Anda di halaman 1dari 1

Jika diimbas kembali, pada awalnya media hanya berkembang dengan adanya media cetak dan

media elektronik. Tetapi, kini telah munculnya media baru dengan pelbagai aplikasi moden yang
digunakan di seluruh dunia. Di Malaysia, penggunaan aplikasi internet khususnya penggunaan
facebook memberikan pelbagai kemudahan serta kesenangan kepada penggunannya. Namun jika ia
disalahguna, keadaan yang tidak sihat akan berlaku seperti ketagihan penggunaan facebook yang
boleh memberikan pelbagai masalah dalam kehidupan seharian manusia.

Facebook merupakan laman jaringan sosial paling popular di dunia. Dianggarkan pengguna
facebook dalam negara adalah seramai 6.8 juta. Daripada jumlah itu, 52% adalah pengguna lelaki
manakala pengguna wanita adalah sebanyak 48%.
Satu kajian telah dijalankan kepada sekumpulan guru yang sedang mengikuti program latihan
dalam perkhidmatan di IPG Kampus Keningau baru-baru ini. Keadaan mendapati bahawa, selain
daripada aktiviti di IPG, guru-guru ini kebanyakannya menghabiskan masa dengan melayari
facebook. Ketagihan terhadap facebook ini menyebabkan pelatih terbabit dalam permasalahan
seperti membuang masa, menyendiri, anti sosial, kerap meniru, anti sosial dan tidak berpendirian.
Keadaan ini boleh menimbulkan kesan negatif yang boleh menyebabkan berlakunya masalah
keluarga, masalah perhubungan sosial, masalah pembelajaran dan banyak lagi. Justeru, pelbagai
strategi dan langkah-langkah perlu diambil dalam menangani masalah ketagihan penggunaan
facebook dalam kalangan guru pelatih yang melibatkan kerjasama dan usaha semua pihak agar
masalah ini dapat diatasi sehingga ke akar umbinya.
Hasil kajian yang dilakukan, 96 peratus peserta kajian dilaporkan bahawa mereka pernah
menggunakan sebarang teknologi rangkaian sosial, seperti 'chatting', 'blogging' dan melawat komuniti
dalam talian, seperti Facebook, MySpace, Whatsapp dan sebagainya. Hal ini membuktikan bahawa
kecenderungan dan tahap kebergantungan terhadap facebook untuk berinteraksi dengan rakan serta
mengakses maklumat adalah tinggi.
Pendekatan menggunakan facebook ini merupakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar terlibat dalam
aktiviti secara aktif, sekali gus membolehkan pembelajaran sosial berlaku melalui perbincangaan
kolaboratif semasa menghadapi isu, masalah atau ketidaakfahaman tentang sesuatu perkara.

Menyedari bahawa dalam era internet sekarang, adalah menjadi satu kewajaran bagi
pensyarah mengaplikasikan facebook dalam pengajaran dan pembelajaran. Cari ini dilihat lebih
berkesan kerana kumpulan guru yang dikaji ini banyak menghabiskan masa di laman sosial. Malah
pengkaji mendapati bahawa kumpulan ini mewujudkan jaringan interaksi dengan rakan sebaya
melalui medium ini.

Apa yang penting, komputer dan teknologi internet membantu meningkatkan keupayaan
pembelajaran dan perkembangan individu. Pembelajaran atas talian dan projek multimedia dapat
memberi peluang kepada setiap orang meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
pelbagai cara. Malah kaedah ini membantu ke arah sistem perkongsian maklumat yang meluas.
Maka pembuat dasar hendaklah mengambil kira kesan teknologi terhadap latihan teknikal, pedagogi
dan infrastruktur baru yang diperlukan untuk melakukan transformasi terhadap sistem pendidikan

Anda mungkin juga menyukai