Anda di halaman 1dari 8

SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian.

Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Singa yang Sombong.

Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-


fikirkan.

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar
dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah
menjadi mangsanya. Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu
perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi
sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. Wahai kawan-kawan,
kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita
yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir,
bagaimana hendak menewaskan singa itu. Ya, kami sedia membantu jawab
haiwan yang lain. Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil Semua
terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba
menewaskan singa itu. Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan
Tebuan.

Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. Oleh kerana tidak ada haiwan
lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan
sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh
penghuni rimba itu.

Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan


pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa
masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. Hai
Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku. Kata
Tebuan dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil
ketawa. Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat,
aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh
semangat. Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa.

Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing
untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih.
Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung
singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu
meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan.
Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa
itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan.
Mereka menyanjung keberanian tebuan itu. Ingat kawan-kawan, 1. Orang yang
besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah. 2. Kita
tidak boleh bersikap malas berusahalah 3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya
Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak, besar jangan
disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental dapat mengalahkan kekuatan
fizikal..

Sekian, terima kasih.

SI TANGGANG ANAK DERHAKA


Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak
sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

Para hadirin sekelian,


Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah Si
Tanggang Anak Derhaka yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah
keluarga yang miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya
yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi,
makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di
halaman rumah...

Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi
merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang
indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.

Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu...
jangan tinggalkan ibu, Tanggang...

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung
sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang,
beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya
dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada
kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua
dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersam Si Tanggang dan anak-
anak kapal belayar berniaga. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah
berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita kedatangan kapal Si Tanggang
telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita
kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi
berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk
berjumpa anak kesayangannya itu.

Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu
semenjak kepemergianmu nak...

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada
isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si
Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak
sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

Kerana terlalu ced, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh anak
kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak
Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan;

Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari sususku
ini dan yang ku didik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak
yang durhaka!!!
Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kyat telah Turn. Kilat dan guruh memecah langit
telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera.
Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....

Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....


Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin
hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada
penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekelian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka kepada
kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke
dewasa.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai