Anda di halaman 1dari 23

KUMPULAN DAHLIA

PERTOLONGAN CEMAS
DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang
diberikan kepada mangsa atau pesakit.

KONSEP PERTOLONGAN CEMAS


Pertolongan Cemas ditakrifkan/ diertikan sebagai Bantuan Permulaan/ Bantu
Mula/ Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami
kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/ tiba-tiba
dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau
pakar perubatan atau sebelummangsa dihantar ke hospital.

A. TUJUAN DAN PRISIP


TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
1. Selamatkan nyawa. Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa
di dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak,
terhenti pernafasan dan jantung,terbakar dan melecur dan lain lain lagi.
2. Mengelakkan dari bertambah buruk. Memberi rawatan pertolongan cemas
yang betul dan pantas untuk mengelakkankecederaan atau keadaan pesakit
menjadi bertambah buruk.
3. Mengurangkan kesakitan. Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata
semangat untuk memberikan kelegaankepada pesakit

PRINSIP PENGURUSAN SITUASI KECEMASAN


Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya
pernafasan pesakit itu.
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar
melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan
pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat
pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:


1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah
KUMPULAN DAHLIA

4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. Arahan am untuk memberi rawatan
bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang
berhampiranuntuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.

B. ANDUH DAN BALUTAN


JENIS ANDUH

Anduh Besar
Anduh Kecil
Anduh Pergelangan Tangan
Anduh Menaik

ANDUH BESAR ANDUH MENAIK

PEMBALUT CINCIN

Terdapat 5 jenis balutan anduh:

Anduh lengan
Anduh kepala
Anduh lutut atau siku
Anduh pergelangan tangan
Anduh tapak kaki

Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :


KUMPULAN DAHLIA

ANDUH LENGAN.

Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang
tercedera .
Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi
boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk
lebih kemas.

ANDUH LUTUT

Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di


atas lutut yang tercedera .
Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan
buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) .
Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .

ANDUH KEPALA.

Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa
dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .
Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala
kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila .
Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .

ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI.


KUMPULAN DAHLIA

Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian


tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti
gambarajah di bawah. 1 .)
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti
gambarajah di bawah)
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti
yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.
Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada
bahagian kaki yang mesti di balut .

BALUTAN

Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan


Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan

JENIS KAIN PEMBALUT

Pembalut Tiga Segi


Pembalut Lebar
Pembalut Kecil
Pembalut Gulung
KUMPULAN DAHLIA

Lipatan Tiga Segi

JENIS BALUTAN LUKA

Luka Tangan Luka Siku

Luka Dada Luka Lengan

Luka Bahu Luka Lutut

Luka Paha Luka Jari


BALUTAN LUKA TANGAN

BALUTAN LUKA DADA

BALUTAN LUKA BAHU

BALUTAN LUKA PAHA

BALUTAN LUKA SIKU


BALUTAN LUKA LUTUT

BALUTAN LUKA LENGAN

BALUTAN LUKA JARI

C. MERAWAT LUKA DAN GIGITAN


Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet.
Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut
luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.
Terkena selumbar
Cara merawat:
Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk:
Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki
Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada
bahagian yang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera
dan diulang-ulangkan membasahkannya supaya sejuk.
Melecur
Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat.
Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa
amat pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap
perlu untuk mengurangkan sakit.

GIGITAN
Digigit Hama rumput
Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan
belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat.
Rawatan:
1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun
2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik
3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan
bengkak.
4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang
tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine.
Digigit lintah dan Pacat
Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari
sengatnya akan tertinggal pada kulit.
Rawatan:
1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk
melonggarkan gigitan dan menggugurkannya.
2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit.
3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak
terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine.
4. Tutup dan balut dengan pembalut kering.
Dipatuk Ular
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada
tempat yang digigit dan bisa.
Rawatan:
1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan
kuat akan bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah
kejantung. Jangan ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti.
Anda haruslah dapat merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki.
2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium
permanganate untuk menawarkan racun yang ada pada luka.
3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan
memotong ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan
telah dibakar terlebih dahulu.
4. Longgarkan ikatan tourniquet selama minit tiap-tiap jam
5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.
6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas.
7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam
pernafasan.
8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat
9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh
diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan.
Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini
dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan
itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya
supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak
ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan.

D. MELECUR, PITAM, PATAH


MELECUR (TERKELAR, TERBAKAR )
Terkelar, terbakar dan melecur adalah sama keadaannya.
Perbezaannya hanya dari segi tahap kecederaan. Kebiasaan terbakar
melibatkan kecederaan yang lebih serius daripada melecur.

