Anda di halaman 1dari 3

Kata Ganti Nama

1. Kata ganti nama ialah kata yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata
nama am.
2. Kata ganti nama terbahagi kepada dua golongan iaitu: kata ganti nama diri,
kata ganti nama tunjuk.
Kata Ganti Nama Diri
1. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua jenis iaitu
a) kata ganti nama diri orang
b) kata ganti nama diri tanya
Kata Ganti Nama Diri Orang
1. Kata ganti nama diri orang ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang
tertentu dan dikelaskan kepada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti
nama diri yang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga.
Kata Ganti Nama Diri Tanya
1. kata ganti nama diri tanya ialah kata yang digunakan untuk membina ayat tanya.
2. terdapat tiga kata ganti nama diri tanya iaitu apa, mana dan siapa.

Kata Ganti Nama Tunjuk


1. kata ganti nama tunjuk ialah kata yang berfungsi untuk menunjukkan sesuatu
atau seseorang atau tempat.
2. terdapat dua kata ganti nama tunjuk iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata
ganti nama tunjuk tempat.
Kata ganti nama tunjuk umum
Ini > menunjukkan sesuatu yang dekat
Ayat Contoh :
1. Ini sekolah saya.
2. Buah betik ini sedap rasanya.
Itu > menunjukkan sesuatu yang jauh
Ayat Contoh :
1. Itu buku latihan saya.
2. Anjing itu sangat garang.
Kata ganti nama tunjuk tempat
Kata ganti nama tempat digunakan untuk menggantikan nama tempat. Terdapat 3
kata ganti nama tempat iaitu :

sini > menunjukkan tempat yang dekat


Ayat Contoh : Saya tinggal di sini.

situ > menunjukkan tempat yang tidak begitu jauh


Ayat Contoh : Letakkan pasu ini di situ.

sana > menunjukkan tempat yang jauh dan terhalang daripada pandangan
Ayat Contoh : Jangan bermain di sana.

Anda mungkin juga menyukai