Anda di halaman 1dari 1

970718085646

4.0 KAEDAH KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan persoalan dan
objektif kajian.Reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah
persampelan rawak mudah. Kaedah persampelan digunakan kerana proses untuk mendapatkan
maklumat adalah tepat dan mudah serta relevan dengan objektif yang telah ditetapkan. Kaedah
ini menggunakan instrumen borang kaji selidik yang mana ianya mudah untuk mendapatkan
kerjasama daripada responden.

4.1 Kaedah mendapatkan responden

Kajian ini menggunakan persampelan bukan probabiliti iaitu teknik persampelan bertujuan untuk
menjawab objektif yang diutarakan oleh pengkaji. Seramai 30 0rang responden telah dipilih
untuk menjawab borang soal selidik ini,iaitu terdiri daripada penduduk kampung berkenaan.
Pemilih responden adalah berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang
soal selidik yang disediakan oleh pengkaji.

Antara ciri-ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden ialah mereka seharusnya
penduduk kampung berkenaan. Hal ini kerana,mereka merupakan golongan yang selalu
menggunakan perkhidmatan Klinik Desa Nibong Hangus. Pengkaji juga memilih 10 orang
responden daripada kaum Melayu,Cina dan India. Hal ini kerana,pengkaji hanya ingin
mengetahui persepsi daripada setiap kaum tersebut. Selain itu,responden juga boleh terdiri
daripada remaja yang berusia 20 tahun kerana mereka sudah semestinya mengetahui tentang
kepentingan Klinik Desa Nibong Hangus

4.2 Kaedah mendapatkan maklumat

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik. Soalan
kaji selidik telah dibentuk untuk mengkaji sejauh mana persepsi penduduk terhadap Klinik Desa
Nibong Hangus yang menberi pelbagai kepentingan kepada penduduk setempat

Anda mungkin juga menyukai