Anda di halaman 1dari 8

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SMA AL-FALAH KALI KE-9 TAHUN 2016.


Tarikh : 27 Februari 2016
Hari : Sabtu
Masa : 8:30Pg-12:05 T/hari.
Tempat: Dewan SABK Al- Falah
Kehadiran : Ibubapa - 280 orang
Guru - 31 orang
Jumlah - 311 orang

1.0 Kata-kata aluan Pengerusi Majlis.

1.1 Pengerusi majlis, Ustaz Nordin B. Abdul Rahman mengalu-alukan kedatangan wakil
pegawai PPD, YDP PIBG, Pengetua, guru-guru dan juga ibubapa.
1.2 Beliau mengucapkan terima kasih dapat berkumpul dalam mesyuarat PIBG SMA Al-
Falah untuk kali yang ke-9.
1.3 Beliau turut memaklumkan sesi penyerahan bantuan persekolahan RM100 akan
dilakukan pada penghujung majlis pada pagi ini di bahagian belakang dewan.

2.0 Bacaan Doa

2.1 Ustaz Azmir B. Alim mengetuai bacaan doa.

3.0 Ucapan Pengetua

3.1 Pengetua, Tn. Hj. Abd. Hamid B. Mohamad mengucapkan terima kasih dan mengalu-
alukan kehadiran wakil pegawai PPD, YDP PIBG, guru-guru dan juga ibubapa.
Makluman : Ibubapa dan guru

3.2 Beliau mengucapkan terima kepada En. Shaarani B. Saidin kerana sudi hadir ke
mesyuarat PIBG SMA Al- Falah pada kali ini.
Makluman : Ibubapa dan guru

3.3 Beliau juga turut membentangkan jumlah kakitangan sekolah terdiri daripada 40 orang
guru, 30 orang kakitangan sokongan dan pekerja swasta. Manakala jumlah murid pula
seramai 526.
Makluman : Ibubapa

1
3.4 Pengetua membentangkan program-program yang telah dirancangkan untuk tahun
2016 dan mengharapkan penglibatan ibubapa mencapai 60% kehadiran. Antara
program yang telah dirancangkan adalah:
i) Mesyuarat Agung PIBG
ii) Hari Sukan Tahunan Sekolah
iii) Hari bertemu pelanggan-guru & ibubapa
iv) Majlis Bacaan Yasin dan solat Hajat Perdana.
v) Majlis Akujanji Murid
vi) Hari Anugerah Kecemerlangan
vii) Program Gotong-Royong
Makluman : Ibubapa

3.5 Beliau memaklumkan bahawa SMA Al-Falah mendapat tempat pertama di negeri
Perak bagi keputusan peperiksaan STAM dan tempat ke-11 di peringkat kebangsaan.
Makluman : Ibubapa

3.6 Beliau turut membentangkan analisis keputusan percubaan peperiksaan SPM 2015 dan
memaklumkan calon-calon yang disasarkan mencapai keputusan cemerlang.
Makluman : Ibubapa

4.0 Ucapan YDP PIBG

4.1 Yang Dipertua PIBG En. Abidin B. Mat Desa mengucapkan terima kasih dan mengalu-
alukan kedatangan pegawai PPD serta berterima kasih kerana sudi hadir untuk
merasmikan mesyuarat Agung PIBG SMA AL-Falah untuk kali yang ke-9 ini.

4.2 YDP mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan guru yang hadir ke Mesyuarat
Agung PIBG pada kali ini dan memaklumkan berlaku peningkatan jumlah kehadiran
ibubapa iaitu berjumlah 280 orang.
Makluman : Ibubapa

4.3 YDP memaklumkan senarai pelajar yang layak menerima bantuan RM 100 adalah
seramai 331 orang namun, peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah hanya untuk
261 orang pada ketika ini. AJK PIBG dan guru-guru telah berbincang dan memutuskan
untuk menyerahkan bantuan tersebut kepada pelajar yang benar-benar layak di
kalangan pelajar tingkatan 2 hingga 5 terlebih dahulu.
Makluman : Ibubapa

4.4 Beliau juga berharap guru-guru sentiasa ikhlas dalam mendidik pelajar-pelajar di
sekolah ini agar beroleh keberkatan.
Makluman : Guru-guru
5.0 Ucapan Perasmian

2
5.1 En. Shaarani B. Saidin (Pen. PPD Kurikulum- Teknik & Vokasional) mengucapkan
terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput beliau merasmikan majlis pada
pagi ini.