MELECUR DAN LEBAM


Disebabkan terkena:
Air Panas
MinyakPanas
Wappanas
Simptom:
Kulit melecur dan kemerahan
Bahagian terbakar mengelembung dan bengkak dengan cepat
Sangat sakit
Cara Rawatan
1. Baringkan mangsa di tempat teduh, sejuk dan selesa.
2. Tanggalkan pakaian dan perhiasan pada anggota tercedera seperti kasut,
cincin, jam tangan dan lain-lain.
3. Jika serius elakkan beri minuman dan makanan.
4. Hantar ke hospital jika perlu.

PITAM
Pitam ditakrifkan seseorang yang tidak sedarkan diri untuk seketika di mana
kebiasaan sintom ini terjadi disebabkan kekurangan bekalan darah ke otak
ketika waktu.
Berdiri tegak, terlalu lama dalam cuaca panas.
Terlalu letih, kelaparan
Tindak balas saraf terhadap kesakitan
Persekitaran yang sesak
Emosi
Tanda-tanda awal
Muka pucat
Keadaan mengeluarkan peluh sejuk
Denyutan nadi cepat tetapi lemah
Mangsa akan merasa loya
Pening
Pandangan menjadi kabur
Cara Rawatan
1. Tenangkan diri anda dahulu dan baringkan mangsa di tempat teduh dan
berudara bersih.
2. Longgarkan pakaian yang ketat.
3. Tinggikan bahagian kaki mangsa daripada paras badan.
4. Apabila mangsa sedarkan diri cuba tenangkan dan beri keselesaan kepada
mereka.
5. Galakkan Tarik nafas dan yang seelok-eloknya adalah anda yang mengajar
cara pernafasan kepada mangsa.
6. Jika berlaku kecederaan ringan bolehlah teruskan untuk merawat. Jika
kecederaan teruk sila serahkan pada pihak hospital



PATAH
Disebabkan pukulan secara langsung atau tidak langsung, terjatuh dari
bangunan yang tinggi dan sebagainya.
Jenis-jenis patah

Patah tebu Patah Patah Riuk Patah


(tidak Kayu Melarat
berdarah, Muda
tulang
membengko
k, selalu
terjadi
kepada
kanak-
kanak)

Patah Patah Patah Patah


Remuk Melintang Terpusing menyerong
(Comminute (Transver (Spiral) :
d) : (tulang se) : (disebabka (Oblique) :
jadi serpihan (aktiviti n daya
(hentakan
kerana yang putaran)
kuat oleh
impak kuat) sangat
benda
lasak)
tajam)

Simtom patah
Lebam dan bengkak
Anggota tidak dapat digerakkan
Terluka atau berubah bentuk
Sakit
Tajam / berbonjol pada kulit
Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang normal
Kedudukan, bentuk atau pergerakan sendi tidak normal

Prinsip rawatan secara am
Memberi rawatan segera jika berlaku keadaan yang mengancam nyawa
seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak
Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan di
tempat kejadian
Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang tercedera.
Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentah. Tutup dengan kain
yang bersih.
Haling / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan beat (splin),
anduh dan pembebat.
Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari
tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

Cara memindah

Blanket Lift : Preparation Blanket Lift : Rolling On

Blanket Lift : Lifting

E. KERACUNAN DAN TERSELIUH

KERACUNAN

Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan


menyerap paa kulit dan mata.

Tanda- tanda:

Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:

Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.


Daya sedar yang lemah.
Rasa sakit dan perit yang membakar.
Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.
Latar belakang pendedahan/tertelan
Cirit-birit
Pening kepala dan demam.
Tanda-tanda renjatan.
Perut sakit dan kejang.

Rawatan Awal Keracunan

Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.


Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.
Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
Tunggu arahan dan bertindak segera.
Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan.
Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air
atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan
perubatan.
TERSELIUH

Tanda-tanda dan gejala

Rasa kesakitan pada sendi itu.


Bengkak
Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera.

Rawatan

Letak beg ais pada sendi yang cedera


Tinggikan bahagian yang tercedera.
Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa.
Ampu bahagian yang tercedera.
Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan.

