Anda di halaman 1dari 1

Ucapan Pelancaran Kempen Anti Dadah Sktl

Assalamualaikum w.b.t,salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Yg berusaha,En Nasruddin bin abdul rashid,guru besar sek keb tanah liat.
Barisan guru penolong kanan pentadbiran,guru-guru dan murid-murid
sekalian.

Bersyukur kita pada hari ini dapat berkumpul didalam perhimpunan


mingguan pada hari isnin yang seperti biasa kita laksanakan. Insya allah
pada minggu ini,kami barisan guru unit pencegahan dadah akan
melaksanakan kempen kesedaran anti dadah peringkat sekolah.

Seperti mana yang kita tahu, Cabaran Dadah merupakan ancaman nombor
satu negara. Kegiatan penyalahgunaan dadah kian bertambah dan di tahap
membimbangkan. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja berlaku di kalangan
golongan dewasa malah menular ke remaja, belia, warga emas dan kini
pelajar sekolah termasuk murid sekolah rendah. Di peringkat sekolah rendah
kegiatan menghidu gam,menghisap rokok malah kejadian yang baru berlaku
pada minggu lepas,pelajar 12 tahun ditangkap didalam hotel bajet ketika
sedang menghisap dadah. Ini merupakan penyalahgunaan dadah yang
dilakukan mereka pada usia seusia kamu semua.

Jadi pada hari ini,kempen anti dadah peringkat sekolah akan dilaksanakan
bagi membendung gejala yang tidak sihat ini. Insya allah akan dilaksanakan
beberapa aktiviti berkaitan dengan kempen yang dijalankan bermula pada
bulan ini sehinggalah akhir tahun. Diharapkan murid-murid dan juga guru-
guru lain juga dapat memberikan kerja sama yang maksimum bagi
melancarkan kempen anti dadah yang akan dijalankan.

Sekian dari saya,assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai