Anda di halaman 1dari 6

2.

Penulisan

Setelah saya menemu bual kedua-dua guru yang terdiri daripada seorang guru
novis dan seorang lagi guru pakar, saya berpendapat bahawa laluan kerjaya saya ke
arah peningkatan profesionalisme dalam pendidikan mengambil masa yang agak lama.
Saya juga perlu bersedia dengan pelan pembangunan diri dari saya sebagai guru novis
hinggalah ke tahap guru pakar supaya saya dapat mengahadapi cabaran yang bakal
saya mengahadapi untuk tiga puluh dua tahun akan datang. Saya telah membuat
rancangan pelan dari awal kerjaya saya selepas akhir semester ini sehinggalah ke akhir
tempoh perkhidmatan pada usia 60 nanti.

Saya telah mengguna pakai teori lima peringkat perkembangan guru yang
dipelopori oleh Trotter, 1986. Mengikut Trotter, guru memerlukan pengalaman bertahun-
tahun untuk beranjak ke peringkat mahir dan hanya segelintir daripada mereka akan
mencapai perkembangan di peringkat pakar. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong
Kiet Wah,2010). Mengikut teori ini, terdapat lima peringkat perkembangan guru iaitu
peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap, peringkat mahir dan
peringkat pakar. Mengikut pelopor ini, seorang guru memerlukan selama 10 hingga 15
tahun untuk beranjak dari peringkat novis menjadi seorang pakar dalam bidangnya.

Peringkat permulaan saya akan bermula apabila saya melaporkan diri saya
sebagai guru tetap di sekolah pada bulan September nanti. Pada peringkat permulaan
saya akan berada pada DG41. Saya akan mengajar mengikut silabus ynag diberi. Dari
segi kepimpinan pula saya akan berada pada tahap rendah iaitu pada tahap pengikut.
Pada peringkat ini, saya bersedia dari segi kognitif tentang teori-teori yang saya pelajari
di Institut Pendidikan Guru serta menguasai konsep asas dan peraturan asas untuk
bertindak disekolah. Mengikut guru yang telah menemu bual novis, beliau menghadapi
masalah dengan suasa pengajaran dan pembelajaran. Bilangan yang sangat ramai
menjadikan kerja beliau kompleks kerana tidak sama dengan pengamalan yang dia lalui
semasa mengikuti kursus perguruan. Selain itu, beliau juga menghadapi masalah
dalam menggunakan teori pedagogi yang dipelajari kerana diberi tugas mengajar
subjek yang bukan opsyennya. Melalui pengalaman guru novis yang telah saya
menemu bual saya telah mengambil beberapa modus operandi untuk menangani
masalah yang sama sepertinya.

Pada peringkat ini, saya akan mewujudkan hubungan yang mesra dan
kerjasama dengan rakan sekerja yang akan terdiri daripada guru mahir dan guru pakar.
Dengan ini, saya dapat mempelajari sedikit sebanyak tunjuk ajar, idea dan pendapat
daripada guru yang lebih berpengalaman dalam mempertingkatkan pengajaran saya
yang lebih berkesan. Cara ini dapat membantu saya mengajar anak murid saya dengan
lebih efektif dengan panduan guru mata pelajaran yang lebih mahir. Selain itu, saya
juga perlu bersedia jika saya diberi mata pelajaran lain yang bukan opsyen saya di
sekolah nanti. Masalah kurang pengetahuan dengan strategi dan kaedah pengajaran
subjek opsyen saya atau mata pelajaran lain akan menyebabkan murid tidak memberi
tumpuan dan mewujudkan masalah dalam bilik darjah. Saya akan mengguna pakai
bantuan guru-guru lain bagi mengenali anak murid saya dan cara mengjar mereka
dengan lebih efektif.

Selain itu, saya juga akan menghadapi masalah stress setelah memasuki
sekolah sebagai guru tetap. Tugasan-tugasan baru dan jawatan yang baru dapat
memberatkan lagi kerja saya sebagai guru di sekolah. Oleh yang demikian, saya perlu
mempelajari cara menguruskan hal ehwal peribadi berkaitan pengurusan stress, teknik
belajar, motivasi kendiri dan pembentukan sahsiah supaya tidak tertekan di sekolah
nanti. Sumbangan saya akan berada pada tahap memimpin kelas dan sumbangan
kepada pihak pentadbiran sekolah.

Pada peringkat seterusnya, iaitu selama 3-5 tahun setelah saya berkhidmat,
saya akan mempunyai sedikit sebanyak pengalaman tentang suasana di sekolah dari
segi pihak pentadbiran, pihak rakan sejawat dan juga murid-murid. Gred perkhidmatan
saya juga akan meningkat ke DG44. Bagi peringkat ini, saya akan menjadikan seorang
guru yang berpengalaman dan bersikap positif sebagai mentor saya bagi meningkatkan
lagi potensi saya dalam bidang keguruan. Bimbingan baik daripada guru mentor amat
penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutan. Selain itu, saya
perlu mempunyai motivasi diri yang tinggi.
Motivation is everything. You can do the work of two people, but you cant be two
people. Instead, you have to motivate the next guy down the line and get him to inspire
his people. (Lee Iacocca in 101 Ways To Have A Great Day At Work)

Motivasi dan keyakinan diri adalah kunci utama kejayaan seseorang dalam melakukan
sesuatu tugas. Jika kita bermotivasi, pasti kerja yang banyak dapat dilakukan
sebaiknya. Orang lain turut bermotivasi apabila kita menunjukkan semangat motivasi
yang amat baik dan positif. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru novis
lanjutan saya akan mengekalkan malah meningkatkan motivasi dalam melaksanakan
tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya.

Saya juga akan berkolaborasi dengan guru lain bagi memantapkan lagi bidang
yang saya mengajar di sekolah tersebut. Pada peringkat ini, saya akan berpegang
jawatan ketua unit atau setiausaha dalam sesuatu bidang di sekolah. Dengan ini, saya
dapat menunjukkan kod etika profesion yang baik. Selain itu, saya juga akan
menunjukka sikap akauntabiliti pada tugas yang diberi di mana saya akan lebih
bertanggungjawab terhadap sesuatu tundakan, keputusan dan sebagainyua sebagai
ketua unit. Perkembangan ini dapat membantu saya ke peringkat seterusnya.

Pada peringkat ini, saya akan lebih mahir dan cekap tentang suasana sekolah
dan tugasan-tugasan saya. Dalam peringkat ini, saya akan berpengalaman mengikuti
kursus-kursus ynag berkaitan dengan bidang saya. Dalam tempoh 5-13 tahun iaitu
dalam masa tahun 2022-2025, saya akan mempunyai pengalaman yang cukup mantap
dalam bidang pendidikan ini. Dengan ini, saya akan bersedia dengan pelbagai strategi
bagi mengajar murid-murid yang mempunyai pelabagi kebolehan. Gred perkhidmatan
saya juga akan meningkat ke DG48 dan akan berpeluang untuk memegang jawatan
ketua panitia sesuatuy mata pelajaran. Dari masa ke semasa saya juga akan mahir
menyiasat amalan pengajaran dan pembelajaran sendiri melalui refleksi selepas setiap
kelas. Dengan ini sudah pastinya saya dapat mengenal pasti kekurangan dalam proses
pengajaran saya dan membetulkannya.

Sebagai seorang ketua panitia saya akan memberi sumbangan pada peringkat
negeri dimana saya akan bertanggungjawab menyediakan murid-murid ke
pertandingan-pertandingan anjuran PPD, JPN, Kementerian Pendidikan dan lain-lain.
Bukan sahaja diluar sekolah, malah dalam sekolah saya akan mempunyai
tanggungjawab membantu menyediakan data-data atau maklumat mengenai mata
pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan. Selain itu, saya juga perlu
membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan pengajaran dan
pembelajaran serta bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta
pencapaian murid bagi peperiksaan dalaman dan luaran seperti UPSR. Pada peringkat
ini juga, saya akan dapat peluang untuk membantu guru-guru permulaan yang
memasuki sekolah saya dan membimbing mereka untuk menjadi guru yang cekap.

Bagi menjadi seorang guru mahir, saya perlu berkhidmat selama enam tahun
iaitu dalam tempoh 13-19 tahun perkhidmatan. Pada peringkat ini, saya akan
ditingkatkan gred ke DG52. Pada peringkat ini, saya dapat memegang kepimpinan guru
cemerlang. Dalam buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang dinyatakan
bahawa ,guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan
kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.

Sebagai guru cemerlang, saya akan lebih mahir dalam bidang yang saya ketuai.
Pada masa ini, saya akan mempunyai pengalaman dan dapat menganalisis serta
menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara
kreatif dan sistematik. Sebagai seorang guru cemerlang, saya akan membuat
perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan
pembentukkan serta pembangunan diri murid mengikut tahap yang tertinggi yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada masa ini, saya perlu
berkebolehan untuk menyediakan Jadual Spesifikasi (JSU) pentaksiran dan penilaian
bagi mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan. Selain itu, saya juga akan
menjadi ahli badan professional yang berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran
dimana saya dapat memberi sumbangan saya pada peringkat kebangsaan.