F. PEMULIHAN PERNAFASAN

SISTEM PERNAFASAN
Semasa kita bernafas, kita menyedut dan menghembuskan udara .
Udara yang disedut dibawa ke paru-paru dan meresap oksigen ke dalam
darah.
Udara yang disedut hanya ada 21% oksigen, selebihnya kompisisi gas
nitrogen
Badan kita memerlukan 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.
BILANGAN PERNAFASAN SESEORANG
PERINGKAT BILANGAN SEMINIT
Dewasa 15-20 kali
Kanak-kanak 6-10 tahun 22-25 kali
Bayi 35-40 kali.

BILANGAN NADI SESEORANG


PERINGKAT BILANGAN SEMINIT
Dewasa 70-80 kali
Kanak-kanak 90-100 kali
Bayi 100-140 kali
TEKNIK-TEKNIK PEMULIHAN PERNAFASAN
Melalui 3 cara:
1 Holger Nielson
2 Resusitasi secara tekanan (kardio-pulmonari)
3 Resusitasi secara hembusan (mulut ke mulut)

HOLGER NEILSON

RESUSITASI KARDIO-PULIMONARI (CPR)


Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan
yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas.
Merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga
tekanan dada.
Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke
seluruh anggota badan.
Dua sebab utama CPR dilakukan:
Terhenti pernafasan
Tiada nadi

PEMERIKSAAN ABC
Terdapat 3 prinsip asas yang perlu dilakukan iaitu ABC sebelum melakukan
CPR :
A - Airway (saluran pernafasan)
B Breathing (pernafasan)
C Circulation (peredaran darah)

A - AIRWAY (Saluran pernafassan)
Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses
CPR.
Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk
pernafasan adalah terbuka.
Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan
kepala mangsa kebelakang dan angkat dagu mangsa.
Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang
tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara.
Anda juga perlu membuat pemeriksaan visual ke dalam mulut
mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan
asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang pecah.

B - BREATHING (Pernafasan)
Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu
anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa.
Dekatkan telinga anda di sisi mulut dan hidung mangsa dengan
keadaan muka menghadap ke dada mangsa.
Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas,
merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat ke arah
dada untuk melihat pergerakan turun-naik dada. (Kaedah
3M=Mendengar, Merasa, Melihat).
Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.
Contohnya mulut ke mulut.

C - CIRCULATION (Peredarandarah)
Langkah ketiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah.
Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti
atau nadi mangsa telah tidak berdenyut.
Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu
meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga
mangsa boleh bernafas dengan sendiri.
Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau
mampatan di dada mangsa.
Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
Gunakan berat badan anda untuk melakukan tekanan.
Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar
dua jari dari atas hulu hati.

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT
1 Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan.
Dapatkan bantuan.
2 Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
3 Buangkan sebarang benda asing dari mulut.
4 Bukakan saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
5 Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
6 Tentukan mulutnya terbuka.
7 Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda
melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara
semasa hembusan dilakukan.
8 Angkat mulut dan membiarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil
masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
9 Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada
kadar 10 kali seminit.
Catatan:
i Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat
dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi
agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut
mangsa.
ii Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa
adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan
perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
iii Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada
tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang
oleh muntah, darah, atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi
rawatan mangsa yang tercekik

RAWATAN MANGSA TERCEKIK TIDAK SEDAR


Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.
Periksa sama mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC.
Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
Buang sebarang benda asing dari mulut.
Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
Tutup lubang hidung mangsa menggaunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.
Tentukan mulutnya terbuka. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke
mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan
tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.
Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa
selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa.
Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu
antara pusat dan penghujung hulu hati.
Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen
menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.
Segera ulang ilangkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas
atau masih tercekik.
Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan
pemulihan.
Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.

KAEDAH CPR SEORANG DIRI



Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan.
apatkanbantuan.
Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh
badan.
Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. Periksa nadi karotik.
Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan
seminit. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan.
Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut:
1 Letakkan tangan anda di atas dada mangsa.
2 berikan 15 kali tekanan sedalam 1.52 inci untuk orang dewasa
3 selepas itu, beri pula 2 hembusan (1 pusingan)
4 berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan)
5 selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
6 teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi.
7 Lakukan sehingga bantuan pakar tiba. Sekiranya telah ada denyutan
jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa
denyutan nadi selepas 10 kali hembusan .bersedia untuk melakukan
tekanan dada sekiranya nadi tiada. Jika mangsa mulai bernafas tanpa
bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan. Periksa semula
pernafasan dan nadi setiap tiga minit .

KEDUDUKAN TEKANAN CPR


KEDUDUKAN PEMULIHAN
Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau
sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan.
Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada
menutupi tekak atau saluran pernafasan.
Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan
membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan
mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan
bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus,
manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan
mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.

Anda mungkin juga menyukai