Anda di halaman 1dari 34

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

MENAMBAH BAIK DAN MENINGKATKAN KUALITI PENYAMPAIAN


KONSEP SAINS MENGGUNAKAN PETA i-THINK

PUNGGODI A/P MANIAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN
2015

19
1.0 PENDAHULUAN

Saya adalah guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Sains Ambilan
Januari 2012, Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik, Bandar Enstek, Nilai. Semasa
praktikum fasa ke-3 saya telah menjalani praktikum di sebuah sekolah di kawasan Nilai.
Praktikum kali ini mengambil masa selama dua belas (12) minggu bermula pada 2 Februari 2015
dan akan berakhir pada 30 April 2015. Sekolah ini terletak di tengah-tengah kampung dan =
majoriti penduduk yang berbangsa Melayu. Saya ditugaskan oleh pihak sekolah untuk mengajar
Subjek Sains dan Dunia Sains dan Teknologi. Saya menerima tugasan yang diberi dengan tangan
yang terbuka.

Pada mulanya, saya sangat teruja dan gembira untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid-
murid saya. Pada kali pertama saya melangkahkan kaki ke kelas tersebut, saya mendapati saya
mampu untuk mengawal tingkah laku murid-murid. Tetapi saya juga berfikir bahawa mampukah
saya meyampaikan konsep Sains yang terdapat dalam sukatan pelajaran dan memberi kefahaman
tentang konsep tersebut kepada mereka.

Semasa praktikum ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar 3 buah kelas iaitu tahun 3
Delima, 3 Zamrud dan 4 Zamrud. Pada awal sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, saya
telah mengajar tajuk Sistem Pernafasan Manusia kepada kelas 4 Zamrud.Saya meneruskan sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan menjalankan pelbagai strategi untuk
membantu murid-murid faham. Saya menggunakan peta minda, gambar, dan slaid Powerpoint
untuk menerangkan konsep Sains. Saya mengandaikan bahawa tajuk ini sangat mudah untuk
difahami kerana ia berkaitan dengan diri manusia. Namun setelah menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran tersebut, saya menyedari bahawa saya terpaksa mengulang beberapa kali isi-isi
penting dalam tajuk tersebut dan ini mengambil masa yang agak lama untuk memberi kefahaman
tentang konsep Sains yang terdapat dalam topik Sistem Pernafasan Manusia. Saya juga risau
murid-murid mungkin tidak dapat ingat konsep yang diajar apabila disoal pada minggu yang
akan datang. Ini adalah kerana, saya mendapati bahawa dengan mencampuradukkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran tersebut, isi pelajaran yang saya sampaikan kepada murid-murid

20
menjadi tidak jelas. Hal ini membuatkan saya kadang kala tidak yakin sewaktu menyampaikan
konsep sains.

Sebagai seorang guru Sains, saya mahu menyampaikan isi pelajaran dengan jelas, ringkas, tepat
dan mudah difahami. Hal ini demikian dengan pengajaran yang baik, saya dapat menyampaikan
isi kandungan yang tepat dan tidak membosankan. Situasi ini telah dibuktikan apabila saya
memerhati beberapa murid tidak dapat merumuskan pelajaran pada fasa aplikasi proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Saya berasa sangat kecewa dan kurang yakin. Saya telah
memberikan penerangan yang lebih teliti semasa membuat pembetulan tetapi kesilapan yang
sama tetap dilakukan oleh murid-murid semasa ujian. Sebagai seorang guru sains saya
mempunyai nilai iaitu murid seharusnya memberikan perhatian sewaktu guru sedang
menyampaikan konsep sains agar murid dapat mengingati dengan mudah. Saya percaya bahawa
dengan memberikan perhatian yang sepenuhnya dan mengamalkan sahsiah yang baik, murid
dapat memahami konsep sains yang diajar. Tetapi sebaliknya cara penyampaian konsep sains
yang tidak tersusun membuatkan murid keliru dan mereka tidak dapat ingat semula konsep Sains
yang telah diajar dan ini disokong dalam kajian Jaya Chawla, (2014) bahawa terdapat keperluan
bagi murid untuk menghubungkait pembelajaran lepas dengan pengetahuan baru yang
disampaikan. Ia akan membantu mereka untuk membangunkan konsep-konsep yang betul dan
untuk mewujudkan kaitan antara pelbagai konsep supaya dapat mewujudkan gambaran jelas
daripada kandungan dalam fikirannya serta mengubah pengetahuannya mengaplikasikan
pengetahuan itu dalam kehidupan seharian.

Selain itu, saya juga telah melihat hasil kerja murid pada fasa aplikasi dan telah mendapati yang
mereka masih tidak faham konsep yang diajar dan ada yang menulis selain daripada apa yang
saya telah sampaikan. Ini adalah kerana kelemahan saya yang mungkin memberikan lembaran
kerja yang tidak sesuai dengan tahap kognitif mereka atau sememangnya mereka tidak faham.
Saya terangkan bagaimana untuk melengkapkan lembaran kerja tersebut tetapi ada juga murid
yang sering bertanya perkara yang sama mengenai lembaran kerja tersebut.

Dengan ini, saya telah dapat mengesan kelemahan diri saya iaitu saya sukar untuk mengenal
pasti apa yang mereka telah pelajari dan tidak mempunyai cara yang betul untuk membuat
kesimpulan.Semasa fasa aplikasi idea, saya telah meminta murid-murid dalam kelas untuk
melihat semula isi pelajaran yang telah dibelajari namun sebahagian daripada mereka gagal

21
untuk merumuskan dan ada yang hanya boleh berkomunikasi secara lisan serta ada yang tidak
dapat menghasilkan peta i-Think. Kadangkala saya berfikir yang mungkin saya telah mengajar
terlalu banyak konsep Sains pada satu sesi. Kalau mereka tidak dapat merumuskan pembelajaran
hari itu bagaimana mereka akan mengingat untuk hari yang akan datang. Saya cuba memberi
latihan untuk disiapkan di rumah namun hasilnya tetap sama. Maka,adalah penting bagi saya
sebagai seorang guru yang menggunakan kaedah tertentu yang lebih ringkas, mudah dan sesuai
difahami oleh mereka bagi membantu menyelasaikan masalah ini.