5.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK pelaksana program dan mengucapkan terima
kasih kepada semua ibubapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.
Makluman : Ibubapa dan guru

5.3 En. Shaarani B. Saidin memaklumkan berdasarkan pekeliling ihtisas, Mesyuarat


Agung PIBG perlu dilaksanakan dan diselesaikan sebelum 31 Mac Setiap tahun.
Beliau turut menjelaskan fungsi PIBG ditubuhkan di sekolah adalah untuk mewujudkan
pemuafakatan antara pihak sekolah dan ibubapa.
Makluman : Ibubapa dan guru

5.4 Beliau mengharapkan ibubapa kepada 65 pelajar yang belum menerima bantuan
RM100 agar dapat bersabar dan boleh membuat rayuan terus ke JPN Perak sekiranya
jumlah pendapatan di bawah RM 3000. Walaubagaimanapun keputusan adalah
tertakluk kepada pihak yang memberi kelulusan.
Makluman : Ibubapa

5.5 Perasmi memaklumkan bahawa Tranformasi Sekolah tahun 2016 terdiri daripada empat
pelaporan iaitu Pentaksiran Sekolah, PAJSK, Psikometrik dan PT3.
Makluman : Ibubapa dan guru

5.6 Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah dalam pencapaian cemerlang
peperiksaan STAM 2015 dan percubaan SPM 2015 dan memaklumkan sekolah
berpotensi meningkat dari band 4 ketika ini kepada band 3 untuk masa akan datang.
Makluman : Ibubapa dan guru

5.7 Perasmi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMA Al-Falah kali ke-9 dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim.
Makluman : Ibubapa dan guru

6.0 Simbolik Penyampaian Bantuan Persekolahan RM100

6.1 Tuan Pengetua dan YDP PIBG mengiringi Penolong Pegawai PPD menyampaikan
bantuan RM 100 kepada:
i) En. Abdul Halim b. Mohamed
ii) Pn. Nur Mazidah Bt. Asmuni
iii) Pn. Rohani Bt. Ismail Makluman : Ibubapa dan guru
7.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2015/2016

3
7.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan guru yang hadir
menjayakan mesyuarat Aguung PIBG pada kali ini.
Makluman : Ibubapa dan Guru

8.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat PIBG kali ke-8 Tahun 2015.

8.1 Minit mesyuarat dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Pn. Rasidah Bt.Idris mewakili
Setiausaha yang tidak dapat hadir dan cadangan pengesahan oleh Pn.Hashimah Bt.
Ahmad (Waris pelajar) dan disokong oleh Pn. Sarina Bt. Ahmad (waris pelajar).
Tindakan : Setiausaha

9.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG sesi 2015/2016

9.1 Laporan kewangan dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Pn. Rasidah Bt.Idris dan
cadangan pengesahan oleh Pn.Salmah Bt. Ali (Waris pelajar) dan disokong oleh Pn.
Zaleha Bt. Mohd Kassim (waris pelajar).
Tindakan : Bendahari

10.0 Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2015/2016

10.1 Pn. Rasidah Bt. Idris mewakili Setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti
tahunan PIBG sesi 2015/2016.
Tindakan : Setiausaha

11.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2015/2016

11.1 YDP PIBG sesi 2015/2016 membubarkan AJK PIBG sesi 2015/2016.

12.0 Lantikan Pengerusi Sementara

12.1 En. Abidin B. Mat Desa mencadangkan En. Raizal B. Zainol Aabidin dilantik sebagai
Pengerusi Sementara dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

13.0 Pemilihan AJK PIBG sesi 2016/2017

13.1 Pn. Hashimah Bt. Ahmad mencadangkan Encik Abidin B. Mat Desa dikekalkan sebagai
YDP PIBG yang baru dan disokong oleh Pn. Salmah Bt. Ali. Manakala Pn.
Norhashimah Bt. Omar mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Pn.
Sarina Bt. Ahmad.
13.2 Pn. Sarina Bt. Ahmad mencadangkan En. Abdul Halim B. Mohamad dikekalkan
sebagai calon Naib Yang Dipertua PIBG dan disokong oleh Pn. Sharipah Aspia Bt.

4
Syed Ali. Manakala Pn. Zuraida mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong
oleh Pn. Maizun Bt. Osman.

13.3 En. Abdul Halim B. Mohamad mencadangkan Pn. Sabariah Bt. Sharif, En. Abdullah B.
Hj. Amin dan Pn. Sarina Bt. Ahmad sebagai AJK PIBG yang baru dan disokong oleh
Pn. Rashidah Bt. Idris
.
13.4 En. Abidin B. Mat Desa mencadangkan En. Raizal B. Zainol Aabidin sebagai AJK
PIBG yang baru dan disokong oleh Pn. Zarina Bt. Hashim.

