Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN AKTIVITI

TAHUN 1T & 1B

NAMA PROGRAM : Spelling Bee

TARIKH PELAKSANAAN : Jan - November

MASA : Sepanjang P dan P Bahasa Inggeris

TEMPAT : di Tapak Perhimpunan

SASARAN : Semua murid ( 44 orang )

GURU YANG TERLIBAT : Cik Uma / Cik Jamuna

LAPORAN :

Program ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Murid dilatih untuk mengeja
perkataan yang diberikan oleh guru dengan betul dan tepat. Perkataan yang
diberikan kepada murid juga bersesuaian dengan aras mereka. Murid-murid juga
dilatih untuk menghafal dan akan mengeja di tapak perhimpunan. Murid-murid yang
telah membuat persembahan akan diberi token.

CATATAN :

Program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat murid
untuk berani bercakap dan mengeja sesuatu perkataan dengan betul. Murid
mendapat ilmu yang berfaedah supaya menjadi seorang insan yang berguna.

Disediakan oleh,

............................
LAPORAN AKTIVITI

TAHUN 1T & 1B

NAMA PROGRAM : DEAR ( DROP EVERYTHING AND READ )

TARIKH PELAKSANAAN : Jan - November

MASA : Sepanjang P dan P Bahasa Inggeris

TEMPAT : Tapak Perhimpunan

SASARAN : Semua murid ( 44 orang )

GURU YANG TERLIBAT : Cik Uma & Cik Jamuna

LAPORAN :

Program ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Ini adalah satu projek bacaan
luas. Peruntukkan masa selama 20 minit atau 30 minit dalam seminggu diadakan
untuk memberi peluang kepada murid tahun 1T membaca bahan dalam Bahasa
Inggeris. Pelajar-pelajar boleh membawa bahan bacaan sendiri atau meminjamnya
daripada perpustakaan sekolah. Murid-murid juga dilatih untuk menghafal dan akan
membaca di tapak perhimpunan. Murid-murid yang telah membuat persembahan
akan diberi hadiah.

CATATAN :

Program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat murid
untuk berani bercakap dan mengeja sesuatu perkataan dengan betul. Selain itu,
murid juga dapat menambahkan ilmu dan dapat belajar banyak perbendaharaan
kata. Murid mendapat ilmu yang berfaedah supaya menjadi seorang insan yang
berguna.

Disediakan oleh,

............................
LAPORAN AKTIVITI

TAHUN 4T & 4B

NAMA PROGRAM : Kotak Alatan Tangan Serbaguna

TARIKH PELAKSANAAN : Jan - November

MASA : Sepanjang P dan P Kemahiran Hidup

TEMPAT : Bilik Darjah

SASARAN : Semua murid ( 17 orang )

GURU YANG TERLIBAT : Cik Uma

LAPORAN :

Program ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Ini adalah satu projek Alatan
Tangan. Murid diberikan dengan peralatan dan bahan bahannya. Selepas itu, guru
memberi penerangan tentang cara membuat kotak Alatan Tangan Serbaguna dan
menayangkan video berkaitan dengan cara membuat projeknya. Murid dilatih untuk
membuat projek dengan berdikari dan bekerjasama. Selain itu, murid juga dapat
berkongsi idea dan pemikirkan untuk membuat kotak serbaguna. Murid juga dapat
memikir dengan kreatif dan inovatif untuk melakarkan kotak serbaguna.

CATATAN :

Program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mencungkil bakat murid
yang terpendam dalam diri murid. Murid mendapat ilmu yang berfaedah supaya
menjadi seorang insan yang berguna.

Disediakan oleh,

............................
LAPORAN PROJEK TAMAN KEMAHIRAN HIDUP
TAHUN 5 & 6
Nama Projek:
Taman kemahiran Hidup

Pengenalan Projek

Projek Taman Kemahiran Hidup di sekolah merupakan suatu langkah penting dan strategik,
yang bertujuan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif terutamanya bagi
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses
pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas,
tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupaya merangsang dan membina
kecemerlangan intelek dan sahsiah murid. Program ini juga dilaksanakan untuk melibatkan
pelajar secara langsung dalam mewujudkan suasana sekolah yang menitikberatkan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap
kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.

Matlamat Projek

Menjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang


intelek,sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan
sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua dan juga
menjadikan SJK T LADANG TELUK BULOH menjadi sebuah sekolah yang konduksif bagi
melahirkan warga sekolah yang menitikberatkan dan mempraktikkan amalan pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar supaya sekolah sentiasa berada dalam suasana yang mesra
alam dan bebas daripada pencemaran.

Objektif Projek

Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan


seperti program kitar semula.

Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan


dan keceriaan persekitaran sekolah

Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi
dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk
menjalankan aktiviti kitar semula.

Memupuk nilai murni cintai alam sekitar pada kalangan warga sekolah.

Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan


dan pemuliharaan alam sekitar.

Meningkatkan kerjasama antara semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan


dan keindahan persekitaran sekolah.
Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari

Faedah Projek

Kewujudan taman-taman mesra alam iaitu Taman Hiasan, dan Taman Bunga
menjadikan persekitaran SJK T LADANG TELUK BULOH lebih cantik dan bebas
daripada kekotoran.

Warga sekolah terutamanya pelajar menjadi lebih menghargai alam semula jadi yang
wujud dalam sekolah dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah.

Di samping itu, penglibatan guru dan pelajar dalam menyelenggara taman-taman


tersebut telah berjaya memupuk nilai murni cintai alam sekitar, menggalakkan
kerjasama dan meningkatkan tahap kesedaran di kalangan warga sekolah semasa
melaksanakan aktiviti mesra alam.

Secara tidak langsung , hasil daripada penanaman sayuran dan herba boleh dijual
ataupun digunakan dalam kehidupan seharian.

Strategi Pelaksanaan

Program dilaksanakan sepanjang tahun. Status projek masih dalam proses penanaman dan
taman ini akan dijadikan sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran untuk subjek
sains,kajian tempatan dan juga kemahiran hidup.Taman masih lagi di peringkat fasa kedua
iaitu menambahkan lagi tanaman dan mungkin kawasan akan dibesarkan lagi. Semua guru
terlibat bagi menjayakan program taman Kemahiran Hidup ini.
Status Kemajuan Pelaksanaan Projek

Tempoh / Kos Status Kemajuan


Projek Pelaksana
Tarikh (RM) Pelaksanaan Projek
Panitia Bermula - Panitia KH Aktiviti diuruskan oleh
Kemahiran 2014- dan Murid Panitia Kemahiran Hidup.
Hidup- Sepanjang tahap 2 Panitia Kemahiran Hidup
Taman tahun biasanya akan
Kemahiran menguruskan taman KH
Hidup selama 2 minggu dalam
setahun kerana berkaitan
dengan P&P. Masa lain
akan diuruskan mengikut
jadual yang ditetapkan.

Pencapaian

Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif dalam
setiap program yang dijalankan. Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang
menyeluruh dari warga sekolah dan AJK Sekolah.

Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi

Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu sekolah dan
aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah. Kawasan sekolah
yang terhad menyebabkan pertambahan projek berkaitan pembinaan taman tidak dapat
dilaksanakan.

Perancangan Seterusnya

Meneruskan program ini dengan memantau keadaan taman dari masa ke semasa
dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengekalkan keindahan persekitaran
sekolah. Menaik taraf taman-taman tersebut dari masa ke semasa dengan menambahkan
bilangan pokok dan dijadikan tempat penyampaian P&P untuk mata pelajaran tertentu.

Anda mungkin juga menyukai