Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERMOHONAN BAIK PULIH LONGKANG


SEPANJANG 300 METER DI TEPI PADANG
DAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG.
BAIK PULIH PADANG SEKOLAH DAN
MENGGANTI BUMBUNG GARAJ
KERETA.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


PANTAI REMIS, PERAK.

1
PENDAHULUAN

Pelajar-pelajar sekolah amat memerlukan persekitaran sekolah yang ceria, kondusif dan selamat
bagi merangsang pembentukan jiwa yang tenang dan aman dalam menimba ilmu pengetahuan.
Salah satu keselamatan yang diambil berat adalah saliran longkang yang sempurna dan cekap
yang dapat menyalurkan kuantiti air hujan yang berlebihan supaya tidak berlakunya banjir kilat. .
Pelajar juga akan berasa selamat untuk datang ke sekolah. Cogan kata ada menyatakan ,
sekolahku syurgaku.. demikian juga untuk mencapai VISI Jabatan Pendidikan Perak iaitu
Melonjakkan imej perkhidmatan yang merangkumi juga imej fizikal sekolah

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi membaik
pulih saliran longkang di laluan bermula pintu pagar utama hingga ke garaj
kereta bersebelahan kantin. Begitu juga longkang di sebelah laluan berjalan
kaki bermula pintu utama sehingga ke blok D.

1.2 Mengganti atap garaj kereta yang berada di tepi padang sekolah, yang sudah reput
dan berlubang.

1.3 Membaik pulih padang sekolah dengan menanam rumput pada tempat yang gondol.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Saliran longkang sedia ada yang dibina semenjak sekolah ini dibuka telah rosak akibat
daripada akar pokok yang ditanam di tepinya. Oleh itu satu kerja baik pulih perlu
dilakukan untuk menyalurkan aliran air dan air hujan.

2.2 Garaj kereta yang berada di tepi padang selalu digunakan oleh pelajar ketika waktu
PJK dan aktiviti sukan telah mengalami kerosakan bumbungnya. Bumbung yang
berlubang dan kepingan selalu jatuh membahayakan pelajar yang berada di bawahnya.
Oleh itu satu kerja mengganti bumbung tersebut perlu dilakukan supaya perkara tidak
dingini berlaku.

2.3 Sekolah ini terkenal dengan pelajarnya yang bergiat aktif dalam sukan hoki dan bola
sepak, tetapi keadaan padan yang tidak sempurna menyukarkan aktiviti sukan
dijalankan. Padang yang perlu dibaik pulih dengan menanam rumput pada tempat
yang gondol.

2
3.1 ANGGARAN KOS

3.1 Anggaran terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

Anggaran Kos Membaik pulih longkang, padang dan menukar atap


garaj kereta.

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

Membaik pulih longkang ( dijangka sepanjang 300


1. meter ) RM 12000.00

2. Membaik pulih padang RM 3000.00

3. Menukar atap garaj kereta RM 5000.00

ANGGARAN JUMLAH KOS KESELURUHAN RM 20000.00

Perbelanjaan termasuklah, antaranya:


1. Menyewa Backho
2. Membeli longkang baru
3. Membeli bahan simen, pasir dan lain-lain
4. Membeli atap zink
5. Membeli rumput dan bahan penjagaan
6. Upah pekerja.

ANGGARAN KESELURUHAN IALAH RM 20,000.00

4.0 SUMBER KEWANGAN

4.1 Peruntukan Yang Berhormat Dato Hj. Manaf b. Hashim. ADUN Pengkalan Baharu

5.0 PERTIMBANGAN

3
5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa PIBG dan Pihak Sekolah memohon daripada
pihak Yang Berhormat Dato agar dapat memberi sumbangan keatas program ini
supaya semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan selamat dan selesa.

5.2 Dengan kelulusan ini, diharap persekitaran Sekolah SMK Pantai Remis lebih cantik
dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan ceria.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Disahkan oleh

_____________________________ ___________________________

( HAZMAN BIN ALI ) ( MUSTAFA BIN ISMAIL )

Setiausaha PIBG SMK Pantai Remis YDP PIBG SMK Pantai Remis