Selain itu, saya dapat memimpin dan membantu dalam tugasan kurikulum dan
kokurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan.
Dengan ini,sebagai seorang berpengalaman saya dapat membantu mengatasi
kelemahan dan membimbing murid-murid dalam mata pelajaran kepakaran. Selain itu,
saya juga dapat menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepada guru-guru yang
memerlukan bantuan di sekolah dan juga guru dari sekolah lain. Tugasan saya juga
termasuk bertanggungjawab untuk memaklumkan secara rasmi sebarang perubahan
dari segi pertukaran jawatan, penempatan dan apa jua perubahan daripada status
perkhidmatan kepada Bahagian Sumber Manusia, Jemaah Nazir sekolah ibu pejabat
dan negeri. Seperti mana guru yang saya temu bual, saya juga akan menjadi
penceramah kepada murid-murid UPSR dan menjadi Pembina item UPSR mengikut
bidang yang saya mahir.

Selepas 19 tahun saya berkhidmat dalam bidang keguruan, saya akan menjadi
seorang guru yang berprofesional yang kaya dengan pengalaman tentang bidang
pendidikan. Dari tahun 2037 saya akan memegang gred perkhidmatan DG54, iaitu
sesuai bagi memegang jawatan pengetua, guru besar, pegawai PPD dan juga
pengarah bidang pendidikan. Pada masa ini, saya akan berpengalaman mereka cipta
alat bantu mengajar mengikut trend dan kebolehan murid-murid pada masa itu. Selain
itu, saya juga akan menjadi seorang yang berautoriti dalam profesionnya serta dapat
memahami dan menangani maklumat yang banyak dan pelbagai dan masih
mempunyai gaya pengajaran yang lancar.

Sebagai guru pakar, saya akan berkemahiran yang memimpin sebuah sekolah
iaitu, dari segi organisasi sekolah, kewangan, kemudahan fizikal dan juga pencapaian
murid-murid. Kepimpinan yang berkesan dapat dijadikan teladan dan role-model guru
permulaan pada masa tersebut. Pada peringkat ini, saya akan berusaha untuk memberi
sumbangan pada peringkat antarabangsa. Antaranya ialah, saya dapat mengikuti
bengkel bertukar-tukar fikiran pada peringkat Negara dan antarabangsa bagi
meningklatkan lagi mutu pendidikan bidang kepakaran saya. Selain itu, saya juga
bertanggungjawab menjalankan kajian, mengumpul data dan menghasilkan kaedah
yang baru dan berkesan bagi guru-guru dalam bilik darjah. Sumbangan sebegini dapat
meningkatkan lagi mutu pelajaran pendidikan Negara kita. Sepanjang tempoh
perkhidmatan saya saya akan cuba merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Selama tiga puluh dua tahun tempoh perkhidmatan saya,
saya akan menekankan aspek kreativiti serta inovasi pengajaran dan pembelajaran
akan diterokai. Segala bentuk proses pembelajaran berbentuk formal dan tidak formal
bergantung kepada kreativiti dan peranan utama terletak pada tanggungjawab guru.
Transformasi negara yang kita kehendaki yang dapat dimanfaatkan dalam sistem
pendidikan Negara yang akan melaksanakan sepanjang tempoh perkhidmatan sejurus
dengan PPPM.

Setelah telah berkhidmat bagi 32 tahun saya akan bersedia untuk bersara daripada
bidang keguruan. Namun demikan saya akan terus berkhidmat seperti mengeluarkan
buku-buku yang berkaitan dengan bidang kepakaran saya.

Secara keseluruhan, kemampuan guru untuk mempengaruhi para siswa supaya


melakukan pembelajaran dengan baik adalah suatu keharusan. Oleh yang demikian,
guru profesional hendaklah selalu berupaya untuk meningkatkan kepemimpinannya
dengan mengetahui tugas-tugas utama yang dilakukan pemimpin, fungsinya, dan
keterampilan-keterampilan apa yang harus dimiliki untuk menjadi pemimpin yang baik.
Dengan penguasaan hal-hal tersebut, diharapkan guru profesional dapat benar-benar
memimpin siswa mencapai tujuan-tujuan pendidikan. Menjadi pemimpin tidak hanya
harus selalu berada di depan (front leader), bisa saja di tengah (social leader) maupun
di belakang (rear leader).

Anda mungkin juga menyukai