Anda di halaman 1dari 5

Langkah 1- Fasa Pemerhatian (pemerhatian dan analisis)

Sebelum memulakan kelas, saya akan membuat perancangan mengenai topik yang akan
disampaikan kepada murid iaitu Reka Bentuk. Saya akan menulis di dalam buku Rancangan
Pengajaran Harian. Selepas itu, saya akan membina contoh lakaran projek dan contoh projek
eksperimental serta menyediakan bahan bantu mengajar yang hendak digunakan. Setelah
semua bahan bantu belajar disediakan, saya akan memulakan kelas saya dengan paparan
video. Saya akan memberi satu situasi kepada murid dengan memaparkan video kepada
murid. Murid akan menonton tayangan video tersebut. Sambil menonton, murid perlu
membuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat daripada tayang video tersebut.
Setelah membuat pemerhatian, murid akan duduk dalam kumpulan dan mengenalpasti
masalah daripada tayangan video tersebut serta menganalisis masalah tersebut dengan
menghuraikan bahagian kepada yang lebih kecil bagi memahami masalah tersebut secara
dalam. Secara umum, dalam fasa pemerhatian ini, murid akan membuat pemerhatian aktif
untuk mengumpul maklumat dan menganalisis maklumat dengan menghuraikan bahagian
kepada yang lebih kecil bagi memahami sesuatu masalah.

Rasional pemilihan langkah ini adalah semasa murid membuat pemerhatian aktif untuk
mengumpul maklumat, murid akan menggunakan kelima-lima deria iaitu deria penglihatan,
pendengaran, sentuhan, rasa atau bau. Selain itu, murid akan menumpukan sepenuh
pemerhatian mereka kepada objek yang diberi secara menyeluruh untuk medapatkan
maklumat. Dengan ini, saya dapat melihat kemampuan murid dalam mengeksploitasikan
sumber yang diberi iaitu tayangan video. Murid juga akan dapat mengenal pasti situasi atau
fenomena dengan tepat dan membuat perkaitan dengan situasi atau fenomena sekeliling.
Seterusnya, semasa murid menganalisis maklumat dalam kumpulan, murid akan menganl
pasti persamaan dan perbezaan dengan betul. Murid juga dapat mengumpulkan dan
mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu. Dalam kumpulan semasa
menganalisis maklumat juga, murid akan dapat mengesan sebab berdasarkan maklumat dan
mengkaji kesan baik dan kesan buruk. Tambahan pula, mereka akan dapat mengimbas
kembali masalah yang dikenalpasti dan mencari banyak bukti yang diterima dan disokong
berdasarkan fakta dan maklumat. Melalui langkah ini juga, murid dapat menghubungkait
pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.
Langkah 2- Fasa imaginasi (penjanaan idea dan sintesis idea)

Setelah murid mengenalpasti masalah dan menganalis masalah tersebut dalam kumpulan,
murid akan diberi tugasan secara individu iaitu menghasilkan tiga lakaran penjanaan idea
yang kreatif berkaitan dengan masalah yang diberikan. Sebelum murid memulakan tugasan
tersebut, Saya akan tunjukkan contoh lakaran penjanaan idea yang kreatif bagi mencungkil
idea dan merangsang minda murid untuk menghasilkan tiga penjanaan idea lakaran yang
kreatif iaitu lain daripada yang lain. Murid akan diberi lima kertas A4 untuk membuat
lakaran tersebut. Murid akan mula untuk melakar dengan bimbangan saya. Setelah murid
menghasilkan tiga lakaran penjanaan idea, murid akan berusaha untuk menggabungkan
ketiga-tiga lakaran yang berasingan untuk menghasilkan dan memilih satu daripada lakaran
tersebut. Secara umum, dalam fasa ini, murid akan menjana idea iaitu menghasilkan idea-
idea yang berkaitan dengan masalah yang diberikan dengan melakar dan mensintesis idea
iaitu menggabungkan maklumat yang berasingan untuk mengahasilkan dan memilih satu.

Rasional pemilihan langkah ini adalah menggalakkan murid dalam menghasilkan idea-idea
baru yang banyak(yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik). Melalui langkah ini juga
murid dapat menghasilkan idea secara berterusan dan bermakna serta mencari hubung kait,
dan menggabungjalin berdasarkan maklumat yang ada. Selain itu,, murid juga akan dapat
membangunkan pengalaman asas untuk membina idea yang baru. Hal ini dapat dilihat
semasa murid menggabungkan lakaran berasingan untuk menghasilkan satu lakaran yang
baru. Melalui langkah ini juga, saya dapat menggalakkan murid untuk berkreativiti dengan
memberi kebebasan untuk mereka dalam membuat lakaran penjanaan idea. Dengan ini,
murid akan lebih seronok untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Langkah 3 Fasa perkembangan (penambahbaikan dan penilaian)

