Anda di halaman 1dari 3

Sumbangan Tamadun China Kepada Pembinaan Tamadun Malaysia

Tamadun China merupakan salah satu tamadun paling tua di dunia dan kita dapat lihat
tamadun ini amat maju dalam bidang politik, ilmu sains dan falsafah. Tamadun China suatu
ketika dahulu juga dikenali sebagai Tamadun Hwang Ho. Pembinaan Tamadun Malaysia sangat
berkait rapat dengan tamadun china . Banyak sumbangan tamadun ini kepada pemantapan
tamadun Malaysia.

Dari sudut ekonomi, tamadun China banyak menyumbang dalam pembangunan


tamadun Malaysia dalam banyak bidang, antaranya bidang pertanian dan pembinaan
seterusnya membawa kepada teknologi kemajuan dan banyak lagi. Alat pertanian seperti
tenggala dan penyisir tanah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman. Selain itu , kolar
kuda di perkenalkan untuk membolehkan kuda menarik kayu, kereta kuda, dan kereta sorong
beroda . Bukan itu sahaja, sistem tanaman secara bergilir juga mula diperkenalkan untuk
menjaga kesuburan tanah malah kawasan bukit telah ditereskan dan pembinaan terusan telah
dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal. Dan seterunya
membawa kepada kemajuan dari segi materialnya yang mana daripada pembinaan alat dibuat
daripada kayu digantikan dengan besi yang mana semua kemajuan ini dapat kita lihat rakyat
Malaysia yang dahulu menggunakan tenggala dan kolar kuda dalam bidang pertanian. Akan
tetapi, kini selaras dengan arus pemodenan, Kuda tidak digunakan lagi, tetapi menggunakan
mesin yang canggih untuk memudahkan kerja.

Tenggala Kolar Kuda

Tamadun China juga mewariskan teknologi membuat kertas daripada kulit kayu.
Bertapa besarnya impak penciptaan kertas yang mana kita sedia tahu bahawa penggunaan
kertas sangat meluas hingga kini . Semasa Dinasti Tang, mercun telah diciptakan. Pada
mulanya, mercun digunakan untuk meraikan sesuatu perayaan sahaja. Kemudiannya, mercun
digunakan secara meluas untuk peperangan. Dan kini di Malaysia, mercun dan bunga api
masih digunakan tetapi untuk pembukaan sesuatu acara rasmi atau pada musim tertentu.
Sebagai contoh ketika upacara tahun baru,sambutan merdeka dan juga musim perayaan.
Selain itu, penciptaan Kompas juga merupakan sumbangan daripada tamadun China, Kompas
yang pertama dicipta oleh penduduk China. Kompas itu diperbuat daripada kayu dan sebatang
sudu magnet tetapi setelah diubah suai. Pada asalnya, tujuan utama penciptaan tersebut
adalah untuk keagamaan sahaja. Namun kini, Kompas digunakan secara meluas oleh rakyat
Malaysia sebagai penunjuk arah ketika mengembara di hutan mahupun di Bandar.

Tamadun China juga tidak dikecualikan dalam peninggalan hasil sastera. Ia telah
meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat
geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah. Selain itu, satu lagi sumbangan
terpenting dalam tamadun ini iaitu pengamalan falsafah perang Sun Tzu dalam karyanya, the
Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menyerang musuh telah
diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa yang masih digunakan sehingga kini (Yusof,2010) .
Malah merupakan falsafah yang diaplikasikan dalam taktik perniagaan sehingga kini. Tidak lupa
juga , sistem tulisannya iaitu sistem tulisan China (ideogram) yang telah berkembang secara
evolusi serta digunakan secara meluas dalam bidang penulisan dan percetakan orang cina
sehingga hari ini. Malah tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di Malaysia.Boleh dikatakan
seluruh bangsa cina dapat menguasai sistem tulisan ini. Bukan itu sahaja, tulisan ini terus
berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.

Sistem Kalendar yang kita guna selama ini juga merupakan hasil sumbangan tamadun China
yang mana pada pemerintahan Shang, sistem kalender telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30
hari sebulan dan 360 hari setahun. Pada asalnya, hanya raja yang menggunakan kalendar
untuk menentukan musim menanam dan musim menuai akan tetapi amalan menggunakan
kalendar ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan,
perburuan ataupun pengkebumian. Namun kini, kita sendiri yang menggunakan sistem calendar
yang sama iaitu terdapat 360 hari dalam setahun ,30 hari dalam sebulan dan tujuh hari dalam
seminggu. Secara keseluruhannya, kita dapat mengetahui dan mempelajari sumbangan
tamadun China yang masih bertahan hingga hari ini.
Bibliography
Abdul, N. H. (2010). Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: KBSM.
Ibrahim, M. Y. (2010). Buku Teks Sejarah. Kuala Lumpur: KBSM.
Jelaini, A. (2011). Sejarah dan Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publisher.
Pustaka, D. B. (1995). Tamadun Melayu. Jilid 5, 226-229.
Quaric, W. (1999). Journal of Melayan Branch. Archareological Research in Malaysia,
1-11.