Secara jujurnya. saya turut terfikir adakah perkara ini berlaku kerana teknik pengajaran saya
yang membosankan dan tidak mampu menarik minat murid? Adakah disebabkan penerangan
saya dihadapan kelas kurang jelas dan tidak difahami? Wajarkah saya menukar teknik pengajaran
saya kepada teknik pengajaran yang lebih sesuai dengan tahap pemikiran murid? Bagaimana
untuk mengatasi masalah ini? Semua persoalan ini sering bermain-main di dalam fikiran saya.
Saya juga telah membuat beberapa refleksi kendiri mengenai konsep pengajaran iaitu cara
penyampaian konsep Sains kepada murid. Saya sepatutnya membaiki kelemahan yang agar
murid dapat memahami konsep Sains dengan mudah dan senang.

Saya telah membuat perbincangan dengan rakan-rakan dan juga membuat sedikit bacaan tentang
kaedah yang disyorkan untuk mengajar konsep sains kepada murid-muird sekolah rendah.
Setelah meneliti permasalahan ini, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki amalan
pengajaran saya bagi meningkatkan penguasaan konsep murid-murid dalam pembelajaran Sains.
Saya perlu keluar daripada kepompong amalan guru biasa dan mengubah amalan pengajaran
mengikut peredaran zaman dan membantu murid untuk memahami konsep Sains yang sesuai
dengan tahap penguasaan murid. Menurut Khahidah Othman,(2014) Seorang guru Sains perlu
mempunyai kemahiran imaginasi dan kemahiran kreativiti dalam proses pengajaran termasuk
proses-proses pemikiran aras tinggi.Ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran serta
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif

22
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Tinjauan dan Analisis Masalah

Berdasarkan kepada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lalui, saya
mendapat bahawa saya sukar untuk menyampaikan konsep Sains sehingga menyebabkan
ramai murid di dalam kelas tidak tahu dan tidak faham tentang topik yang dipelajari mereka.
Saya berasa sangat kecewa yang saya tidak dapat membantu murid untuk faham konsep
Sains. Isu yang timbul sewaktu mengajar di dalam kelas adalah saya tidak dapat membuat
penerangan yang ringkas semasa menyampaikan konsep Sains. Saya juga telah mempunyai
masalah dalam penyampaian konsep Sains dengan teratur. Hal ini kerana, semasa
menerangkan istilah atau konsep Sains yang penting, saya terkeliru dan kadangkala tidak
dapat menerangkan dengan tepat. Perkara ini menyebabkan murid sangat bosan dengan
pengajaran dan mula bising sehingga saya menjadi letih dan nada suaranya menjadi tidak
kuat.

Masalah ini telah dikenalpasti melalui kaedah pemerhatian iaitu dengan penggunaan
instrumen senarai semak oleh guru pembimbing saya. Guru pembimbing telah memerhati
pengajaran saya semasa tajuk Sistem Pernafasan Manusia dan menilai kualiti pengajaran
saya berdasarkan item-item dalam senarai semak pemerhatian. Saya mendapati hampir 80%
daripada mereka tidak berjaya memberi respon yang baik dan ini telah menunjukkan bahawa
ramai murid diantara mereka tidak faham konsep sains yang telah diajarkan.

23
Jadual 1: Senarai Semak Pemerhatian Penyampaian Konsep Sains

Bil Aspek penilaian Ya Tida Catatan


Ite k
m
1 Guru menerangkan tajuk dan hasil /
pembelajaran yang dikehendaki
mencapai
2 Guru berkomunikasi dengan nada / Pada permulaan P&P, suara guru
suara yang jelas dan berkesan kuat tetapi lama-kelamaan tidak
semasa menerangkan konsep Sains jelas dan tidak kuat mempengaruhi
pembelajaran menjadi tidak lancer
3 Guru menggunakan bahan bantu /
murid yang pelbagai untuk
menerangkan konsep Sains dengan
jelas dan tepat
4 Guru menerangkan konsep Sains / Guru keliru dengan kepentingan
dengan menggunalan istilah dan pengunaan istilah semasa
contoh yang jelas dan teratur penerangan konsep Sains dan
mengelirukan murid-murid.
5 Guru membuat refleksi dengan /
ringkas dan jelas.

Merujuk jadual 1 di atas, pemerhati telah menandakan (/) pada ruang Ya bagi item 1,3,dan
5. Pemerhati juga telah menanda (/) pada ruang Tidak bagi item 2 dan 4. Penerangan yang
saya sampaikan sewaktu pengajaran iaitu pada permulaan P&P, suara guru kuat tetapi lama-
kelamaan tidak jelas dan tidak kuat mempengaruhi pembelajaran menjadi tidak lancar.
Lagipun, pemerhati menyatakan guru keliru dengan kepentingan pengunaan istilah semasa
penerangan konsep Sains dan mengelirukan murid-murid.Hal ini adalah kerana, saya
menerangkan berkali-kali konsep Sains sehingga penerangan tentang konsep dan istilah Sains
yang disampaikan tidak jelas.

24
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, saya mendapati bahawa saya perlu menambah baik cara penyampaian konsep
sains di dalam kelas. Saya telah menambah baik penyampaian konsep Sains dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peta i-Think.

Kajian ini berfokus kepada masalah saya dalam menyampaikan konsep Sains dalam topik-
topik.Jadi saya memperkenalkan penggunaan i-Think dalam kelas untuk membantu mereka
dalam memilih peta i-Think yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman konsep sains pada
fasa refleksi.

Peta i-Think merupakan peta hasil pengubahsuaian daripada idea peta konsep dengan
visualisasi yang mendorong kemahiran berfikir aras tinggi.Program i-Think memperkenalkan
Peta i-Think. Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta i-Think mampu membantu
menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara
visual dalam bentuk grafik sepertimana disokong oleh (Jack, G. u.,2013) dalam jurnalnya
bahawa peta konsep diguna oleh guru untuk menilai kefahaman pelajar dan pelajar pula
menggunakan untuk membandingkan pengetahuan mereka dan memperbaharui pemahaman
mereka. Selain itu, bagi pakar-pakar pula peta konsep menjadi sebagai alat untuk pemodelan
dan berkongsi pengetahuan mereka. Dengan kata lain , peta konsep adalah alat grafik untuk
menyusun dan mewakili pengetahuan.

