Anda di halaman 1dari 23

SITUASI :

Walaupun selalu diejek dan ditertawakan


oleh rakan-rakan sekelasnya , Afiq tidak pernah marah atau
membalas ejekan tersebut .
SITUASI :
Anita mengulangkaji pelajaran pada setiap malam sebagai persediaan
menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan
September nanti .
SITUASI :
Penduduk penduduk di Kampung Ulu Tawar
bergotong-royong membina semula rumah Nek Limah yang roboh

ditimpa pokok pada minggu lalu.


SITUASI :
Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ulu
Tawar berdiri tegak lalu menyanyikan lagu kebangsaan dengan penuh lantang dan
semangat .
SITUASI :
Roslan menyerahkan beg dompet berisi wang yang telah
dijumpainya di tepi jalan kepada pihak polis .

SITUASI :
Wahida disenangi oleh kawan-kawan dan
guru-gurunya kerana dia selalu bercakap dengan lemah lembut
dan tidak pernah berkasar bahasa .
SITUASI :
Sebagai seorang abang , Khalid sentiasa beralah dan

tidak pernah berebut dengan adik-adiknya yang masih kecil .


SITUASI :
Murid-murid di Sekolah Kebangsaan Ulu
Tawar beratur semasa membeli makanan ketika waktu rehat .
SITUASI :
Semenjak tinggal di asrama , Amin telah membuat

kerja-kerja harian seperti mencuci dan melipat

pakaiannya sendiri tanpa bantuan orang lain .


SITUASI :
Puan Siti menjaga rumah jirannya dengan baik semenjak jirannya
pulang ke kampung beberapa hari yang lalu .
SITUASI :
Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang
kaum , kita seharusnya saling hormat-menghormati dan mesra antara satu sama
lain walaupun berbeza budaya .
SITUASI :
Encik Daud dan Puan Mariam telah melawat jirannya yang
sedang sakit dan dirawat di Hospital Seberang Jaya .
SITUASI :
Hayati kasihan melihat kucing yang cedera dilanggar motosikal itu
lalu membawanya pulang ke rumah untuk
dirawat .
SITUASI :
Akil berazam untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR bagi
melayakkan dirinya belajar di sekolah
berasrama penuh .
SITUASI :
Walaupun sedih dengan kematian suaminya
yang meninggal dunia dalam kemalangan ,
Puan Halimah tetap redha dan cekal menghadapi dugaan itu .
SITUASI :
Setelah berjaya menamatkan pelajarannya di
universiti , Hariz berniat untuk menjaga kedua ibu bapanya pula
kerana telah banyak berkorban untuknya .
SITUASI :
Setiap hari , Fahmi akan menyimpan lebihan wang belanja
sekolahnya ke dalam tabung .
SITUASI :
Setiap hari , Khadeeja pasti akan berdoa agar
kedua ibu bapanya dilindungi Allah selepas selesai
menunaikan solat .
SITUASI :
Amira bukan sahaja anak yang baik , malah
dia sangat menghormati orang tua dan lemah-lembut dengan orang lain
.
SITUASI :
Dalam mesyuarat itu , penduduk Kampung
Padang Belon sebulat suara bersetuju untuk membuat longkang sekitar kampung
secara beramai-ramai .
SITUASI :
Cikgu Ehsan telah menyiasat kes pergaduhan antara
Rahim dan Badrul untuk mengetahui puncanya sebelum
mengambil tindakan disiplin .

SITUASI :
Julia tidak pernah berputus asa untuk memperbaiki kelemahannya dalam mata
pelajaran Bahasa Inggeris dengan melakukan
ulangkaji setiap hari.
SITUASI :
Walaupun keuntungan berniaga kuih hari ini tidak banyak , namun
Mak Timah tetap berpuas hati dan seronok melakukannya .

SITUASI :
Sungguhpun Tuan Kamal seorang jutawan , namun dia tidak pernah sombong akan kekayaannya dan sering
bersedekah kepada fakir miskin .

Anda mungkin juga menyukai