lantaran itu, mereka perlu dibajai, diairi dan diberi cahaya matahari yang
secukupnya. (B) Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet
Remaja Sekolah akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersama-sama
mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya, sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti bergotong-
royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan
menanamkan nilai bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka bak kata pepatah, tak kenal , maka
tak cinta. (K) Melalui program-program yang dijalankan ini, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri
mereka. Mereka akan lebih bersikap membina daripada meruntuhkan atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih
bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti
kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang
diconteng dengan kata-kata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan masyarakat
yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda
kita juga akan lebih menghormati golongan yang tua. (P) Pendek kata, amalan nilai murni sememangnya dapat dipupuk melalui
aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah.

(L3): Seperkara lagi, peranan ibu bapa juga amat penting dalam melahirkan insan kerdil yang mengamalkan nilai-nilai murnil .
(M) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, begitulah peribahasa yang membawa maksud bahawa peribadi serta perlakuan ibu
bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Memang tidak dapat kita nafikan ibu bapa merupakan guru pertama dalam
kehidupan anak-anak sejak dalam rahim ibu lagi. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa merupakan ejen pembentukan karakter
anak-anak yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang kaya nilai murni. (B) Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari
kecil oleh ibu bapa kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilai-
nilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolak-ansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak
mereka. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga
diajar agar menghormati harta benda milik adik-beradik mereka serta harta benda bersama. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh
bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa
mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anak-anak. (K) Dengan ini, hubungan
kemesraan keluarga akan dapat ditingkatkan di samping dapat mewujudkan baiti jannati. Malah yang lebih penting, anak-anak
akan lebih beradab dan bernilai murni yang akan mencerminkan maruah keluarga tersebut. Anak-anak seumpama ini tidak akan
bersikap biadab yang mampu menconteng arang ke muka keluarga sendiri. (P) Sesungguhnya, peranan ibu bapa yang
mempamerkan contoh terbaik kepada anak-anak dapat memupuk amalan nilai dalam diri anak-anak.

(L4) Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang bernilai murni adalah melalui kempen yang berkesan. (M) Hal
ini dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan ini
dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Masyarakat pada hari hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan kempen-
kempen yang diadakan. (B) Sembilan tahun lalu iaitu pada 11 Februari 2005 Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA)
melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau
masyarakat kita mengamalkan nilai murni. Kempen yang dicetuskan oleh Dr. Rais Yatim semasa memimpin KEKWA ini
mengejutkan kita yang terlena dalam mengejar fatamorgana hidup sehingga sanggup merendahkan tahap nilai murni kita. Suatu
ketika dahulu , majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di 36 bandar raya di dunia. Hasilnya, Kuala
Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab. Kajian ini amat membimbangkan dan memalukan kita. Oleh itu, kempen
seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan bukannya sekadarmelepaskan batuk di tangga. (K) Dengan ini,
diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan menyemai semula nilai-nilai murni ke dalam jiwa
remaja serta meletakkan nilai murni sebagai satu asas dan tunjang dalam kehidupan kita. Secara implisitnya, negara akan menjadi
agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya
dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. (P)Izharlahbahawaperanankempenjugapentinguntukmembudayakan
amalanmurniinidalamkehidupansehariankita.

Darikacamatayangberbezapula,amalannilaimurnidalamkalanganremajadapatdipupukmelaluiaktivitikomunitiyang
dianjurkanolehmasyarakatsetempat.Masyarakatsekelilingmampumempengaruhi tingkahlakupararemajayangdianggap
separamatangdanbelumkerasubunubunnya.Aktivitikomunitisepertigotongroyong,kendurikendaradanrukuntetangga
dapatdijayakandenganpenglibatandankerjasamadaripadamasyarakatsetempat.Biarkitaambilcontohaktivitigotongroyong.
Aktivitiinidiadakandengantujuanuntukmembersihkankawasankediamanbersamasamatanpamengirastatus,agamadan
bangsa.Sikapenaudalambelukarmelepaskanpucukmasingmasingtidakwujudketikamenjalankanaktivitiinimalahsikap
bekerjasamabagaiaurdengantebingterpaparsemasaaktivitiinidijalankan.Kesannya,pelbagainilaimurnidapatditerapkan
seperti nilai kerjsama, prihatin, tolongmenolong dan sebagainya.Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke4pernah
menegaskanbahawadenganmelibatkandiridalamkegiatanbergotongroyong,kitaberupayamenerapkanpelbagainilaimurni
dalamdiri.Bukanitusahaja,kebersihankawasankediamanjugaakanterjamindansekaligusdapatmenghindarkanpenyakit
berbahayasepertidemamdenggi.Izharlahbahawaaktivitikemasyarakatanyangdiadakanmampumemupuknilainilaimurni
dalamdiriremajakita.

PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai langkah yang dapat diimplementasikan untuk
memupuk amalan nilai murni dalam sanubari remaja kita. Amalan nilai murni amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara
maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu
bahasa, yang elok itu budi, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dan amalan nilai murni
dalam kehidupan masyarakat kita. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan
masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua pihak wajarlah
bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam amalan berbudi
bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini
dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni
perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz
pernah berkata, Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi
bahasa yang kian terhakis dari jiwa mereka. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti kegiatan
gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang
dan terbilang. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana
ketinggian nilai murni rakyatnya.

Cara-cara Memupuk Nilai-nilai Murni Dalam Diri


Format Penulisan --> Isi -->Contoh -->Kesan --> Ayat Penyimpul

Zaman modenisasi kini , kita menyaksikan keruntuhan akhlak dan amalan nilai murni yang negatif dalam kalangan
masyarakat berlaku secara berleluasa. Hal ini disebabkan masyarakat terlalu mengejar kebendaan dan keselesaan
hidup hingga melupakan penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak.Persoalannya, bagaimanakah saya dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam diri?Saya akan mengupas cara-cara memupuk nilai-nilai murni dalam diri di dalam
perenggan-perenggan selanjutnya.

Langkah primer untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri ialah mempelajarinya melalui ajaran agama dan moral
yang secukupnya.Kebanyakan agama di dalam dunia mengajar umatnya atau pengikutnya supaya melakukan
amalan baik seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, membantu orang yang susah dan bersahsiah
baik. Kesan ajaran agama yang dipelajari mendorong saya untuk menjadi manusia yang baik, seorang yang
berprinsip, menghormati orang yang lebih tua, dan sentiasa membantu orang lain dalam masyarakat. Jelaslah
bahawa mempelajari ajaran agama dan moral dapat membentuk diri berjiwa penyayang .

Seterusnya, nilai-nilai murni boleh saya perolehi di sekolah yang diajarkan oleh guru. Antara subjek yang mempunyai
ilmu mendidik nilai-nilai murni dalam diri termasuklah subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan. Kesannya, nilai-nilai murni yang digilap melalui pelajaran secara formal dapat membentuk diri
saya yang sentiasa menghormati kaum lain dari segi amalan agama, budaya, adat resam dan menjadi ahli
masyarakat yang hidup secara bertoleransi. Tuntasnya, sekolah juga boleh menjadi agen kepada pemupukan nilai-
nilai murni dalam diri.

Selanjutnya, memupuk nilai-nilai murni dalam diri boleh dilakukan melalui pembelajaran tingkah laku yang positif
dalam sesebuah masyarakat. Antara nilai-nilai murni yang disemai oleh masyarakat yang diterima ramai termasuklah
nilai-nilai yang terkandung dalam amalan adat resam, etika dan budaya kehidupan seperti amalan memberi salam,
membuka kasut sebelum masuk rumah dan menghormati tetamu seperti yang terkandung dalam budaya
Melayu.Kesan mengamalkan nilai-nilai murni sesebuah komuniti saya dapat menjadi seorang yang penyantun dan
bersedia mempertahankan tradisi budaya. Oleh itu, pembelajaran tingkah laku positif dalam sesebuah masyarakat
juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri.

Disamping itu, nilai-nilai murni juga dapat dipupuk dengan cara mencontohi perwatakan ibu bapa saya. Ibu bapa
adalah suri teladan kepada saya semasa kecil. Saya sering melihat tingkah laku positif yang dilakukan oleh ibu bapa
ketika berada di rumah seperti cara bercakap, kemesraan yang ditunjukkan, cara melayan tetamu, cara makan dan
amalan menjaga kebersihan alam sekitar. Tingkah laku positif yang saya lihat akan saya ikuti, amalkan dan
menjadikan budaya dalam kehidupan saya apabila saya mempunyai keluarga sendiri seperti sentiasa menghormati
orang lain dan menghargai alam sekitar. Jelaslah, perwatakan ibu bapa turut menjadi penyumbang pemupukan nilai-
nilai murni dalan diri.

Akhir sekali, nilai-nilai murni dapat dipupuk melalui penyertaan dalam program-program motivasi yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Antara aktiviti yang disediakan termasuklah aktiviti mengenal diri sendiri, membina kumpulan kerja,
cara-cara menjadi pelajar cemerlang dan menjadi seorang pemimpin. Kesan aktiviti yang disertai oleh saya akan
dapat memberi keyakinan yang tinggi dalam menguruskan diri sendiri untuk menjadi seorang yang beriman, maju
dalam pelajaran, sentiasa berdisiplin melaksanakan tanggungjawab dan menjadi pemimpin contoh kepada rakan lain
di sekolah. Tuntasnya, program motivasi adalah salah satu program yang dapat memberi sinergi kepada kepribadian
yang baik dalam diri saya.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu melaksanakan tugas memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak-
anak dan masyarakat bagi memastikan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu dapat dilahirkan.Seterusnya,
keamanan negara yang dikecapi dapat membangunkan negara dengan lebih pantas.