Anda di halaman 1dari 3

PRAKTIKUM

PERATURAN SEKOLAH

1. Pakaian seragam

i) Semua murid mesti memakai pakaian seragam ke sekolah iaitu baju


putih, pinafore biru tua, kasut dan stoking putih.
ii) Labuh pakaian seragam mestilah sesuai.
iii) Pakaian seragam mestilah sentiasa bersih dan kemas.
iv) Rambut panjang mestilah disanggul atau didandan kemas
menggunakan hair-band berwarna hitam.
v) Semua murid mestilah memakai tanda nama dan lencana.

2. Kawasan Sekolah

i) Murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu


persekolahan tanpa kebenaran Guru Besar. (surat kebenaran keluar
ditandatangani Guru Besar dan Guru Kelas.
ii) Murid-murid dilarang bising apabila berjalan ke kelas atau bilik- bilik
khas.

3. Kebersihan sekolah

i) Murid-murid mesti menjaga kebersihan bilik darjah, kantin sekolah dan


kawasan sekolah.
ii) Sampah-sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah.
iii) Tiada sesiapa dibenarkan menulis atau menconteng dinding sekolah.
iv) Kebersihan tandas murid mesti dijaga.

4. Pelawat

i) Ibu bapa / penjaga dibenarkan berjumpa murid setelah mendapat


kebenaran daripada Guru Besar.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PRAKTIKUM

5. Keselamatan

i) Semua murid mesti mematuhi undang undang lalu lintas dan mengikut
arahan yang diberikan oleh pengawal lalu- lintas di luar kawasan sekolah.
ii) Murid-murid yang menunggu bas atau kenderaan lain perlu berada dalam
kawasan sekolah selepas sekolah.

6. Budi Pekerti / Tingkah laku

i) Murid wajib hadir ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. Jika terlambat,
perlu memberitahu sebabnya.
ii) Murid mesti menghormati guru-guru, pengawas-pengawas dan ketua-
ketua kelas.
iii) Murid tidak sepatutnya bergaduh antara satu sama lain. Mereka juga tidak
sepatutnya mengambil atau menggunakan barangan orang lain tanpa
kebenaran pemiliknya.

7. Tidak Hadir ke sekolah

i) Jika murid tidak hadir ke sekolah, mereka harus memaklumkan kepada


guru kelas dengan segera melalui telefon dan membawa surat sakit atau
surat pemberitahuan ketidakhadiran daripada waris semasa mereka hadir
ke sekolah.

8. Pengawas dan ketua murid

i) Pengawas / Ketua kelas mesti menjalankan tugas yang diamanahkan


dengan adil dan saksama.

9. Latihan Kebakaran dan Kecemasan

i) Murid-murid mesti mematuhi peraturan semasa latihan dijalankan.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/
PRAKTIKUM

10. Kerosakan Harta Benda

i) Jika muris-murid telah merosakkan kerusi, buku-buku SPBT , barang-


barang perlu diganti.

http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/

Anda mungkin juga menyukai