Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT SPBT KALI PERTAMA 2017

TARIKH: 3.01.2017
MASA: 1.45 PETANG
TEMPAT: BILIK GURU

Agenda 1: Ucapan Pengerusi


1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan berharap
mesyuarat akan berjalan dengan lancar

1.2 Menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan


perkara-perkara yang disenaraikan dalam agenda mesyuarat

1.3 Mesyuarat melantik Encik Muhammad Nurul Hafiz Bin Kamarudin


sebagai setiausaha SPBT.
Agenda 2: Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua guru kelas memastikan semua murid mendapat buku
teks agar pembelajaran murid tidak terganggu.
2.2 Mengingatkan menjaga buku teks sepanjang tahun.
2.3 Meminta setiausaha mewujudkan carta organisasi SPBT di bilik BOSS.

Agenda 3: Pengesahan Minit Mesyuarat

3.1 Minit mesyuarat yang lalu disahkan oleh Pn. Hartini dan disokong oleh
En. Saiful Azrie

Agenda 4: Perkara Berbangkit


4.1 Buku teks tidak diganti oleh ibu bapa walaupun sudah diberikan surat.
Agenda 5: Peraturan Skim Pinjaman Buku Teks

5.1 Semua murid yang layak berhak untuk mendapatkan buku teks dan perlu
bertanggungjawab menjaga buku teks tersebut sepanjang tahun.

5.2 Murid yang menghilangkan buku teks perlu menggantikan buku teks
tersebut dengan wang tunai berjumlah yang sama dengan jenis buku teks
yang hilang. Surat akan dikeluarkan kepada ibu bapa untuk menggantikan
buku teks tersebut. Ini untuk memudahkan para ibu bapa agar tidak perlu
keluar ke bandar untuk membeli buku teks kerana jarak yang jauh. Maka,
guru mengambil tanggungjawab untuk membantu membelinya.

Agenda 6: Buku Teks Untuk Guru

6.1 Jika ada mana-mana guru yang ingin menggunakan buku teks, boleh
menulis nama dan jenis buku yang dipinjam dalam buku.

Agenda 7: Hal-hal Lain

Tiada hal-hal lain.

Penutup
8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap semua guru
kerjasama untukmemastikan murid mendapat buku teks secukupnya.

8.2 mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.40 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.

(MUHAMMAD NURUL HAFIZ BIN KAMARUDIN) (AZIZEE BIN ALLI
AHMAD)
SETIAUSAHA SPBT GURU BESAR
SK ULU SUNGAI SIONG SK ULU SUNGAI SIONG

Anda mungkin juga menyukai