Anda di halaman 1dari 3

Jawapan bagi soalan spontan

(Kemungkaran Kaum Nabi Isa)


Assalamualaikum w.b.t,
Al-Quran kitab mulia
Kalam suci firman tuhan, (Pantun)
Bertemu lagi babak kedua,
Tajuk spontan saya bentangkan,

Jawapan 1:
Soalan yang diberi; Apakah kesan fitnah terhadap masyarakat sekiranya
dibiarkan berleluasa?
Sebenarnya fitnah itu amat bahaya jika dibiarkan berleluasa. Fitnah itu
merosakkan akhlak masyarakat kita, meruntuhkan perpaduan dan
menimbulkan huru - hara yang amat besar. Firman Allah :

........
Fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, surah al - Baqarah
ayat 191.
Kesannya lagi, fitnah akan melumpuhkan sistem keadilan, hilang
kepercayaan terhadap system kehakiman lalu meruntuhkan
pembangunan negara. Nauuzubillahi min zaalik..
Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah. W.b.t.

Jawapan 2; Mengapa kita wajib meninggalkan sikap sombong.? Haa.. Ini


jawapannya. Sikap sombong itu adalah sikap mazmumah yang amat
tercela. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 18.


Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi
membanggakan diri.
Sikap sombong akan membuatkan kita dimurkai Allah, dibenci
masyarakat, putus silaturrahim, hilang saudara mara dan hilang kawan.
Lebih dahsyat lagi , sombong itu sahabat syaitan.. Nauuzubillahi min
zaalik.. Sama - sama lah kita mohon agar Allah melindungi kita dari sikap
sombong ini. InsyaAllah ! Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah. W.b.t.

Jawapan 3; Ajaran sesat amat berbahaya jika tersebar dalam masyarakat


kita ini. Ianya mengakibatkan rosak akidah, rosak ibadat , syirik dan
murtad. Nauuzubillahi min zaalik..
Risau hati kita bila dengar pelbagai ajaran sesat seperti, ajaran Tuhan
Harun, ajaran Ayah Pin, Pelampau Syiah dan macam - macam lagi la..
Ianya dosa yang amat besar.. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13.


Sesungguhnya syirik kepada Allah adalah kezaliman yang besar".
Harusnya kita sentiasa memohon perlindungan Allah agar ditetapkan
iman.
Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah. W.b.t.

Jawapan bagi soalan spontan


(Keangkuhan Raja Namrud)
Assalamualaikum w.b.t,
Al-Quran kitab mulia
Kalam suci firman tuhan,
Bertemu lagi babak kedua,
Tajuk spontan saya bentangkan,

Jawapan 1:
Salah satu sifat mahmudah dalam Islam ialah sabar, contohnya kesabaran
Nabi Ibrahim ketika diseksa oleh Raja Namrud. Beliau redha dengan apa
jua ketentuan Allah. Dan Allah s.w.t juga menjanjikan ganjaran yang besar
kepada orang yang sabar. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155.

Berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Sabar daripada keluh kesah ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
2. Sabar dalam mengerjakan segala perintah Allah.
3. Sabar menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.
Demikian sahaja jawapan saya, sekian, Wabillahi taufiq walhidayah.
W.b.t.

Jawapan 2; Ajaran sesat amat berbahaya jika tersebar dalam masyarakat


kita ini. Ianya mengakibatkan rosak akidah, rosak ibadat , syirik dan
murtad. Nauuzubillahi min zaalik..
Risau hati kita bila wujudnya pelbagai ajaran sesat seperti, ajaran Tuhan
Harun, ajaran Ayah Pin, Pelampau Syiah dan macam - macam lagi la..
Ianya dosa yang amat besar.. Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13.


Sesungguhnya syirik kepada Allah adalah kezaliman yang besar".

Harusnya kita sentiasa memohon perlindungan Allah agar sentiasa


ditetapkan Iman.
Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah. W.b.t.

Jawapan 3; Nilai murni yang terdapat dalam kisah ini adalah seperti
berikut.
1- Sabar dalam menghadapi ujian dari Allah. Sebagaimana sabarnya Nabi
Ibrahim a.s.
2- Jauhilah sikap sombong dan angkuh kerana ianya sifat mazmumah yang
amat tercela.
3- Sehebat mana kuasa yang dimiliki manusia, tidak akan mampu
menandingi kekuasaan Allah s.w.t.
4- Jauhilah perkara syirik kerana ianya dosa yang besar.
Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13.


Sesungguhnya syirik kepada Allah adalah kezaliman yang besar".

Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah. W.b.t.

Anda mungkin juga menyukai