Anda di halaman 1dari 3

PELAKSANAAN PROGRAM HARI SUKAN NEGARA : PROGRAM

KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN (1) KUALA


AMPANG 2015

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH PELAKSANAAN : 10 Oktober 2015


TEMPAT : Sekolah Kebangsaan (1) Kuala Ampang
NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan (1) Kuala Ampang
KOD SEKOLAH : BBB7303
NAMA AKTIVITI : HARI SUKAN NEGARA
MASA PELAKSANAAN : 7.30 pagi 12.50 tengahari
DIRASMIKAN OLEH :
Puan Norliza binti Zainal Abidin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

KEHADIRAN MURID : 247 orang


KEHADIRAN GURU : 14 orang
PENGLIBATAN MURID : 247 orang
PENGLIBATAN GURU : 14 orang
RINGKASAN PROGRAM :
Segala syukur ke hadrat Ilahi, program Hari Sukan Negara berjalan dengan
lancar. Pada jam 7.30 pagi, program dimulakan dengan murid berkumpul di
foyer sekolah untuk mendengar taklimat berkenaan dengan perjalanan Hari
Sukan Negara pada hari tersebut.

Kemudiannya, murid-murid dibawa untuk berbaris di dataran bagi


menjalankan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti senamrobik yang dipandu oleh
guru. Aktiviti senamrobik yang bermula pada jam 8.00 mengambil masa
selama 30 minit dan berakhir tepat pada jam 8.30 pagi.

Aktiviti kemudiannya diteruskan dengan 5 permainan yang dilangsungkan


secara serentak iaitu permainan futsal, bola jaring, sofbol, bola beracun dan
galah panjang. Futsal, bola jaring dan sofbol dimainkan oleh murid-murid
tahap 2, manakala galah panjang dipertandingkan pada murid tahap 1 dan
bola beracun kepada murid pra sekolah. Setiap pertandingan disediakan
seorang guru sebagai pengadil bagi mengadili kumpulan yang layak untuk
mendapat hadiah. Permainan berakhir pada jam 10.30 dan murid rehat
selama 30 minit.

Pada jam 11.00 pagi, majlis penyampaian hadiah dijalankan di dalam dewan
tertutup dan para pemenang bagi setiap permainan diberikan hadiah oleh
Puan Norliza binti Zainal Abidin selaku Penolong Kanan Kokurikulum.

Pada jam 11.30 pagi, bermula pula slot tayangan video dan kuiz berkaitan
dengan kesihatan dan keselamatan diri yang dikendalikan oleh guru SK 1
Kuala Ampang. Murid-murid yang dapat menjawab kuiz diberikan cenderahati
sebagai hadiah.

Hari Sukan Negara berakhir tepat pada jam 12.50 tengahari.


Gambar 2: Senamrobik Gambar 1: Taklimat Permainan dan
Pertandingan

Gambar 3: Permainan Bola Jaring Gambar 4: Permainan Futsal

Gambar 5 : Permainan Sofbol Gambar 6: Penyampaian Hadiah

Anda mungkin juga menyukai