Peta i-Think adalah merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam
lapan bentuk Peta i-Think secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas
kurikulum. Setiap Peta i-Think mempunyai proses pemikiran tersendiri. Antara jenis peta
pemikiran yang dicadangkan di dalam pengaplikasian program ini adalah Peta Bulatan, Peta
Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok , Peta Dakap , Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta
Titian.Peta konsep adalah peta yang mendorong murid-murid untuk mengabungjalinkan
perhubungan antara konsep dalam sususan yang teratur dan mengukur analisis objektif dalam
pelajaran.(Dr.Salah,2014). Menambah baik penyampaian konsep Sains dengan menggunakan
peta i-Think lebih menjurus kepada teknik penyampaian konsep Sains dan proses mengingati
semula pembelajaran yang telah dilalui oleh murid dengan ringkas, mudah dan tepat. Murid-
murid juga didorong untuk berfikir secara kritis untuk menghasilkan peta i-Think yang
berkualiti dengan penyampaian konsep Sains yang teratur dan jelas

25
Peta i-Think juga menggunakan pelbagai bentuk peta yang dapat merangsangkan cara
pemikiran murid-murid. Saya telah mencetak peta i-Think dengan pelbagai warna-warni
untuk membezakan dengan jenis peta yang lain dan mudah difahami. Apabila saya
membezakan peta i-Think, ia menjadi satu alat metakognitif untuk membantu murid
menyusun dan membina pembelajaran yang saling menghubungkait antara konsep. Keadaan
ini menjadikan murid-murid menjadi active learner semasa waktu pembelajaran dan
menjadi constructivist yang dapat membina struktur ilmu yang bermakna.( Gladys, U.J,
2013).

Terdapat beberapa kriteria-kriteria yang telah saya nilai sebelum saya memilih untuk
menjadikan penggunaan peta i-Think sebagai fokus kajian antaranya ialah kebolehtadbiran
kaedah tersebut dalam pembelajaran dan pengajaran. Dari aspek kebolehtadbiran, peta i-
Think telah digunakan dalam kelas 4 Zamrud semasa saya mengajar untuk murid-murid kelas
4 Zamrud. Pada pendapat saya, penggunaan i-think sangat mudah diurus dan maklumat yang
telah disampaikan lebih jelas serta tepat.Perkara ini telah memudahkan saya untuk mengutip
data iaitu melalui hasil kerja murid yang murid buat semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran bersama mereka. Selain itu, antara sebab saya memilih fokus kajian ini kerana
pensyarah dan guru pembimbing praktikum saya memang menyatakan mengenai masalah
saya dalam penyampaian konsep sains semasa pengajaran.

Selain itu, fokus kajian saya juga telah memberikan kepentingan kepada keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran untuk menambah baik penyampaian konsep
sains.Melalui kajian ini, saya dapat menambah baik amalan pengajaran dan penyampaian
konsep sains daripada permulaan sehinggalah kepada membuat refleksi untuk pengajaran
tersebut. Tanpa penerangan yang jelas, murid tidak dapat menerima isi pengajaran dengan
baik. Menurut, Adodo, S.O (2013), bagi memperolehi pembelajaran yang bermakna, kita
perlu menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan kaedah yang jelas dan tersusun.
Jadi, saya memilih peta i-Think kerana penggunaan i-Think telah memudahkan kefahaman
kepada murid dengan memberi peluang untuk berfikir lebih kritis dan kreatif. Bukan itu
sahaja, kini peta i-Think merupakan satu alat pegajaran dan pembelajaran yang terkini yang
mana mengubah cara pemikiran murid. Jadi, apabila saya menggunakan peta i-Think dalam
kelas, saya dapat membantu murid untuk mendapat pelajaran yang sejurus dengan kehendak

26
kurikulum terkini.Jadi, peta i-Think mempunyai kepentingan dalam melahirkan pemikir
kritis dan kreatif.

Seterusnya, fokus kajian dipilih kerana aspek kebolehgunaan. Data dan hasil penyelidikan
ini bukan hanya digunakan oleh saya untuk menambahbaik amalan dalam mata pelajaran
Sains. Data dan tindakan yang dicadangkan boleh digunakan oleh penyelidik lain atau orang
lain. Penyampaian konsep sains menggunakan peta i-Think boleh diaplikasikan oleh semua
guru di sekolah termasuklah guru yang mengajar matapelajaran lain. Selain itu, penyampaian
konsep sains dengan menggunakan peta i-Think dapat digunakan dalam semua subtopik
matapelajaran sains bagi murid tahap dua. Kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan kepada
guru-guru sebagai buah fikiran dalam penyampaian konsep sains secara jelas, terang, dan
bersistematik.

Fokus kajian dipilih kerana mudah dikawal. Hal ini kerana murid-murid yang menjadi
sasaran berada dalam kawalan saya sendiri sepanjang tiga bulan tempoh praktikum. Saya
mudah untuk mengutip data dan mewujudkan interaksi bersama murid kelas 4 Zamrud
tersebut. Tambahan pula, mudah bagi saya untuk menilai keberkesanan teknik penggunaan
peta I-Think untuk merumuskan isi pembelajaran dengan lebih jelas dengan cara yang betul.
Saya boleh memerhati perkembangan mereka secara tidak langsung semasa mereka
menggunakan peta i-Think pada fasa aplikasi bagi topik-topik tertentu.

Saya sentiasa berkolaborasi dengan pensyarah pemimbing, guru pemimbing saya dan
terdapat beberapa orang guru pakar dalam matapelajaran Sains yang boleh dijadikan panduan
dan rujukan. Kelebihan berkolaborasi dengan mereka adalah saya dapat peluang untuk
mengetahui pengalaman mereka mengajar menggunakan i-Think dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini membantu saya untuk mendapat idea bagi mengubahsuai dan
meningkatkan cara penyampaian konsep sains dalam amalan pengajaran saya. Saya juga
dapat berkolaborasi dengan murid Tahun 4 Zamrud sepanjang melaksanakan kajian kerana
mereka memberikan kerjasama yang amat baik dan saya juga mudah mengumpulkan data
mengenai kajian ini contohnya melalui dapatan hasil kerja murid. Saya juga mempunyai
kebolehan untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan sekelas untuk mendapat pandangan dan
pendapat mereka mengenai persediaan lembaran kerja atau aktiviti yang berbagai
menggunakan peta i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya sentiasa

27
berkolaborasi dengan guru besar untuk memberitahu keberkesanan penggunaan peta i-Think
dalam kelas kerana beliau sangat menekankan konsep pengajaran sains menggunakan i-
Think kerana kaedah ini melahirkan pemikir aras tinggi dan ini disokong oleh Kuan,C.T,
(2013) bahawa "guru-guru memainkan peranan penting untuk mempunyai kemahiran
imaginasi dan kreativiti dalam proses pembelajaran. Ini akan melahirkan kemahiran berfikir
aras tinggi melalui penilaian autentik bagi penyelesaian masalah kreatif meliputi kemahiran
imaginasi dan kreativiti guru yang mana membentuk kemahiran pemikiran kritikal untuk
pengajaran yang lebih berkesan.