13.5 Pn. Sharipah Aspia Bt. Syed Ali mencadangkan Pn. Noor Mazidah Bt. Asmuni dan En.
Azta Ilmi B. Arsat sebagai AJK PIBG yang baru dan disokong oleh Pn. Suzana Bt.
Rapie.

13.6 Pn. Sabariah Bt. Sharif mencadangkan Ust. Muhammad B. Shaari sebagai AJK PIBG
yang baru dan disokong oleh En. Abdullah B. Hj. Amin.

13.7 En. Abidin B. Mat Desa memaklumkan bahawa AJK PIBG dikalangan guru akan
dilantik oleh Pengetua.

13.8 AJK PIBG sesi 2016/2017 adalah seperti berikut:

Penasihat : Tn. Hj. Abd. Hamid B. Mohamad


YDP : En. Abidin B. Mat Desa
Naib YDP : En. Abdul Halim B. Mohamad
Setiausaha : En. Saiful Anuar B. Abdul Rahman
Bendahari : Pn. Rasidah Bt. Idris
AJK Ibubapa : 1. En. Abdullah B. Hj Amin
2. En. Azta Ilmi B. Arsat
3. Pn. Sabariah Bt. Sharif
4. Pn. Sarina Bt. Ahmad
5. En. Raizal B. Zainol Aabidin
6. Pn. Noor Mazidah Bt. Asmuni
7. En. Muhammad B. Shaari
AJK Guru : 1. En. Zolkafli B. Hamid
2. En. Mohd. Faris B. Hj. Ramli
3. Pn. Noraini Bt. Yaakob
4. En. Azmir B. Alim
5. Cik Zukhairah Bt. Mohd. Tajudin
6. Pn. Sharipah Aspia Bt. Syed Ali
7. Cik Nor Shafiza Bt. Sulaiman
8. Cik Nur Sakinah Bt. Kamarudin

5
9. En. Mohd. Shaiful B. Abdul Wahab

Pemeriksa Kira-kira : 1. Pn. Mazliana Bt. Mohamad


2. En. Lokman Hakim B. Hj. Taib

14.0 Membahaskan Usul-Usul

Usul daripada ibubapa.


14.1 Usul daripada En. Salim Bin Mohamed Yusoff (Muhammad Danish Adam- 1 Ibnu Rusd)
menyarankan pihak sekolah menyediakan lintasan untuk pelajar asrama lelaki berulang-
alik dari asrama ke bangunan sekolah.

14.2 YDP PIBG memaklumkan bahawa cadangan tersebut pernah diajukan kepada pihak
JKR namun mereka meminta justifikasi kemalangan yang telah berlaku.
Makluman : Ibubapa
14.3 YDP PIBG meminta jasa baik NYDP PIBG untuk memohon kepada pihak yang
berkaitan berkenaan perkara ini.
Tindakan : NYDP PIBG
14.4 Usul daripada En. Salim Bin Mohamed Yusoff (Muhammad Danish Adam- 1 Ibnu Rusd)
menyarankan pihak sekolah memastikan buku teks yang diterima oleh pelajar
mencukupi dan tidak rosak.
14.5 Pengetua memaklumkan bahawa pada setiap tahun pihak sekolah akan memesan
jumlah buku mengikut enrolmen pelajar dan masalah tersebut berlaku apabila
berlakunya pertambahan bilangan pelajar yang berpindah masuk.
Makluman : Ibubapa
14.6 Beliau akan meminta guru SPBT untuk merujuk kepada pihak PPD sekiranya terdapat
sekolah yang mempunyai lebihan buku teks.
Tindakan : Guru SPBT
14.7 Usul daripada En. Azta Ilmi B. Arsat ( Nurul Huda Afifah) menyarankan pihak sekolah
mengadakan kelas tambahan bagi meningkatkan prestasi akademik untuk pelajar-
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PT3, SPM dan STAM.
14.8 Pn. Rashidah Bt. Idris memaklumkan bahawa kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 5
telah pun bermula. Namun terdapat sedikit kekangan melibatkan guru yang mengajar
kelas-kelas peperiksaan disebabkan oleh waktu persekolahn pelajar tingkatan 1 dan 2
tamat pada jam 3.50 petang. Bagi mengatasi perkara tersebut pihak sekolah mengambil
inisiatif menggunakan khidmat guru luar bagi mengajar subjek-subjek kritikal seperti
Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Arab.
Makluman : Ibubapa

