Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Linda Darling-Hammond, penulis

mengutarakan beberapa isu yang menjadi kebimbangan dalam usaha untuk


menyediakan guru yang dapat memenuhi kehendak dan impian polisi hari ini
iaitu guru di abad 21. Antara isu yang diutarakan ialah tanggapan masyarakat
bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi guru. Kenyataan ini jelas
memperlihatkan kepada kita siapa dan status guru hari ini. Berbekalkan sedikit
input dan maklumat berkaitan serta keupayaan untuk menyampaikan ,
seseorang itu boleh distilahkan sebagai seorang guru tanpa sebarang kursus dan
latihan yang sepatutnya. Di Malaysia, kita dapati isu ini menjadi satu
kebimbangan kerana sistem dan tempoh penyediaan guru kita hari ini agak
singkat. Ini jelas sekali bilamana kita dapat melihat masa untuk seseorang bakal
guru itu belajar dan memperoleh pengalaman dalam konteks menjadi guru yang
sebenar hanya dapat diperoleh dalam masa yang agak terhad. Dalam hal ini,
Kementerian Pendidikan telah melihat hal ini dengan lebih serius apabila bakal
guru guru kita perlu melalui beberapa kali episod praktikum sebelum keluar
menjadi guru yang sebenar. Dalam setiap siri latihan praktikum ini, guru pelatih
perlu menguasai kemahiran kemahiran tertentu seperti kemahiran
berkomunikasi, kemahiran dan teknik penyoalan di dalam bilik darjah, teknik
pengucapan awam, kemahiran ICT dan lain lain. Dalam era dan usaha
mewujudkan kelas abad 21, kemahiran- kemahiran ini amat diperlukan. Oleh
yang demikian, tanggapan mengatakan bahawa semua orang boleh menjadi
guru perlu disangkal kerana penyediaan guru abad 21 memerlukan usaha
usaha dan kemahiran yang telah dinyatakan tadi. Melalui latihan dalam
pembangunan dan penyediaan seseorang guru abad 21, hanya guru terlatih
sahaja yang mampu menyampaikan ilmu kepada murid muridnya dengan
berkesan.

Anda mungkin juga menyukai