Selain itu, kerelevanan pemilihan i-Think kepada pihak sekolah dalam penyampaian
konsep Sains adalah pengenalan i-Think merupakan satu program untuk melahirkan murid-
murid celik akal. Adalah menjadi perkara yang sangat penting kepada saya dan juga para
guru untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan topik dalam subjek sains kerana hal ini
secara langsung ataupun tidak langsung dapat membantu meningkatkan kecemerlangan
sekolah dalam setiap ujian di sekolah. Jika saya menambah baik cara penyampaian konsep
sains, kualiti pengajaran saya akan meningkat kerana peta i-Think boleh melahirkan generasi
yang berfikiran kritis dan kreatif serta rasional. Apabila murid mempunyai kemahiran beraras
tinggi dalam pelajaran maka mereka dapat meningkatkan pencapaian akademik. Guru besar
sekolah ini juga sangat mendorong untuk mengunakan peta i-Think dalam semua subjek di
sekolah untuk melahirkan murid-murid berfikiran aras tinggi. Jaya Chawla (2014), peta
konsep boleh digunakan dalam kedua-dua pembelajaran secara kognitif ataupun konstrukif
dalam pembelajaran dan pengajaran. Jadi saya memang mempunyai peluang untuk
memperbaiki amalan pengajaran saya dengan sokongan luaran.Penggunaan peta i-Think
dalam pengajaran ini akan membantu saya untuk memberi pengajaran yang lebih berkualiti
daripada pengajaraan tradisional.

Tuntasnya, kajian ini memberi peluang kepada saya untuk menambah baik cara penyampaian
konsep sains dengan menggunakan peta i-Think serta amalan pengajaran di dalam kelas. Jika
saya dapat menambah baik dalam penyampaian konsep sains, maka kualiti diri sebagai
seorang guru dan amalan pengajaran saya dapat dipertingkatkan.

28
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Khusus:

1. Meningkatkan kualiti pengajaran saya dengan menyampaikan konsep sains melalui


pendedahan awal tentang lapan jenis peta i-Think
2. Menambahbaik dan meningkatkan cara penyampaian konsep sains dengan menggunakan
peta i-Think.

3.1 Soalan Kajian :

1. Bagaimanakah pendedahan awal mengenai peta i-Think dapat meningkatkan kualiti


pengajaran saya dalam penyampaian konsep Sains?
2. Adakah penggunaan i-Think dapat membantu saya untuk menyampaikan kefahaman
konsep Sains dengan jelas bagi murid kelas 4 Zamrud?
3. Bagaimanakah penggunaan peta i-Think dapat menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran dalam matapelajaran sains?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada murid Tahun 4 Zamrud dari sebuah
Sekolah di Kawasan Jijan, Nilai. Kumpulan sasaran dipilih adalah murid-murid berusia 10 tahun
iaitu seramai 10 orang perempuan dan 10 orang lelaki.
29
Jadual 2 : Taburan jantina dan kaum di Kelas 4 Zamrud

Kaum Melayu Cina India Jumlah


Jantina
Lelaki 10 - - 10

Perempuan 10 - - 10

Jumlah 20 - - 20

Jadual 2 menunjukkan taburan kumpulan sasaran yang dipilh daripada 10 orang murid lelaki
dan 10 orang murid perempuan.Kesemua murid di dalam kelas 4 Zamrud terdiri daripada 10
tahun. Mereka merupakan murid kelas kedua daripada dua kelas Tahun 4 di sekolah tersebut.
Kesemua murid Tahun 4 Zamrud beragama Islam.

Berdasarkan rekod peribadi kelas, lima orang murid dalam kelas ini memegang jawatan sebagai
ketua kelas, penolong ketua kelas, pustakawan dan ahli jawatan kuasa persatuan, kelab dan
permainan.

Rasional saya menjadikan murid Tahun 4 sebagai kumpulan sasaran saya adalah kerana murid
kelas tersebut merupakan satu kelas yang saya mengajar semasa waktu praktikum. Hal ini
memudahkan saya menjalankan kajian ke atas murid-murid tersebut.

Ciri-ciri unik murid 4 Zamrud adalah mereka tinggal di kawasan penempatan yang sama dan
mempunyai sosio akademik yang hampir sama dalam kelas. Hal ini sebab mereka saling
berkomunikasi dan mempunyai tahap pemikiran yang sama. Mereka juga mempunyai semangat
berdaya asing di dalam kelas dan selalu mematuhi semua arahan guru dalam kelas.Sikap ini
ditunjukkan apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti dalam kelas ataupun luar kelas.

Pencapaian akademik bagi murid pada ujian bulanan pertama adalah seperti dalam Jadual 3
berikut:

Jadual 3: Markah Ujian Bulanan Pertama Murid4 Zamrud

30
Gred/Markah Peratus murid lulus (%)
Lelaki Perempuan
A(85-100) - -
B(70-84) - -
C(60-69) 5 1
D(50-59) 2 1
E(40-49) 1 3
F(01-39) 3 2
TH (00) - 2

*Ada murid baru yang tidak menduduki Ujian

Jadual 3 menunjukkan bahawa murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada murid yang
mempunyai pencapaian yang sederhana dan lemah dalam subjek Sains. Maklumat ini perlu
diambil kira ketika saya memberi penerangan supaya saya tidak mengabaikan kumpulan murid
yang lemah yang mana tahap penerimaan maklmat mereka juga lemah.