6
14.9 En. Azta Ilmi B. Arsat memohon agar guru-guru dapat mengadakan kelas tambahan
bermula pada bulan Mac sehingga ke akhir tahun.
14.10 Usul daripada En. Azta Ilmi B. Arsat ( Nurul Huda Afifah) menyarankan pihak
sekolah mengadakan kelas komunikasi bahasa Arab berbayar atau sebaliknya.
14.11 En. Azta Ilmi memaklumkan bahawa kelas komunikasi bahasa Arab dapat membantu
pelajar belajar dan berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan lebih baik.
Tindakan : Pentadbir Sekolah
Usul daripada guru dan staf
14.12 Usul daripada Pn. Azrina Bt. Zulkifli( Guru Kaunseling SMA Al Falah) mencadangkan
setiap ibubapa/waris pelajar menyumbangkan sebanyak RM5 untuk tabung khairat
kematian ibubapa/waris
14.13 Usul dipersetujui sebulat suara.
Makluman : Ibubapa
14.14 Usul daripada AJK PIBG SMA Al-Falah menyarankan yuran tahunan PIBG dinaikkan
daripada RM40 kepada RM42.
14.15 Pengetua menjelaskan kenaikan yuran adalah untuk menampung perbelanjaan
kokurikulum dan sukan di peringkat daerah. Pihak MPSM mencadangkan supaya setiap
sekolah menyumbangkan sebanyak RM 2 bagi setiap pelajar.
Makluman : Ibubapa

14.16 Usul dipersetujui sebulat suara dengan nilai RM 40/keluarga dan RM 2/pelajar.
Makluman : Ibubapa
14.17 Usul daripada AJK PIBG SMA Al-Falah menyarankan pelajar yang akan menduduki
peperiksaan PT3, SPM dan STAM dikenakan yuran Program Kecemerlangan
Akademik sebanyak RM100 untuk tempoh setahun.

14.18 Usul dipersetujui sebulat suara.


Tindakan : Bendahari
15.0 Hal-hal lain
15.1 En. Azta Ilmi b. Arsat memaklumkan bahawa hanya guru tingkatan sahaja yang masuk
ke kelas pada hari pertama dan ke-2 persekolahan manakala guru-guru lain sebaliknya.
Makluman: Guru-guru
15.2 Pengetua memohon maaf bagi perkara ini dan akan memastikan tidak akan berlaku lagi
pada masa akan datang dengan mengadakan pemantauan dengan lebih kerap.
Tindakan : Pentadbir

15.3 Pengetua memaklumkan bahawa AJK PIBG yang dilantik akan mewakili pelbagai biro
untuk program SARANA.
Makluman: Ibubapa

7
16.0 Ucapan Penangguhan
16.1 En. Abdul Halim B. Mohamad mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah dilantik
dan setinggi-tinggi terima kasih kerana berjaya menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung
pada kali ini.
Makluman: Ibubapa dan Guru
16.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada guru-guru atas pencapaian yang cemerlang dalam
peperiksaan STAM 2015 dan semoga keputusan SPM yang bakal diumumkan juga
bakal beroleh keputusan yang cemerlang.
Makluman : Ibubapa dan Guru

16.3 NYDP juga memaklumkan bahawa beliau akan membawa usul berkenaan lintasan
pejalan kaki kepada pihak Majlis Daerah Kerian untuk tindakan lanjut.
Makluman : Ibubapa dan Guru

16.4 Beliau mewakili AJK PIBG sesi 2016/2017 mengucapkan terima kasih atas
kepercayaan yang telah diberikan.
Makluman : Ibubapa dan Guru

16.5 YDP PIBG mengucapkan terima kasih dan mengucapkan syukur kerana mesyuarat
berjalan dengan lancar dan beliau berharap AJK PIBG yang baru dilantik dan semua
ibubapa dapat bekerjasama agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
baik.
Makluman : Ibubapa dan Guru
17.0 Penutup
17.1 Majlis ditangguhkan pada jam 12.05 tengahari dengan bacaan tasbih Kaffarah dan
surah AL-Asr.

Dicatat oleh:
1. Cik Nor Shafiza Bt. Hj. Sulaiman
2. Cik Zukhairah Bt. Ahmad Tajuddin

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

(En. Saiful Anuar B. Abdul Rahman) (En. Abidin B. Mat Desa)


Setiausaha PIBG, YDP PIBG
SMA Al-Falah SMA Al-Falah