Dalam langkah ketiga iaitu fasa perkembangan, murid akan membuat penambahbaikan
terhadap lakaran yang dipilih itu untuk menggembangkan atau mempelbagaikan idea untuk
meningkatkan mutu atau keindahan projek eksperimental mereka. Dalam langkah ini juga,
murid akan menyenaraikan bahan dan peralatan yang sesuai yang hendak digunakan dalam
mereka bentuk projek eksperimental mereka dengan menggunakan lakaran projek yang
terakhir. Murid akan memilih bahan yang sesuai dan tepat untuk projek eksperimental
mereka dengan membandingkan kekuatan dan kelemahan, keburukan, kelebihan dan
kekurangan setiap bahan dan peralatan yang disenaraikan berdasarkan bukti atau alasan
tertentu. Setelah memilih bahan dan peralatan yang hendak digunakan, murid akan
menyediakan semua bahan dan peralatan tersebut untuk memulakan projek eksperimental
mereka. Secara umum, dalam langkah ini, murid akan membuat penambahbaikan untuk
mengembangkan atau mempelbagaikan lakaran mereka untuk meningkatkan mutu atau
keindahan projek eksperimetal mereka dan membuat pertimbangan dalam memilih peralatan
dan bahan yang sesuai untuk mereka bentuk projek eksperimental mereka.

Rasional pemilihan langkah ini adalah semasa membuat penambahbaikan, murid dapat
menggembangkan dan mempelbagaikan idea mereka untuk meningkatkan mutu dan
keindahan projek tersebut. Hal ini juga, akan menyakinkan murid dalam menyampaikan idea
mereka apabila mereka dapat memberi pelbagai penerangan rasional tentang idea mereka.
Seterusnya, murid juga dapat membuat penilaian atau pertimbangan terhadap keputusan yang
diambil dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, kelebihan
dan kekurangan berdasarkan bukti dan alasan yang kukuh. Dengan ini, murid dapat membuat
wajaran dengan betul dan membuat pilihan berdasarkan kenyataan atau fakta sebenar dan
tidak mempengaruhi oleh perasaan atau prasangka.
Langkah 4 Fasa tindakan (pelaksanaan dan amalan berterusan)

Dalam langkah yang terakhir iaitu fasa tindakan, murid akan memulakan kerja pembinaan
projek eksperimental mereka dengan menggunakan lakaran, peralatan dan bahan yang
dipilih. Setelah murid menyediakan bahan dan peralatan yang hendak digunakan dalam
langkah ketiga, murid akan memulakan projek eksperimental mereka dengan mengukur,
menanda, mengunting dan membina. Setelah membina projek eksperimental mereka, mereka
akan hiaskan projek eksperimental mereka mengikut kreativiti masing-masing. Dalam
menghias projek, saya memberi kebebasan untuk murid agar mereka dapat menunjukkan
kreativiti mereka dengan penuh yakin. Setelah menyiapkan tugasan mereka iaitu mereka
bentuk projek eksperimental, mereka akan mempersembahkan hasil akhir tugasan mereka
dengan pelbagai bentuk. Murid akan menerangkan dan memberi penjelasan tentang produk
yang dihasilkan oleh mereka. Mereka juga akan membuat refleksi tentang pembelajaran dan
kefahaman serta kemahiran yang baru dipelajari. Semasa murid memberi penerangan, saya
akan mengutarakan beberapa soalan kepada mereka. Antaranya ialah Apakah cara lain
untuk mempersembahkan hasil tugasan anda?, Adakah anda berpuas hati dengan hasil
kerja anda? Apakah kemahiran atau pengetahuan baru yang anda peroleh?, dan Adakah
cara lain untuk masalah atau tugasan anda?. Soalan ini akan membolehkan murid untuk
membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahitan baru.
Saya akan memberi peneguhan positif kepada setiap individu. Secara umum, dalam langkah
ini murid akan menyiapkan projek eksperimental mereka dan mempersembahkannya serta
membuat pemerhatian untuk mengenalpasti masalah, kesilapan dan kelemahan mereka.

Rasional pemilihan langkah ini adalah melalui langkah ini murid dapat menghuraikan idea
kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus. Ia juga membolehkan murid untuk
menyusun idea secara berterusan untuk mudah difahami. Semasa saya memberi kebebasan
untuk menghiaskan projek mereka, kebebasan ini membolehkan murid untuk menghasilkan
idea yang tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum
ada atau frekuensi ideannya kecil. Apabila murid diberi peluang, murid akan berusaha untuk
menonjolkan kreativiti mereka dengan penuh keyakinan. Selain itu, dalam langkah ini juga,
saya akan memberi peneguhan positif kepada semua murid secara individu agar mereka
berasa dirinya dihargai dan meneruskan tugasan seperti ini pada masa kelak. Tambahan pula,
mereka akan mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara
berterusan dan akan peka kepada perkara di sekeliling serta menjana idea untuk berkreatif.