5.0 TINDAKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Dalam kajian ini, tindakan yang saya telah ambil untuk menambah baik penyampaian konsep
Sains adalah dengan menyediakan peta I-Think yang sesuai dengan keperluan topik yang
saya ajar. Semasa menyediakan rancangan pengajaran saya telah masukkan peta i-Think
bagi topik berkenaan. Peta i-Think sangat penting kerana dapat membantu saya menambah

31
baik amalan pengajaran saya dalam penyampaian konsep Sains kepada murid. Peta i-Think
merupakan satu bahan pengajaran di mana sangat ringkas, mudah difahami dan menarik
dengan pelbagai bentuk. Peta i-Think adalah berasaskan peta konsep dengan visualisasi yang
dapat membantu murid untuk melahirkan pemikiran kreatif dan kritis sepertimana dinyatakan
oleh Kuan,C.T ( 2013) bahawa kreativiti harus dijadikan satu komponen dalam pendidikan
dan cuba untuk memasukkan kebolehan ini dalam bilik darjah dan kurikulum dengan amalan
latihan pemikiran kreatif. Langkah sesuai untuk pembinaan latihan kreatif ini adalah dengan
memperkenalkan peta konsep dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Menurut Ludo,B
( 2001), peta ini juga telah membantu murid untuk mencungkil pemikiran aras tinggi dan
juga membantu murid dalam perkembangan peribadi secara mental. Ini dapat membuktikan
melalui satu kajian yang 80% maklumat pembelajaran yang diterima oleh otak dalam bentuk
visual.

Dalam kitaran ini, saya telah merancang untuk menggunakan peta pemikiran atau peta i-
Think untuk mengumpul maklumat dan data terhadap sampel kajian. Saya telah merancang
menggunakan peta i-Think kerana peta pemikiran ini adalah cara yang paling strategik dan
sesuai untuk semua tahap keupayaan murid-murid. Menurut Novak. J. D. (1990).Strategik
dimaksudkan dalam proses pembelajaran murid perlu ada cara yang sesuai untuk
memindahkan pengetahuan yang dibelajari untuk menjadikan pengetahuan kekal.

Langkah 1:

Sebelum memulakan kelas, saya telah membuat perancangan bagi topik akan disampaikan
kepada murid-murid. Saya telah menulis Rancangan Pengajaran Harian dengan memasukkan
peta i-Think. Selepas itu, saya telah menyediakan lapan jenis peta i-Think terlebih dahulu
untuk memberi pendedahan awal. Bahan yang telah digunakan untuk membina peta i-Think
adalah kertas warna, gunting, kertas laminate, mesin pencetak. Saya telah mencetak lapan
jenis peta i-Think pada kertas warna supaya lebih menarik. Saya telah tampal lapan jenis peta
i-Think pada dinding makmal supaya mereka senang lihat setiap kali semasa pengajaran dan
mudah dirujuk. Peta i-Think mempunyai pelbagai bentuk yang boleh membantu murid

32
memahami pembelajaran yang abstrak memindahkan kepada pembelajaran bervisual dan
mudah faham terutamanya bagi murid lemah.

Langkah 2:

Selepas saya memberi penerangan jelas mengenai peta i-Think, saya telah menerangkan
secara lisan topik yang akan murid dipelajari. Perkara ini telah membantu murid mendapat
gambaran awal mengenai topik pelajaran. Saya telah memperkenalkan lapan jenis peta
Think dan ciri-ciri setiap peta dan bagaimana menggunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Seterusnya, saya juga telah menunjukkan perhubungan antara peta i-Think
dengan topik pembelajaran supaya murid senang faham konsep Sains yang akan dibelajar.
Saya telah menggunakan pen Marker untuk menunjukkan ciri-ciri setiap peta i-Think dan
membantu murid-murid mempunyai kefahaman yang mendalam.

Langkah 3:

Setelah membuat penyampaian konsep Sains dengan jelas, saya telah memberi peluang
kepada murid untuk memilih peta i-Think yang sesuai mengenai topik pelajaran. Contohnya
pemilihan peta i-Think yang sesuai bagi tajuk Organ pernafasan haiwan. Murid dibimbing
untuk memilih peta i-think yang sesuai menggunakan pendedahan awal yang diterangkan
oleh saya. Saya memperuntukkan masa kepada mereka untuk membuat perkaitan antara topik
yang disampaikan oleh guru dengan peta i-Think yang dipilih. Dengan cara sebegitu,
pengajaran yang diterangkan oleh guru lebih efisen dan tersusun. Murid dibimbing untuk
bersoal menyoal dengan rakan sebelah mengenai ciri-ciri peta i-Think yang dipilih bagi topik
pelajaran dan memberi peluang kepada murid untu berfikir secara kritis.

Langkah 4:

Setelah pemilihan peta i-Think bagi konsep Sains, saya telah mengedarkan lembaran kerja
mengenai konsep sains yang telah disampaikan. Lembaran kerja diedarkan secara individu

33
untuk menilai hasil kerja murid dan merekodkan pencapaian mereka terhadap penerangan
yang telah disampaikan. Selepas itu, guru dan murid membuat perbincangan dengan jawapan
yang betul supaya guru dapat melihat perkaitan antara konsep sains dengan pemilihan peta i-
Think. Saya menyemak peratus markah yang diperoleh oleh setiap murid dan merekodkan
pencapaian tersebut. Markah pencapaian ini akan diambil setiap kali apabila murid membina
peta i-Think supaya saya dapat melihat tahap penambahbaikan cara pengajaran konsep Sains
dengan cara yang lebih efektif.

Akhir sekali, semasa fasa aplikasi, saya telah meminta murid untuk menerangkan semula apa
yang mereka telah pelajari dan faham mengenai konsep Sains yang diajar oleh guru dengan
menggunakan peta i-Think yang telah dibina. Murid-murid dibimbing untuk mengulangi isi-
isi penting sahaja supaya mudah ingat. Penggunaan i-Think dalam fasa aplikasi ini
merupakan satu sumber pengajaran yang agak mudah. Rasional memilih bahan ini adalah
untuk mengukuhkan kemahiran berfikir secara kritis dengan cara yang betul disamping
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna.

