Anda di halaman 1dari 1

Sejarah Negeri Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 2330,000 tahun

dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negeri ini.


Sejarah Sabah juga termasuk dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang
sebelum ini merupakan sebahagian dari Brunei dan kini Malaysia. Sejarah
terawal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah pada abad ke-
15 ketika era Kesultanan Brunei.[1] Sebelum ini, penduduk awal hidup dalam
masyarakat yang berpuak dan puak-puak ini terus wujud sehingga abad ke-19. [2]
Bahagian timur Negeri Sabah telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan
Brunei kerana membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber
mengatakan ianya tidak pernah diserahkan.[3] Sehingga akhir abad ke-19, kedua-
dua kawasan dimiliki oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu yang akhirnya diberikan
kepada British. Sabah menjadi naungan United Kingdom pada 1888 dan
kemudiannya menjadi tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963, ketika itu ia
dikenali sebagai Borneo Utara. Pada 16 September 1963, Sabah bergabung
dengan Malaya, Singapura (meninggalkan Persekutuan pada 1965) untuk
membentuk Persekutuan Malaysia.