Bagi memudahkan saya merancang pelan tindakan ini, saya mencatatkan carta perancangan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

34

Jadual 2. Anggaran kos kajian


Guru menulis Rancangan Pengajaran Harian dengan guna
peta i-Think
Langka Guru menyediakan 8 jenis peta i-Think ke kelas
h1

Guru menerangkan secara lisan topik yang akan mereka


pelajari
Langka Guru menunjukkan jenis-jenis peta i-Think dan menerangkan
h2 ciri-ciri setiap peta i-Think dengan contohnya

Guru memberi peluang kepada murid melihat dengan lebih


jelas peta i-Think yang ditampal pada dinding.
Langka Guru menjalankan proses P&P dan murid memilih peta i-Think
yang sesuai dengan topik pelajaran
h3

Guru memberi peluang kepada murid untuk membuat peta i-


Think yang sesuai dengan topik pelajaran secara individu.
Langka Murid menerangkan semula apa yang mereka telah pelajari
h4 dengan berpandukan peta i-Think yang disediakan.

Rajah 1: Carta Perancangan Pelan Tindakan di dalam kelas.

35
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Kajian ini menggunakan tiga kaedah untuk mengumpul data iaitu pemerhatian (senarai
semak),soal selidik dan hasil kerja murid. Rasional menggunakan ketiga-tiga kaedah ini
untuk mengumpul data adalah untuk mengaplikasikan kaedah triangulasi. Dengan adanya
triangulasi data, kesahan dan kebolehpercayaan data yang dikumpul dapat ditingkatkan.
Triangulasi adalah satu proses yang sering kali digunakan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan data yang dikumpul dalam penyelidikan kualitatif (Dr.Tan,2015).

5.2.1 Senarai semak pemerhatian


Menurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan ang
digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelididkan. Melalui pemerhatian
seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Kebaikan kaedah pemerhatian ini
ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan
dapat pemerhatian menjadi leblih sah dan boleh dipercayai. Senarai semak digunakan
untuk menyemak dan menanda aspek-aspek pemerhatian. Tujuan utama senarai semak
pemerhatian adalah untuk memfokuskan pemerhatian, mendokumenkan, maklumat yang
memerlukan penulisan minima dan memberi ketekalan masa.
Senarai semak pemerhatian bagi saya adalah lebih mudah kerana data yang diperoleh
dalam data kuantitatif.Bagi kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan satu borang
senarai semak menyenaraikan item-item yang perlu diperhatikan dalam penyampaian
pengajaran(Lampiran A). Saya telah meminta guru pembimbing saya untuk membuat
pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan tanda serta menilai kualititi
pengajaran berdasarkan item-item yang disenaraikan dalam borang senarai semak
pemerhatian.
Senarai semak pemerhatian ini mempunyai sebelas item yang telah diperhatikan oleh
guru pembimbing saya. Pemerhati telah tanda (/) pada item yang berlaku semasa proses
pembelajaran dan (x) sekiranya saya tidak melakukan perkara berdasarkan masa yang
diberikan. Hal ini kerana, berdasarkan Dengan merujuk senarai semak pemerhatian, saya
dapat membuat analisis dengan mudah dan tepat.

36
Rasional saya memilih kaedah ini adalah saya dapat melihat kelemahan dan kekuatan
cara mengajar dan kualiti pengajaran dalam kelas. Lagi pun, apabila pemerhati menilai
kualiti pengajaran saya, saya lebih percaya dan yakin terhadap penilaian guru
pembimbing yang sah dan benar sebab tiada mempunyai sebarang gangguan luaran.
Selain itu, kaedah ini tidak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas.

Terdapat 11 item yang diperhatikan oleh pemerhati ke atas sesi pengajaran saya. Item 1
dan 2 merupakan aspek memberikan arahan oleh guru kepada murid. Item 3 dan 4 adalah
tentang isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Item 5 adalah penilaian dari
segi bahasa badan iaitu bagi aspek nada suara. Item 6 sehingga item 8, pemerhati
membuat pemerhatian bagi aspek penilaian terhadap pengajaran guru. Item bernombor 9
dan item 10 menilai aspek bimbingan daripada guru dan terakhir item nombor 13 yang
memberikan penilaian tentang refleksi guru dan murid. Foto diambil sebagai bukti
tambahan dan bahan sokongan kepada pemerhatian yang dijalankan sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran.

5.2.2 Soal selidik

37
Soal selidik ialah alat mengutip data menerusi kaedah tinjauan, serta ditadbirkan sekali sahaja.
Pembinaan item soal selidik hendaklah sejajar dengan tajuk penyelidikan, masalah penyelidikan,
soalan penyelidikan dan tinjauan bacaan. Penyelidik boleh mendapatkan kebenaran untuk
menggunakan set soal selidik yang pernah digunakan oleh penyelidik lain, mengubah suai
instrumen berkenaan, atau membina sendiri item soal selidik itu. Jumlah item dalam set soal
selidik mestilah tidak membebankan sampel untuk memberi jawapan, serta tidak membebankan
penyelidik apabila tiba masa analisis data.

Soal selidik yang telah dijalankan bagi menguji sejauh manakah tahap penerimaan murid-murid
dan keberkesanan pengajaran guru terhadap penggunaan peta i-Think dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi topik-topik sains Tahun Empat. Soal selidik yang digunakan adalah jenis
soalan tertutup dan berskala. Terdapat 10 item soal selidik yang berskala Guttman diberikan
kepada murid-murid (Lampiran B). Sampel kajian diberikan dua pilihan jawapan yang perlu
dipilih sebagai bukti respon mereka terhadap penggunaan peta i-Think di dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

Rasional saya memilih soal selidik adalah kerana ianya mudah disimpan dan tidak melibatkan
orang luar selain diri sendiri. Saya juga dapat mengenalpasti keberkesanan penyampaian konsep
sains secara menyeluruh dan mendalam melalui penilaian item-item yang telah disediakan dalam
boring soal selidik. Selain itu, saya telah memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden
yang lebih ramai dan cepat. Soalan tertutup yang telah saya memilih lebih mudah kerana
keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis.

5.2.3 Hasil kerja murid

38
Hasil kerja murid merupakan tugasan yang diberi oleh guru semasa atau selepas proses
pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kefahaman murid terhadap konsep Sains
yang dipelajari. Dalam kajian ini, saya telah menyediakan dan memberikan lembaran
kerja berkenaan peta i-Think untuk melihat sejauh manakah murid-murid dapat
menunjukkan minat serta mengingati isi pelajaran yang disampaikan oleh saya.

Rasional saya memilih kaedah ini adalah kerana saya dapat menyemak hasil kerja murid
dengan mengira peratus yang diperolehi oleh setiap individu murid. Hasil kerja murid
juga merupakan satu bukti yang jelas untuk mengukur tahap keberkesanan penyampaian
konsep Sains dan kualiti pegajaran saya dalam kelas. Semasa proses pembelajaran dan
pengajaran, lembaran kerja diedarkan satu persatu kepada murid mengenai topik yang
telah saya terangkan pada hari tersebut. Murid diteguh meniru antara satu sama lain
ataupun melalui buku teks dan diberi masa selama 15 minit untuk menjawab.

Semasa murid menjawab soalan, saya mengawasi mereka dengan berjalan di sekeliling
kelas. Lembaran kerja yang telah diberikan mempunyai soalan yang berbentuk isi tepat
kosong (Lampiran C). Dengan ini, saya boleh melihat keberkesanan pengaplikasian
aktiviti hands-on dalam menyampaikan isi pelajaran yang ingin disampaikan serta
meningkatkan minat murid untuk belajar. Selepas murid menjawab lembaran kerja, saya
telah mengutip hasil kerja mereka dan membuat semakan.

Lembaran kerja yang telah saya edarkan dalam kelas merupakan isi kandungan daripada
tajuk yang telah saya terangkan. Penggunaan hasil kerja murid ini adalah ringkas dan
sesuai bagi murid yang lemah dalam kelas. Hal ini adalah kerana lembaran kerja yang
saya telah edarkan kepada murid selaras dengan penyampaian konsep sains guru. Guru
melakukan bimbingan murid yang lemah untuk mengenal pasti keperluan soalan dan
menjawab dengan jelas dan tepat. Dengan ajaran dan bimbingan yang padu,penyampaian
konsep Sains dengan menggunakan peta i-Think adalah lebih efektif.

39
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Saya telah menjalankan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Analisis data kualitatif
merupakan satu proses untuk mencari kenyataan umum tentang hubungan antara kategori
data bagi membina satu teori asas untuk memahami suatu fenomena yang sedang dikaji
secara maksimum. Analisis kuantitatif pula analisis data yang memerlukan data
numerikal serta melibatkan analisis statistik terhadap data tersebut untuk memahami dan
menjelaskan fenomena yang dikaji.(Dr.Zaenal, 2010)

Beberapa langkah yang telah dijadikan panduan semasa membuat analsisis data adalah
seperti berikut:

Langkah 1: Membaca Data


Semua data yang diperolehi melalui catatan guru pembimbing dalam borang PR 1,
senarai semak pemerhatian, dan hasil kerja murid dibaca dengan teliti.

Senarai semak pemerhatian:


Saya akan menilai senarai semak pemerhatian yang diperhati dan dinilai oleh guru
pembimbing saya. Daripada penilaian guru pembimbing saya, saya akan memindahkan

40
item-item yang terdapat dalam bentuk jadual untuk melihat persembahan maklumat
dengan lebih jelas dan tepat. Daripada persembahan data, saya akan menerangkan
kelemahan dan kekuatan saya bagi setiap item yang telah dinila oleh guru pembimbing
saya.

Hasil kerja murid:


Saya akan menyediakan satu jadual pemarkahan khas bagi mengisi markah setiap kali
mereka menghantar hasil kerja peta i-Think. Markah standard bagi setiap peta i-Think
adalah sepuluh. Selepas waktu pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengisi markah
mereka dan markahnya dikumpul dalam bentuk peratusan.Saya juga akan menyemak
peratusan markah hasil kerja murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Akhirnya, saya akan merujuk jadual pencapaian hasil kerja murid untuk
menganalisis data dan untuk melihat keberkesanan cara penyampaian konsep Sains dalam
kelas.
.
Borang PR1
Borang PR1 pula menjadi rujukan penting kepada saya untuk mendorong kualiti
pengajaran saya dalam kelas. Setiap komen yang dinyatakan dalam borang PR1
telah diambil kira sebagai instrumen membaiki amalan pengajaran saya dalam
kelas.

Langkah 2: Memilih Data


Saya akan menapis semua data yang diperoleh. Data mentah akan dihimpunkan mengikut
kategori iaitu penilaian pemerhatian pengajaran melalui senarai semak serta catatan
tambahan. Selain itu, data mentah yang kompleks akan dipermudahkan seperti markah-
markah yang diperoleh semasa penggiraan markah hasil kerja murid.

Langkah 3 : Mempersembahkan Data


Data yang telah ditapis dan diproses akan dirumuskan dan dipersembahkan dalam bentuk
yang mudah seperti berikut:

a. Senarai semak pemerhatian


Data senarai semak pemerhatia akan dipersembahkan dalam bentuk jadual
berdasarkan tanda (/) dan (x) bagi item-item yang disediakan.
b. Borang Bimbingan Praktikum (PR1)
*Guru pembimbing telah menulis catatan mengenai kualiti pengajaran
c. Hasil kerja murid

41
Data markah pencapaian dalam bentuk peratusan bagi hasil kerja murid disediakan
dalam bentuk jadual. Jadual ini disediakan dengan item gred dan bilangan sesi
pengajaran.

Langkah 4 : Menginteprestasi Data dan Membuat Kesimpulan.

Saya akan membuat perhubungan antara data yang diperoleh dengan teliti dan jelas. Kesimpulan
akan dibuat secara berasingan mengikut soalan kajian. Dapatan kajian ini dianalisis dengan tepat
supaya mempunyai kesahan dan kepercayaan. Dalam kajian ini, tringulasi iaitu proses validasi
akan dilakukan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan data.

42
5.4 Perancangan pelaksanaan tindakan

5.4.1 Jadual pelaksanaan

Jadual 1.0 Pelaksanaan/Carta Gantt Perancangan Pelaksanaan Tindakan

43
Bil Perkara Minggu Minggu 2 Minggu Minggu Minggu Minggu
1 3 4 5 6
1. Penerangan kajian tindakan oleh
pensyarah.

2. Perjumpaan penyelia kajian


tindakan.

3. Mengenal pasti tajuk dan rujukan


tentang kajian tindakan.

4. Membaca bahan-bahan rujukan


berkaitan tajuk.

5. Tinjauan literature.
Mencari sampel kajian.

6. Menulis draf untuk objektif kajian


dan soalan kajian.

7. Memilih cara mengumpul data.

8. Menulis draf kertas cadangan.

9. Mengumpul data

10. Menganalisis menginterpretasikan


data

11. Membuat kesimpulan

12. Menulis kertas cadangan.

13. Menjilidkan kertas cadangan

5.4.2 Kos kajian

Anggaran Kos

44
Bil Jenis Bahan Kos
.
1 Kertas A4 (Putih+warna) 2 Rim X RM10.90 RM 21.80
2 Dakwat pencetak 2 X RM40 RM80
3 Fotostat 100 KEPING X RM0.10 RM10
4 Kertas Laminating 8 X RM1.00 RM 8
5 Camrecorder 1 X PINJAM -
Jumlah RM119.80

RUJUKAN
45
Jack, G.U. (2013). Concept Mapping and Guided Inquiry as effective
Techniques for teaching Difficult Concepts in Chemistry:Effects on
Student's Academic acheivement. Journal of Education and Practice, 1-
8.

Jaya,C.(2014). Effect of Teaching Through Concept Mapping on Achievement


in Chemistry of IX Graders. International Journal of Education and
Research, 262-273..

Juat,T.N. (2015). Penyelidikan Tindakan 1: Sains Penyelidikan Rendah. Nilai.

Kinchin, I.M. (2000). Using Concept Map to Reveal Understanding : A Two Tier Analysis,
School Sciene Riview.

Kuan,C.T.(2013). Being a Critical and Creative Thinker: A Balanced Thinking


Mode. Asian Jounal of Humanities and Social Sciences, 1-9.

Ludo,B.(2001). The Impact of Concept Mapping and Visualization on the


learning of Secondary School Chemistry Students.International Journal
of Science Education, 1301-1313.

Novak. J. D. (1990). Consept Mapping : A Useful Tool For Science Education. Journal Of
Research In Science Teaching. 27 (10) : 937-947

Salah, K.Al.D.(2014). Effectiveness of the conceptual maps strategy to


develop a critical thinking in the Educational process in the schools
of Kuwait. Journal of Education and QPractice,1-9

46
LAMPIRAN

SENARAI NAMA MURID KELAS 4 ZAMRUD

Bil No. KP No. Sijil Nama


Lahir
1. 050530050 BM36504 ADAM HAREEDZ BIN MUHAMMAD ADIB
167
2. 050311050 BM33144 ADDRYANA AZRYNA BINTI AZMIN
394
3. 051003060 BL77736 DANIAL HAIKAL BIN HAYRUI ANWAR
827
4. 505151018 C011468 MOHAMMAD HAIRIL TUAH BIN ABDULLAH

47
35 8
5. 050616101 BN09501 MUHAMAD ADAM BIN MOHAMAD ZUKIPELI
703
6. 050814050 BM38501 MUHAMMAD ADAM HASYIMI BIN MOHD RIDHUAN
433
7. 050927080 BL33489 MUHAMAD IZLAN HAZIQ BIN AHMAD TARMIZI
129
8. 050729050 BM39753 MUHAMMAD AMIRUL AFIF BIN MOHD NAJIB
383
9. 509060502 BN86419 MUHAMMAD DANISH BIN MUHAMMAD ILYAS
11
10. 050906100 BP15049 MUHAMMAD DARWISYH BIN ZULKIFLY
215
12. 050429050 BM35113 NUR JANNAH BINTI ADAM
015
13. 051210050 BQ17332 NUR AMALIA ADLINA BINTI ISMAIL
314
14. 050702050 BM38196 NUR HAJIDAH BINTI AZHAR
076
15. 051023050 BN86297 NUR IRENE ELYSHA BINTI MOHD ZAMRI
124
16. 051206050 BQ16497 NUR ISMA DIANA BINTI RAZALI
098
17. 050707050 BM38957 NURNADALIA NATASHA BINTI SHAIFUL NIZAM
454
18. 050124050 BK 92759 NURUL FARISHA BINTI JELANI
284
19. 050224050 BK89766 NURUL FARRAH HIDAYU BINTI ABDULLAH
310
20. 050902050 BS79018 PUTRI ADRIANA BATRISYA BINTI MOHD NAZRI
724
20. 050818050 BN85566 ZALIEEZ AMIERUL HAZRIEQ BIN RAZALI
289

L = 10 P = 10 JUMLAH = 20

LAMPIRAN 1

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

48
TUJUAN: Senarai semak ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklumat guru
menyampaikan konsep sains dengan menggunakan peta i-Think. Sila isi ruang dengan
menandakan (/) pada ruang (Ya/Tidak) yang disediakan mengikut aspek yang diperhatikan.

Tarikh:

Hari:

Masa:

Tema:

Bil Aspek penilaian Ya Tidak Catatan


ite
m
1 Guru menerangkan tajuk dan hasil pembelajaran yang
dikehendaki mencapai

2 Guru berkomunikasi dengan nada suara yang jelas dan


berkesan semasa menerangkan konsep Sains

3 Guru menggunakan bahan bantu murid yang pelbagai


untuk menerangkan konsep Sains dengan jelas dan tepat

4 Guru menerangkan konsep Sains dengan menggunalan


istilah dan contoh yang jelas dan teratur

5 Guru mengulang isi pelajaran yang penting semasa


menyampaikan konsep Sains

6 Guru memberikan contoh yang sesuai dengan konsep


Sains yang hendak disampaikan

7 Guru membimbing murid memilih peta pemikiran yang


sesuai semasa pelajaran

8 Guru menggalakkan murid menghubungkaitkan apa


yang dipelajari dengan peta i-think

49
9 Guru membimbing murid-murid merumuskan isi-isi
pembelajaran yang betul dan tepat menggunakan peta i-
Think.
10 Guru membuat refleksi dengan ringkas dan jelas.

Lampiran 2:

Borang Bimbingan Praktikum (PR1)

50
Lampiran 3:

51
Contoh lembaran kerja peta i-Think bagi tajuk Sistem Perkumuhan Manusia

Gambar
Fungsi

Nama organ

ORGAN
ORGAN
SISTEM
PERKUMUHAN

MANUSIA

52